DunSemarang |
Gerak Gempur Felda Tenang bersama DunSemarang Posted: 18 Jan 2011 05:58 AM PST Felda Tenang.12/1/2011 Aktiviti Gerak Gempur Felda Tenang bersama DunSemarang telah dilaksanakan pada jam 9.00 malam, bertempat di Bilik Gerakan Felda Tenang. UMNO Bahagian Ayer Hitam membantu UMNO Cawangan Kolam Ayer, Felda Tenang, bersedia menghadapi Pilihanraya kecil Dun Tenang. Antaranya dengan mengadakan Program bertemu pengundi dan sesi penerangan berkenaan isu-isu semasa.Dalam ucapan pada malam itu, YB Datuk Haji Samsolbari mengingatkan agar pengundi Felda Tenang supaya,tidak termakan janji kosong pembangkang,bersukur kerana masyarakat felda jauh lebih beruntung dari penduduk kampung tradisional,tidak memberi peluang anasir luar merosakkan kesepaduan antara penduduk di sini dan seterusnya mengundi serta menyokong BN- jasa kerajaan BN amat banyak kepada penduduk felda dan tidak sewajarnya dihukum kerana satu dua kelemahan kecil.(Sumber dan foto dari Pejabat UMNO Ayer Hitam) Bym69 |
Posted: 18 Jan 2011 01:36 AM PST Guru..Bangkitlah..bersama. Guru jasamu bagai BUIH di Tujuh Lautan. Jangan cemarkan dengan menodai anak bangsaMU sendiri, jangan melupus jasa pejuang Guru zaman pra merdeka dan awal merdeka.. Ingatlah... Si Lucai dengan labuNya..ingatlah Cik Gu Rahim dengan Kapal Sink Nya. Ingatlah..pengharapan seluruh IBU BAPA di pundakmu..
Isu kemiskinan ini turut dipaparkan di dalam akhbar dan majalah terutama sekitar 1930-an dan ada juga guru yang menulis mengenai perkara yang sama di dalam majalah mereka sendiri. "Tulisan Za'aba (ahli bahasa yang banyak menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu) turut memain peranan dan Majalah Guru mempunyai pengaruh meluas. Memandangkan golongan guru mempunyai pengetahuan dan pendedahan mengenai kemerdekaan serta memahami perasaan terhimpit bangsa Melayu, mereka bangkit sebagai pemimpin dalam masyarakat setempat. Guru-guru juga penyokong kuat parti Melayu seperti UMNO. Mereka itu seperti (Tun) Ghafar Baba, (Tan Sri) Senu Abdul Rahman, (Tan Sri) Khir Johari, (Tan Sri) Aziz Tapa, Cikgu Borhan dan ramai lagi. Mereka yang menyertai UMNO kemudian turut menyandang jawatan tinggi dan sememangnya guru mengungguli UMNO ketika itu. Pada masa dulu guru Melayu masuk berjuang dalam politik tanpa motif kepentingan kebendaan. Perjuangan mereka semata-mata berlandaskan agama, bangsa dan Tanah Ayer...Alif Ba Ta. Mereka juga banyak mengorbankan masa dan wang sendiri untuk perjuangan mereka. Maka tidak keterluan untuk disimpulkan golongan guru memainkan peranan amat strategik dalam percambahan dan perkembangan sosial, mental dan politik masyarakat Melayu. Di peringkat awal kebangkitan golongan guru ini, mereka cuma dilengkapkan dengan pengetahuan yang agak asas, mereka ini berhati waja serta memiliki semangat yang berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa. "Salut dan tabik hormat untuk guru. Mereka bak wira yang tidak dicanang tetapi telah memainkan peranan besar membangun dan mencorak perkhidmatan pendidikan. kecemerlangan Negara, Agama, dan Bangsa" Dan sekarang marilah kita semua melihat, memerhati,mentafsir, menganalisis ...akan pertembungan antara dua GURU di Dun Tenang. PILIHAN di Jari ANDA..semuga TENANG. (Sumber rujukan 26.08.2010 Bernama. Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia PSM). BY M69. |
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan