Isnin, 3 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Contohi pendirian Khairy - Syed Ali

Posted: 02 Jan 2011 11:59 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan keputusan Khairy Jamaluddin untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai tindakan matang dalam politik.

Beliau menjelaskan, keputusan seperti yang disuarakan oleh Khairy itu juga membuktikan bahawa beliau tidak gilakan kuasa dan mengejar jawatan dalam berpolitik.

"Khairy telah menunjukkan kematangannya berpolitik dan keputusan itu perlu dihormati, malah wajar dicontohi oleh mana-mana wakil rakyat," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu bagaimanapun mengingatkan jangan ada pihak tertentu menimbulkan pelbagai spekulasi negatif berhubung keputusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

Langkah tersebut juga menunjukkan Khairy bersedia dan akur kepada apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai masa depannya dalam politik.

Sambil melahirkan rasa kagum dengan sikap Ketua Pemuda UMNO itu, Syed Ali menambah Khairy juga dilihat cuba memberi mesej bahawa pemuda harus memperlihatkan sikap menghormati dan taat kepada kepimpinan parti.
"Oleh sebab itu, saya berharap jangan ada cerita karut disebalik keputusan Khairy, ianya adalah proses biasa. Saya kagum dan hormati pendirian Khary. Beliau adalah contoh anak muda yang berpegang kepada realiti dalam berpolitik," tegasnya.

Katanya, seandainya Khairy tidak lagi menjadi wakil rakyat pada PRU ke-13 akan datang tetapi beliau masih mempunyai ruang yang lebih luas untuk memberi khidmat kepada rakyat terutama kepada generasi muda.

Syed Ali menegaskan, setiap ahli parti masih boleh menyumbangkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat jika ianya ikhlas dan bertanggungjawab.

"Sama ada seseorang itu Ahli Parlimen, Ketua Bahagian mahupun ahli biasa parti, sumbangan dan pengorbanan mereka untuk UMNO tetap sama penting," jelasnya.

Beliau menambah, berbeza dengan pemimpin pembangkang yang beria-ia mahukan jawatan semata-mata bagi kepentingan peribadi.

Sebagai contohnya beliau mendakwa bagaimana pemimpin PAS dan Pari Keadilan Rakyat (PKR) sanggup bercakaran sesama sendiri semata-mata kerana jawatan dan kedudukan dalam parti.

Syed Ali percaya Khairy akan tetap meneruskan agendanya untuk membangunkan generasi muda terutama membabitkan kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu tegas beliau, UMNO akan terus kekal mendapat sokongan rakyat jika sikap yang ada pada Khariy dicontohi oleh mana-mana pemimpin parti yang tidak gilakan kedudukan.

"Masalahnya, kita kadangkala berdepan dengan situasi di mana seseorang itu enggan melepaskan jawatan walaupun geraf sokongan rakyat sudah merosot, prestasi perkhidmatan semakin menurun dan hilang keyaklinan di peringkat akar umbi," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut