Rabu, 12 Januari 2011

DunSemarang

DunSemarang


SOKONGLAH DAP untuk berUBAH jadi..biaDAP

Posted: 11 Jan 2011 04:27 AM PST


Artikel Pisau sebelum ini mendedahkan siri pembohong demi pembohongan yang dibuat oleh Ng Wei Aik :klik sini dan tindakan ganas dan zalim :klik sini

Adun Komtar ini sikapnya sama dengan Guan Eng,kedua duanya paling banyak berbohong,putar belit dan penuh tipu daya untuk memperbodohkan rakyat.
Adakah anda percaya Ng Wei Aik bercakap benar semasa sidang akhbar jam 3 petang tadi, Ng Wei Aik rasis chauvanist ultra kiasu DAP menafikan kononnya beliau ada menyebut kata kata kesat terhadap pemilik restoran Syed Kassali Mohamed Aliyar.

Tindakan beliau mengadakan sidang akhbar bertujuan untuk mengalihkan isu tentang perbuatan beliau yang menyalahi undang undang . Ng Wei Aik tidak menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Ds Reezal Merican:klik sini sebaliknya cuba mengalihkan isu kononnya beliau pula difitnah.

"Tutup Balik India", "Pembunuh Kalau Org Mati, Kamu Boleh Bertanggungjawab Ke" perkataan rasis yang kesat ini dihamburkan terhadap Syed Kassali.

Dalam sidang akhbar tersebut Ng Wei Aik sanggup meletak jawatan sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng jika berjaya dibuktikan, mengapa beliau tidak meletak jawatan sebagai Adun Komtar terus jika berjaya dibuktikan!
Pembohong dan pembelit ini sanggup membuat sidang akhbar ,berbohong kepada kesemua wartawan semata mata mahu menutup pembohongan beliau. Lihat wajahnya dengan angkuh kononnya beliau pula difitnah.Petikan dari Malaysiakini

Sebaliknya, setiausaha politik kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menuntut Kimma dan pihak yang menuduhnya membuat permohonan maaf. "Isu ini dimainkan sejak minggu lalu. Sudah tiba masa untuk menutupnya. Kita tidak mahu buang masa melayan perkara yang tidak berlaku," kata Ng kepada wartawan semalam. Ng juga memberikan Faruk dan pemilik restoran itu, Syed Kassali Mohamed Aliyar tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau mereka akan menghadapi tindakan undang-undang kerana cuba memfitnahnya.-malaysiakini
Taktik ini sudah lama,sudah basi,jangan ingat orang ramai mudah termakan drama kamu wahai Wei Aik. Anda harus ingat mereka ini cukup pandai bermuka muka penuh pembohongan.

Buat pengetahuan anda ramai saksi yang dengar dan nampak salah seorang ialah Khairil Anuar Kamarudin,Timbalan Ketua AMK Cabang Jelutong ini mengaku Ng Wei Aik ada menyebut "pi balik India" kepada Syed Kassali pemilik restoran pada malam kejadian.
Khairil Anuar Tim Ketua AMK Cabang Jelutong

Khairil Anuar berada ditempat kejadian,mendengar dan nampak secara jelas apa yang dilakukan oleh Ng Wei Aik.

Mengapa sidang akhbar hari ini diadakan? Ng Wei Aik dengan berani berdepan dengan wartawan setelah meminta AMK Pulau Pinang membantu menafikan perkara ini. Setelah berpakat bersama AMK beliau telah membuat satu laporan polis pada 7/1/11 . Ng Wei Aik berani membuat satu laporan palsu kepada polis setelah berpakat dengan AMK.

Pisau berasakan Khairil Anuar sebagai seorang pemimpin AMK di peringkat cabang Jelutong harus membuat pengakuan tentang pembohongan yang dilakukan oleh rasis Ng Wei Aik ini. Jangan dibiarkan si rasis ini berleluasa membuat segala tindakan double standart dan secara selektif terhadap peniaga peniaga di sekitar Georgetown

Ng Wei Aik sanggup melakukan sumpah palsu,adakah saudara Khairil Anuar sanggup bersekongkol dengan seorang YB rasis chauvanist ultra kiasu yang menindas zalim dan melakukan pembohongan kepada rakyat?

Akibat tindakan rasis,biadap,kurang ajar dan zalim Adun Komtar ini beliau telah mengheret sekali AMK didalam polemik ini. Bermaruahlah wahai AMK.Adakah anda sanggup bersekongkol dengan rasis chauvanist seperti Ng Wei Aik ini

Ng Wei Aik,adalah elok kamu meletak jawatan sebagai ADUN KOMTAR,kamu benar benar telah berbohong kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.
(Sumber Papa Gomo dan http://www.pisau.net/2011/01/eksklusifrasis-ng-wei-aik-perlu-letak.html).

******Jadikan iktibar Wahai anak BangsaKu...ingatlah..,jangan Mudah Lupa..bahawa zaman Komunis dahulu seperti ini juga keadaanya..penuh kezaliman dan perkauman..kalau gerai CINA kat tepi kaki lima jalan tak berani usik..kalau kena langgar..pemandu yang salah..peniaga tak salah..apatah lagi lagi pemandu itu MELAyU..pasti kena maki hamun..cibai dan suruh balik ke hutan..inilah perangai DAYUS Wong Ta Aik. ByM69.

CakGu Rahim BOLEH...MARKOM salah.? ,,,menasihati rakan-rakan..

Posted: 11 Jan 2011 02:17 AM PST


Sumber Youtube dari http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com
*****Salahkah..DosaKah....sekadar rayuan..jangan menghina Bangsa sendiri..kamu tidak sekolah ker..wahai Guru yang terlibat mencaci menghina kerajaan ini. Adakah Pas dah cukup sempurna..tiada cacat cela..maka sentiasa berhak mencari salah dan silap orang lain. Saya PASTI..Video ini di Upload oleh peserta yang merupakan guru dalam majlis tersebut.inilah agaknya anak murid kelahiran CIKGU RAHIM yang membela kafir Kapal Sink. KALAU tak suka jangan keterlaluan..jangan melampau...berpada=pada. Saya sarankan agar Guru tersebut belajar bahasa asing terutama MANDRIN dan hadiri ceramah DAP..MCA MIC PPP Gerakan...fahami apa yang mereka katakan..baru KAMU akan sedar, siapa mereka sebenarnya..MARKOM berani kamu gertak dan repot POLIS, tetapi kepada yang lain kamu takut dan hormat. Adakah kapasiti Sebagai PENGARAH tidak boleh memberi pandangan, pendapat, dan hujah. Saya bukan pengampu tapi ingin mengatakan yang HAK atas dasar Anak Bangsa dan Agama.ByM69.

Salah KAH..menasihati Melayu...Salahkah Markom...

Posted: 11 Jan 2011 01:20 AM PST

SENAI - Pas Johor membuat laporan polis terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, tiga hari lalu, dengan mendakwa kempen bagi menyokong UMNO dan BN telah dilakukan Pengarah berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, laporan polis itu dibuat kerana Markom didapati berkempen bagi parti berkenaan ketika Markom berada di Tenang.

Antara isi kandungan yang dibuat dalam laporan itu ialah Markom dikatakan berkempen untuk BN di pilihan raya kecil (PRK) N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi BN, memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi BN dalam PRK N05 DUN Tenang dan berkempen kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Ibrahim Labis, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi BN.

Pas Johor juga dalam laporannya yang dibuat pada jam 11 pagi di Balai Polis Labis, memohon agar polis dapat menyiasat perkara itu dan meminta agar tindakan diambil dengan segera.

Sementara itu, Markom ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau menafikan dan tidak menjalankan sebarang kempen seperti mana yang didakwa Pas Johor sebaliknya hanya sekadar memberi ucapan terima kasih kepada kerajaan.

"Saya bukan orang BN atau pun UMNO untuk dikatakan berkempen di Tenang. Saya sekadar memberikan ucapan terima kasih pada kerajaan yang telah banyak memberi jasa pada rakyat dan diri saya sendiri.

"Saya ingin katakan pada orang ramai dan guru-guru saya supaya sokong kerajaan dan kalau kita fikir kebaikan orang Melayu pada masa akan datang kita perlukan perpaduan di kalangan Melayu sendiri.

"Saya tegaskan supaya orang Melayu tuntut ilmu dengan hebat supaya tidak dimonopoli pihak lain. Bangsa Melayu mesti bersatu dan yang telah berjaya satukan orang Melayu adalah di bawah pimpinan UMNO," katanya.

Menurut Markom, pada 31 Disember lalu beliau diminta memberikan ucapan oleh imam masjid selepas sembahyang Jumaat di masjid Kampung Tenang.

Beliau berkata, kehadirannya memberi ucapan hanya pada hari berkenaan iaitu di masjid Kampung Tenang dan tiada ucapan diberi di tempat-tempat lain.

Dalam ucapan yang disampaikan itu menjurus kepada tajuk "Tuntutan Masjid Terhadap Tanah Rizab Sekolah Sebagai Rizab Tambahan Sekolah" dan kemudian beliau juga berucap mengenai orang Melayu dan agama Islam selain sekadar mengingatkan orang ramai untuk berterima kasih pada kerajaan.

"Terpulang pada mereka jika hendak membuat laporan polis atau telah membuat laporan polis. Saya tidak berkempen, tiada sepanduk, tiada kain rentang atau apa-apa surat jemputan dikeluarkan yang mempunyai unsur-unsur kempen," katanya.

Seramai 20 ahli Pas hadir bersama membuat laporan polis berkenaan selain turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamad dan Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman. (Sumber Berita dari SINAR)

Tiada ulasan:

Pengikut