Selasa, 10 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Posted: 10 Aug 2010 01:27 AM PDT




Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Syukur kerana sekali lagi kita semua dapat menunaikan ibadah puasa, berterawikh dan bersujud di bulan yang mulia ini.

Dan sepanjang bulan mulia ini elok benar kita semua menjaga tutur kata, elakkan dari pembohongan, fitnah memfitnah, hasad dengki dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Sempena bulan yang mulia ini juga elok benar kita semua merapatkan saf, saling bahu membahu antara umat.

Hentikanlah sengketa, salah faham, perselisihan pandangan, pendapat dan perjuangan. Isikanlah bulan Ramadhan ini dengan perkara-perkara yang diberkati Allah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.

Kak Midah Sekeluarga

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Puteri UMNO Bahagian Pandan


Selamat Berpuasa Daripada Puteri UMNO Bahagian Pandan.

Posted: 10 Aug 2010 05:06 PM PDT

Selamat Berpuasa Daripada Puteri UMNO Bahagian Pandan.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Peniaga Melayu Pulau Pinang terus ditindas!

Posted: 09 Aug 2010 11:30 PM PDT

WALAUPUN peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang semalam tidak ramai, tetapi mereka telah menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri kerana tidak membenarkan Bazar Ramadan diadakan di kompleks itu.

Peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang cukup tertekan dan kecewa dengan tindak-tanduk kerajaan negeri sejak dua tahun lalu. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi penindasan secara terang-terangan dilakukan di Pulau Pinang.

Paling jelas ialah tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat mengancam periuk nasi peniaga-peniaga Melayu. Pemerintah Pulau Mutiara itu tidak dapat lagi menyembunyikan dasar diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Kita dimaklumkan bahawa tindakan tidak membenarkan berniaga itu dibuat kerana peniaga Melayu didakwa gagal membuat bayaran sewa. Namun cerita sebaliknya pula dilaporkan bayaran telah dibuat.

Seperti biasa masalah teknikal sebegini yang nampaknya tiada tolak ansur dalam dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang. Apa sahaja ruang dan peluang untuk menafikan penglibatan Melayu dalam perniagaan kecil cuba dinafikan dengan menggunakan undang-undang.

Undang-undang adalah ciptaan manusia dan boleh dipinda. Tetapi lebih berharga jika dasar tolak ansur demi memakmurkan ekonomi semua kaum diberi keutamaan. Jika ini dapat dilaksanakan, tidaklah timbul tanggapan setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka cuba halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki di bulan Ramadan.

Sebab itu, orang ramai akan mempersoalkan apa tujuan sebenar kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP bertindak menjurus kepada penindasan kepada peniaga Melayu terutamanya yang berniaga di tempat strategik di negeri itu.

Tindakan menghalang berniaga di Bazar Ramadan di tingkat tiga Komtar menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP seolah-olah menyimpan sikap perkauman yang tebal. DAP akan dituduh mempunyai dendam kesumat kepada orang Melayu? DAP akan dituduh parti yang baharu sedikit diberi kuasa tetapi sudah melakukan bermacam-macam tindakan menyusahkan orang Melayu.

Kita tidak tahu bagaimana nasib orang Melayu dan bumiputera jika DAP dan rakan sekutunya dapat memerintah Kerajaan Pusat.

Kebetulan atau sudah dirancang, nampaknya bermula tahun lalu kerajaan negeri itu seolah-olah mahu terus mengganggu perniagaan orang Melayu. Pada tahun lepas, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghentikan pengeluaran lesen sementara bagi bazar tersebut yang telah wujud sejak 25 tahun lalu atas alasan mengganggu lalu lintas.

Tetapi tidakkah tindakan itu dilihat berat sebelah, apabila MPPP hanya 'menutup sebelah mata' membiarkan ratusan penjaja haram berniaga di kaki lima di Georgetown sehingga menyebabkan juga kesesakan lalu lintas?

Golongan peniaga tidak sepatutnya terlibat dalam politik sempit. Tetapi kita telah ditunjukkan belang sebenar apabila DAP memerintah - hendak dapat ruang berniaga pun susah.

Warna-warni politik
Torashah

demi agama bangsa dan negara

demi agama bangsa dan negara


Wawancara bersama Tun M: Akhbar Siasah dibidas..

Posted: 10 Aug 2010 07:56 AM PDT

Akhbar Siasah yang dulunya dilihat agak 'neutral' dalam isu semasa politik negara, kini nampaknya telah condong dengan puak pembangkang. Sejak 3 tahun lalu, penulis yang telah pun menjadi pembaca utama akhbar2 berbentuk tabloid terutama hal ehwal politik termasuklah Siasah. Ini kerana, penulis teringin benar hendak mengetahui sejauh mana keintelektualan wartawan/penulis tamu dalam akhbar2 tersebut. Tidak dinafikan terdapat beberapa orang wartawan/penulis tamu yang mempunyai sifat tanggungjawab dan benar2 ikhlas dalam memperjuangkan isu politik negara. Tidak kurang pula, mengetengahkan fakta2 palsu, berita2 khabar angin atau semata2 bertujuan provokasi bagi menanam kebencian terhadap sesiapa mahupun parti politik terutamanya UMNO kepada rakyat.
Tidak terlepas dengan sikap2 provokasi termasuklah Akhbar Siasah pada edisi2 terkini, penulis juga terkilan serta terkeliru dengan konsep yang cuba diterjemahkan kerana akhbar tersebut seolah2 berkeadaan terkial2 mencari publisiti. Ikutilah beberapa soalan 'cepumas' dari Akhbar Siasah dan jawapan 'intelek' dari Tun Dr. Mahathir semasa wawancara bersama tokoh negarawan tersebut dalam edisi 8-14 Ogos 2010.
AS: Boleh Tun huraikan lebih lanjut tentang perpecahan orang melayu dengan kewujudan parti UMNO, pas dan pkr?
Tun M: Oleh kerana hendakkan kemudahan2 mereka sendiri, mereka membelaknagkan bangsa sehingga sanggup memecahkan perpaduan orang2 melayu. Ini bermula apabila ulamak2 keluar dari UMNO untuk menubuhkan PAS. Sejak itu, kita dapati orang melayu memikirkan tentang apa yang mereka dapat dalam perjuangan ini. Bila kita fikir apa yang akan kita dapat, maka semangat kebangsaan sudah tentulah akan luntur.
AS: Bagaimana pandanga Tun apabila UMNO mengajak PAS supaya bersatu dan bekerjasama dalam menegakkan Islam di negara ini?
Tun M: Dahulu kita sudah bekerjasama, lebih kepada perjuangan untuk orang melayu. Dan orang yang menubuhkan PAS dulu adalah orang UMNO. Apabila mereka tidak mendapat peluang, mereka menubuhkan parti mereka sendiri. Apabila mereka (PAS) menyertai BN selepas 13 Mei 1969, mereka tidak bekerja untuk Bn tetapi mereka bekerja memperkuatkan parti mereka sendiri sahaja. Jadi dengan itu, timbul perselisihan faham antara PAS dan UMNO yang akhirnya berpisah. Sebab itu PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak ada dasar2 yang baik atau yang tulen bagi orang2 melayu.
AS: Dalam hal ini, PAS mahukan kerjasama dan perpaduan dibina atas dasar Islam bukan melayu, apa pandangan Tun?
Tun M: Islam itu diguna sahaja. Sebenarnya tidak banyak Islam yang diperjuangkan. Pertama yang diperjuangkan dalam Islam ialah perpaduan sesama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Kalau tidak mahu bersaudara itu bukan Islam tetapi jangan kata kita berjuang untuk Islam. Guna Islam ini untuk daya penarik untuk mendapat sokongan. Banyak benda yang kita tengaok tidak begitu islam misalnya mendakwa sesiapa yang mengundi PAS pasti akan masuk syurga. Ini dilihat begitu bertentangan sehingga PAS begitu berkuasa untuk boleh menentukan siapa yang masuk syurga dan siapa masuk neraka.
AS: Pada pandangan Tun, kenapa agaknya Malaysia tidak boleh mengamalkan dasar Islam walaupun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 (2) jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara?
Tun M: Kita dapati negara yang penduduknya 100% Islam pun tidak dapat nak jadi negara Islam yang sebenar, kita dapati mereka tidak bersaudara, mereka sering berperang, mereka tidak menolong sahabat2 mereka. Contohnya orang Palestin yang hidup menderita walaupun 100% penduduknya orang Islam. Tambahan pula kita di sini hanya 56% sahaja orang Islam, selebihnya bukan Islam. Jadi Islam menegah perbuatan yang boleh menimbulkan huru-hara. Dalam Islam, kita tidak boleh paksa agama kita ke atas orang bukan Islam sehingga boleh mencetuskan huru-hara. Jadi naka kata kita tidak mengamalkan (ajaran Islam) tidak boleh juga. Kita banyak mengamalkan ajaran Islam setakat kemampuan kita.
Pemudagerik: Sesungguhnya orang2 Islam itu bersaudara, jadi kalau kita tidak 'bersaudara' dengan orang Islam lain yang tidak berideologi sama denga kita. Maka kita telah pun melanggar ajaran Islam. Mengapa PAS sanggup 'bersaudara' dengan DAP (parti yang menolak ajaran Islam) dan PKR (yang sebahagian besarnya terdiri dari orang2 kuat Church)..???

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kemuliaan Ramadhan ; PAS diseru hentikan buat fitnah

Posted: 10 Aug 2010 01:02 AM PDT

PEMIMPIN PAS yang mendakwa parti itu memperjuangkan kepentingan syiar Islam diseru supaya mengamalkan sikap berbaik sangka dan tidak memusuhi sesama pemimpin Islam bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Esok seluruh umat Islam akan mula berpuasa dan saya amat berharap pemimpin PAS tidak lagi berterusan mengamalkan politik maki hamun dan membuat tuduhan serta fitnah tidak berasas," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, tabiat pemimpin PAS yang gemar melemparkan pelbagai dakyah dan mencerca sesama orang Islam selama ini telah banyak mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam.

Katanya, di bulan Ramadhan yang mulia ini umat Islam digalakkan berbuat baik, bersedekah dan tidak mempunyai perasaan dengki khianat dan prasangka sesama Islam.

Malah jelas beliau, bulan yang mulia ini sepatutnya dijadikan waktu terbaik untuk bermuhasabah diri dan mencari keredhaan Allah s.w.t. supaya tidak digolongkan di dalam golongan yang kerugian.

Beliau berkata, jika pemimpin PAS liat atau gagal untuk kembali kepada semangat perpaduan di bulan yang mulia ini, bermakna PAS bukanlah sebuah parti yang benar-benar tegak di atas kepentingan umat, tetapi bertopengkan agama untuk kepentingan politik.

"Saya nasihatkan pemimpin PAS supaya jaga lidah mereka, hentikanlah cerca-mencerca kepada sesama Islam terutama terhadap pemimpin UMNO, hormatilah kemuliaan Ramadhan dan tidak dicampur-adukkan dengan agenda politik di surau dan masjid," tegasnya.

Dalam hal ini katanya, jika PAS masih juga dengan tabiat lamanya, akan terbukti benar bahawa hanya UMNO yang sentiasa memperjuangkan kepentingan agama Islam dan bertanggungjawan di atas kesejahteraan umat.

Beliau menjelaskan, sebaliknya pemimpin UMNO hanya menggunakan surau dan masjid untuk kerja-kerja amal disamping memberikan sumbangan sedekah kepada pelbagai golongan yang memerlukannya.

"Saya berharap pemimpin PAS akan mengambil keberkatan Ramadhan ini untuk kembali bersatu dan berbaik sangka dengan UMNO demi untuk kepentingan umat dan masa depan negara," tegasnya lagi.

"Lupakanlah perbezaan fahaman politik, yang penting pada bulan Ramadhan ini kita jadikannya sebagai permulaan kearah merintis jalan permuafakatan dan perpaduan atas kepentingan agama,".

Sambil mengucapkan salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam terutama di kawasan Parlimen Cheras, Syed Ali berharap di bulan yang penuh keberkatan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Hubungan PAS-DAP semakin rapuh - Syed Ali

Posted: 09 Aug 2010 11:22 PM PDT


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan kerjasama pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) terutama membabitkan hubungan PAS-DAP semakin rapuh.

Menurutnya, retak kepada hubungan kedua-dua parti itu semakin ketara dalam isu mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera khususnya di Selangor.

Beliau memberitahu, bagi menutup perbalahan prinsip antara PAS-DAP supaya tidak diketahui rakyat, PR mula mensasarkan serangan kepada pemimpin UMNO berhubung isu diskaun harga rumah untuk Bumiputera.

Katanya, isu tersebut menjajdi panas ekoran cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan mewah di Selangor.

Cadangan Tony Pua bahagaimana pun ditentang keras oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu berasaskan kepada perlembagaan negara.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik pendirian Hadi dan meminta rakyat menilai pendirian pembangkang di bawah PR yang berbeza prinsip.

Dalam hal ini tambah Syed Ali, jelas kepada umum bahawa DAP sememangnya sebuah parti yang mengamalkan poltik rasis dan cuba menghakis hak dan kepentingan orang Melayu.

Beliau berkata, tuduhan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa Muhyiddin sebagai 'batu api' melagakan PAS-DAP dalam isu tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

"Kita pelik, yang berbalah pendirian adalah PAS dan DAP, tetapi Khalid menunding jari kepada TPM sebagai batu api, isu tersebut tidak ada kaitan langsung dengan UMNO," tegasnya.

Katanya, Muhyiddin hanya membuat ulasan bersetuju dengan kenyataan Hadi yang menentang cadangan Tony Pua kerana ianya membabitkan kepentingan masa depan orang Melayu dan umat Islam.

"Pendirian Hadi kita setuju kerana ianya membabitkan kepentingan Melayu, malah kita tidak boleh bertolak ansur dengan mereka yang berniat jahat untuk melenyapkan kepentingan melayu di negara ini," tegasnya.

Menurut beliau, sepatutnya mana-mana pemimpin politik Melayu harus bersatu dalam isu hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera apabila cuba dihakis oleh bukan Melayu dengan berpegang kepada perlembagaan.

Katanya, pandangan Muhyiddin diterima oleh seluruh orang Melayu bahawa hak ketuanan Melayu tidak boleh dipertikaikan dan itu juga adalah pendirian jelas UMNO.

"Khalid tidak sepatutnya membuat tuduhan liar kepada Muhyiddin, sebaliknya beliau menasihati Presiden PAS itu (Hadi) secara terbuka supaya bersetuju dengan cadngan Tony Pua," katanya.

Dalam hubungan ini katanya, keretakan hubungan PAS-DAP semakin ketara dan tidak mustahil akan berakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berpendapat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang senada prinsip politiknya dengan DAP juga akaan mengambil sikap 'memusuhi' PAS.



































PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BIRO PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 09 Aug 2010 07:25 PM PDT

Pembentangan Kertas Kerja setiap Biro Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah pada 8/8/2010 (Ahad) bersama Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop. 

CUCI KERETA AMAL PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 09 Aug 2010 07:22 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan Cuci Kereta Amal pada 7/8/2010 (Sabtu) di Dasiah Carwash, Paya Rumput Masjid Tanah.  Seramai lebih kurang 20 AJK Puteri telah turun padang untuk menjayakan program tersebut.  Program ini adalah dibawah Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Pengikut