Sabtu, 28 Ogos 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 28 Aug 2010 09:12 PM PDT

Posted: 28 Aug 2010 09:09 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KINI GILIRAN DAP PULA .....

Posted: 27 Aug 2010 05:04 PM PDT

Terbaharu dan terkini seorang ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching masuk ke Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada jemaah surau itu, adalah mencemar imej surau sebagai tempat suci untuk umat Islam beribadah.

Sebelum ini, pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Sekumpulan ahli kariah yang hendak menunaikan solat subuh di Surau Taman Seri Pulai, Temiang dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati bangunan surau itu disimbah cat merah.

Lebih mengejutkan, surau berkenaan yang baru sahaja beroperasi beberapa bulan lalu turut dilempar botol minuman keras oleh individu tidak dikenali.

Nampaknya isu-isu bawaan DAP kali ini berjaya menutup berita-berita sensasi sebelum ini,,,,,,

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Jakarta perlu tegas siasat siapa talibarut penunjuk perasaan anti-Malaysia - Syed Ali

Posted: 27 Aug 2010 06:54 PM PDT

KERAJAAN didesak supaya meminta bantuan Jakarta segera menyiasat siapakah dalang disebalik kejadian demonstrasi dan tindakan biadab anggota gerakan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) di hadapan Kedutaan Malaysia di sana baru-baru ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan segelintir pihak yang membakar Jalur Gemilang dan melemparkan najis manusia ke dalam premis kedutaan Malaysia di Jakarta dikhuatiri didalangi pihak tertentu.

"Kumpulan yang membakar Jalur Gemilang dan membaling najis itu hanya segelintir dan ini kemungkinan telah dibayar upah oleh pihak tertentu," katanya.

Katanya, siasatan segera harus dilakukan disamping memastikan perbuatan itu tidak berulang walaupun Bendera ada membuat ancaman akan melakukan lebih banyak lagi rusuhan anti-Malaysia di republik berkenaan.

"Saya minta Kementerian Luar Malaysia tegas mendesak Jakarta siasat ke akar umbi siapa yang jadi dalang dan talibarut dalam peristiwa itu," tegasnya lagi.

Katanya, Indonesia harus membuktikan bahawa penguatkuasa undang-undang membendung perbuatan tersebut berjalan lancar tanpa dipengaruhi oleh sentimen politik.

Beliau berharap Jakarta perlu serius menangani isu tersebut kerana ianya membabitkan hubungan kedua negara serantau.

"Walaupun perbuatan bodoh itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, tetapi kita di sini (Kuala Lumpur) masih rasional dan tidak bertindak balas seperti orang yang tidak bertamadun,"tegasnya.

Malah katanya, rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia juga turut kesal dan malu dengan perbuatan tersebut.

Dalam nada kecewa beliau kesal kerana masih ada lagi segelintir kumpulan yang mengambil kesempatan mengusutkan keadaan walaupun ianya boleh diselesaikan menerusi semangat musyawarah.

"Saya bimbang ada pihak ketiga mungkin berpengkalan di Kuala Lumpur, yang membayar upah kepada pihak berkenaan untuk melakukan keganasan supaya hubungan Malaysia-Indonesia menjadi renggang," tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan pihak ketiga tersebut mempunyai agenda politik disebalik cubaan mengeruhkan hubungan baik Kuala Lumpur-Jakarta.

"Perbuatan bodoh seperti itu biasanya diupah oleh pihak ketiga yang mahu memanipulasikan keadaan bagi mencapai cita-cita politik mereka," ujar beliau.

Bagaimanapun Syed Ali percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mempunyai pandangan yang sama untuk mengekalkan hubungan serumpun sedia ada yang terjalin selama ini.

Katanya, hubungan erat Kuala Lumpur-Jakarta yang selama ini dijalinkan atas semangat bangsa serumpun perlu dipertahankan dan tidak mudah goyah oleh ancaman pihak tertentu.

"Saya percaya Najib dan Susilo mampu menangani masalah tersebut secara berhemah tanpa mengusutkan lagi keadaan demi kepentingan kedua-dua negara," jelasnya.

Pengikut