Rabu, 27 Oktober 2010

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Car Boot Sales Anggerik Mall

Posted: 27 Oct 2010 10:12 PM PDT

Biro Usahawan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menjemput ahli-ahli Puteri yang berminat untuk menyertai CAR BOOT SALE ANGGERIK MALL (1st come 1st serve basis) bertempat di tapak car boot / parking Anggerik Mall Shah Alam.

Program bermula daripada 29/10 hingga 27/11/2010 (selama sebulan) setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 am hingga 1.00 tengahari.

Kepada rakan-rakan yang berminat bolehlah hubungi Pengurus Operasi INNO ELEGAN SDN BHD Encik Iskandar di 012 2367779 atau 019 3510617 atau 03 55108848.

Terima kasih.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


RTM beri ruang kepada pembangkang bukti kerajaan BN telus - Syed Ali

Posted: 26 Oct 2010 07:49 PM PDT

KESEDIAAN Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepada aktiviti pembangkang terutama sewaktu musim pilihan raya membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersikap terbuka, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurutnya, langkah RTM itu juga sekaligus menolak tuduhan parti-parti pembangkang yang selama ini mendakwa kerajaan khususnya UMNO memperalatkan badan penyiaran itu untuk memenangi pilihan raya.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sentiasa mengamal pendekatan mesra rakyat dan bersikap telus terhadap mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Langkah itu juga menepati harsat kepimpinan Perdana Menteri yang mahukan 'rakyat diutamakan'.

"Saya menyambut baik RTM itu dan berharap pihak pembangkang menggunakan ruang tersebut sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat," katanya.

Katanya, langkah itu juga secara tidak langsung akan menarik jumlah penonton kerana berpeluang melihat dan mendengar apa sebenarnya aktiviti dan pendirian pembangkang dalam sesuatu isu.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, kelonggaran tersebut bukan bermakna pihak pembangkang boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan atau kritikan tidak berasas atau dakwaan fitnah terhadap kerajaan termasuk pemimpin UMNO dan BN.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang memberitahu RTM akan akan memberi liputan terhadap aktiviti parti pembangkang bermula pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Semalam Rais yang turut mengetuai perarakan calon UMNO bagi DUN Galas di Gua Musang, menjelaskan kementerian memutuskan memberi ruang kepada aktiviti parti pembangkang kerana menyedari mereka juga mempunyai pemikiran baik untuk faedah rakyat.

Menurut Syed Ali lagi, langkah terbaru RTM itu diharapkan akan memberi kesedaran kepada parti-parti pembangkang supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak mempunyai fakta jelas sebaliknya bersifat pembohongan.

"Selama ini rakyat disogokkan dengan cerita-cerita karut dan fakta mengelirukan yang dimainkan oleh pembangkang menerusi media cetak milik mereka," ujarnya.

Mengenai isu kes khalwat yang dikatakan membabitkan calon PAS bagi DUN Galas, Syed Ali menjelaskan ianya soal peribadi dan selagi tidak ada bukti sahih ianya tidak boleh diperkatakan kerana ia menghampiri fitnah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap kempen pilihan raya kecil DUN Galas akan berjalan dalam suasana harmoni dan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Ketika semua pihak sedang berusaha untuk mencari kemenangan di DUN Galas, kita berharap tidak akan berlaku insiden yang boleh mencacatkan proses pilihan raya," katanya.






UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Pemuda UMNO - Bergegar Atau Digegarkan?

Posted: 26 Oct 2010 06:30 PM PDT

Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Malaysia selesai kelmarin. Selepas kelmarin, apa lagi? Persoalan inilah yang perlu difikirkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Exco-exco Pemuda Pusat, Ketua Pemuda Negeri, Ketua Pemuda Bahagian dan keseluruhan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia.

Kita sudah malas dengan retorik politik yang hanya berkobar-kobar selama setengah hari tetapi follow-up dan kelangsungan gerakan Pemuda UMNO tidak seperti yang digambarkan di dalam Dewan Merdeka, PWTC.

Kerungsingan untuk memikirkan keaktifan dan keberkesanan gerak kerja Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya dikongsi bersama oleh keseluruhan ahli sayap parti.

Tanpa kemampuan menggerakkan aktiviti-aktiviti sayap parti itu, segala yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kelmarin hanya sekadar celoteh untuk memenuhi atur cara mesyuarat.

Tetapi penulis bukan pessimis bahkan optimistik dengan apa yang dihidangkan oleh perwakilan Pemuda UMNO di PWTC. Penulis berkata demikian kerana penekanan yang dicadangkan dan dijanjikan menampakkan perubahan angin perjuangan sayap tersebut.

Memang wajah politik Pemuda UMNO Malaysia mendatangkan pelbagai persepsi yang banyak negatif daripada positifnya. Tetapi persepsi itu bergantung kepada isi hati pihak yang menilainya.

Tidak perlu kita membincangkan 'isi hati' parti pembangkang kerana modus operandi mereka hanya satu iaitu memburuk-burukkan parti UMNO/BN.

Maka, tidak perlu kita membuang masa memikirkan pihak tersebut.

Tetapi penulis lebih memikirkan 'isi hati' generasi muda yang sepatutnya ditangani oleh Pemuda UMNO Malaysia dengan baik.

Generasi muda mempunyai perspektif politik yang berdasarkan kepada olahan dan kritikan yang berdasarkan pemikiran yang lebih intelek dan liberal.

Perspektif tersebut bagaimana pun menyediakan pegangan politik yang tidak berdasarkan kepada ketaatan kepada parti tetapi parti yang sepatutnya taat kepada mereka.

Pemikiran ini tidak ada salahnya kerana parti politik hanyalah sekadar kenderaan yang digunakan untuk memudahkan aliran perlaksanaan terhadap misi dan visi pihak-pihak yang menggunakan 'kenderaan' tersebut.

Tetapi generasi muda jangan nafikan tentang keperluan wang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.

Yang memualkan ialah wang yang masuk ke dalam poket tetapi sumbang kerja sungguh memalukan. Penulis menyarankan orang yang sedemikian itu supaya letak jawatan!

Penulis hanya mengharapkan wujudnya satu semangat baru yang tidak hanya berlandaskan kepada kronisme politik tetapi lebih kepada kemampuan ahli-ahli Pemuda UMNO mengerakkan jentera aktiviti Pemuda UMNO. Favouritsme tidak patut wujud.

Manakala aktiviti-aktiviti Pemuda UMNO yang diakui berkesan menyentuh dan rapat kepada rakyat, patut dikembangkan dan dibantu.


Bookmark and Share

Pengikut