Khamis, 4 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Alhamdulilah dan Terima Kasih

Posted: 04 Nov 2010 04:19 PM PDT

Salam Semua,

1. Alhamdlilah dan syukur kepada Allah SWT atas kemenangan di Batu Sapi dan Di Galas

2. Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.
Calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi manakala calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi.telah kembali kepada Barisan Nasional.

3. Jentera Barisan Nasional telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen, menghadapi cabaran dan kesukaran sepanjang tempoh berada di sini. Semangat dan iltizam yang tinggi disemua peringkat menghasilkan kejayaan ini.

4. Terima kasih kepada Wanita UMNO, Puteri UMNO, Pemuda UMNO dan semua pihak terutama Blogger Pro Kerajaan yang menangkis segala serangan dan tuduhan yang tidak berasas selama tempoh berkempen.

5. Terima kasih jugak kepada semua pihak yang mampu bertahan dan berhemah dengan segala provokasi oleh pihak pembangkang yang kadang kala menguris hati kita terutama wanita.

6. Semoga Allah SWT senantiasa membantu kita dalam perjuangan ini. Tahniah dan Terima kasih sekali lagi.

Hamidah Osman
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia

Gua Musang

Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 12:00 AM PDT

Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

Terkini di Galas 8

Posted: 03 Nov 2010 11:33 PM PDT

Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

Tiada ulasan:

Pengikut