Sabtu, 25 September 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Kasino di Sabah? Malaysian Insider perlu disiasat.

Posted: 25 Sep 2010 05:16 AM PDT

TUARAN, 25 Sept (Bernama) -- Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata spekulasi bahawa kerajaan telah membenarkan pembinaan kasino di negeri ini merupakan satu pembohongan dan tuduhan yang melulu.

Abdul Rahman berkata laporan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi media portal itu adalah berdasarkan spekulasi dan berbahaya kerana turut memanipulasi turun naik saham sesebuah syarikat.

"Itu adalah satu pembohongan dan tuduhan yang melulu sebab saya berada di sana (sewaktu penerangan kerajaan pada hari terbuka Program Transformasi Ekonomi) ... Dalam penerangan yang terperinci tu, tidak pernah pun disebut tentang penubuhan kasino di Sabah. Tiada sepatah perkataanpun disebut.

"Saya merasa hairan kenapa The Malaysian Insider membuat laporan bahawa mungkin kasino akan dibuat di Sabah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di sini, hari ini.

Abdul Rahman dengan itu menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi media tersebut untuk melihat sama ada terdapat unsur-unsur memanipulasi saham.

"Ini sangat berbahaya, ia seperti satu kes manipulasi saham. Sebab apabila cerita kasino yang dibuat ini dikeluarkan, saham Karambunai Corp Bhd naik. Jadi kita mahu The Malaysian Insider disiasat.

"Kita minta supaya Suruhanjaya Sekuriti siasat bagaimana sebuah portal yang dianggap sebagai berpengaruh di negara kita boleh membuat satu spekulasi yang begitu besar yang menyebabkan harga saham sebuah syarikat di Bursa Saham melonjak naik.

"Kalau didapati mengeluarkan kenyataan sebegitu yang boleh mempengaruhi perjalanan Bursa Saham dalam satu keadaan yang mana maklumat tidak sahih yang tidak dapat dikesan, maka Suruhanjaya Sekuriti perlu mengambil tindakan," tegas beliau.

Ditanya sama ada isu kasino itu memang pernah dibincangkan oleh kerajaan, Abdul Rahman berkata adalah menjadi kebiasaan mana-mana isu, perkara atau permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak akan dibawa dalam perbincangan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu mengenai sebarang permohonan sedemikian buat masa ini.

Saham Karambunai Corp melonjak naik selepas media portal itu melaporkan cadangan resort bersepadu di Karambunai, dekat sini mungkin melibatkan sebuah kasino.

Karambunai Corp telah membuat kenyataan di Bursa Malaysia semalam, menafikan pernah menghantar cadangan rasmi kepada kerajaan Malaysia mahupun menulis dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan rancangan untuk membina kasino di Karambunai.

Karambunai Corp merupakan antara peserta utama pelancongan di Sabah dan pengurus besar Nexus Karambunai Hotel telah dijemput sebagai anggota Makmal Pelancongan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), bersama dengan anggota sektor swasta dan awam lain, untuk membantu usaha kerajaan mengenal pasti potensi pelancongan pertumbuhan tinggi bagi menggerakkan negara ke arah
mencapai Wawasan 2020.

-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

.

.


Kaji semula kuota kerusi komponen BN…apa kata Dr Mahathir?

Posted: 25 Sep 2010 07:41 PM PDT

Sumber: Agendadaily.com

Tun Dr Mahathir Mohamed menilai ada kebaikan dan ada keburukannnya jika dikaji semula kuota pembahagian kerusi kalangan komponen Barisan Nasional mengikut komposisi kaum di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum akan datang.

Menjawab soalan Agendadaily semasa sidang media selepas Perhimpunan Melayu PERKASA Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas petang Sabtu bekas Perdana Menteri itu sebenarnya soal kuota itu tidak pernah menjadi masalah sejak dulu lagi dan ia cuma berbangkit baru-baru ini saja.

Beliau diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa kuota itu wajar disemak semula khususnya bagi kawasan yang jelas majoriti penduduknya orang Melayu.

Sekarang ini ada sebilangan kawasan yang penduduknya majoriti Melayu tetapi masa pilihanraya calon MCA,MIC atau Gerakan yang bertanding.

Ini yang adakalanya mencetuskan protes pengundi hingga mereka memangkah pembangkang.

Dr Mahathir berkata, "ianya ada kebaikan dan keburukannnya, kalau orang India sudah tentu tidak ada satupun kawasan yang mereka majoriti tapi kita sanggup bagi dan kita sokong manakala kaum India yang menjadi minoriti pula akan beri sokongan pada UMNO, MCA atau GERAKAN".

Diminta mengulas lanjut tentang kenyataannya yang menganggap orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sebagai perkauman, Mahathir berkata, "itu kata mereka bukan kata saya."

Beliau tetap mempertahankan pandangannya.Katanya, "saya menyatakan perkara yang benar, umpamanya di negeri Perak…pada satu ketika parti lawan menang dan menubuhkan kerajaan.Ikut undang-undang negeri Perak, Menteri Besar (MB) mestilah terdiri dari orang Melayu.

"Justeru itu PAS telah letak wakil rakyat mereka sebagai MB tapi jelas sekali MB ini ikut telunjuk DAP, sebab itu apabila MB itu jatuh…orang Cina bercakap mengenai kejatuhan 'kerajaan Cina'…jadi mereka yang mengaku kata ini kerajaan Cina bukan kerajaan Pakatan …mereka akui sendiri, sebab itu mereka kata tidak akan sokong lagi BN kerana BN telah jatuhkan kerajaan Cina…"

Mengenai PRU 13, Mahathir memberitahu pandangannya lebih terpengaruh dengan maklumat yang diperolehinya.

"Orang Cina kata mereka tak dak sokongan pada BN… kenyataan ini mereka dibuat di mana saja, mereka tidak akan sokong BN.

"Kita dapati kalau UMNO umpamanya tidak menolak PERKASA, UMNO tidak dapat sokongan dari orang Cina…dengan orang Melayu pun tak dapat maka UMNO akan kalahlah, sebab itu sekarang ini mereka terpaksa melayan sebarang tuntutan walaupun yang menentang dasar awal yang kita persetujui."

Mahathir berpendapat bagi mengembalikan perpaduan Melayu untuk terus memberi sokongan pada kerajaan dalam PRU 13 akan datang ialah terus mengingati perjuangan dalam politik bukan untuk diri sendiri, bukan untuk cari tempat diri sendiri dan perjuangan dalam politik ialah untuk menjayakan segala janji-janji melalui dasar-dasar penubuhan parti.

"UMNO umpamanya mesti berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair bukan untuk seseorang…itu bukan perjuangan UMNO tapi saya nampak sekarang ini perjuangan dalam UMNO tertumpu pada hendak menaikkan orang kesayangan mereka,' tambahnya.

Bacaan lanjut ... klik sini

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MESTI BACA : DOUBLE STANDARD OLEH DAP.

Posted: 24 Sep 2010 06:56 PM PDT

Kerajaan republic sosialis of Penang di bawah ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri tetap meneruskan dasar cina didahulukan,double standart diutamakan.


Kita semua maklum kampung kampung melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam Jelutong dan di Kampung Permatang Tepi Laut,Batu Maung akan dirobohkan tidak lama lagi. Dua kampung ini diberi tempoh sehingga selepas hari raya ini.Ketika ini bila bila masa kerja merobohkan kampung akan dijalankan.


Malah penduduk dua kampung ini langsung tidak dibela dan tidak dilayan oleh kerajaan negeri dibawah ketua menteri paling celaka dalam sejarah.Sebaliknya dilayan bagaikan paria di tepi jalan.Penduduk kampung ditendang kesana sini bagaikan bola oleh Guan Eng dan Jeff Oii.Pelbagai alasan diberikan.Pelbagai janji diberikan akhirnya kampung tetap bakal dirobohkan,wang pampasan hanya 20ribu rumah pun tidak diganti.


Perkara yang sama turut berlaku terhadap Kampung Buah Pala yang penduduknya terdiri daripada kaum India.Mereka dihalau dan janji kerajaan negeri untuk menyelesaikan masaalah tidak ditunaikan.'


Tindakan double standart amat berbeza terhadap Kampung PulauJelutong,yang keseluruhan penduduknya adalah terdiri dari kaum cina.Mereka diberi layanan istimewa oleh kerajaan DAP.Penduduk Kampung Pulau turut akan di pindah dalam erti kata lain tidak dihalau sepertimana penduduk kaum melayu atau pun india.


Kerajaan negeri sanggup mendengar dan berbincang bersama penduduk Kampung Pulau hanya kerana mereka adalah bukan melayu dan India. Kerajaan ini tidak memandang jika mereka melayu Pas atau pun PKR.Yang penting kaum cina diberi keistimewaan.Dua hari lepas pada 19hb September 10 pada jam 4.30pm bertempat di tingkat 28 diadakan dialog penduduk Kampung Pulau bersama Ketua Menteri.Kehadiran penduduk lebih kurang 75 orang.


Lihatlah Ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri ada masa pula untuk berdialog dengan penduduk Kampung Pulau yang 100% adalah kaum cina.Sedangkan penduduk Kampung Jalan Pokok Asam dan Permatang Tepi Laut langsung tidak diberi layanan.Malah dihalau keluar dari pejabat Ketua Menteri.


Dalam dialog tersebut Guan Eng berlidah biawak bersama Law Heng Kiang akan mempertahankan hak penduduk Kampung Pulau,ini kerana penduduk tersebut tidak mahu menerima pampasan RM40ribu seperti mana yang ditawarkan oleh pihak pemaju.Pihak kerajaan negeri akan mempertahankan penduduk yang enggan menerima pampasan,sebaliknya akan membantu mendesak agar nilai pampasan dinaikkan dan diberi sebuah rumah yang baru.


Penduduk Kampung Pulau ditawarkan bantuan khidmat peguam oleh kerajaan negeri jika mereka didakwa oleh pihak pemaju.Wah! kerajaan negeri sanggup mempertahankan penduduk Kampung Pulau? Hanya mereka berbangsa cina,Kerajaan negeri sanggup membantu penduduk kampung untuk lawan pihak pemaju,adakah hal yang sama berlaku terhadap penduduk kampung kampung melayu dan India diberi pembelaan oleh kerajaan negeri?Jawapannya tidak sama sekali!


Buat pembaca adakah ini konsep keadilan dan sama rata yang dilaungkan oleh kerajaan DAP pakatan rakyat? Sebenarnya semua itu hanyalah retorik semata mata.


Lihatlah,melayu dan india di Pulau Pinang bagaikan kelas kedua.Langsung tidak dilayan apabila membuat tuntutan.Seperti penduduk kampung jalan pokok asam,sudahlah pampasan hanya Rm20ribu rumah baru untuk penempatan semula pun tidak diberi. Malah penduduk kampung yang hadir dihalau dari pejabat ketua menteri dengan sombong.Dengan angkuhnya Guan Eng berkata "ini bukan urusan kerajaan negeri,sila rujuk dengan ahli parlimen anda iaitu Jeff Oii".


Inilah bukti betapa rasis dan chauvanist kerajaan negeri sosialis DAP,mereka tidak akan langsung membantu penduduk melayu atau india yang tertindas.Sebaliknya layan istimewa diberikan kepada penduduk Kampung Pulau yang 100% adalah kaum cina.


Lim Guan Eng yang anda patut kenal cukup pandai bermuka muka dihadapan penjilat haprak melayu dan penyokong kaum India.Jika sesuatu berlaku yang tidak menguntungkan beliau atau kaum cina ,beliau akan cepat cepat lepas tangan atau pun terus mengambil tindakan.


Lim Guan Eng yang kita semua tahu akan meneruskan polisi lidah biawak pada setiap tindakan beliau,kerana polisi ini akan menentukan jatuh bangun kerajaan negeri pembohong yang serba rasis dan chauvanist.

SUMBER PISAU .NET

AIR OH AIR DI PULAU PINANG.

Posted: 24 Sep 2010 06:37 PM PDT

GEMPAR !! PENDEDAHAN 1 ! Jatuhnya Maruah Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri & Akauntan Bertauliah.


Dr Novandri Hasan Basri

Pembaziran air yang teruk atau pengurusan Lim Guan Eng DAP yang teruk?

Kesalahan rakyat Pulau Pinang atau kesalahan Lim Guan Eng sebagai pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang?

Inilah persoalan yang perlu kita fikirkan apabila merujuk kepada tindakan Lim Guan Eng menaikkan tarif air di Pulau Pinang. Kita boleh baca penjelasan lidah biawak di dalam media perdana dan web portal.

Tetapi tidak ada satu pun penjelasan beliau yang benar-benar solid dan langung tidak menyakinkan. Lim Guan Eng adalah Akauntan bertauliah tetapi statistik dan pengiraan yang dihebahkan tidak menyeluruh dan rakyat Pulau Pinang pula yang dituduh kaki pembazir air!

Apakah beliau ingat rakyat Pulau Pinang dan percaya bulat-bulat kepada penjelasan Guan Eng?

Mungkin selama ini kita tidak memikirkannya tetapi hari ini kita mesti tahu!

Penulis akan membongkar satu persatu penyelewangan dan ketidakcekapan Lim Guan Eng sebagai Pengerusi PBA. Pokoknya, kalau di Jepun, seseorang itu akan melakukan harkiri seperti seorang pemimpin bernama Toshikatsu MATSUOKA. Kita mulakan pembongkaran dengan soalan mudah?

1. Kenapa Lim Guan Eng merujuk kepada statistik tahun 2008 yang mengatakan bahawa penggunaan air adalah sebanyak 285 liter sehari? Kenapa tidak tahun 2009 sedangkan Annual report PBA 2009 sudah diterbitkan?

Apakah Lim Guan Eng mahu menyembunyikan sesuatu?

Kemungkinan besar ya. Lim Guan Eng menyembunyikan sesuatu daripada diketahui rakyat Pulau Pinang. Dan ternyata betul. Sila rujuk statistik-statistik tahun 2007, tahun 2008 dan tahun 2009 di bawah ini

mesti baca : rekod duit raya

Posted: 24 Sep 2010 06:35 PM PDT

kami tak terima..eh..kami terima pulok...eh..halal...eh..haram..

gamba ni semua aku kopipes dari Minda Intelek Melayu...demi nak menyambung usaha para blogger yang lain dalam nak mematikan penipuan nicky ajis,maka aku pon post jugak pasal menatang nih...ape punya spin daa ko nak buat kalini nicky weii....


















Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


DAP Zionis Pulau Pinang : Dana dari kelab lumba kuda!

Posted: 25 Sep 2010 08:32 AM PDT

REEZAL Merican Naina Merican (tengah) menunjukkan salinan surat yang membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang mendapatkan dana daripada sumber judi untuk program membiayai miskin tegar pada sidang akhbar di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

''Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.

''Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Reezal Merican baru-baru ini mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Guan Eng bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa wang kerajaan negeri yang dinikmati adalah hasil penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan pentadbirannya selama ini.

Reezal Merican bagaimanapun berkata, isi kandungan surat tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri berhubung isu itu.

''Kita tidak pernah membuat tuduhan melulu tetapi kita meminta penjelasan kerana kita percaya ia turut melibatkan dana untuk orang Islam. Malah, surat itu menyebut sumbangan (RM500,000) merupakan 'baki' dana yang disalurkan, bermakna kelab berkenaan sudah menyalurkan sejumlah dana lain sebelum ini.

''Justeru, sekali lagi kita tuntut penjelasan. Anda (media) perlu bertanya kepada beliau (Guan Eng) sendiri atau tanya kepada kelab (lumba kuda) berkenaan. Kita harap ia akan memberi perspektif baru kepada rakyat yang inginkan kebenaran," jelasnya.

Menjawab persoalan mengenai pendedahan blog pisau.net yang sebenarnya berkisar soal pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas, Reezal Merican berkata, ia tidak menjadi satu isu kerana program membasmi miskin tegar juga melibatkan masyarakat Islam.

''Saya timbulkan perkara ini kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam mengenai sumber pemberian wang oleh kerajaan negeri. Kalau untuk miskin tegar sekalipun, bukankah ada orang Islam di negeri ini yang mengalami miskin tegar dan perlu dibantu?

''Bagi orang Islam, kalau ia (sumbangan) daripada sumber tidak halal, mereka lebih rela susah daripada menerima sumbangan daripada perjudian kerana ia adalah haram. Lumba kuda ini bukankah satu bentuk perjudian?," tegasnya.-UM

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut