Jumaat, 13 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Jangan dibuang bayi itu

Posted: 13 Aug 2010 04:21 PM PDT



Semakin Jahiliahkah Masyarakat Kita ?

1. Sebagai ibu, Kak Midah sangat tersentuh dengan isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di bulan Ramadan yang mulia ini. Setiap malam kita disajikan dengan berita bayi yang di longgokkkan bersama dengan sampah.

2. Berita sebegini ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan anak-anak kecil mula mempersoalkan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

3. Pendidikan seks yang semata-mata mengajar remaja tentang aspek biologikal dan cara-cara untuk mengadakan hubungan seks yang selamat tidak begitu berkesan dalam membendung masalah ini, ilmu agama lebih penting dalam membendung gejala tidak manusiawi ini.

4. Kajian menunjukkan bertambahnya perlakuan seksual di kalangan remaja yang mendapat pendedahan tentang pendidikan seks pada umur yang muda.

5. Negara-negara seperti Britain dan Amerika Syarikat yang memberi pendidikan seks kini semakin dilanda masalah yang dibawa oleh amalan seks bebas di kalangan remaja mereka.

6. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 mendapati 4.4 juta remaja di dunia pernah menjalani pengguguran manakala 55,000 kes pengguguran berlaku setiap hari dengan 60 peratus daripadanya berlaku di kalangan remaja yang tidak berkahwin.

7. Menurut kajian itu juga, setiap tahun seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin. Daripada 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia di bawah 25 tahun.

8. Kes yang berturut-turut hari itu membuatkan Kabinet 'naik angin' sehingga memaksa satu keputusan diambil iaitu mengarahkan individu yang terlibat disiasat mengikut Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh atau percubaan bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 20 tahun.

9. Kerajaan telah melakukan sesuatu memandangkan ibu bapa dan masyarakat nampaknya memilih untuk 'lepas tangan'. Justeru, kerajaan perlu bertindak dan kita harap ia satu langkah yang mampu membendung berleluasanya perbuatan kejam tersebut.

10.Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan keseimbangan pembangunan negara.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan berhujung minggu

Kak Midah
Batu Gajah

Membazir atau Berjimat

Posted: 13 Aug 2010 08:25 AM PDT


Bijak Berbelanja di Bulan Ramadan


1. Kak Midah ingin mencadangkan agar bulan Ramadan sebagai bulan untuk membentuk diri mereka menjadi perancang yang bijak berbelanja.

2. Tidak boros dalam berbelanja serta mengelakkan pembaziran sepanjang tempoh bulan Ramadan.

3. Kita memerlukan wang untuk membeli pelbagai keperluan termasuk makanan dan baju baru bagi menyambut Hari Raya.Berjimat dari sekarang membantu persiapan kita menyambut lebaran nanti.

4. Hati-hati dengan peniaga yang menaikkan harga semasa jualan murah dan memberikan diskaun tertentu yang akhirnya didapati harga barang selepas diskaun ialah sama sebelum jualan murah diadakan

5. Wang yang dapat dijimatkan itu digunakan sebagai perbelanjaan musim perayaan seperti menampung kos minyak kenderaan untuk balik kampung, membeli pakaian dan sebagainya

6. Kawal nafsu ketika berbelanja di Bazar Ramadan, pertimbangkan keperluan kita dan bukannya kehendak nafsu.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Kak Midah Sekeluarga
Batu Gajah

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KISAH PAK ALI DAN TEOH BAK SENG.

Posted: 12 Aug 2010 05:01 PM PDT

Kenapa rakyat marah Guan Eng?

BEBERAPA hari selepas insiden Ali Ahmad Ariff, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Ali 'menepuk bahu' kiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, penulis bertandang ke rumahnya dekat Jalan Datuk Keramat.

Penulis berpeluang mendengar dari mulut dia sendiri tentang kejadian pada 2 Ogos lalu termasuk perkara-perkara yang tidak dilaporkan media massa.

Penulis mengagumi keberanian serta semangat Pak Ali yang berusaha untuk bersemuka dengan Guan Eng kerana tidak berpuas hati dengan beliau yang didakwanya bersikap rasis dan menindas orang Melayu di Pulau Pinang.

Dia sanggup menunggu hampir empat jam sebelum Guan Eng muncul di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP), tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Sebaik nampak kelibat Guan Eng, dia terus menuju ke arah Ketua Menteri itu dan meluahkan perasaannya sebelum insiden 'tepuk bahu' berlaku. Kedua-dua mereka kemudiannya bertikam lidah kira-kira setengah jam.

Sudah menjadi tugas wartawan, sebagai susulan kepada insiden tersebut, penulis menghubungi Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan bagi mendapatkan ulasan.

Secara peribadi, beliau memuji tindakan Pak Ali dan menganggapnya sebagai permulaan kepada kebangkitan orang Melayu di negeri ini.

Namun, terdapat kata-kata Azman yang penulis tidak dapat lupakan kerana ia benar-benar berlaku selepas itu.

"Mungkin hari ini... seorang (Pak Ali), selepas ini ramai atau ada yang mengambil tindakan lebih ganas...,kita tidak tahu," katanya.

Ternyata ia benar-benar berlaku. Kali ini melibatkan seorang peniaga berbangsa Cina yang cuba membakar diri kerana kecewa dengan pengurusan Komtar yang menutup lima pintu masuk ke tingkat dua bangunan berkenaan selepas insiden Pak Ali 'menepuk bahu' Guan Eng.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, pengusaha kedai kopi Seng Mugs Coffee di tingkat dua Komtar, Teoh Bak Seng, 53, menyimbah cecair dipercayai petrol ke seluruh badannya sebelum polis berjaya menghalangnya.

Dia sanggup berbuat demikian kerana tertekan akibat terpaksa menanggung kerugian di antara RM100 hingga RM200 sehari selepas pintu-pintu masuk berkenaan ditutup.

Menurut Azman, Guan Eng sewajarnya menjadikan kedua-dua insiden berkenaan sebagai iktibar.

Selama ini, Ketua Menteri itu sering menafikan setiap isu yang timbul berpunca daripadanya.

Antaranya merobohkan gerai penjaja Melayu, membatalkan perarakan Maulidur Rasul, mengusir penduduk kampung-kampung tradisional Melayu, melenyapkan Kampung Buah Pala yang didiami kaum India dan menghina serta memperlekehkan penjawat awam, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus secara terbuka.

"Dia (Guan Eng) sering meletakkan kesalahan kepada pihak lain terhadap isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang.

"Dia sering mengatakan apa yang berlaku semuanya berpunca daripada pihak terlibat sendiri, bukan dirinya sendiri.

"Walhal, semua yang berlaku ini disebabkan keputusan yang dia (Guan Eng) telah buat," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan-tindakan di luar jangkaan seperti yang dilakukan oleh Pak Ali dan Bak Seng boleh berulang jika Guan Eng masih meneruskan sikap sedemikian.

"Saya nasihatkan Guan Eng supaya tidak mengamalkan sikap 'cakap lain, buat lain'. Apa yang Pak Ali dan Bak Seng lakukan merupakan satu pengajaran kepadanya," tegas Azman lagi.


ULASAN: Kalau orang Penang tak sedar lagi.....

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Kenapa rakyat marah Guan Eng? — Utusan Malaysia

Posted: 12 Aug 2010 08:27 PM PDT

13 OGOS — Beberapa hari selepas insiden Ali Ahmad Ariff, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Ali "menepuk bahu" kiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, penulis bertandang ke rumahnya dekat Jalan Datuk Keramat. Penulis berpeluang mendengar dari mulut dia sendiri tentang kejadian pada 2 Ogos lalu termasuk perkara-perkara yang tidak dilaporkan media massa. [...]

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PROGRAM RAHMAT RAMADHAN ANJURAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 12 Aug 2010 07:37 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan sentiasa bersemangat menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.

Bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda Parlimen Cheras akan menganjurkan "PROGRAM RAHMAT RAMADHAN" (Kehidupan Amat Berharga) pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

TARIKH : 15 OGOS 2010 / 05 RAMADHAN 1431

HARI : AHAD

WAKTU : 4.30 petang - 07.30 malam

TEMPAT : DEWAN UTAMA, PUSAT REKREASI CHERAS
JALAN PEEL, KUALA LUMPUR.

PENSYARAH JEMPUTAN: USTAZ AKIL HAYY

TETAMU KEHORMAT : DATUK WIRA SYED ALI AL HABSHEE
KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS
MERANGKAP SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN
UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan itu menjemput Ahli - Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras dan semua muslimin serta muslimat bersama -sama menghadiri "PROGRAM RAHMAT RAMADHAN".


UMNO TAMAN PAROI JAYA

UMNO TAMAN PAROI JAYA


Salam Ramadhan 1431H

Posted: 12 Aug 2010 08:06 AM PDT

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimah semoga Ramadhan kali ini dilimpahi barakah dan rahmat Allah S.w.t

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Posted: 12 Aug 2010 09:37 PM PDT

Kami mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga di bulan Ramadan yang barakah ini, ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

-UCBA

Pengikut