Selasa, 24 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Semangat perpaduan Melayu menentang Malayan Union perlu dibangkitkan semula – Syed Ali

Posted: 23 Aug 2010 09:30 PM PDT

ORANG Melayu tanpa mengira fahaman politik perlu kembali berpegang kepada semangat perpaduan tulin sepertimana berlaku sewaktu menentang gagasan Malayan Union tajaan British pada tahun 1946.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, orang Melayu diseluruh ceruk negeri bangkit bersatu apabila menyedari hak mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan terhakis apabila British mahu memperkenalkan Malayan Union.

Pada ketika itu katanya, seluruh umat Melayu tanpa mengira kedudukan dan idelogi politik boleh bersatu menentang gagasan tersebut yang akhirnya menjadi perintis kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

Katanya, sejarah sudah membuktikan British, kuasa besar penjajah akhirnya terpaksa mengalah dan tunduk kepada desakan serta semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh umat Melayu.

Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai kekuatan 'luar biasa' apabila mereka bersatu dan semangat seperti itulah perlu dikembalikan semula sewaktu kedudukan dan kepentingan mereka ketika ini semakin terhakis dan diancam oleh pelbagai cabaran.

"Jika dulu pejuang Melayu boleh bersatu menentang gagasan Malaysan Union, maka saya percaya orang Melayu yang ada hari ini juga masih mampu bersatu mempertahankan survival mereka dan masa depan negara ini," ujarnya lagi.

Syed Ali berkata, pelbagai isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini seperti tuntutan kepentingan kaum, mempersoalkan ketuanan Melayu dan perlembagaan negara serta agama Islam merupakan percubaan untuk menghakiskan kedudukan orang Melayu.

Beliau menjelaskan, cabaran dan tekanan itu bukan sahaja datangnya daripada pihak oposisi, malah lebih mendukacitakannya turut dibangkitkan oleh sekutu UMNO dalam Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan, iaitu MCA dan Gerakan.

"Hari ini MCA secara terbuka memberi tekanan kepada orang Melayu menerusi tuntutan kepentingan kaum Cina, mereka tidak lagi menghormati UMNO. Nada MCA sama seperti DAP, menekan dan mempertikai kepentingan Melayu," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, bukan Melayu sudah boleh mempersendakan kemuliaan Raja-Raja Melayu, memperlekehkan agama Islam, menuntut supaya bahasa Melayu dan keistimewaan Melayu dihapuskan.

"Ini semua berlaku apabila orang Melayu sudah berpecah-belah kerana masing-masing taksub kepada idelogi dan kepentingan politik sehingga mengetepikan semangat perpaduan," jelasnya.

Situasi itu katanya, bertambah parah apabila ada segelintir pemimpin Melayu orpotunis sanggup menjadi 'keldai politik' kepada parti politik bukan Melayu hanya semata-mata ingin berkuasa.

"Ada pemimpin Melayu tergamak menjadi keldai politik kepada DAP, parti rasis terbesar di negara ini dan ada pula yang sanggup bersubahat dengan Yahudi kerana agenda politik,": tegasnya.

Sehubungan itu jelas beliau, parti-parti politik yang mendakwa mewakili kepentingan orang Melayu dan umat Islam perlu kembali bersatu sepertimana bersatunya orang Melayu menentang gagasan Malayan Union jika ingin memastikan generasi dan masa depan negara terus terbela.

"Kelompok Melayu perlu melihat kepada realiti perjuangan UMNO yang berteraskan semangat kebangsaan disamping menjujung dan mempertahankan kemuliaan agama Islam sebagai acuan kepada pembangunan negara bangsa," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut