Selasa, 24 Ogos 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


NOLSTAGIA LAMA. EDISI MINGGU KEMERDEKAAN

Posted: 23 Aug 2010 10:23 PM PDT


umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Semangat perpaduan Melayu menentang Malayan Union perlu dibangkitkan semula – Syed Ali

Posted: 23 Aug 2010 09:30 PM PDT

ORANG Melayu tanpa mengira fahaman politik perlu kembali berpegang kepada semangat perpaduan tulin sepertimana berlaku sewaktu menentang gagasan Malayan Union tajaan British pada tahun 1946.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, orang Melayu diseluruh ceruk negeri bangkit bersatu apabila menyedari hak mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan terhakis apabila British mahu memperkenalkan Malayan Union.

Pada ketika itu katanya, seluruh umat Melayu tanpa mengira kedudukan dan idelogi politik boleh bersatu menentang gagasan tersebut yang akhirnya menjadi perintis kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

Katanya, sejarah sudah membuktikan British, kuasa besar penjajah akhirnya terpaksa mengalah dan tunduk kepada desakan serta semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh umat Melayu.

Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai kekuatan 'luar biasa' apabila mereka bersatu dan semangat seperti itulah perlu dikembalikan semula sewaktu kedudukan dan kepentingan mereka ketika ini semakin terhakis dan diancam oleh pelbagai cabaran.

"Jika dulu pejuang Melayu boleh bersatu menentang gagasan Malaysan Union, maka saya percaya orang Melayu yang ada hari ini juga masih mampu bersatu mempertahankan survival mereka dan masa depan negara ini," ujarnya lagi.

Syed Ali berkata, pelbagai isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini seperti tuntutan kepentingan kaum, mempersoalkan ketuanan Melayu dan perlembagaan negara serta agama Islam merupakan percubaan untuk menghakiskan kedudukan orang Melayu.

Beliau menjelaskan, cabaran dan tekanan itu bukan sahaja datangnya daripada pihak oposisi, malah lebih mendukacitakannya turut dibangkitkan oleh sekutu UMNO dalam Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan, iaitu MCA dan Gerakan.

"Hari ini MCA secara terbuka memberi tekanan kepada orang Melayu menerusi tuntutan kepentingan kaum Cina, mereka tidak lagi menghormati UMNO. Nada MCA sama seperti DAP, menekan dan mempertikai kepentingan Melayu," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, bukan Melayu sudah boleh mempersendakan kemuliaan Raja-Raja Melayu, memperlekehkan agama Islam, menuntut supaya bahasa Melayu dan keistimewaan Melayu dihapuskan.

"Ini semua berlaku apabila orang Melayu sudah berpecah-belah kerana masing-masing taksub kepada idelogi dan kepentingan politik sehingga mengetepikan semangat perpaduan," jelasnya.

Situasi itu katanya, bertambah parah apabila ada segelintir pemimpin Melayu orpotunis sanggup menjadi 'keldai politik' kepada parti politik bukan Melayu hanya semata-mata ingin berkuasa.

"Ada pemimpin Melayu tergamak menjadi keldai politik kepada DAP, parti rasis terbesar di negara ini dan ada pula yang sanggup bersubahat dengan Yahudi kerana agenda politik,": tegasnya.

Sehubungan itu jelas beliau, parti-parti politik yang mendakwa mewakili kepentingan orang Melayu dan umat Islam perlu kembali bersatu sepertimana bersatunya orang Melayu menentang gagasan Malayan Union jika ingin memastikan generasi dan masa depan negara terus terbela.

"Kelompok Melayu perlu melihat kepada realiti perjuangan UMNO yang berteraskan semangat kebangsaan disamping menjujung dan mempertahankan kemuliaan agama Islam sebagai acuan kepada pembangunan negara bangsa," tegasnya.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


marilah kita bersama menghayati erti kemerdekaan

Posted: 24 Aug 2010 05:36 AM PDT

dengan ingatan tulus ikhlas daripada :
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat serta ahli jawatankuasa
serta
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok dan ahli jawatankuasa

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Gaji Minima

Posted: 23 Aug 2010 05:00 PM PDT

Berdasarkan maklum balas yang diterima, termasuklah daripada rumusan Makmal Pemuda BN, Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) hari ini telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil-wakil daripada dua kesatuan sekerja terbesar negara iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), berhubung isu gaji minima.

Kenyataan Pemuda UMNO Berhubung Insiden Yang Berlaku di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta

Posted: 23 Aug 2010 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO (Pemuda UMNO) mengutuk dengan keras tindakan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat yang telah melemparkan najis manusia ke dalam perkarangan Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta disamping bertindak liar memijak-mijak Jalur Gemilang pada satu demonstrasi yang telah diadakan petang semalam.

Serangan ke atas Surau di Seremban

Posted: 23 Aug 2010 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) begitu kesal dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertangung jawab segelintir pihak yang telah mengakibatkan Surau Taman Pulai Impian di Seremban di simbah cat dan di baling dengan beberapa botol arak, sebagaimana yang dilaporkan berlaku awal pagi semalam

Pengikut