Isnin, 1 November 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Hari-hari terakhir di Batu Sapi

Posted: 01 Nov 2010 08:32 PM PDT

Setelah lapan hari berkempen, pilihanraya kecil Batu Sapi semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Dalam dua hari lagi, keputusan suara rakyat akan diketahui dan parti yang dipilih akan meraih kejayaan.

Saya telah mengepalai jentera Pemuda dalam 13 pilihan raya kecil dan umum sebelum ini dan saya ingin nyatakan bahawa jentera BN di Batu Sapi ini adalah antara yang terbaik kerana berjalan dengan lancar dan teratur. Hampir keseluruhan jentera tidak mempunyai masalah besar dan berdisiplin serta tidak banyak mengeluh dan mengadu.

Selalunya dalam pilihanraya, parti-parti yang bertanding akan menggaru kepala menyelesaikan perkara-perkara yang remeh. Banyak masa dihabiskan untuk memujuk, merayu dan menjaga hati petugas masing-masing. Saya selalu bergurau kalau ada 10 hari berkempen, tiga hari pertama dan tiga hari terakhir akan habis hanya untuk menyelesaikan soal-soal yang melibatkan hati, ego dan perasaan. Hanya empat hari saja yang ada untuk betul-betul berkempen. Tetapi di Batu Sapi masalah ini tidak timbul sangat. Ketua Bahagian Umno Batu Sapi, Yb Datuk Shamsuddin Yahya dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman benar-benar dapat mengawal keadaan dengan baik.

Saya tidak dapat nafikan bahawa di Batu Sapi ini orang yang paling kuat bekerja ialah YAB Ketua Menteri sendiri. Selain mempengerusikan mesyuarat penyelarasan setiap hari, beliau juga menghadiri enam hingga tujuh ptogram sehari. Selepas itu beliau juga terpaksa melayan berpuluh-puluh orang di rumah beliau yang datang dengan segala jenis tujuan.

Melihat kepada senario semasa, ramai penganalisa politik memberikan gambaran bahawa BN masih mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihanraya ini. Saya tidaklah mahu komen perkara ini tetapi saya percaya kalau gerakan kempen yang ditunjukkan oleh BN setakat ini, peluang adalah cerah.

Apa pun banyak cerita menarik dari sini. Insiden jatuh laut dua kali oleh Ansari menjadi cerita top dari Batu Sapi. Selain itu, saya pasti Datuk Seri Anwar merasa kekok dan janggal kerana ceramah-ceramah beliau hanya mampu menarik perhatian puluhan orang. Bagi seorang yang biasa dengan ribuan yang datang, tentunya beliau merasa janggal dan resah. Tetapi itulah hakikatnya di Batu Sapi. BN sudah lama mengetahui bahawa rakyat di Batu Sapi ini lebih suka kepada ceramah-ceramah kecil-kecilan dibandingkan dengan himlunan raksaksa. Sebab itulah, awal-awal lagi YAB Ketua Menteri minta supaya BN tumpukan kepada ceramah kecil dan gerakan rumah ke rumah.

Begitu juga insiden pergaduhan antara penyokong PKR mengenai pemilihan calon di airport Sandakan juga mengamit oerhatian ramai orang. Kematian petugas BN dari bahagian Kelana Jaya akibat serangan sakit jantung dan kematian seorang Ketua Cawangan UMNO juga perkara yang tidak diduga. Ucapan takziah kepada keluarga yang meninggal.

Satu perkara lagi yang menarik perhatian ramai orang terutamanya rakan-rakan dari Semenanjung ialah kebebasan akhbar-akhbar di Sabah. Mereka terkejut me,ihat akhbar-akhbar di Sabah menunjukkan kebebasan bersuara dengan memberi ruang secukupnya kepada semua parti untuk menerangkan dasar-dasar mereka. Ini amat membanggakan saya.

Apapun, kita berharap proses pengundian pada 4hb November akan berjalan dengan baik dan parti yang akan dipilih adalah parti yang terbaik. Insyaallah.

Salam,
DARD

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Lebih 2,000 Dipindah Akibat Dilanda Banjir Di Kedah

Posted: 01 Nov 2010 11:23 AM PDT

ALOR SETAR: Seramai 2,016 penduduk daripada 483 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak Ahad.

Daripada jumlah itu, 1,449 penduduk daripada 359 keluarga adalah dari daerah Padang Terap, manakala 491 mangsa daripada 101 keluarga adalah dari Kubang Pasu dan 70 penduduk daripada 23 keluarga di Kota Setar.

Penghulu Mukim Tualak, Padang Terap, Sharizan Shaari berkata 28 kampung di daerah berkenaan dilanda banjir dan mangsa telah dipindahkan bermula 7 pagi Isnin.

Antara kampung yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Sebanyak 28 pusat pemindahan telah dibuka antaranya di dewan kampung Mani A, surau kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung serta masjid Bendang Raja.

"Jumlah mangsa yang dipindahkan mungkin meningkat sekiranya hujan tidak berhenti sehingga malam ini," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Menurut Sharizan, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 19.81 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai di paras 35.83m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 12.81m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.82 (paras bahaya 33m).

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Kubang Pasu, Fadzin Long, berkata daripada jumlah mangsa di daerah itu, seramai 342 daripada 65 keluarga ditempatkan di dewan kampung Changkat Setoi, Changlun.

Seramai 133 orang lagi daripada 30 keluarga dari Kampung Belukar dan Kampung Darat, Changlun ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, manakala seramai 16 orang daripada enam keluarga berada di Sekolah Kebangsaan Malau.

Menurut Fadzin, jumlah berkenaan dicatat sehingga 6 petang dan dijangka meningkat memandangkan hujan masih turun.

Di Kota Setar, Ketua Kampung Taman Indah, Shuib Mahmod berkata di kawasan Anak Bukit di sini dua pusat penempatan mangsa banjir dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Gunung dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Katanya sehingga pukul 6 petang Isnin seramai 16 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di SK Gunung manakala 60 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke SK Titi Gajah.

Kebanyakkan mangsa yang dipindahkan adalah dari kampung Lorong Pam Air dan Alor Perang, Anak Bukit, di sini.

Di Pokok Sena, dua jalan utama yang menghubungkan daerah itu dengan Kuala Nerang dan Bukit Pinang dinaiki air dan telah ditutup kepada kenderaan ringan, namun tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

Bilik gerakan di setiap daerah akan dibuka 24 jam untuk memantau keadaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sebelas Sekolah Di Perlis Ditutup Akibat Banjir, Selasa

Posted: 01 Nov 2010 11:14 AM PDT

Sebelas Sekolah Di Perlis Ditutup Akibat Banjir, Selasa

KANGAR: Sebelas buah sekolah di Perlis ditutup esok berikutan banjir yang melanda negeri ini.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, tujuh sekolah rendah dan empat sekolah menengah yang terletak di sekitar kawasan Parlimen Padang Besar dan Arau itu ditutup kerana paras air yang semakin meningkat.

Tujuh sekolah rendah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas, SK Bukit Keteri, SK Arau, SK Padang Melangit, SK Santan, SK Tengku Budriah dan SJK(C) Hua Aik, katanya kepada Bernama di sini, malam Isnin.

Empat sekolah menengah yang turut ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sheikh Ahmad, SMK Arau dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah, Arau.

Mansor berkata, kesemua sekolah terbabit hanya akan ditutup esok dan keputusan sama ada tempoh penutupan itu akan dilanjutkan bergantung kepada keadaan banjir.

"Pada masa ini kami hanya buat keputusan untuk menutup sekolah-sekolah itu esok," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah pelajar dan guru yang terbabit dengan penutupan sekolah itu.

Sebanyak tujuh buah sekolah telah dijadikan pusat pemindahan banjir termasuk SK Titi Tinggi, SMK Datuk Jaafar Hassan dan SK Batu Bertangkup.

Hujan yang berlaku sejak lebih 24 jam lalu berlarutan sehingga malam Isnin dan pasukan penyelamat melakukan rondaan bagi tugas menyelamat di kawasan-kawasan terbabit.

Setakat ini, lebih 1,000 penduduk telah dipindahkan ke 12 buah pusat pemindahan banjir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aktiviti Rumah Melaka untuk Kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas

Posted: 01 Nov 2010 10:28 AM PDT

Dalam siri Kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas, Rumah Melaka mengambil satu langkah bijak untuk menggunakan Program Juara Rakyat sebagai satu cara menarik pengundi. Malam ini, kira-kira 100 orang pengundi dari sekitar Kampung Baru Gua Musang telah berkumpul di Rumah Melaka untuk menyaksikan persembahan Dikir Barat. Seniman Osman Kering juga telah turut hadir memeriahkan Program Juara Rakyat ini.
 
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin juga berkesempatan untuk menyampaikan pesanan kepada golongan muda yang hadir.
Dalam ucapanya, beliau menyeru agar menilai kembali pembangunan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dan menggesa agar golongan muda membuat pilihan yang betul semasa hari pembuangan undi pada 4 November ini.
 
 

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali kecam Kit Siang guna ‘orang mati’ untuk tarik undi di Batu Sapi

Posted: 31 Oct 2010 10:29 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengecam perbuatan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mempergunakan isu kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan dan remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah untuk meraih undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Katanya, perbuatan tersebut jelas membuktikan parti pembangkang semakin terdesak dan sanggup 'menjual' kematian ketiga-tiga individu tersebut untuk kepentingan politik.

"Saya kesal kerana Kit Siang sengaja memberikan gambaran seolah-olah undang-undang kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim dengan mengaitkan kematian mereka," tegasnya.

Sambil menyifatkan Kit Siang sebagai pelopor politik rasis, Syed ali menjelaskan sistem perundangan di negara ini adalah yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.

"Cuma undang-undang sedia ada dikatakan zalim kerana tidak memberi keuntungan kepada DAP, tetapi akan menjadi lebih baik apabila sistemnya mendatangkan manfaat kepada mereka," ujarnya.

Katanya, Kit Siang sengaja mempolitikkan isu kematian individu berkenaan bertujuan membangkitkan sentimen perkauman di kalangan rakyat pelbagai etnik di Sabah.

Bagaimanapun, beliau percaya rakyat terutama pengundi di Batu Sapi tidak akan mudah terpedaya dengan isu yang sengaja direka oleh parti pembangkang.

Syed Ali yang turut berkempen membantu calon BN di Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin sepanjang minggu lalu bersama jentera pilihan raya daripada BN Pusat memberitahu, pembangkang tidak ada isu untuk diketengahkan bagi meyakinkan pengundi.

"Pembangkang terpaksa menggunakan isu remeh-temeh, menyerang peribadi pemimpin BN dan gunakan isu kematian tiga individu tersebut untuk menarik sokongan pengundi," katanya.

Mengenai ceramah politik Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Sapi yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan kekal menguasai empat negeri pada Pilihan Raya umum (PRU) akan datang, Syed Ali berkata :

"Itu cuma mimpi indah Anwar sedangkan rakyat terutama di empat negeri tersebut sudah mengetahui segala kepincangan dan keburukan mereka,".

Beliau menjelaskan, PR sebenarnya hanya menguasai dua negeri, iaitu Selangor dan Pulau Pinang manakala Kelantan dan Kedah secara tradisinya dipengaruhi oleh kekuatan PAS.

Katanya, PKR dan DAP mempunyai perjanjian sulit untuk kepentingan politik mereka dengan menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan bagi meyakinkan pengundi Melayu.

"Tetapi perkembangan sekarang telah berubah kerana rakyat sudah dapat menilai sejauhmana kejujuran pemimpin PR manakala PAS pula mulai sedar selama ini mereka diperbodohkan oleh Anwar," tegasnya.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa PR akan menawan Johor pada PRU akan datang, Syed Ali menambah Anwar akan terus mengeluarkan kenyataan untuk menyedapkan ahlinya yang kini sudah berpecah-belah.

"Cerita Anwar nak tawan Malaysia ini sudah lama kedengaran dan akhirnya terbongkar dalam pembohongan 16 September. Cerita Anwar ini sekadar dongeng penglipurlara," jelasnya.

“Bukan lagi sekadar amaran, sebaliknya perlu ditahan di bawah ISA’ – Syed Ali

Posted: 31 Oct 2010 08:25 PM PDT

SUDAH sampai masanya mereka yang mencabar Perlembagaan Negara ditahan di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bukan lagi sekadar amaran dan peringatan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurutnya, jika kerajaan tidak bertindak tegas, amaran dan peringatan Majlis Raja-Raja Melayu hanya dipersendakan dan diputarbelitkan sebagai isu politik oleh pihak tertentu.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya memberikan perhatian serius berhubung isu perkauman di negara ini.

"Kita mengambil iktibar terhadap peringatan tersebut, tetapi mereka yang masih menggunakan isu perkauman sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang, bukan hanya diberikan amaran," tegasnya.

Beliau berkata, akibat terlalu berlembut dan sekadar memberikan amaran ada pihak beranggapan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini tidak tegas serta bersikap retorik.

Kata Syed Ali lagi, selagi isu perkauman hanya dibimbangi oleh satu kaum sahaja sedangkan pihak berkuasa pula tidak tegas menangani, maka isu tersebut akan terus diperalatkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan keadaan.

Malah katanya, apa persespsi mendakwa kerajaan BN terutama UMNO tidak berani berbuat-apa-apa keatas mereka yang sengaja melanggar amanat Raja-Raja Melayu kerana bimbang kehilangan sokongan politik.

"Apa yang kita dapat hanya menerusi amaran demi amaran ? sedangkan mereka terus mencabuli dan mempertikaikan kandungan perlembagaan tersebut termasuk berterusan mempertikai hak orang Melayu dan memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu," tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan khususnya KDN tidak perlu berasa serbasalah untuk menahan mana-mana individu atau kumpulan berkenaan walaupun membabitkan tokoh politik, peguam dan profesional lainnya.

"Rakyat di bawah mula bertanya, kenapa kerajaan dilihat begitu takut untuk menahan mereka di bawah ISA, sedangkan kita ada undang-undang demi menjaga ketenteraman awam," katanya.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengeluarkan kenyataan mengenai kebimbangan majlis tersebut terhadap trend politik semasa di negara ini yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara.

Menurut Syed Ali lagi, peringatan tersebut jelas menunjukkan institusi berkenaan memandang serius terhadap masa depan rakyat dan negara ini daripada dipecahbelahkan oleh mereka yang berkepentingan.

"Kalau Majlis Raja-Raja Melayu sudah menzahirkan kebimbangannya, maka saya berharap pihak berkuasa bertindak mulai sekarang," tegasnya.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


LAWATAN PRIHATIN

Posted: 31 Oct 2010 07:45 PM PDT

Penderitaan Azura mendapat perhatian Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah & Puteri UMNO Dun Lendu yang telah mengadakan Lawatan Prihatin pada 31/10/2010. Semoga sumbangan yang dilhulurkan dapat meringankan penderitaan Azura sekeluarga.. Insyaallah.....

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Dewan Melayu Klang: Program Santai Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja

Posted: 31 Oct 2010 03:38 AM PDT





Pengikut