Khamis, 25 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KALAU SAYA JADI PM........

Posted: 24 Nov 2010 07:42 PM PST

Apa kata Dr Mahathir mengenai spekulasi pilihanraya…


"Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu,".Itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai desas desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan pilihsnraya bersama.

Menurutnya Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang berakhir.
"Tetapi di sini (Semenanjung) ada pilihan," katanya.
Dr Mahathir juga berkata kejayaan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi di Sabah pada 4 November lepas tidak harus dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat.
Katanya kerajaan Barisan Nasional masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi meraih sokongan rakyat supaya lebih ramai rakyat kembali kepada parti itu.
"Kita dapat kemenangan di sesuatu tempat tidak boleh jadikan ukuran (sokongan). Faktor-faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain.
"Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman Selasa.
Sementara itu ditanya mengenai gesaan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang ke luar negara untuk elaknya dari memburukkan lagi negara Dr Mahathir berkata pihak luar semakin tidak percaya kepadanya maka kerajaan tidak perlu bimbang.

Lagipun, katanya jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.
"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya.
Dr Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendapat imej yang negatif.
Dr Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.
Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.
"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.
"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu," katanya.
Menurutnya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.
Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.
"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan.
"Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli," katanya.-23/11/2010
Harap…jangan tak harap pilihanraya umum ke 13 segera

Bukan susah sangat nak faham kenapa Pakatan Rakyat (PR) harap sangat pilihan raya umum (PRU) ke 13 diadakan segera walhal tempoh berakhir lima tahun penggal parlimen pada Mac 2013 masih nun jauh.
Selain mahu menebus kegagalan Pelan 16 September 2008 untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang, sebenarnya PR semakin tertekan dengan isu yang membelenggu mereka terutama berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.
Siapa yang boleh tutup drama pemilihan PKR yang dikatakan telah membuka mata ramai orang terhadap warna sebenar parti itu yang sebelum ini canang ia pejuang ketelusan dan hak individu.
Tak salah untuk buat andaian bagi Anwar sendiri tentunya PRU13 yang awal beri pengharapan pada kes liwatnya yang sedang dibicarakan.


Senang cakap boleh agak sendiri apa jadi pada kes itu jika PR dapat melangkah ke Putrajaya.


Menariknya, PR juga pukul gendang PRU akan diadakan tahun depan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umum di hari akhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang melawat setiap negeri mulai awal Januari
Persoalannya apakah DAP dan PAS juga setuju PRU ke 13 diadakan lebih awal?


Ambil kira keputusan yang terbit dari mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada Rabu, kedua-dua parti itujuga nampaknya turut berharap pilihan raya umum diadakan dalam waktu terdekat..
Mesyuarat yang antara lain bagi menggerakkan 'enjin' menghadapi PRU ke 13 itu di pengerusikan Anwar di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen.Lim Kit Siang mewakili DAP manakala Nasarudin Md Isa mewakili PAS.


Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Anwar mengakui mesyuarat itu membincangkan persiapan pilihan raya umum.


Langkah permulaan ialah mengadakan Perhimpunan Rakyat pada 18 Disember dan Konvensyen PR ke 2 di Pulau Pinang pada hari berikut.
PR juga sudah menubuhkan jawatankuasa bagi persiapan pilihan raya di Sarawak yang mesti diadakan sebelum Julai tahun depan..
Selari dengan program turun ke negeri-negeri Perdana Menteri dan timbalannya,PR juga merancang mengadakan road show di setiap negeri pada masa sama.
Bagaimanapun soal pembahagian kerusi antara PKR,DAP dan PAS, perkara itu belum diputuskan lagi.
Nasarudin yang diminta Anwar menjawab soalan Agendadaily mengenai hal itu memberitahu, setakat ini persiapan lebih kepada menyediakan prasarana dari segi persefahaman antara negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
"Ini diberi keutamaan sekarang. Insyaallah di masa lain akan menyusul soal itu (pembahagian kerusi)," katanya.
Menjawab soalan lain, Anwar cuba meyakinkan bahawa masalah dalaman PKR ekoran pemilihan parti itu yang haru biru dan dicemari kepincangan tidak akan menjejaskan usaha perikatan tiga parti itu untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti.
Beliau mendakwa BN akan menggunakan apa sahaja taktik untuk menjatuhkan PR.
"Saya pasti bukan ini sahaja satu-satunya isu (dibawa BN). Apabila saya pergi ke Australia, ia menjadi satu isu, apabila (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) Hillary Clinton menghubungi saya, ia menjadi isu.
"Apabila saya bercakap dengan (Menteri Luar Australia) Kevin Rudd, ia menjadi satu isu, apabila Sky News atau ABC News menemu bual saya, ia juga menjadi satu isu.
"Tetapi TV3 tidak menemu bual saya... saya bersedia jika mahu menemu bual saya. Malah, Astro Awani pun tidak menemu bual saya. Tidak ada masalah.
"Saya merasakan mereka akan menggunakan sebanyak isu yang mereka boleh gunakan," kata Anwar.
"Mereka menggunakan apa sahaja situasi, jadi saya merasakan kami sudah bersedia.
"Apa yang kami alami sekarang lebih kecil berbanding apa yang kami hadapi ketika pilihan raya umum 2008?
"Mereka sering menyerang PAS, DAP dan PKR tetapi saya merasakan rakyat tidak boleh diperbodohkan begitu sahaja," kata beliau.
Tengok gaya macam pemimpin PR begitu yakin Perdana Menteri akan bubar Parlimen dalam tempoh terdekat untuk PRU13.
Ada juga pemerhati politik yang melihat bagi Anwar dan Kit Siang, pilihan raya umum akan datang adalah 'bas terakhir' mereka untuk mengejar impian ke Putrajaya.


Kata orang bagi mereka …lagi cepat lagi baik..-25/11/2010

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU.

Posted: 24 Nov 2010 07:38 PM PST

Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

"Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

"Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Okt lepas memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan itu memandang serius kewujudan jumlah jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.

Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu.

"Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara," menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.

"Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu," menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika para pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.

"Raja-Raja Melayu berdoa agar Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.

"Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala," menurut kenyataan itu.

Lim Chong Eu meninggal dunia

Posted: 24 Nov 2010 07:30 PM PST

pix_gal0




2010/11/25

GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, 91, meninggal dunia di kediamannya di Tanjung Bungah di sini, malam tadi, selepas hampir sebulan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mendiang yang dimasukkan ke HPP sejak 26 Oktober lalu kerana diserang angin ahmar, dibawa pulang ke rumah pada jam 7 malam tadi selepas keadaannya semakin tenat, dan disahkan meninggal dunia jam 9 malam.
Anak mendiang, Chien Aun mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 9 malam ketika semua ahli keluarga berada di sisinya.
"Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, esok (hari ini)," katanya kepada pemberita di kediaman bapanya malam tadi.

Chong Eu menjadi Ketua Menteri yang kedua selama 21 tahun, bermula 12 Mei 1969 hingga 25 Oktober 1990 bagi menggantikan Tan Sri Wong Pow Nee.

Mendiang menerajui GERAKAN sembilan tahun mulai 1971 dan di bawah kepimpinannya, GERAKAN menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972.

Chong Eu dilahirkan pada 28 Mei 1919, di sini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free School sebelum mendapat Biasiswa Ratu pada 1937 bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan d Universiti Edinburgh, Scotland.
Mendiang mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944 dan aktif dalam perkhidmatan awam termasuk dilantik ke majlis perundangan negeri pada 1949.

Mendiang adalah Canselor pertama Universiti Terbuka Wawasan dan menyandang jawatan Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dari 1994 hingga 1999.

Chong Eu berkahwin dengan Toh Puan Goh Sing Yeng dan dikurniakan empat anak, masing-masing dua anak lelaki dan perempuan - Chien Aun dan Chien Cheng serta Pao Lin dan Pao Yen.

PERLUKAH ROMBAKAN ?

Posted: 24 Nov 2010 07:22 PM PST

                    KABINET

Najib kata laporan mengenai rombakan hanya khabar angin…

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan kabinet dan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata.

"Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di sini Isnin apabila ditanya mengenai laporan itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.

Bernama melaporkan, laporan yang tidak memetik sebarang sumber, menyebut bahawa rombakan itu adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ditanya mengenai langkah Barisan Nasional meminda perlembagaannya supaya ia lebih inklusif dan terbuka kepada semua rakyat, beliau berkata itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya."

"Ini adalah satu penambahbaikan politik BN. Pilihan raya adalah satu hal yang lain," kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Beliau berkata penambahbaikan politik itu sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun ini bagi menjadikan
Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Mengenai sokongan kepada BN ekoran kemenangannya dalam pilihan raya kecil di Galas dan di Batu Sapi baru-baru ini, Najib berkata keputusan itu menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat.

"Namun, kita tidak boleh ambil mudah dan menganggap kita sudah capai semuanya. Kita perlu teruskan usaha kerana kita sudah ada momentum bagi Program Transoformasi Kerajaan, dan kita sedang mendapatkan momentum Program Transformasi Ekonomi, dan sekarang kita perlu pastikan (kejayaan) momentum politik," katanya.

Mengenai langkah BN meminda perlembagaannya untuk menerima ahli bersekutu dan ahli gabungan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan parti komponen mengenai calon dalam pilihan raya umum, Najib berkata BN akan menjelaskan mengenai kelayakan bagi ahli bersekutu dan ahli gabungan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Beliau berkata bahawa pada asasnya, seseorang yang ingin bertanding sebagai calon BN mestilah menjadi ahli parti komponennya, dan sekiranya dalam kes-kes terpencil apabila tidak ada parti komponen yang mahu meletakkan calon di kawasan yang ditetapkan untuknya, maka kerusi itu akan dipertimbangkan oleh Dewan Tertinggi BN.

Keputusan untuk menyerahkan mana-mana kerusi kepada ahli bersekutu atau ahli gabungan hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan dengan semua komponen BN dan berdasarakan semangat BN, kata Najib.

"Kita tidak akan ambil kerusi daripada parti komponen BN dan menyerahkannya kepada ahli bersekutu dan ahli gabungan. Itu tidak betul," katanya.

Diminta mengulas mengenai kegagalan rakyat negara ini membayar balik pinjaman bank dan kad kredit akibat kos perubatan yang tinggi, Najib berkata rakyat perlu bijak membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital tertentu.

Katanya sistem hospital di negara ini adalah yang terbaik di dunia namun mengalami kekangan disebabkan hospital perlu menyediakan perkhidmatan kepada bilangan pesakit yang begitu ramai.-22/11/2010







umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Anwar suka berangan-angan – Syed Ali

Posted: 24 Nov 2010 07:00 PM PST

DATUK Seri Anwar Ibrahim disifatkan masih perasan dirinya berpengaruh walhal kerdibilitinya sudah hancur dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ditolak rakyat, kata Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurutnya, Penasihat Umum PKR itu hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat terutama orang Melayu.

Beliau berkata, Anwar mengamalkan politik pecah perintah bagi mencapai cita-citanya termasuk sanggup bersubahat dengan DAP, sebuah parti perkauman yang sentiasa mempertikaikan hak orang Melayu.

Oleh sebab itu jelas beliau, Anwar tidak ambil kisah mengenai desakan pemimpin PKR yang mahukan beliau mengundur diri kerana menjadi penyebab kepada kehancuran parti itu.

"Ini menunjukkan Anwar menguasai PKR secara diktator, hanya beliau sahaja yang betul manakala orang lain termasuk pemimpinnya sendiri dianggap budak suruhan," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, apa yang disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya pemimpin PKR bertaubat dan parti itu dibubarkan adalah wajar.

Tetapi malangnya kata beliau, Anwar berasakan dirinya masih hebat dengan menganggap orang lain begitu fobio dengan dirinya.

Sebaliknya hujah beliau, Anwar yang kali kedua diheret dalam kes meliwat sepatutnya insaf bahawa moral beliau sudah hancur dan perlakuan politiknya tidak disenangi oleh orang Melayu di negara ini.

"Tidak ada siapa pun yang teruja atau fobia dengan Anwar, dia sahaja merasakan dirinya masih berpengaruh, inilah masalahnya orang yang suka berangan-angan," tegasnya.

Menurut Syed Ali lagi, Anwar masih berangan-angan untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan menjadi Perdana Menteri.

Bagi mencapai hasratnya itu jelas Syed Ali, Anwar sanggup mengkhianati perjuangan bangsanya sendiri termasuk mengemis simpati kuasa asing.

"Dulu pun beliau sudah bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri dengan Misi 16 September, tetapi terbukti ia hanya cerita lawak dan satu pembohongan," katanya.

DunSemarang

DunSemarang


Pertandingan KOULEM (Kolam) anjuran PPP.Kelab Belia Bell dan UMNO Ayer Hitam

Posted: 24 Nov 2010 02:47 AM PST

21.11.2010 Yong Peng Pertandingan Tradisional masyarakat Tamil(India) dinamakan KOULEM telah diadakan di Yong Peng. Para peserta terdiri dari kanak-kanak masyarakat Tamil sekitar Yong Peng dan Parlimen Ayer Hitam. Pertandingan Koulem ini adalah anjuran PPP Bhg Ayer Hitam bersama Kelab belia Bell Yong Peng, serta UMNO Ayer Hitam.YB Datuk WKS menutup rasmi program lni pada jam 1.30 ptg dengan slogan 1 MALAYSIA.Semuga Semangat Satu Malaysia menjadi satu identiti baru rakyat Malaysia, jangan setakat di bibir sahaja.(Sumber Berita SuBAH Halid) ByM69Aaaaa.....ni la hasil karya yang menang peretandingan Koulem tu. Cantik kan?......1 Malaysia.Puan Wahida Ketua Wanita PPP tu senyum lebar sbb projeknya menjadi. Tahniah PPP

Pengikut