Khamis, 4 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Alhamdulilah dan Terima Kasih

Posted: 04 Nov 2010 04:19 PM PDT

Salam Semua,

1. Alhamdlilah dan syukur kepada Allah SWT atas kemenangan di Batu Sapi dan Di Galas

2. Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.
Calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi manakala calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi.telah kembali kepada Barisan Nasional.

3. Jentera Barisan Nasional telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen, menghadapi cabaran dan kesukaran sepanjang tempoh berada di sini. Semangat dan iltizam yang tinggi disemua peringkat menghasilkan kejayaan ini.

4. Terima kasih kepada Wanita UMNO, Puteri UMNO, Pemuda UMNO dan semua pihak terutama Blogger Pro Kerajaan yang menangkis segala serangan dan tuduhan yang tidak berasas selama tempoh berkempen.

5. Terima kasih jugak kepada semua pihak yang mampu bertahan dan berhemah dengan segala provokasi oleh pihak pembangkang yang kadang kala menguris hati kita terutama wanita.

6. Semoga Allah SWT senantiasa membantu kita dalam perjuangan ini. Tahniah dan Terima kasih sekali lagi.

Hamidah Osman
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia

Gua Musang

Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 12:00 AM PDT

Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

Terkini di Galas 8

Posted: 03 Nov 2010 11:33 PM PDT

Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KEPUTUSAN RASMI PILIHANANRAYA DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI

Posted: 04 Nov 2010 07:51 AM PDT

1. Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya manakala di Galas, mereka berjaya merampas kerusi Galas dari PAS.

2. Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

3. Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

4. Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.Undi rosak pula adalah 372. Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.

5. Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

6. Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN. Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

5.Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.
PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi. Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.

6. Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.

7.Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.

8. Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

9. BARISAN NASIONAL PILIHAN RAKYAT MALAYSIA!!!
 

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Galas Terkini!

Posted: 04 Nov 2010 04:05 AM PDT

Galas (unofficial results): BN 3,258, PAS 2,348. Majority 910.

keputusan tak rasmi di galas dan batu sapi

Posted: 04 Nov 2010 04:03 AM PDT

7.01pm: Unofficial result (Galas) Dr Zulkefli Mohamad (PAS) – 2,270 Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) – 2,834 Majority – 564 7pm: Unofficial result (Batu Sapi) Linda Tsen (BN-PBS) – 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) – 1,018 Ansari Abdullah (PKR) – 1,709 Majority – 3,342 It is almost certain that Linda Tsen from BN-PBS has won the [...]

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Laporan Audit Negara: Kerajaan Negeri Menegakkan Benang Basah?

Posted: 03 Nov 2010 08:42 PM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

Posted: 03 Nov 2010 10:57 PM PDT


Kami ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan dalam MIC dan PPP serta semua masyarakat kaum india di seluruh tanah air.

-UCBA

Pengikut