Jumaat, 21 Januari 2011

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Alfatihah..

Posted: 20 Jan 2011 05:43 PM PST

Sebagaimana semua maklum.. Semalam menyaksikan pemergian Allahyarham YB Dtk.Hidhir ke rahmatullah. beliau menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Putra, wad icu tingkat 5 jam 8.10mlm...saya sempat juga ke hospital ptg smlm. Ramai jugak yang hadir...
Hmm...inlah yang dikatakan jodoh, ajal ..maut di tangan Allah swt. arwah dikhabarkan sihat selesai menjalani procedure yang melibatkan blockage di jantungnya. Tapi disebabkan kekurangan rehat kerana melayani pelawat yang melawat hingga ke 2-3 pagi menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan semula ke icu. Ini yang rasa ralat. Perkara ini sepatutnya boleh dielakkan. Saya teringat pada arwah mak mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman pada paru2 ...sedangkan beliau dimasukkan ke hospital disebabkan oleh pemindahan buah pinggang. Arwah mak Sihat, selepas menjalani pembedahan Dan dahpun keluar dari hospital.tetapi x lama lepas tu dimasukkan semula ke hospital kerana mendapat jangkitan kuman pada paru2. Doktor kata sbb ramai dan mcm2 orang melawat Dan peluk arwah mak..dari situ ianya bermula...
Perkara itu yang suami saya kesalkan hingga ke hari ini. Patut doktor menasihat keluarga pesakit spy x membenarkan pelawat dtg.. Ntahlaaa...Nyawa bukannya boleh bertukar ganti....
Semoga arwah mak Dan juga arwah dtk Hidhir tenang di sana. Alfatihah.....

P/s hmmm....nampaknya kena bersiap sedia dengan PRK melimau pulak selepas ni.....

Tiada ulasan:

Pengikut