Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 26 November 2010

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

0 ulasan
sumber :-

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


anak ibu nak berkhatan...

Posted: 26 Nov 2010 04:47 AM PST

kurang lagi 24jam Haiqal dan hakim akan dikhatankan....

bercampur-campur perasaan aku.....
semalam aku dapat luangkan masa sebelum mesyuarat 4B berbual-bual dengan abang long di dapur ..mak pun ada skali..

ada ke banyak2 soalan dia boleh tanya "ibu,bila abang long dah bersunat nanti abang long ada perasaan eh..." hahhaaaa..tergelak besar mak.

aku pun tergelak..tapi dalam hati aku musykil pulak...perasaan apa yang dia maksudkan tu.....

jeng jeng...jeng.........

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Syed Ali sangkal tuduhan PKR Dr. Mahathir punca Melayu mundur

Posted: 25 Nov 2010 08:35 PM PST

TUDUHAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya menjadi punca kemunduran orang Melayu adalah tidak berasas dan berniat memesongkan fakta sejarah.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, selama lebih 22 tahun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya membangunkan negara dan membina jati diri rakyat terutama orang Melayu.

"Hasil pemikiran, perancangan dan pengorbanan Dr. Mahathir, Malaysia berjaya membebaskan dirinya daripada kepompong sempit dan kini menjadi antara negara tersohor di serata dunia," tegasnya.

Beliau berkata, semua pihak mengakui orang Melayu telah 'dibangkitkan' oleh Dr. Mahathir terutama dalam sektor ekonomi sehingga berjaya melahirkan golongan bumiputera sebagai penarajui dan pemain utama dalam sektor tersebut.

Oleh itu jelasnya, tuduhan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhamad Nur Manuty bahawa Dr. Mahathir penyebab mundurnya orang Melayu hanya dakwaan karut dan bermotifkan politik.

Dr. Muhamad dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh laman web The Malaysian Insider semalam turut menasihatkan Dr. Mahathir supaya melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca perpecahan bahkan kemunduran orang Melayu dan jangan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khususnya kepada Allah S.W.T. sebagai persiapan menemui-Nya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah S.W.T," kata Dr. Muhamad.

Beliau juga mendakwa Dr. Mahathir bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar.

Sambil menyelar tuduhan tersebut, Syed Ali berkata perpecahan antara kaum di negara ini sebenarnya telah disemarakkan oleh parti-parti pembangkang terutama PKR dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Budaya songsang PKR bertentangan dengan adat orang Melayu

"Sebelum kehadiran PKR, rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup dalam suasana aman damai walaupun pada ketika itu sudah ada parti pembangkang seperti DAP dan PAS," katanya.

Beliau mendakwa, kumpulan reformasi pro-Anwar yang kemudiaanya bergerak dalam PKR sebenarnya bertanggungjawab mempelopori budaya ganas dan berpolitik ala-samseng di negara ini.

"Sehingga ke hari ini, budaya ganas dan ala-samseng masih menjadi amalan biasa dalam PKR dan kebenarannya dapat dilihat semasa pemilihan parti itu baru-baru ini," ujarnya.

Beliau berkata, budaya songsang dipelopori PKR itu sebenarnya tidak sesuai kepada masyarakat Melayu di negara ini malah bertentangan dengan adat sopan dan nilai pekerti mulia.

Syed Ali menambah, jika Anwar tidak berniat mencetuskan suasana kacau bilau di dalam negara, beliau sudah tentu tidak tergamak untuk menghancurkan bangsanya sendiri dan memburukkan imej Malaysia di luar negara.

Katanya lagi, Anwar bukan setakat merosakkan perpaduan orang Melayu dan memecahbelahkan penyatuan umat Islam, malah sanggup bersubahat dengan DAP yang sudah terbukti memusuhi orang Melayu.

"Ketika DAP menghina dan mengaibkan institusi Raja-Raja Melayu, Anwar sekadar membisu, ketika Melayu di Pulau Pinang dijadikan seperti hamba abdi oleh DAP, Anwar tidak berani bersuara, inikah pemimpin yang dikatakan berjuang untuk bangsanya?

Mengenai kes liwat pertama yang dikatakan sengaja difitnah, Syed Ali menjelaskan mahkamah telah mensabitkan Anwar bersalah dalam kes itu dan ia dibuat berdasarkan kepada keluhuran undang-undang.

Bagaimanapun katanya, sudah menjadi kelaziman pemimpin PKR akan mengatakan mahkamah di negara ini adil dan bersih jika apa jua keputusan memihak dan memberi keutungan kepada mereka.

"Jika Anwar berasa tidak bersalah, sebagai orang Islam, beliau sewajarnya bersumpah menggunakan kitab suci al-quran bagi membersihkan dirirnya. Tetapi sehingga sekarang beliau tidak berani berbuat demikian," katanya.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


JUMLAH PEMILIH PENENTU PERSEMPADANAN

Posted: 25 Nov 2010 06:47 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat berdasarkan jumlah pemilih sesuatu lokasi. Najib berkata, ketentuan itu selari dengan prinsip dan tatacara persempadanan seperti yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas, Bahagian I dan II Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam melaksanakan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya tersebut, SPR akan melihat keseluruhan persempadanan di s

eluruh negara tanpa menumpukan pada sesuatu bahagian pilihan raya sahaja. Nisbah perbezaan "rural-weightage" yang diberi kepada kawasan Parlimen di luar bandar berbanding bandar serta langkah SPR bagi memastikan jumlah pengundi yang seimbang di semua kawasan pilihan raya dalam proses persempadanan semula akan datang.

Datuk Seri Najib berkata, kriteria kawasan pilihan raya bagi sesebuah Parlimen di bandar ialah mempunyai pemilih berjumlah 60,000 orang ke atas, berkeluasan di antara lapan dan 49 kilometer (km) persegi manakala jumlah pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bandar ialah 25,000 orang ke atas.

Bagi kategori separuh bandar pula, ia perlu mempunyai keluasan di antara 50 dan 250km persegi dengan jumlah pemilih bagi kawasan Parlimen berjumlah 30,000 hingga 59,000 orang manakala jumlah pemilih DUN ditetapkan di antara 15,000 dan 24,000 orang.

Bagi kategori luar bandar dan pedalaman pula, ia terletak dalam kawasan kurang daripada 250km persegi dengan jumlah pengundi Parlimen di bawah 30,000 orang manakala jumlah pemilih DUN kategori itu berjumlah di bawah 15,000 orang.

Bagaimanapun, penentuan kawasan itu tidak termasuk bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber Berita – BERNAMA

Sayap Parti

Bahagian