umno bahagian cheras |
SUK Selangor ; Guan Eng perancang, Anwar pengacau dan Khalid dicucuk hidung Posted: 07 Jan 2011 09:01 PM PST NAMPAKNYA 'kebencian' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru, Datuk Haji Mohamad Khusrin Haji Munawi tidak akan kesudahan. Sikap keras kepala Khalid amat ketara apabila beliau tetap berdegil menolak Khusrin walaupun perlantikan itu diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pada hemat saya, sikap sedemikian jelas membuktikan bahawa Khalid sanggup menderhaka kepada Sultan, walaupun perlantikan beliau selaku Menteri Besar juga atas perkenan Sultan. Jarang terjadi di mana seorang Menteri Besar menderhaka kepada Sultan tetapi dalam masa yang sama masih juga memegang jawatan tersebut. Lazimnya apabila seseorang Menteri Besar itu dilihat tidak sehaluan dengan Sultan atau Raja, maka mereka akan meletakkan jawatan bagi mengelak berlakunya krisis pentadbiran, sepertimana pernah berlaku di Pahang di zaman Datuk Rahim Bakar dan ketika Tan Sri Haji Mohamad Nasir di Kelantan. Dalam isu panas di Selangor itu, Khalid hanyalah sekadar 'pembaca skrip' yang diolah sebegitu rupa oleh mentornya di Pulau Pinang, iaitu Lim Guan Eng, pengamal politik rasis paling hebat di Malaysia. Pemimpin DAP sebenarnya mengambil kesempatan di atas kelemahan dan masalah peribadi Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat. Justeru itu, nampaknya Guan Eng memperalatkan Anwar manakala Anwar pula memerangkap Khalid supaya menolak Mohamad Khusrin sebagai SUK. Ini bermakna Khalid seumpama bola kempis ; melambung tidak, melantun pun tidak. Realitinya, Guan Eng dan rakan-rakanya dalam DAP begitu seronok melihat pemimpin Melayu seperti Khalid, bergaduh dengan sultan mereka. Inilah sebenarnya perancangan halus DAP supaya orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan akhirnya DAP yang mengaut laba politik. Khalid pada pandangan saya tidak begitu cerdik berpolitik, oleh sebab itu dia sanggup membiarkan dirinya menjadi keldai serta dicucuk hidung oleh Guan Eng. Malah Anwar juga turut memperbodohkan Khalid dengan menjadikannya sebagai 'kambing hitam' dalam isu perlantikan SUK. Oleh sebab itu Anwar berdiam diri melihat pertelagahan antara Khalid dengan Sultan Selangor. Anwar juga sudah tentu bertepuk tangan melihat Khalid dimurkai oleh Sultan kerana cita-citanya untuk menjadikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor sudah terbuka. Malang sungguh seorang Menteri Besar bersifat burung kakak tua itu berterusan diperkudakan oleh pemimpinnya sendiri. Ini bermakna, dalam pergolakan perlantikan SUK Selangor, Guan Eng merupakan perancang utama manakala Anwar pula selaku pengacau atas arahan DAP. Di luar, Anwar nampak seperti garang tetapi hakikatnya beliau terpaksa tunduk dan melutut kepada kehendak DAP. Sebabnya, banyak rahsia 'pelik' berkaitan peribadi Anwar masih tersimpan dalam kocek DAP terutama Karpal Singh. Anwar sudah tentu takut jika Karpal Sing membocorkan rahsia besarnya berhubung kegiatan liwatnya kepada orang ramai. Ini bermakna taring Anwar sudah dicabut oleh DAP dan beliau sekadar menyalak atas kepentingan peribadi walaupun terpaksa mengkhianati aspirasi perjuangan bangsanya sendiri. Inilah dua elemen yang dipergunakan oleh DAP untuk melenyapkan umat Melayu dan institusi raja-raja Melayu. Strategi DAP hapuskan umat Melayu Oleh sebab itu, saya melihat kemelut pertikaian perlantikan SUK di Selangor hanyalah helah politik yang dirancang oleh DAP, parti rasis yang begitu sangat anti-Melayu. Para pemimpin DAP amat memusuhi orang Melayu dan raja-raja Melayu. Mereka amat licik dan bergerak seperti 'api dalam sekam'. Matlamat utama Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai DAP ialah mahu meminda perlembagaan undang-undang tubuh kerajaan negeri dengan menjadikan Selangor sebagai langkah percubaan. Jika mereka berjaya di Selangor dengan memperalatkan Khalid yang berterusan bermusuh dengan Sultan, maka langkah seterusnya akan dilakukan pula di Pulau Pinang. Saya amat bimbang, jika strategi dengan memperkudakan pemimpin Melayu seperti Khalid di Selangor dan Pulau Pinang ini berjaya, maka peranan Sultan atau raja-raja Melayu termasuk Gabenor akan terhapus. Malah sokongan rakyat kepada Sultan, raja-raja Melayu dan Gabenor juga akan turut terhakis. Inilah impian DAP untuk berkuasa di negara ini. Jika Sultan dan raja-raja Melayu sudah ditolak oleh DAP, maka kesan yang lebih buruk sudah tentu akan menimpa di atas kepala orang Melayu. Inilah yang sudah terjadi Pulau Pinang. Rumah, kedai dan warung peniaga Islam diroboh sesuka hati oleh kerajaan pimpinan Guan Eng. Orang Melayu ditindas secara halus menggunakan strategi politik. Saya amat bimbang jika strategi jahat untuk melupuskan bangsa Melayu yang sedang digunakan oleh DAP dengan sokongan PKR ini berjaya, masa depan umat Melayu akan terus terancam. Strategi untuk memusnahkan bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu yang sedang digunakan oleh DAP kemungkinan menggunakan khidmat pakar undang-undang daripada Singapura. Kekhuatiran itu berasas kerana sejarah kelahiran DAP adalah daripada perut PAP, pimpinan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura. Ini bermakna nafas mereka masih sama walaupunberubah sempadan ! |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan