Jumaat, 13 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Jangan dibuang bayi itu

Posted: 13 Aug 2010 04:21 PM PDT



Semakin Jahiliahkah Masyarakat Kita ?

1. Sebagai ibu, Kak Midah sangat tersentuh dengan isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di bulan Ramadan yang mulia ini. Setiap malam kita disajikan dengan berita bayi yang di longgokkkan bersama dengan sampah.

2. Berita sebegini ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan anak-anak kecil mula mempersoalkan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

3. Pendidikan seks yang semata-mata mengajar remaja tentang aspek biologikal dan cara-cara untuk mengadakan hubungan seks yang selamat tidak begitu berkesan dalam membendung masalah ini, ilmu agama lebih penting dalam membendung gejala tidak manusiawi ini.

4. Kajian menunjukkan bertambahnya perlakuan seksual di kalangan remaja yang mendapat pendedahan tentang pendidikan seks pada umur yang muda.

5. Negara-negara seperti Britain dan Amerika Syarikat yang memberi pendidikan seks kini semakin dilanda masalah yang dibawa oleh amalan seks bebas di kalangan remaja mereka.

6. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 mendapati 4.4 juta remaja di dunia pernah menjalani pengguguran manakala 55,000 kes pengguguran berlaku setiap hari dengan 60 peratus daripadanya berlaku di kalangan remaja yang tidak berkahwin.

7. Menurut kajian itu juga, setiap tahun seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin. Daripada 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia di bawah 25 tahun.

8. Kes yang berturut-turut hari itu membuatkan Kabinet 'naik angin' sehingga memaksa satu keputusan diambil iaitu mengarahkan individu yang terlibat disiasat mengikut Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh atau percubaan bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 20 tahun.

9. Kerajaan telah melakukan sesuatu memandangkan ibu bapa dan masyarakat nampaknya memilih untuk 'lepas tangan'. Justeru, kerajaan perlu bertindak dan kita harap ia satu langkah yang mampu membendung berleluasanya perbuatan kejam tersebut.

10.Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan keseimbangan pembangunan negara.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan berhujung minggu

Kak Midah
Batu Gajah

Membazir atau Berjimat

Posted: 13 Aug 2010 08:25 AM PDT


Bijak Berbelanja di Bulan Ramadan


1. Kak Midah ingin mencadangkan agar bulan Ramadan sebagai bulan untuk membentuk diri mereka menjadi perancang yang bijak berbelanja.

2. Tidak boros dalam berbelanja serta mengelakkan pembaziran sepanjang tempoh bulan Ramadan.

3. Kita memerlukan wang untuk membeli pelbagai keperluan termasuk makanan dan baju baru bagi menyambut Hari Raya.Berjimat dari sekarang membantu persiapan kita menyambut lebaran nanti.

4. Hati-hati dengan peniaga yang menaikkan harga semasa jualan murah dan memberikan diskaun tertentu yang akhirnya didapati harga barang selepas diskaun ialah sama sebelum jualan murah diadakan

5. Wang yang dapat dijimatkan itu digunakan sebagai perbelanjaan musim perayaan seperti menampung kos minyak kenderaan untuk balik kampung, membeli pakaian dan sebagainya

6. Kawal nafsu ketika berbelanja di Bazar Ramadan, pertimbangkan keperluan kita dan bukannya kehendak nafsu.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Kak Midah Sekeluarga
Batu Gajah

Tiada ulasan:

Pengikut