umno bahagian cheras |
Anwar suka berangan-angan – Syed Ali Posted: 24 Nov 2010 07:00 PM PST DATUK Seri Anwar Ibrahim disifatkan masih perasan dirinya berpengaruh walhal kerdibilitinya sudah hancur dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ditolak rakyat, kata Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Menurutnya, Penasihat Umum PKR itu hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat terutama orang Melayu. Beliau berkata, Anwar mengamalkan politik pecah perintah bagi mencapai cita-citanya termasuk sanggup bersubahat dengan DAP, sebuah parti perkauman yang sentiasa mempertikaikan hak orang Melayu. Oleh sebab itu jelas beliau, Anwar tidak ambil kisah mengenai desakan pemimpin PKR yang mahukan beliau mengundur diri kerana menjadi penyebab kepada kehancuran parti itu. "Ini menunjukkan Anwar menguasai PKR secara diktator, hanya beliau sahaja yang betul manakala orang lain termasuk pemimpinnya sendiri dianggap budak suruhan," ujarnya. Sehubungan itu katanya, apa yang disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya pemimpin PKR bertaubat dan parti itu dibubarkan adalah wajar. Tetapi malangnya kata beliau, Anwar berasakan dirinya masih hebat dengan menganggap orang lain begitu fobio dengan dirinya. Sebaliknya hujah beliau, Anwar yang kali kedua diheret dalam kes meliwat sepatutnya insaf bahawa moral beliau sudah hancur dan perlakuan politiknya tidak disenangi oleh orang Melayu di negara ini. "Tidak ada siapa pun yang teruja atau fobia dengan Anwar, dia sahaja merasakan dirinya masih berpengaruh, inilah masalahnya orang yang suka berangan-angan," tegasnya. Menurut Syed Ali lagi, Anwar masih berangan-angan untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan menjadi Perdana Menteri. Bagi mencapai hasratnya itu jelas Syed Ali, Anwar sanggup mengkhianati perjuangan bangsanya sendiri termasuk mengemis simpati kuasa asing. "Dulu pun beliau sudah bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri dengan Misi 16 September, tetapi terbukti ia hanya cerita lawak dan satu pembohongan," katanya. |
You are subscribed to email updates from umno bahagian cheras To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan