Pengikut

Nuffnang

Khamis, 9 September 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

Posted: 09 Sep 2010 02:34 PM PDT

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD,

ASSALAMUALAIKUM WBT..

PERGERAKAN PEMUDA UMNO ROMPIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMOGA SEGALA AMAL IBADAT SEPANJANG RAMADHAN LALU DITERIMA ALLAH SWT. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA KETIKA MEMANDU, INGAT KELUARGA TERSAYANG DAN NYAWA ORANG LAIN. SEMOGA AIDILFITRI INI AKAN MENINGKATKAN LAGI RASA SYUKUR KITA KEPADA ALLAH SWT ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEATAS KITA..
SEKIAN TERIMA KASIH..

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


'Jangan jadikan ISA barang hiasan' - Syed Ali

Posted: 08 Sep 2010 07:29 PM PDT

AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan negara, bukannya dijadikan barang hiasan politik, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, rakyat terutama orang Melayu mula bercakap bahawa kerajaan terlalu takut kepada tekanan pihak tertentu untuk menggunakan akta tersebut.

Oleh sebab itu katanya, pelbagai insiden dan isu dilakukan pihak tertentu yang mencabar kepentingan umat Islam dan orang Melauyu berlalu begitu sahaja.
Katanya, orang Melayu begitu marah apabila hak dan kedudukan mereka dipersoal dan dipersendakan serta agama Islam dinodai secara berleluasa.
"Akhirnya orang Melayu mula bertanya, kenapa keraaan takut sangat untuk gunakan ISA terhadap mereka yang sengaja mempesoalkanya, maka timbulah kekecwaan rakyat kepada kerajaan," ujarnya.

Contohnya jelas beliau, tiada tindakan tegas walaupun ada yang simbah arak di perkarangan masjid, hina Raja-Raja Melayu dan pelbagai lagi perbuatan rasis, sekadar amaran menerusi akhbar.

Beliau mendakwa, sejak kebelakangan ini akta tersebut seperti sudah tidak berfungsi dan dalam masa yang sama rakyat semakin memperlekehkannya.

"Tanggapan itu berlaku kerana rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yang sekadar melaungkan kata amaran, akan siasat, akan pantau dan akan ambil tindakan terhadap sesuatu isu yang berbangkit," katanya.

Oleh sebab itu katanya, isu perkauman, agama dan bahasa yang membabitkan kedudukan orang Melayu telah dan akan terus diperlekeh dan dipertikaikan secara terbuka oleh bukan Melayu.

Katanya, hari ini bukan Melayu sudah mencabar Perlembagaan Persekutuan, merendahkan kedudukan Raja-Raja Melayu, mencemari kemuliaan Islam dan mempertikaikan kesitimewaan orang Melayu.

"Kerajaan didakwa terlalu berlembut dan takut menggunakan ISA apabila ada pihak sengaja lakukan provokasi membabitkan kaum supaya berlaku ketegangan dalam masyarakat," ujarnya.

"Sampai bila ISA sekadar dijadikan barang hiasan sedangkan mereka yang berniat jahat kepada kepentingan negara dibiarkan bebas berbuat sesuka hati mereka atas kepentingan politik?

Beliau mengulas catatan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menerusi ruangan 'Cuit' semalam, yang antara lain mahukan kerajaan tegas menggunakan ISA bagi meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

Menurut Syed Ali lagi, kerajaan tidak perlu takut untuk menggunakan akta ISA demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau bimbang persespsi rakyat terhadap ketegasan dan ketelusan kerajaan akan terhakis akibat kelemahan kerajaan sendiri.

"Jangan salahkan rakyat apabila mereka kata ISA sekadar barang ugutan, tidak ada apa-apa, retorik pemerintah, kerajaan takut untuk menahan mereka yang benar-benar melanggar akta tersebut," ujarnya.

Katanya, kerajaan tidak perlu khuatir akan kehilangan sokongan politik jika akta tersebut dikuatkuasa dengan tegas dan telus.

Beliau berkata, rakyat akan menyokong sebuah kerajaan yang tegas bertindak untuk kepentingan mereka, tetapi rakyat mencemuh serta menolak kerajaan yang takut bertindak kerana lebih mengutamakan kepentingan politik.

"Rakyat terutama orang Melayu akan tetap bersama kerajaan yang berani mempertahankan hak mereka daripada dicabul oleh mereka yang berkepentingan," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali mahu kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang sengaja membakar api perkauman di negara ini.

"KDN tidak perlu berpuashati sekadar dengan permohonan maaf, sebaliknya gunakan ISA kepada pengkhianat supaya dijadikan pengajaran," tegasnya lagi.

Katanya, kepentingan negara dan keharmonian kaum perlu diutamakan daripada agenda politik pihak tertentu.

Apo Kono Eh Jang!

0 ulasan
sumber :-

Apo Kono Eh Jang!


Selamat Hari Raya Aildilfitri

Posted: 08 Sep 2010 03:55 PM PDT

No matter how old are you, what type of car you drive, everybody loves and enjoy Hari Raya celebration. Well, this is the time to seek for forgiveness, meet your loved ones, eat all you can and not forgetting collect Duit Raya.

We wish to all our Muslims friends Selamat Hari Raya Aidilfitri and may His blessing bestowed over you this Syawal after 1 month full of tests. To those who planned to travel during this festive season, there's only 1 thing we wish to say. Please be smart on the road.

Pemuda UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang, Bahagian Rasah, Seremban, Negeri Sembilan



UMNO TAMAN PAROI JAYA

0 ulasan
sumber :-

UMNO TAMAN PAROI JAYA


Salam Aidil Fitri 2010 @ 1431H

Posted: 08 Sep 2010 11:17 AM PDT

Umno Taman Paroi Jaya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf atas segala kesilapan
yang zahir dan yang batin kepada semua muslimin dan muslimat sekelian.
 
Semoga Aidilfitri kali ini kita rayakan dengan penuih kesyukuran dan keikhlasan.
 
Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Khairy Jamaluddin

0 ulasan
sumber :-

Khairy Jamaluddin


Hari Raya Aidil Fitri

Posted: 08 Sep 2010 05:00 PM PDT

Marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan perkenan-Nya dapat kita menjalankan sebulan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarakak dan insya Allah esok dapat pula bersama menyambut hari kemenangan 1 Syawal.

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Posted: 08 Sep 2010 10:49 AM PDT

Saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Cawangan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Muslimin serta Muslimat tidak kira di mana jua kalian berada.

"Maaf Zahir & Batin"

Ikhlas,

Raja Ahmad Raja Dato' Abd Wahid

Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian