Apo Kono Eh Jang! |
Anwar Burukkan Negara Sendiri, Lagi Posted: 17 Nov 2010 05:56 AM PST Kita semua kenal dengan Anwar, jenis manusia yang sanggup bakar kelambu semata-mata nak bunuh nyamuk seekor. Kita juga lama tahu bahawa kematian Teoh Beng Hock itu sengaja dipolitikkan bagi memberi keuntungan politik kepada pembangkang. Justeru itu bila Anwar merujuk kan kematian Teoh Beng Hock sebagai "kes pembunuhan yang tidak terjawab" dalam temuramah dengan Sydney Morning Post ini, sepatutnya kita tidak rasa terkejut, mengetahui latar belakang Anwar yang sedemikian. Dalam bercakap tentang pembebasan Aung San Suu Kyi, sempat juga Anwar mencipta fitnah ke atas negaranya sendiri, apa punya manusiala Anwar ni. Walaupun tiada nama yang disebut, tapi siapa lagi yang terjun daripada pejabat SPRM tahun lepas kalau bukan Teoh Beng Hock. Tak cukup dengan itu, ayat yang digunakan oleh Anwar dalam temuramah itu ialah "many unexplained murders", seolahnya banyak betul kematian tak terjawab berlaku dalam Malaysia ini sehingga boleh menekan sistem demokrasi di Malaysia. Ini bukan kali pertama Anwar burukkan negara sendiri di luar negara, baru-baru ini pun dia ada buat yang sama di Indonesia. Untuk mengatakan tiada apa dibuat ke atas kematian Teoh Beng Hock, itu adalah tidak benar, Anwar pun tahu. Satu Malaysia tahu bahawa ada inkues yang sedang dijalankan untuk menyiasat punca kematian mendiang Teoh. Setakat yang didedahkan, kematian mendiang Teoh adalah lebih kepada bunuh diri, bukannya dibunuh. Kes yang hangat bagai gereng pisang panas satu ketika dulu pun sekarang dah suam-suam kuku sebab tak nampak lagi dah macam mana nak disensasikan sejak penemuan nota bunuh diri yang dikemukakan pihak polis. Latar belakang kes kematian ini pun tidak membabitkan demokrasi sebaliknya cubaan nak tutup salah guna kuasa ahli politik pembangkang pimpinan Anwar. Belah yang ini pun Anwar dah salah, apatah lagi soal 'banyaknya pembunuhan tidak terjawab' yang disebut Anwar dalam artikel tersebut. Memandangkan artikel ini membincangkan tentang pembebasan Aung San Suu Kyi, kita yakin Anwar tak merujuk kepada kejadian bunuh biasa, dia merujuk kepada pembunuhan politik kononnya nak menghalang demokrasi di negara ini. Mudah kata, Anwar cuba memberi gambaran seolahnya di Malaysia pembunuhan politik ini berlaku secara berleluasa. Sebab itu istilah 'unexplained murder' digunakan. Dia cuba menimbulkan ketakutan antarabangsa seolahnya satu regim ganas yang menekan demokrasi di Mynmar juga sedang melakukan yang sama di Malaysia dan maka itu negara-negara seperti Australia perlu membantunya menjadi Perdana Menteri bagi 'memulihkan keadaan'. Nak pulih apa, negara ini takde masalah, hanya bermasalah bila Anwar mula meliwat, semula. Satu yang menarik dalam artikel itu ialah Anwar yang cuba menunjukkan jaguh dalam memperjuangkan demokrasi sedangkan sedikit atau tidak langsung diketahui oleh akhbar Australia tersebut bahawa Anwar sendiri menjadi diktator dalam parti yang dipimpinnya sendiri bila melantik dirinya sebagai Penasihat Umum – jawatan yang tidak boleh ditandingi dan berkuasa menentukan siapa yang patut menjadi apa dan memegang apa jawatan. Keseluruhan sistem pemilihan parti pimpinan Anwar Ibrahim hanyalah satu lakonan seolah wujudnya demokrasi kerana hakikat sebenarnya Anwarlah yang mengawal segala susun atur kepimpinan tersebut – daripada pembancuh teh sampaila kepada timbalan dan Presiden parti. Kalau dia jadi Perdana Menteri, demokrasi di Malaysia hanya tinggal nama mengambil kira amalan diktator dalam partinya sendiri, ini yang masyarakat antarabangsa perlu bimbang. Jelaslah, tuduhan Anwar bahawa banyaknya 'pembunuhan yang tidak dijawab' berlaku dalam Malaysia sehingga mengancam demokrasi dalam temuramah dengan media Australia tersebut menunjukkan kejahilan dengan sengaja untuk memberi gambaran buruk kepada negaranya sendiri. Dah mabuk sangat nak berkuasa sampaikan negara sendiri pun difitnahnya, macam ini nak jadi Perdana Menteri? Fitnah satu hal, cakap bohong satu hal lain. Oleh: Adamyan |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan