Rabu, 17 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DAP KOMUNIS DALANG JAMUAN KEK ANTI MENARA

Posted: 17 Nov 2010 07:37 AM PST



WEDNESDAY, NOVEMBER 17, 2010

DAP KOMUNIS DALANG JAMUAN KEK ANTI MENARA


1. DAP semakin biadap. Hari ini puak Komunis ini menganjurkan satu jamuan kek untuk meraikan sebulan penubuhan kumpulan itu di alam maya. >>>BERITA PENUH DI SINI<<<

2. Jamuan itu diadakan dibeberapa tempat di seluruh negara. Di Kampar Perak, ada pelajar dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dikesan terlibat. Namun pihak Universiti telah mengeluarkan amaran keras kepada pelajar mereka supaya tidak turut serta dalam jamuan tersebut.


JPX

SHAMSUL ISKANDAR: KENAPA MASAM MUKA???

Posted: 17 Nov 2010 07:35 AM PST



1. Tahniah JPX ucapkan kepada Shamsul Iskandar yang dapat anak baru. JPX baru balik dari kenduri Cukur Jambul anaknya yang diadakan di rumah Pak Mertuanya. Untuk pengetahuan semua, Shamsul ini kita orang kampung JPX juga.


JPX

PKR DI HUJUNG NYAWA : LEBIH RAMAI AKAN KELUAR PARTI

Posted: 17 Nov 2010 07:31 AM PST




1. Belum pun sampai masa matangnya, Parti Keadilan Rakyat sudah sampai waktu menopause. Kepincangan dan kekalutan, sama ada dari kalangan pemimpin mahupun yang dipimpim jelas menunjukan bahawa PKR ini tidak akan bertahan untuk satu jangka masa yang panjang.

2. Parti ini ditubuhkan semata-mata untuk membela seoarang peliwat. Peliwat itu menggunakan kepandaianya dan kebijaksanaanya untuk membodohkan rakyat supaya "berjuang" menentang kerajaan. Namun, negara ada undang-undang dan penjahat mesti dapat hukumannya.

3. Awal penubuhan PKR, ramai cerdik pandai dan "orang kanan" kerajaan turut sama terjebak dalam perangkap Sang Peliwat ini. Namun dari masa ke semasa, seorang demi seorang sedar dan terus meninggalkan "perjuangan" mereka bersama PKR.

4. JPX dapat rasakan bahawa sebab utama mereka meninggalkan PKR adalah Anwar Ibrahim itu sendiri. Sikap yang tamak haloba dan mahu semua orang mengikut perintah Sang Peliwat itu membuatkan tidak kira pemimpin atau ahlinya muak.

5. Antara sebab lain, mereka juga merasakan tertipu dengan sandiwara dan cerita bohong Sang Peliwat. Seperti contoh, Sang Peliwat berdusta tentang 16 September dan hanya berdiam diri bila perkara ini tidak berlaku.

6. Satu lagi contoh, SUMPAH LAKHNAT. Mengapa sampai hari ini, Sang Peliwat ini tidak mahu bersumpah??? Ahli PKR dan orang ramai sudah pasti akan lebih yakin dengan dia jika berani untuk bersumpah tidak meliwat. Perangai dan perbuatan dia terus menjadi kebencian dan meninggalkan PKR adalah jalan terbaik!!!

7. Banyak lagi sebab mengapa ramai yang telah meniggalkan PKR dan segala sebab itu adalah punca Anwar Ibrahim dan kaum keluarganya. Maka tidak hairanlah lagi akan meninggalkan PKR dan Parti ini akan terus berkubur.

8. Di sini JPX pautkan link dari Anak Seberang, senarai nama mereka yang telah tertipu dan telah sedar bahawa Anwar Ibrahim itu PEMBOHONG BESAR AKHIR ZAMAN. >>> SENARAINYA DI SINI<<<

9. Mereka ini telah sedar, pada yang masih belom, anda bila lagi???

JPX

Perjuangan Tanpa Batasan

Perjuangan Tanpa Batasan


QURBAN PERDANA Pemuda UMNO Lembah Pantai

Posted: 17 Nov 2010 09:21 AM PST




'Hj M Sazali yg telah byk berkorban utk Perg UMNO Bahagian'
Sambutan yang cukup hebat dari warga Apartment Abdullah Hukum pada Program QURBAN PERDANA Pemuda UMNO Lembah Pantai yang diilhamkan Tuan Hj M Sazali Kamilan.Ini adalah tahun ke 2 berturut-turut ia berlangsung..Turut membantu Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang membantu dari mula hingga akhir..Dan yang paling membanggakan sekali kesudian YB Senator Dato' Raja Nong Chik serta Isteri turut serta dalam program tersebut.Tahniah semua..

'Puteri Lembah Pantai yg tekun membantu'

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Anwar Burukkan Negara Sendiri, Lagi

Posted: 17 Nov 2010 05:56 AM PST

Kita semua kenal dengan Anwar, jenis manusia yang sanggup bakar kelambu semata-mata nak bunuh nyamuk seekor. Kita juga lama tahu bahawa kematian Teoh Beng Hock itu sengaja dipolitikkan bagi memberi keuntungan politik kepada pembangkang. Justeru itu bila Anwar merujuk kan kematian Teoh Beng Hock sebagai "kes pembunuhan yang tidak terjawab" dalam temuramah dengan Sydney Morning Post ini, sepatutnya kita tidak rasa terkejut, mengetahui latar belakang Anwar yang sedemikian. Dalam bercakap tentang pembebasan Aung San Suu Kyi, sempat juga Anwar mencipta fitnah ke atas negaranya sendiri, apa punya manusiala Anwar ni.

Walaupun tiada nama yang disebut, tapi siapa lagi yang terjun daripada pejabat SPRM tahun lepas kalau bukan Teoh Beng Hock. Tak cukup dengan itu, ayat yang digunakan oleh Anwar dalam temuramah itu ialah "many unexplained murders", seolahnya banyak betul kematian tak terjawab berlaku dalam Malaysia ini sehingga boleh menekan sistem demokrasi di Malaysia.

Ini bukan kali pertama Anwar burukkan negara sendiri di luar negara, baru-baru ini pun dia ada buat yang sama di Indonesia.

Untuk mengatakan tiada apa dibuat ke atas kematian Teoh Beng Hock, itu adalah tidak benar, Anwar pun tahu. Satu Malaysia tahu bahawa ada inkues yang sedang dijalankan untuk menyiasat punca kematian mendiang Teoh. Setakat yang didedahkan, kematian mendiang Teoh adalah lebih kepada bunuh diri, bukannya dibunuh. Kes yang hangat bagai gereng pisang panas satu ketika dulu pun sekarang dah suam-suam kuku sebab tak nampak lagi dah macam mana nak disensasikan sejak penemuan nota bunuh diri yang dikemukakan pihak polis.

Latar belakang kes kematian ini pun tidak membabitkan demokrasi sebaliknya cubaan nak tutup salah guna kuasa ahli politik pembangkang pimpinan Anwar.

Belah yang ini pun Anwar dah salah, apatah lagi soal 'banyaknya pembunuhan tidak terjawab' yang disebut Anwar dalam artikel tersebut. Memandangkan artikel ini membincangkan tentang pembebasan Aung San Suu Kyi, kita yakin Anwar tak merujuk kepada kejadian bunuh biasa, dia merujuk kepada pembunuhan politik kononnya nak menghalang demokrasi di negara ini.

Mudah kata, Anwar cuba memberi gambaran seolahnya di Malaysia pembunuhan politik ini berlaku secara berleluasa. Sebab itu istilah 'unexplained murder' digunakan. Dia cuba menimbulkan ketakutan antarabangsa seolahnya satu regim ganas yang menekan demokrasi di Mynmar juga sedang melakukan yang sama di Malaysia dan maka itu negara-negara seperti Australia perlu membantunya menjadi Perdana Menteri bagi 'memulihkan keadaan'. Nak pulih apa, negara ini takde masalah, hanya bermasalah bila Anwar mula meliwat, semula.

Satu yang menarik dalam artikel itu ialah Anwar yang cuba menunjukkan jaguh dalam memperjuangkan demokrasi sedangkan sedikit atau tidak langsung diketahui oleh akhbar Australia tersebut bahawa Anwar sendiri menjadi diktator dalam parti yang dipimpinnya sendiri bila melantik dirinya sebagai Penasihat Umum – jawatan yang tidak boleh ditandingi dan berkuasa menentukan siapa yang patut menjadi apa dan memegang apa jawatan.

Keseluruhan sistem pemilihan parti pimpinan Anwar Ibrahim hanyalah satu lakonan seolah wujudnya demokrasi kerana hakikat sebenarnya Anwarlah yang mengawal segala susun atur kepimpinan tersebut – daripada pembancuh teh sampaila kepada timbalan dan Presiden parti. Kalau dia jadi Perdana Menteri, demokrasi di Malaysia hanya tinggal nama mengambil kira amalan diktator dalam partinya sendiri, ini yang masyarakat antarabangsa perlu bimbang.

Jelaslah, tuduhan Anwar bahawa banyaknya 'pembunuhan yang tidak dijawab' berlaku dalam Malaysia sehingga mengancam demokrasi dalam temuramah dengan media Australia tersebut menunjukkan kejahilan dengan sengaja untuk memberi gambaran buruk kepada negaranya sendiri.
Dah mabuk sangat nak berkuasa sampaikan negara sendiri pun difitnahnya, macam ini nak jadi Perdana Menteri? Fitnah satu hal, cakap bohong satu hal lain.

Oleh: Adamyan

Pengikut