Khamis, 11 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Perubahan kepimpinan UMNO negeri 26 Nov.?

Posted: 11 Nov 2010 03:43 PM PST

 Adakah mereka dinaikkan jawatan atau diganti?

Ketika ini jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor disandang oleh Datuk Seri Noh Omar, Wilayah Persekutuan (Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin), Pulau Pinang (Datuk Zainal Abidin Othman), Terengganu (Datuk Ahmad Said) manakala di Kedah oleh Datuk Ahmad Bashah Md. Hanapiah.

Pandangan Penulis : Mana-mana yang didapati tidak dapat menjalankan tugas saperti yang digariskan eloklah diganti. Lebih baik kecewakan seorang daripada kalah waktu PRU 13 nanti.

Atau perlu di gantikan jawatan ini !

Ketika ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor disandang oleh Najib, Wilayah Persekutuan dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pulau Pinang (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), Terengganu (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Kedah oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Pandangan Penulis : Jawatan Kanan Parti ini memerlukan mereka lebih menumpukan kepada kerja-kerja membantu Presiden UMNO serta wawasan negara. 

INGATAN PERDANA MENTERI  !!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pada Mei lalu, Najib menggesa semua pengerusi perhubungan UMNO negeri bergerak lebih aktif dalam melaksanakan program Juara Rakyat yang bertujuan mendekati rakyat bagi memahami masalah yang mereka hadapi.

Majlis Perasmian SRJKC Chung Hwa 3 Muar.

Posted: 11 Nov 2010 06:04 AM PST

YB Dato Razali Ibrahim bersama-sama masyarakat Cina di Parlimen Muar dalam majlis perasmian bangunan baru SRJKC Chung Hwa 3. Sebanyak 2 buah bangunan 3 tingkat dan sebuah dewan terbuka berjaya dibina dengan sumbangan orang ramai. YB Dato Razali menerusi Kementerian Pelajaran telah memberikan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 sebagai bantuan sebahagian daripada pembinaan bangunan baru sekolah ini. Jamuan yang dihadiri lebih 1000 orang dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar-pelajar sekolah tersebut. Antara yang hadir ialah Setiausaha MCA Negeri Johor, Tay Phuay Chuan dan Pegawai Khas YAB MB Johor, Chris Lee.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WAJARKAH PARTI POLITIK BERPOLITIK DALAM DEWAN?

Posted: 10 Nov 2010 04:26 PM PST

Semua ADUN BN P Pinang keluar dewan
Nov 10, 10 5:35pm
Kongsi 20
Semua sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai sokongan kepada Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang diarah keluar kerana berdegil enggan menarik balik perkataan "pengecut" yang ditujukan kepada Speaker.
Roslan semalam melabelkan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain sebagai "pengecut" pada akhir perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011.
Bercakap kepada pemberita di luar dewan, Roslan berkata beliau berasa kecewa dengan arahan Timbalan Speaker, Datuk Tan Hock Leong hari ini yang disifatkan sebagai tidak adil kerana beliau tidak diberi peluang menjelaskan insiden perkataan "pengecut" itu.
"Saya menafikan bahawa perkataan itu dikeluarkan dalam waktu persidangan DUN semalam. Saya hanya mengeluarkan perkataan itu selepas Speaker mengumumkan persidangan DUN semalam ditangguhkan," katanya.

Menurutnya, beliau diarah oleh Speaker supaya keluar dewan semalam kerana membincangkan hal tentang Perbadanan Bukit Bendera.
"Hari ini, Timbalan Speaker pula yang mengarahkan saya menarik balik perkataan tersebut atau meminta maaf sedangkan saya telah diarah untuk keluar dari dewan malam tadi," kata Roslan (kanan).

Pada persidangan pagi tadi seorang penyokong kerajaan RSN Rayer (DAP-Seri Delima) meminta dewan mengambil tindakan terhadap Roslan kerana mengeluarkan perkataan "pengecut" terhadap Speaker semalam.

Pemangku Ketua Pembangkang di dewan itu, Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang), berkata tindakan Speaker itu tidak wajar dan tidak harus dilakukan terhadap ADUN BN.

"Saya rasa dewan ini tidak begitu adil terhadap wakil rakyat pembangkang dan kami berasa tidak ada apa-apa manfaat lagi untuk duduk dalam dewan," katanya.

Umno mempunyai 11 wakil dalam dewan itu. Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), yang juga Ketua Pembangkang, telah dikenakan tindakan gantung selama enam bulan setelah Jawatankuasa Kebebasan dan Hak mendapati beliau bersalah kerana membangkit isu sensitif dan berusur hasutan pada persidangan yang lalu.

Hilmi berkata wakil rakyat BN akan membuat keputusan sama ada untuk menghadiri atau tidak persidangan DUN bagi penggal ini yang tinggal dua hari lagi.

"Kami rasakan dewan telah tidak berlaku adil kepada kami, tiada makna lagi untuk kami membahas Bajet 2011," katanya.

ULASAN : Kalau dah berpolitik dalam sidang DUN bila pula nak selesaikan masalah pengundi dan rakyat. Masih ada masakah ? Jadi sampai bila pengundi akan dapat seorang wakil rakyat yang dapat menjaga kepentingan mereka.. kerana wakil mereka sibuk menjaga kepentingan parti......Kepada Pengundi di luar sana, adakah ini yang anda mahukan bila undi mereka?

KEMEROSOTAN DEWAN PERUNDANGAN.......

Posted: 10 Nov 2010 04:15 PM PST

Thursday, November 11, 2010


Isu Babi - Sidang dewan yang paling lawak...

Bangang punya Chong Chieng Jen, MP Bandar Kuching.. Apa kes lu mau cakap sosej babi dalam sidang? Kalau tidak ada isu lebih baik duduk diam jangan buat kecoh... Sosej babi pun boleh jadi punca hiruk-pikuk dalam dewan macam yang kita lihat dalam video ni.

Apapun, memang lawak sungguh bila tengok Gobala jadi sasaran provokasi... Itulah, lain kali kalau baru masuk dewan bagi salam 1Malaysia dulu, jangan melenting tak tau punca.. hahaha...

YB Zul Nordin :

"Dia (Gobala) boleh bohong bulat-bulat depan kita, dia baru masuk tak tau hujung pangkal.. tau-tau nak menjerit. Sebab itu Gombak panggil dia PARIAH!"

Kata-kata itu buat Gobala makin bengang lalu dia menengking YB Zul, YB Bung Mokhtar dan Datuk Tiong King Sing sambil mendesak speaker dewan mengambil tindakan... marah sungguh Gobala.

Gobala :

"Tolong ambil tindakan terhadap manusia yang paling kurang ajar dan paling tidak bermaruah dalam dewan ini..."

Tengoklah sendiri macamana yang dikatakan tertib dan cara pembangkang bersidang untuk membela nasib rakyat. Yang kita nampak, siapa paling lantang dialah paling jaguh dengan gaduh..

PANDANGAN : SEWAJARNYA BINCANGLAH KEPENTINGAN RAKYAT DULU......

Simpati Untuk Hamim, Pn. Siti dan Ungku Aznan!

Posted: 10 Nov 2010 04:12 PM PST

Tuesday, November 9, 2010


Simpati Untuk Hamim, Pn. Siti dan Ungku Aznan!


Salam,

3 serangkai penjawat awam : Hamim Husin - BTN Wilayah Persekutuan, Pn. Siti Inshak Mansor - SMK Abdul Rahman Putra Kulai dan Ungku Aznan Ungku Ismail - SMK Bukit Selambau, Sungai Petani, telah pun digantung tugas dan diberi surat amaran kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Perkara ini yang diberitahu oleh Datuk Nazri Aziz, Menteri JPM semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat. Diberitahu tindakan diambil berasaskan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Disiplin) 1993.

Kita melahirkan simpati kepada tiga individu ini kerana 'terpaksa' menerima hukuman atas fakta yang dinyatakan di tempat yang salah, ketika pendengarnya tidak bersedia hakikat lantas mengaitkannya dengan kenyataan perkauman. Satu cara mudah untuk menidakkan 'fakta', kaitkan dengan rasis!

Kita berdoa semoga ketiga-tiga mereka diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan ujian ini. Percayalah 'kesalahan' yang kalian lakukan tidaklah sekeji perbuatan dan tindakan si bangsat yang sehingga kini masih bebas tanpa sebarang tindakan, walau sudah berulang kali melakukan 'kesilapan'!

Semoga Allah merahmati kalian. Blog ini simpati dan terus menyokong kalian bertiga!

Thursday, November 11, 2010

Sidang Media PERKASA Bela Nasib Pengetua Dan Pegawai Biro Tatanegara - Sebarkannn

Mesej ini diterima jam 7.25 pm semalam menerusi Blackberry Messenger (BBM) yang dihantar oleh sahabat kita Ketua Wira Perkasa En Arman Azha.

Memandangkan isu yang berlaku hari ini gagal dibela oleh mana mana pihak khasnya seperti isu pegawai Biro Tatanegara yang difitnah oleh Malaysian Insider menghina kaum lain di negara kita dan isu pengetua yang didakwa melakukan perbuatan perkauman.

Maka usaha murni PERKASA dalam soal ini sangat wajar sekali dan harus kita dokong bersama. Kerana kita melihat wujud gerakan terancang pihak pelampau Cina yang sedikit golongan mereka, dalam memburukkan bangsa Melayu Islam kita dengan cara tersebut.

Melayu Islam hari ini berpecah aliran politiknya tetapi tidak mustahil Melayu akan dapat bersatu dengan berkat keikhlasan yang dizahirkan oleh NGO Perkasa. Musuh Islam dan Melayu akan gentar apabila melihat perpaduan orang kita. Percayalah!

Harap sahabat blogger dapat sebarkan usaha baik ini sepertimana kita bantu AIDC yang kesempitan dana sebelum ini.

Jika kita alpa maka kita akan dituduh tidak peduli nasib saudara seagama yang teruk dilanyak oleh musuh oleh anak cucu kita kelak.


Mesej berbunyi :

Salam,yg dihormati.

PERKASA akan mengadakan SIDANG MEDIA berkaitan ISU PENGETUA dan PENOLONG PENGARAH BTN yg digantung tugas pada :


Tarikh - 11/11/10 (KHAMIS) Esok.
Tempat - KELAB SULTAN SULAIMAN, KAMPUNG BARU, KL.
Masa : Jam 3.00 PETANG

Kami amat berharap ramai keluarga ADT PERKASA dapat hadir.

Terima kasih.

Arman Azha ( Ketua Wira Perkasa)


Baca juga sokongan moral oleh USTAZ SAID di blog beliau di sini

HARI INI DALAM SEJARAH : PKR HAMPIR ATAU AKAN KARAM?

Posted: 10 Nov 2010 04:07 PM PST


PKR perlu dibubar

IPOH 10 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran membubarkan sahaja parti itu kerana ia dilihat langkah terbaik dan terhormat dalam usaha membendung pergolakan serta masalah dalaman yang dihadapinya kini.

Sambil melahirkan rasa simpatinya, bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, Anwar harus mengambil tindakan drastik tersebut kerana beliau, keluarga dan barisan kepimpinan pilihannya tidak lagi dihormati oleh para pemimpin lain dan ahli-ahli parti sendiri.



Anwar satu bebanan - Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu akur dengan desakan supaya beliau segera berundur daripada dunia politik tanah air kerana Ketua Pembangkang itu bukan lagi seorang pemimpin yang relevan sebaliknya lebih merupakan liabiliti kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, permainan politik Penasihat PKR itu didapati semakin hari semakin berbahaya khususnya kepada kestabilan negara.



Ahli PKR tulis surat terbuka kepada Wan Azizah

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Krisis pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendorong seorang ahli parti itu menulis surat terbuka kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail supaya campur tangan atas kapasitinya sebagai Presiden.
Menggunakan nama Illam Kubong Dagang, beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden selain tidak wajar campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Wan Azizah.

Desak Anwar: Mohd. Asri tidak tarik balik mahupun menyesal

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Walaupun dikritik oleh kem pakatan pembangkang kerana mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada politik, bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan, beliau tidak pernah menarik balik kenyataan itu.
Katanya, beliau juga tidak pernah menyesal membuat desakan sedemikian terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.



'Saya mahu penjelasan'

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan meminta pucuk pimpinan parti memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku kecacatan serta penipuan dalam pemilihan parti itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, satu memorandum mengenainya telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti supaya tindakan selanjutnya diambil.
''Walau apa pun, saya buat masa ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehinggalah jawapan hasil daripada penyerahan memorandum itu diterima.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PKR hanya dua pilihan – bubar atau Anwar ditendang keluar

Posted: 10 Nov 2010 09:24 PM PST

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) semenagnya tidak mempunyai masa depan dan wajar dibubarkan bagi menjernihkan semula amalan berpolitik di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, kredibiliti parti itu sudah lama tercemar apabila Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari.

Katanya, apabila seorang pemimpin politik terjebak dengan masalah moral yang teruk, maka secara tidak langsung parti yang diwakilinya juga menjadi rosak.

Oleh sebab itu kata beliau, PKR hanya ada dua pilihan, sama ada ia dibubarkan atau Anwar ditendang keluar parti.

"Walaupun belum lagi disabit dengan kesalahan meliwat, tetapi bagi orang Melayu ianya merupakan masalah moral menjijikkan. Inilah sebenarnya menghantui mereka," katanya.

Sehubungan itu katanya, PKR rosak bukan kerana berlaku penyelewengan dalam proses pemilihan sepertimana didedahkan Datuk Zaid Ibrahim yang meletak kesemua jawatan dalam parti itu.

Katanya, isu Zaid hanya sebahagian daripada pelbagai masalah yang berkecamuk dalam PKR yang dicaturkan oleh Anwar.

"PKR menjadi rosak disebabkan moral politik Anwar dan asas perjuangannya pula tidak sesuai dengan rakyat di negara ini," katanya.

"Parti itu juga tidak mengamalkan prinsip demokrasi, sebaliknya bertuankan kepada citarasa politik peribadi Anwar.

Bagi menutup kelemahan itu katanya, Anwar menggunakan pelbagai cara termasuk provokasi supaya PKR sentiasa menjadi saingan utama kepada UMNO.

Syed Ali berkata, amalan politik di negara ini juga telah menjadi kacau-bilau kerana perbuatan tidak bertanggungjawab Anwar yang dikatakan menjadi punca Melayu berpecah.

Sebagai contohnya kata beliau, Anwar sanggup bersubahat dengan DAP yang mengamalkan politik perkauman yang sentiasa mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Pengikut