Isnin, 6 September 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Selamat Hari Raya

Posted: 06 Sep 2010 05:42 PM PDT

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Mohon Maaf Zahir dan Batin dari Kak Midah sekeluarga buat semua warga DUN Sungai Rapat.

Ambillah kesempatan ini untuk saling bermaafan dan mengeratkan jalinan ukhwah sesama sendiri.

Semoga Allah sentiasa memelihara keselamatan anda sepanjang perjalanan, tidak kira ketika pulang
beraya di desa mahupun ketika berkunjung ke rumah kaum keluarga serta sahabat taulan.

Dalam enak menikmati ketupat, lemang, rendang serta beraneka juadah istimewa, jangan sesekali mengabaikan
kesihatan diri.

Semoga anda semua bergembira dan meraikan hari kemenangan ini dengan penuh
kesyukuran dan keinsafan

Hamidah Osman

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Mahasiswa berpolitik ; Syed Ali persoal pendirian Saifuddin

Posted: 05 Sep 2010 08:11 PM PDT

PENDIRIAN terbuka Datuk Saifuddin Abdullah yang mahukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini diberikan kebenaran berpolitik dilihat sebagai usaha untuk melonjakkan dirinya sebagai 'hero' kepada fahaman liberal.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu sepatutnya lebih realistik kepada persekitaran politik yang berlaku sekarang ini.

Katanya, percanggahan pendapat itu tidak sepatutnya diteruskan oleh Saifuddin menerusi akhbar kerana ia menggambarkan keputusan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah diperlekehkan.

Beliau berkata, kemampuan Saifuddin berselindung disebalik latar belakang ilmu inteleknya tidak bermakna beliau boleh mengetepikan kepentingan UMNO.

Malah katanya, kenyataan terbuka itu akan menimbulkan tanggapan bahawa beliau cuba memperjuangkan fahaman liberal dalam politik sepetimana sedang dilakukan pakatan pembangkang.

Katanya, fahaman liberal dan politik baru sepertimana dibayangkan Saifuddin dan turut dipelopori pembangkang belum lagi sesuai untuk dilaksanakan.

"Kita khuatir apabila dalam usaha beliau untuk menjadi popular, ada tanggapan yang mendakwa nada liberalnya menyamai suara pembangkang terutama Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.

Beliau mengulas pendirian Saifuddin yang masih berpendirian bahawa pelajar IPT di negara ini perlu diberi kebenaran berpolitik, sepertimana disiarkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini.

Menurut Syed Ali lagi, UMNO tidak menyekat pelajar IPT aktif berpolitik tetapi pucuk pimpinan beranggapan suasana politik sekarang ini belum lagi sesuai untuk mereka kembali aktif.

Katanya, Saifuddin selaku Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO seharusnya perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang tidak bertentangan dengan aspirasi pati dan kerajaan.
Beliau mempersoalkan apakah agenda sebenar Saifuddin yang tetap berpendirian yang bertentangan dengan keputusan kabinet berhubung isu tersebut.

"Kerajaan sudah menolak pembabitan pelajar IPT dalam politik, tetapi beliau pula masih berpendirian sebaliknya dengan mengambil contoh kebenaran politik pelajar Malaysia di luar negeri," tegasnya lagi.

Sepatutnya kata beliau, Ahli Parlimen Temerloh itu lebih fokus kepada keupayaan dan kemampuan UMNO berdepan dengan pembangkang pada pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Katanya, pemimpin UMNO terutama wakil rakyat perlu lebih berusaha untuk meningkatkan rekod sokongan rakyat kepada parti berdasarkan kepada keputusan PRU umum yang lalu.

"Dalam susana politik sekarang, pemimpin UMNO tidak perlu menjalani proses untuk popular dengan mencipta isu yang tidak mendatangkan keuntungan kepada parti," tegasnya.

Beliau berkata, semua pihak boleh memberikan pandangan dan cadangan tetapi selaku anggota jemaah kabinet, beliau perlu mengutamakan keputusan kerajaan.

Menurut Syed Ali lagi, kebenaran pelajar IPT berpolitik hanya akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kampus apabila berlaku pertembungan di antara penyokong kerajaan dan pro-pembangkang.

"Keadaan akan bertambah sukar setelah pensyarah yang kini telah diberikan kebebasan berpolitik, akhirnya turut terheret dalam konflik kepartian di kampus," tegasnya.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted: 05 Sep 2010 07:01 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin bagi semua pembaca yang beragama. Bagi rakan2 yang bukan beragama Islam, selamat bercuti. Berhati2 di jalan raya ketika memandu. Elakkan kecelakaan di jalan raya.

Majlis Sumbangan Aidilfitri UMNO Jalan Enggang

Posted: 05 Sep 2010 06:56 PM PDT

Gambar-gambar di sekitar majlis ini boleh dilihat melalui http://www.facebook.com/album.php?aid=212658&id=728642091&l=f49b6dc76d

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 53

Posted: 29 Aug 2010 09:04 PM PDT

Salam semua pembaca, Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 53 buat seluruh rakyat Malaysia. Hargailah jasa-jasa para pejuang kemerdekaan negara kita.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Pakatan Rakyat – PAS dan PKR Jadi Alat DAP

Posted: 06 Sep 2010 04:56 AM PDT

Sehingga hari ini, kita masih lagi menunggu dan menanti entah bila yang dikatakan alternatif kepada Barisan Nasional ini iaitu Pakatan Rakyat hendak dirasmikan penubuhannya dan membolehkannya bertanding atas satu lambang pada pilihanraya akan datang. Yang kita nampak sekarang Pakatan Rakyat hanya ada pada nama, tiada apa yang rasmi mengenainya walaupun konvensyen sudah, lambang sudah, Prinsip Asas pun sudah. Tak tahu apa masalah lagi yang membelenggu sehinggakan Pakatan Rakyat masih tidak didaftarkan secara rasmi sehingga ke hari ini.

Dilapurkan pada awalnya Pakatan Rakyat mempunyai masalah dengan nama tapi masalah ini telah diselesaikan Februari lalu apabila mereka menerima cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menukar nama kepada Pakatan Rakyat Malaysia. Itu adalah berita terakhir yang kita tahu mengenai perkembangan pendaftran Pakatan Rakyat kerana selepas itu tidak dimaklumkan apa jua perkembangan mengenainya sedangkan dicanangkan disana sini nama Pakatan Rakyat itu seolah-olahnya ia sudah menjadi pertubuhan yang sah. Dua pilihanraya kecil terakhir dalam tahun 2010 ini melihatkan 'komponen' parti pembangkang ini bertanding atas nama dan lambang parti masing-masing.

Kita yakin Pakatan Rakyat tidak akan dirasmikan seperti mana yang dilaung kepada semua pencacai pembangkang. Tujuan Pakatan Rakyat ditubuhkan ialah untuk menunjukkan (sebut menipu) kepada rakyat bahawa (sebut kononnya) pembangkang bersatu dan berkongsi satu matlamat melalui apa yang dipanggil Prinsip Asas Pakatan Rakyat. Melainkan pemansuhan Akta Keselamatan Negeri serta beberapa perkara lain, Prinsip Asas Pakatan Rakyat ini sebenarnya mengekalkan hampir kesemua perkara dan fasal yang ada di dalam perlembagaan sekarang.

Ringkasnya, ia bermaksud, PAS tidak akan melaksanakan hudud dan DAP tidak akan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia (ciptaan Lee Kuan Yew), tapi persoalannya benarkah begitu?

PAS sudah membuktikan penerimaannya kepada Prinsip Asas Pakatan Rakyat itu apabila Dewata Rayanya iaitu Nik Aziz Nik Mat mengumumkan disini bahawa PAS 'tidak semestinya' (sebut tidak akan) melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Malaysia. Ini bersesuaian dengan PAS sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah dan mengutamakan kuasa lebih dari yang lain termasuk agama dan prinsip perjuangannya sendiri.

Walaupun dengan pengguguran perlaksanaan hudud boleh menjejaskan undi PAS dari kalangan orang Islam/Melayu, PAS yakin kekurangan ini akan ditampung oleh sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Bagi PKR pula, ia tidak pernah menjadi masalah kerana PKR adalah satu-satunya parti yang kita tidak pasti dengan hala tujuannya melainkan untuk membela manusia bernama anwar ibrahim.

Bertentangan pula dengan DAP yang masih belum menggugurkan apa-apa cadangan dalam konsep Malaysian Malaysianya seperti menghapuskan hak istimewa melayu, agama rasmi dan perkara-perkara 'melayu' lain dalam perlembagaan. Walaupun kononnya menerima secara prinsip Perkara Asas Pakatan Rakyat yang antaranya menerima hak keistimewaan melayu/bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi, pemimpin DAP masih lagi berterusan mencabar hak keistimewaan ini seperti ditunjukkan Tony Phua dalam hal penghapusan diskaun rumah bumiputera, Karpal Singh mempersoalkan 'tempoh laku' hak keistimewaan melayu dan sebagainya.

Adalah menjadi satu masalah kepada DAP jika Pakatan Rakyat dirasmikan penubuhannya sebab ia menunjukkan penerimaan 'rasmi' DAP ke atas perkara di atas yang boleh menjejaskan peluangnya dalam pilihanraya akan datang. Orang cina telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada DAP bagi menguasai kerajaan seterusnya menukarkan negara ini menjadi Singapore ke dua, kalau perlu jadi republik, jadi republiklah. Orang cina DAP tidak akan mempersoalkan Prinsip Asas Pakatan Rakyat yang diterima DAP ini kerana mereka tahu ia hanya 'lakunan' DAP bagi mengukuhkan kedudukannya di kalangan orang melayu, bagaimana pula coma atas pagar dan bangsa lain yang turut menyokong DAP? Adakah mereka sedar dengan agenda penipu DAP ini?

Dengan DAP mempunyai kuasa dominan bagi mengekalkan kerajaan pembangkang di Selangor (negeri terkaya di Malaysia) disebalik kecelaruan dalam politik dan kepimpinan PKR, rasmi atau tidak Pakatan Rakyat ini hanya akan ditentukan oleh DAP dan komponen lain dalam pembangkang hanya akan mengikut saja seperti orang bodoh.

Oleh kerana mereka tiada intergriti dan hanya menjadi boneka kepada satu puak sahaja, kita menyeru kepada semua rakyat Malaysia menolak Pakatan Hantu demi kesinambungan dan kestabilan politik di tanah air tercinta ini.

(Oleh: Adamyan)

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM PARLIMEN MASJID TANAH

Posted: 05 Sep 2010 08:21 PM PDT

Sumbangan Hari Raya kepada Anak-anak Yatim di dalam Parlimen Masjid Tanah oleh Pn. Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah) yang diadakan di Balairaya Kg Paya Lebar, Ramuan China Besar. 

PROGRAM MENYUSUR AKAR (PUTERI UMNO DUN TABOH NANING)

Posted: 05 Sep 2010 08:15 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Dun Taboh Naning telah mengadakan Program Menyusur Akar bagi menyampaikan sumbangan kepada 14 buah keluarga di Cawangan-cawangan. Lebih seramai 20 orang Puteri telah turun dan menjayakan Program ini.. Tahniah..

JELAJAH RAMADHAN (BUBUR LAMBUK PERDANA) - ANJURAN PUTERI UMNO MELAKA

Posted: 05 Sep 2010 08:12 PM PDT


Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka telah mengadakan Program 'Bubur Lambuk Perdana' di Dataran 1 Malaysia (Klebang) pada 4/9/2010... Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah turut serta bagi menjayakan Program tersebut. Program ini di rasmikan oleh YB Datuk Rosnah Shirlin (Ketua Puteri UMNO Malaysia).....Tahniah semua..

DunSemarang

DunSemarang


Bersyukurlah Tinggal Di Malaysia...

Posted: 05 Sep 2010 06:26 PM PDT

Malaysia..Tanah Tumpahnya DarahKu.. Negara yang majoriti Melayu, penuh kesopanan, Budi Bahasa dan TOLERANSI yang sentiasa menghormati orang lain, samada minoriti atau yang berkuasa dalam Ekonomi. Cuba kita lihat jika bangsa lain tinggal sebagai minoriti,di sesebuah negara sudah pasti mereka akan jelas tersisih. Apatah lagi bersuara atau mencaci hina penduduk asal negara berkenaan. Lihat..bagaimana daifnya mereka di CAMBODIA..wahai anak bangsaKu Melayu, sedarlah, insaflah bersatulah kita dalam satu wadah perjuangan demi Agama,Bangsa dan Tanah air di samping terus menghormati bangsa lain yang tinggal di Bumi Tanah melayu ini.Bilik kelas untuk penduduk Muslim Melayu di Cambodia.
Asrama tempat menginap para pelajar...
Kelas untuk P&P..lihatlah..Bukalah minda anda..

Sesiapa yang sering memprtikai Malaysia, UMNO, Melayu dan Kesultanannya sedarlah..siapa diri anda di bumi bertuah ini..Kalau tak suka sila cari tempat tinggal yang baru. Malaysia tetap akan kaya..jika Melayu sahaja yang tinggal di Tanah melayu ini..jangan ego dengan kekayaan anda dan membangunkan Malaysia.Kami juga tetap mampu membangunkan Malaysia...By M69

Pengikut