umno bahagian cheras |
PKR hanya dua pilihan – bubar atau Anwar ditendang keluar Posted: 10 Nov 2010 09:24 PM PST PARTI Keadilan Rakyat (PKR) semenagnya tidak mempunyai masa depan dan wajar dibubarkan bagi menjernihkan semula amalan berpolitik di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Menurut beliau, kredibiliti parti itu sudah lama tercemar apabila Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari. Katanya, apabila seorang pemimpin politik terjebak dengan masalah moral yang teruk, maka secara tidak langsung parti yang diwakilinya juga menjadi rosak. Oleh sebab itu kata beliau, PKR hanya ada dua pilihan, sama ada ia dibubarkan atau Anwar ditendang keluar parti. "Walaupun belum lagi disabit dengan kesalahan meliwat, tetapi bagi orang Melayu ianya merupakan masalah moral menjijikkan. Inilah sebenarnya menghantui mereka," katanya. Sehubungan itu katanya, PKR rosak bukan kerana berlaku penyelewengan dalam proses pemilihan sepertimana didedahkan Datuk Zaid Ibrahim yang meletak kesemua jawatan dalam parti itu. Katanya, isu Zaid hanya sebahagian daripada pelbagai masalah yang berkecamuk dalam PKR yang dicaturkan oleh Anwar. "PKR menjadi rosak disebabkan moral politik Anwar dan asas perjuangannya pula tidak sesuai dengan rakyat di negara ini," katanya. "Parti itu juga tidak mengamalkan prinsip demokrasi, sebaliknya bertuankan kepada citarasa politik peribadi Anwar. Bagi menutup kelemahan itu katanya, Anwar menggunakan pelbagai cara termasuk provokasi supaya PKR sentiasa menjadi saingan utama kepada UMNO. Syed Ali berkata, amalan politik di negara ini juga telah menjadi kacau-bilau kerana perbuatan tidak bertanggungjawab Anwar yang dikatakan menjadi punca Melayu berpecah. Sebagai contohnya kata beliau, Anwar sanggup bersubahat dengan DAP yang mengamalkan politik perkauman yang sentiasa mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. |
You are subscribed to email updates from umno bahagian cheras To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan