Khamis, 13 Januari 2011

DunSemarang

DunSemarang


INTERLOK..Novel Realiti..kenapa tunduk kepada yang ingin ubah sejarah dan fakta...

Posted: 12 Jan 2011 05:06 AM PST


Novel Interlok Gambaran Realiti, Bukan Penghinaan - Awang Sariyan
Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.

Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.

Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.

"Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya," kata Awang kepada Bernama menerusi e-melnya di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas tentang desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.

Mereka mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.

Beliau berkata Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.

Menurutnya konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta.

Sehubungan dengan itu Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah.

Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata dalam mengatasi pandangan negatif terhadap buku itu oleh pihak tertentu, kerajaan, parti politik dan ahli akademik perlu duduk dan berbincang mengenainya.

Perbincangan itu tidak meminggirkan pandangan pihak yang menentang supaya kesemua pihak memahami isunya serta mencari jalan penyelesaian secara bersama, katanya kepada Bernama.

Menyentuh mengenai buku itu, beliau berkata tidak ada apa yang perlu dipertikai dan dibimbangkan kerana apa yang ditulis itulah hakikatnya.

"Pada saya penulis bukanlah seorang yang prejudis dan anti perkauman," katanya

ULASAN RINGKASKU>>>****itulah, bila sudah mewah hidup di Tanah Melayu ini, mereka lupa daratan dan asal usul sebagai pedoman, telah dan sering mempertikai apa sahaja yang tidak berpihak kepada mereka. Tetapi bila isu keTuanan Melayu, kontrak sosial yang di isukan, Masalah hina Melayu mereka buta mata, tidak pula mereka bising dan mempertahankan serta bakar gambar..malah berarak membawa PHOTO GHANDHI..bukan kah itu semua dari INDIA..dan masih berKASTA..sindri mahu ingatlah..ini sebagai sejarah dan teladan...

LAGI BERITA INTERLOK

Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK). Mereka yang mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima, turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, 'Hapuskan Interlok', 'Jangan Hina Kami' dan 'Fikir Dulu Sebelum Laksanakan' selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya. Malah, pada satu ketika, seorang lelaki yang gagal mengawal emosinya dilihat menampar gambar Abdullah dan menggelarkan beliau sebagai 'sasterawan bodoh'.

Turut hadir pada demonstrasi itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud dan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan. Ketika bercakap kepada pemberita, Mariah berkata, pihaknya mengaku Interlok adalah karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India di negara ini.

"Bagi saya, sebagai orang yang ada pendidikan tinggi tidak terasa apa-apa tetapi di kalangan orang biasa, dia baca rasa tersinggung dan terguris. "Kalau begitu perasaan orang India kita perlu menghormati mereka, apa yang mereka minta ialah ia tidak dijadikan buku teks, ia boleh dijual sebagai novel tetapi tidak dibaca di sekolah kerana boleh membentuk pemikiran para pelajar."

Katanya, orang India di negara ini sekarang bertungkus lumus untuk tidak membesarkan isu kasta dan jika boleh, mereka mahu membesarkan anak-anak tanpa mengenal kasta. "Sistem kasta adalah sejarah yang terlampau menghimpit orang India, jadi kita kena hormati mereka. "Terpulang kepada pengarang (Interlok) kalau beliau tidak sanggup mengubah frasa terbabit, itu haknya tetapi menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menghormati kaum India.?

Sementara itu, Manoharan pula melontarkan pandangan berbeza apabila mahu kerajaan mengharamkan terus Interlok yang telah mula diterbitkan pada 1971 dan ia wajar dibakar selain tidak dijadikan sebagai buku teks. "Buku (novel) ini harus diharamkan sama sekali kerana ia digunakan kepada pelajar tingkatan lima sebagai teks wajib, harus dianalisis dan terpaksa lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia.?

Beliau yang mengaku sudah dua kali membaca novel itu mendakwa, terdapat tulisan dalam karya tersebut menyatakan kaum India di negara ini semuanya berasal daripada kasta paria dan ia suatu yang amat sensitif. Dalam hal ini, beliau membangkitkan konsep kesamarataan kaum dengan menyatakan: "Kaum India tidak tergolong daripada mana-mana kasta, sebaliknya mereka adalah daripada kasta manusia."Beliau marah apabila dalam Interlok dinyatakan kaum India yang datang ke Malaysia terdiri daripada keturunan Tamil, Telegu dan Malayalam dan kesemuanya adalah dari kasta paria. Petikan U.Malaysia

ULASAN:
1. Itulah gambaran perangai atau karektor dangkal (tidak berilmu dan buta sejarah, buta sastera), sekumpulan orang dan 2 orang pemimpin Melayu (dr. mariah) dan india (m. manoharan) yg telah lupa daratan, lupa sejarah dan tidak berpijak di bumi nyata. Realiti sejarah yg tidak boleh dipadam adalah sumber kekuatan membina masa depan, dan pandangan sekumpulan manusia dangkal berwatak barbarian, tidak harus dibiarkan berlaku dlm masyarakat, apa lagi diberi layanan.

2. Novel ini telah diangkat menang hadiah pada tahun 1967, diterbitkan dan berada di pasaran pada 1971, dan pengarangnya, Dato' Abdullah Hussien telah diangkat menjadi Sasterawan Negara, anugerah tertinggi negara yg dikurniakan oleh DYMM YDP Agung. Lalu apa maknya membakar dan menghina gambar Sasterawan Negara ini.

3. TAHNIAH KPD MANUSIA BERNAMA anwar bin ibrahim, KERANA ANDA TELAH BERJAYA MENTERNAK BIBIT KURANG AJAR, MELAHIRKAN SEMULA BUDAYA BARBARIAN, YANG MEMBUAT TUNTUTAN DGN CARA MEMBUTA TULI DAN REBEL DAN TAK MENGHIRAUKAN PERASAAN ORANG LAIN.
APA LAGI SELEPAS INI ?
ADAKAH MEREKA AKAN MEMBAKAR AL-QURAN KERANA DI DALAMNYA ADA AYAT TENTANG "KAFIR ZIMMI" ?
DAN SPT ISU NAMA ALLAH DAN LAIN2, MANUSIA ANWAR INI AKAN TETAP MENYOKONG, SAMADA BERADA DI DEPAN @ DI BELAKANG....
ADAKAH INI MASIH BELUM MAMPU MEMBUKA MATA ?

WAHAI ANAK ANAK BANGSAKU di TG5. Lihatlah lihatlah lihatlah..sedarlah kta..bersatulah kita..bila kamu berjaya kelak jangan lupa jasa Bangsamu..jangan hina Bangsamu..sokonglah BangsaMU, Agamamu..supaya genarasi MELAYU ISLAM terus subur di Bumi TRanah Melayu INI..Mari kita ramai ramai terus menyokong, membeli dan membaca Novel INTELOK..untuk pedoman dan teladan dan kita juga boleh bakar gambar dan tampar gambar Manoharan dan kuncu-kuncunya...bagaimana perasan mereka..MARAH ke...
ByM9 (Sumber http://www.selamatkanrakyatselangor.com)

Tiada ulasan:

Pengikut