Selasa, 10 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kemuliaan Ramadhan ; PAS diseru hentikan buat fitnah

Posted: 10 Aug 2010 01:02 AM PDT

PEMIMPIN PAS yang mendakwa parti itu memperjuangkan kepentingan syiar Islam diseru supaya mengamalkan sikap berbaik sangka dan tidak memusuhi sesama pemimpin Islam bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Esok seluruh umat Islam akan mula berpuasa dan saya amat berharap pemimpin PAS tidak lagi berterusan mengamalkan politik maki hamun dan membuat tuduhan serta fitnah tidak berasas," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, tabiat pemimpin PAS yang gemar melemparkan pelbagai dakyah dan mencerca sesama orang Islam selama ini telah banyak mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam.

Katanya, di bulan Ramadhan yang mulia ini umat Islam digalakkan berbuat baik, bersedekah dan tidak mempunyai perasaan dengki khianat dan prasangka sesama Islam.

Malah jelas beliau, bulan yang mulia ini sepatutnya dijadikan waktu terbaik untuk bermuhasabah diri dan mencari keredhaan Allah s.w.t. supaya tidak digolongkan di dalam golongan yang kerugian.

Beliau berkata, jika pemimpin PAS liat atau gagal untuk kembali kepada semangat perpaduan di bulan yang mulia ini, bermakna PAS bukanlah sebuah parti yang benar-benar tegak di atas kepentingan umat, tetapi bertopengkan agama untuk kepentingan politik.

"Saya nasihatkan pemimpin PAS supaya jaga lidah mereka, hentikanlah cerca-mencerca kepada sesama Islam terutama terhadap pemimpin UMNO, hormatilah kemuliaan Ramadhan dan tidak dicampur-adukkan dengan agenda politik di surau dan masjid," tegasnya.

Dalam hal ini katanya, jika PAS masih juga dengan tabiat lamanya, akan terbukti benar bahawa hanya UMNO yang sentiasa memperjuangkan kepentingan agama Islam dan bertanggungjawan di atas kesejahteraan umat.

Beliau menjelaskan, sebaliknya pemimpin UMNO hanya menggunakan surau dan masjid untuk kerja-kerja amal disamping memberikan sumbangan sedekah kepada pelbagai golongan yang memerlukannya.

"Saya berharap pemimpin PAS akan mengambil keberkatan Ramadhan ini untuk kembali bersatu dan berbaik sangka dengan UMNO demi untuk kepentingan umat dan masa depan negara," tegasnya lagi.

"Lupakanlah perbezaan fahaman politik, yang penting pada bulan Ramadhan ini kita jadikannya sebagai permulaan kearah merintis jalan permuafakatan dan perpaduan atas kepentingan agama,".

Sambil mengucapkan salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam terutama di kawasan Parlimen Cheras, Syed Ali berharap di bulan yang penuh keberkatan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Hubungan PAS-DAP semakin rapuh - Syed Ali

Posted: 09 Aug 2010 11:22 PM PDT


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan kerjasama pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) terutama membabitkan hubungan PAS-DAP semakin rapuh.

Menurutnya, retak kepada hubungan kedua-dua parti itu semakin ketara dalam isu mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera khususnya di Selangor.

Beliau memberitahu, bagi menutup perbalahan prinsip antara PAS-DAP supaya tidak diketahui rakyat, PR mula mensasarkan serangan kepada pemimpin UMNO berhubung isu diskaun harga rumah untuk Bumiputera.

Katanya, isu tersebut menjajdi panas ekoran cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan mewah di Selangor.

Cadangan Tony Pua bahagaimana pun ditentang keras oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu berasaskan kepada perlembagaan negara.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik pendirian Hadi dan meminta rakyat menilai pendirian pembangkang di bawah PR yang berbeza prinsip.

Dalam hal ini tambah Syed Ali, jelas kepada umum bahawa DAP sememangnya sebuah parti yang mengamalkan poltik rasis dan cuba menghakis hak dan kepentingan orang Melayu.

Beliau berkata, tuduhan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa Muhyiddin sebagai 'batu api' melagakan PAS-DAP dalam isu tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

"Kita pelik, yang berbalah pendirian adalah PAS dan DAP, tetapi Khalid menunding jari kepada TPM sebagai batu api, isu tersebut tidak ada kaitan langsung dengan UMNO," tegasnya.

Katanya, Muhyiddin hanya membuat ulasan bersetuju dengan kenyataan Hadi yang menentang cadangan Tony Pua kerana ianya membabitkan kepentingan masa depan orang Melayu dan umat Islam.

"Pendirian Hadi kita setuju kerana ianya membabitkan kepentingan Melayu, malah kita tidak boleh bertolak ansur dengan mereka yang berniat jahat untuk melenyapkan kepentingan melayu di negara ini," tegasnya.

Menurut beliau, sepatutnya mana-mana pemimpin politik Melayu harus bersatu dalam isu hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera apabila cuba dihakis oleh bukan Melayu dengan berpegang kepada perlembagaan.

Katanya, pandangan Muhyiddin diterima oleh seluruh orang Melayu bahawa hak ketuanan Melayu tidak boleh dipertikaikan dan itu juga adalah pendirian jelas UMNO.

"Khalid tidak sepatutnya membuat tuduhan liar kepada Muhyiddin, sebaliknya beliau menasihati Presiden PAS itu (Hadi) secara terbuka supaya bersetuju dengan cadngan Tony Pua," katanya.

Dalam hubungan ini katanya, keretakan hubungan PAS-DAP semakin ketara dan tidak mustahil akan berakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berpendapat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang senada prinsip politiknya dengan DAP juga akaan mengambil sikap 'memusuhi' PAS.



































Tiada ulasan:

Pengikut