Selasa, 3 Ogos 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MESTI BACA PUNYA : SEJAK BILA JATUH HATI DENGAN UTUSAN....

Posted: 03 Aug 2010 03:07 AM PDT


Akhbar PKR yang diterbitkan secara tidak berkala kali ini muncul dengan judul Utusan Keadilan untuk edisi keempatnya setelah permit penerbitan mingguan Suara Keadilan digantung awal Julai lalu. Utusan Keadilan terbitan angkatan muda PKR itu mula diedarkan sejak semalam ke seluruh negara, khususnya untuk ahli parti, lapor laman web Suara Keadilan hari ini.

"Akhbar terbitkan secara tidak berkala ini akan terus dikeluarkan sehingga KDN memberikan kelulusan permit bagi menerbit dan mencetak lidah rasmi PKR, Suara Keadilan," laporan tersebut dipetik. Edisi tidak berkala akhbar PKR dimulakan dengan Kedilan pada 12 Julai, Obor Keadilan (19 Julai) dan Sinar Keadilan (26 Julai) apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan.

Menurut laporan itu lagi, edisi terbaru ini memuatkan antara lainnya satu laporan yang menggariskan "tujuh ciri utama pemerintahan fasis atau kuku besi yang dikaitkan dengan dengan pentadbitan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sentuh FDI, CNN, RM50,000 liputan akhbar di AS "Artikel yang menghiasi muka depan akhbar ini membincangkan bagaimana pemerintahan ala fasis Umno-Barisan Nasional mencengkam media massa dan mempromosikan semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman dalam tindakan yang terdesak untuk mengekal tampuk kekuasaan," laporan tersebut dipetik.

Selain itu, akhbar itu juga melaporkan mengenai isu pelaburan langsung asing (FDI) bertajuk 'Rakyat Terpedaya.... Najib Dakwa Ekonomi Pulih, Kadar Pelaburan Asing Terperosok 81 Peratus'. "Tajuk ini mendedahkan secara terperinci laporan terbaru Laporan Perdagangan Dunia 2010 olehh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia merudum sehingga 81 peratus tahun lalu, sekali gus membuktikan keampuhan kedudukan ekonomi yang sebenar di Malaysia.

Menurut laporan itu lagi, Utusan Keadilan memuatkan di muka belakangnya penjelasan kepada dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar agensi media antarabangsa CNN bagi menemuramahnya. Akhbar setebal 24 halaman itu juga menyentuh perbelanjaan RM50,000 oleh Najib bagi mendapatkan liputan akhbar dalam lawatannya ke Amerika Syarikat pada April.

"Utusan Keadilan juga memuatkan laporan di muka belakang mengenai rekod hak asasi manusia di Malaysia yang semakin buruk di bawah pentadbiran Najib seperti mana yang disebut di dalam Laporan Hak Asasi Manusia 2009 oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram)," demikian menurut laporan itu lagi.

ULASAN.

Nampaknya hebat juga nama UTUSAN ni, sebab ada orang guna pulak. Dulu benci sangat. Entahlah apa nak jadi...........dengan media ni. Atau saje-saje supaya tak perlu permit kot ? sebab tu tukar-tukar nama nie......

MUST READ : Who Is The Real Culprit In DAP? Everyone!

Posted: 03 Aug 2010 02:46 AM PDT

 
By:  Terrence Fernandez 


If little girls are made of sugar and spice and everything nice, DAP is made of racism and gangterism and everything corrupt.   

DAP, a biological son of PAP, is a party formed out of racism and hatred.  The party now can no longer hold back the demon inside them.   The demon has been waiting for far too long to emerge and do some real damage.  The winning of Pakatan Rakyat in a few states seemed to be a signal for it to come out.
   
And so, after the winning, dark cloud started to form around Selangor and Penang.  Perak, the state in between, gets cloudy at times too. 

In Selangor, the demon came in the form of a mobster.  This mob then transformed itself into a state Exco who is said to own, or rather protects hundreds of 'massage' parlours all over Selangor.  Bookies, loan sharks and sand robbers are also said to be protected by him. 

Because of him, Selangor today, is in deep crisis.  Barely two years old, the Pakatan Rakyat is already losing control of the state.  Only in Selangor, the underworld is no longer an 'under'-world.  Illegal dealings are being done out in the open, without a care to the world.

Today, the news headlines read, Tee Boon Hock, a Klang Municipal Councillor is accused to have misused the letterheads and an official seal of Ronnie Liu, A Selangor State Exco to secure contracts for his families and cronies.  The contracts are worth more than RM1 million. 

Tee Boon Hock, however denied the allegations and stated that he only acted upon Liu's instruction.  
Tee Boon Hock was then sacked from the party by the DAP disciplinary committee.   The sacking was received as a surprised by the public as everybody is almost sure that Ronnie Liu is the culprit. 

Unable to hold back the surprised, Teng Chang Kim the state assembly speaker had tweeted 'the real culprit freed!' which then resulted in him being hauled to appear before the disciplinary committee. 

Wherever the case is going, the disciplinary committee or the MACC is the least of these peoples' concern when they got themselves entangled in DAP's corruption.  We just hope that none of them ended up like Teoh Beng Hock. 
  
Those who refuse to believe everything reported by the prime media will remain ignorance of the reality of gangsterism in DAP.  But those who had been threatened by them should have learned the lesson well. 

The residents around Dengkil, where the illegal sand-mining is still ongoing, have also received some 'good' words believed to be from the representative of the mob turned Exco member.

The mob's operation is often very similar to those we see in Hong Kong or Hollywood movies.  They splash paints, send threatening notes, blackmails and murder.   The only difference is, in the movies, the mob usually owns the politician and never the politician himself is a gangster. 

While DAP mobsters rule Selangor, Penang on the other hand, is being ruled by hard-core racist DAP. 
Penang DAP is said to be actively considering going for autonomy.  In the meantime, DAP is systematically pushing and squeezing the Malays out of Penang by demolishing Malay villages, building up higher and higher costs houses and rezoning election borders. 

Nanyang University will also be built in Penang in order to increase the number of Chinese ethnic in the state. 
Guan Eng frequent visits to Singapore 4-6 times in a month confirms that this autonomy for Penang may not be a joke at all. Obviously, Guan Eng is trying to relive history of Lee Kuan Yew. 

DAP has never thought of themselves as belong to Malaysia.  Their loyalty is to PAP or Singapore.  Patriotism towards this country never existed in their hearts – a fact that is difficult for some to believe.  

It is clear that the demon in DAP is now roaming around freely.  It is everywhere breaking the country apart by spreading hatred and protecting criminals. 

If you look at things from another angle, you wouldn't have to crack your head to find the real culprit.  Because in DAP, everyone is a culprit!  

Last Updated (Tuesday, 03 August 2010 16:16)

MESTI BACA PUNYA : NAK TERTUTUP PULAK !!!!!!!!!!!!!!!

Posted: 03 Aug 2010 02:25 AM PDT

TERTUDUH membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup

Posted by ghostWRITER On Friday, February 19, 2010

KISAH seperti ini hanya terjadi di Mahkamah Malaysia. Dan selepas diselidiki, ini merupakan sejarah pertama dalam mahkamah yang melibatkan "Tertuduh" sendiri yang membuat permohonan supaya prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup. PELIK TAPI BENAR! Selalunya atau dalam keadaan biasanya, mangsa sendiri yang akan membuat permohonan sebegini kerana malu atau bagi menjaga maruah mangsa tersebut. Tapi dalam keadaan terdesak, "Tertuduh" sendiri yang memohon untuk berbuat demikian. Apakah ini permulaan terbongkarnya rahsia sebenar hobi Bang Nuar?


Logiknya, jika berlaku kes seperti ini, yang merasa jijik dan terancam maruah peribadi bukan "Tertuduh" tetapi mangsa itu sendiri. Tapi inilah kenyataan yang harus diterima pengundi dan penyokong setia Bang Nuar. Solat hajat yang dipohon di sana-sini untuk diselamatkan, tetapi Bang Nuar sendiri merahsiakan prosiding mahkamahnya. Selapas ini jika Bang Nuar gagal dalam perbicaraannya, maka akan keluarlah statement mengatakan bahawa kerajaan UMNO menfitnah serta memerangkap Bang Nuar. Maka gerakan REFORMASI pun bermula. Inilah strategi politik dan wayang Pakatan Rakyat. Lakonan demi lakonan. Babak demi babak sehingga mengotori imej Malaysia di mata dunia.


Segala berita buruk mengenai kerajaan BN disalurkan ke channel antarabangsa seperti AFP, Al-JAzeera dan sebagainya bagi mendapatkan sokongan dan simpati luar. Ini dibuat dek kerana Surat khabar sampah yang dicipta untuk menfitnah kerajaan dah maki basi dan berbau busuk. Busuk kerana cerita yang dibawakan banyak unsur berat sebelah dan tiada sambutan. Sapa nak baca berita yang ditulis secara syok sendiri? Naik lif tekan sendiri, masuk bakul angkat sendiri. Kata Utusan M, tapi propaganda yang dimainkan dalam HaraKAH? dan banyak lagi paper sampah lagi teruk.


Apa yang mungkin boleh dibanggakan adalah Utusan M ditulis atau dikelola oleh penulis yang berlatar belakangkan pendidikan dari institusi yang diiktiraf, tapi surat khabar pembangkang? Ijazah pondok nipah mana di mai pun tak tahu. Penulisan berdasarkan agenda politik membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada pembaca yang taksub membacanya. Kesannya jelas, SAPA yang membacanya? Tentulah rakyat yang taksub sahaja. Yang len? Ada aku kesah?

MESTI BACA PUNYA : PM MILIK PAS BUKAN PKR.

Posted: 03 Aug 2010 02:15 AM PDT

Pas Tidak Setuju Anwar Sebagai PM

Oleh Selangordaily

Keratan akhbar diatas secara jelas menunjukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor dan Ketua Penerangan Pas Pusat  menunjukan Pas tidak bersetuju sepenuhnya Anwar dilantik sebagai PM jika PR memenangi pru akan datang. 

Roslan hanya berkata "sebelum ini sekiranya pru 12 (2008) dimenangi oleh PR,calon untuk menjadi PM adalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim"
 
Tidak ada satu patah perkataan pun yang dikatakan oleh Roslan bahawa Pas Selangor bersetuju Anwar dilantik sebagai PM jika PR memenangi pru 13.

Ini jelas berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan SUA PKR iaitu Saifudin Nasution Al-Kataki bahawa PR telah bersetuju sebulat suara memilih Anwar sebagai PM jika mereka menang pru akan datang.
Manakala KP Pas Pusat pula iaitu Idris Ahmad berkata bahawa PR tidak pernah berbincang mengenai calon PM kerana misi mereka adalah menumbangkan BN terlebih dahulu.

Lihat perbezaan di sini
Kata Saifuddin Al Kataki - PR setuju sebulat suara memilih Anwar sebagai PM.
Kata Idris Ahmad - PR tidak pernah bincang.
Kata Roslan - Persetujuan memilih Anwar sebagai hanya pada pru 12.

Ini jelas menunjukan yang Saifuddin Nasution Al Kataki berbohong dan jelas menunjukan bahawa PKR cuba menjadi bos dalam PR.

Sebagaimana yang kita tahu, di dalam Pas Idris lebih dikenali sebagai orang Hj Hadi dan Roslan yang bergandingan dengan Hassan Ali juga orang Hj Hadi. Mereka-mereka ini adalah kumpulan pro kerajaan perpaduan.

Apabila mereka bercakap begitu , maknanya suara mereka adalah suara Hj Hadi. Maka disini kita boleh buat kesimpulan bahawa Pas tidak bersetuju Anwar dilantik sebagai PM sekiranya PR memenangi pru 13.

Ini bermakna apa yang dikatakan oleh Chua Soi Lek adalah betul bahawa Pas yang akan mengetuai negara ini jika PR menang pru akan datang.

Di dalam kenyataan Roslan, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada CSL kerana prihatin dan yakin dengan kepimpinan Pas.

Manakala dalam kenyataan Idris pula tiada sepatah perkataan pun  dalam kenyataannya mengkritik kenyataan CSL.

Ini berbeza dengan kenyataan  Saifuddin yang menunjukan rasa tidak senang dengan kenyataan CSL dan mengkritik beliau serta MCA.

Kesimpulannya, Pas amat gembira dengan kenyataan CSL manakala PKR pula bersusah hati hinggakan mendorong SUA nya mengeluarkan kenyataan berbohong iaitu PR setuju sebulat suara memilih Anwar sebagai PM.

Pas menerima Anwar sebagai PM pada pru 12 kerana pada masa itu banyak pekung Anwar belum terdedah. Sekarang bila melihat hari demi hari banyak pekung Anwar yang terdedah dan ditambah pula dengan kes Saiful memaksa Pas memikirkan kembali untuk bersetuju memilih Anwar sebagai PM.

Wak: Anwar dan Saifuddin SS.

MESTI BACA PUNYA : NEGARA ISLAM BUKAN OBJEKTIF PAS..

Posted: 03 Aug 2010 02:08 AM PDT

Isnin, Ogos 02, 2010

Kenyataan Mustafa Ali di program Hardtalk BBC, 30 Sept 2003 : Negara Islam bukan objektif PAS!

Parti Islam Semalaysia ( PAS ) telah menzahirkan pandangan bercanggah mengenai pendiriannya berhubung Islam dan negara Islam. Semasa temubual dalam program Hardtalk, British Broadcasting Corporation (BBC), Naib Presiden PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu pendengar di seluruh dunia bahawa negara Islam bukannya satu objektif dalam perlembagaan parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata media telah menggunakan istilah `negara Islam' untuk `menakutkan orang bukan Islam'.

Tetapi ketika Mustafa menyatakan pandangannya itu kepada pengantara Hardtalk, Tim Sebastian dalam satu temubual yang dikendalikan oleh penyampai yang pernah memenangi anugerah itu di Kuala Lumpur awal bulan ini, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula pada hari yang sama telah menyatakan pandangan yang berbeza sepenuhnya.

Hadi, yang sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa Pas akan meneruskan perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negeri-negeri di bawah pemerintahannya, telah mengumumkan pada hari yang sama dengan temubual itu disiarkan, bahawa Terengganu, dengan beliau selaku Menteri Besar waktu itu, akan mewartakan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebelum hujung Oktober dan menguatkuasakan undang-undang itu serta-merta.

Mustafa memberitahu Sebastian: "Istilah negara Islam" tiada tercatat dalam perlembagaan parti kami...kami tidak pernah menyebut mengenai negara Islam dalam perlembagaan kami...kami menyebut bahawa masyarakat perlu mematuhi nilai-nilai baik yang menjadi pegangan Islam.

Hanya media yang menggunakan istilah negara Islam untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional juga memperbesar-besarkan isu itu untuk menakutkan orang bukan Islam sebagai satu cara untuk membolehkan mereka terus berkuasa.

Pemimpin-pemimpin kerajaan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada masa lepas telah mengkritik pemimpin-pemimpin Pas kerana `cakap kosong', menyatakan mereka memberikan komen berbeza di hadapan audien berlainan, mencerminkan Pas tidak ikhlas.

``Pas akan menyatakan sesuatu perkara kepada bukan Melayu dan perkara lain kepada orang Melayu,'' kata Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu sidang akhbar.

Sebastian, yang terkenal dengan kehebatannya mengemukakan soalan tanpa belas kasihan, turut membuatkan Mustafa terperangkap dan tidak pasti apabila beliau bertanya mengenai pandangan Pas mengenai serangan bom berani mati dan kaitan parti itu dengan Hamas, kumpulan militan Palestin yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan berani mati, dan Hizbullah, pertubuhan militan Lebanon.

Mustafa berkata, pertubuhan berkenaan merupakan pejuang kebebasan tetapi apabila Sebastian berkata hubungan Pas dengan kumpulan-kumpulan berkenaan adalah tidak konsisten dengan perisytiharannya sebagai sebuah parti Islam sederhana, Mustafa, yang cuba menjauhkan parti itu daripada kumpulan berkenaan berkata `sudah lama dahulu' Pas menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin Hamas dan Hizbullah.

Sebastian kemudian merujuk kepada notanya dan mengingatkan Mustafa bahawa kali terakhir ialah `hanya pada Mei tahun lepas'. Mustafa, yang jelas terperangkap dengan soalan itu, berkata: ``Ya, (tetapi) ia tidak bermakna kami menyokong pejuang kebebasan, kami bersetuju dengan setiap tindakan mereka''.

Mustafa kemudian mengolah semula jawapannya dan berkata Pas `tidak menyokong' Hamas jika anggotanya meletupkan diri mereka untuk membunuh orang awam yang tidak bersalah dan adalah adil bagi mereka untuk berbuat demikian terhadap tentera Israel yang telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk Palestin.

Perkara itu turut bercanggah dengan pandangan Hadi pada perhimpunan agung parti itu dua minggu lepas apabila beliau menyifatkan pengebom berani mati Hamas sebagai `mati syahid'. Kepada soalan lain, Mustafa bersetuju dengan Sebastian bahawa sekiranya parti itu berjaya berkuasa, ia akan melaksanakan corak kerajaan `satu negara, dua sistem'!

Sebastian: ``Anda juga akan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka yang keluar dari agama Islam?''

Mustafa: ``Tidak, tidak, tidak. Tiada paksaan bagi orang untuk memeluk Islam. Sekiranya mereka memeluk Islam dan dengan senyap-senyap keluar daripada agama Islam tanpa pengetahuan sesiapa, mereka boleh (terlepas) begitu sahaja...jika mereka mengumumkan kepada dunia bahawa mereka meninggalkan agama Islam, ia sama seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam, bahawa Islam tidak baik...''

Di sini, Mustafa sekali lagi terperangkap apabila Sebastian berkata ini bermakna Pas menolak Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia yang memperuntukkan setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama, termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan sama ada secara sendirian atau dalam berkumpulan dengan orang lain di tempat terbuka atau persendirian.

Mustafa: Jika seseorang mahu keluar daripada agama Islam secara senyap-senyap, terpulang kepada dirinya sendiri, jika seseorang keluar Islam secara terbuka, pasti orang berkenaan ada maksud tidak baik...

Sebastian: Tetapi Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia membenarkan mereka berbuat demikian secara terbuka...

Mustafa: Kita perlu bincangkan perkara ini..!!!

Demikianlah serba sedikit kenyataan dari para pemimpin PAS berhubung dengan penubuhan negara Islam jika mereka berjaya memerintah negara. Di lihat mereka masih berdolak dalih dalam isu negara Islam ini.

PAS bukanlah parti Islam sebenarnya apabila tokoh-tokoh mereka sendiri yang menafikannya. Malah ada seorang lagi pemimpin PAS iaitu bekas Menteri Besar Perak secara terang-terang ketika sidang Dewan berlangsung juga menafikan yang PAS hendak menegakkan negara Islam sehingga mencabar kepada sesiapa yang dapat membuktikannya? Malah ianya di akui juga oleh Husam Musa di Kelantan. Bagi Husam Islam hanyalah Idealisme sahaja kepada PAS.

Dan jika ahli-ahli PAS masih lagi mendabik dada yang mengatakan mereka adalah parti Islam, maka suruh sahaja mereka tunjukkan di mana dalam perlembagaan parti PAS yang mengatakan PAS hendak menegakkan negara Islam PAS. Wallahuallam.

MESTI BACA PUNYA : Apa Kata PAS ??!!

Posted: 03 Aug 2010 02:02 AM PDT

Tuesday, August 3, 2010

Apa Kata PAS bila sekutu beragama Islam utama mereka mengaku emaknya seorang Kristian?


Teman nak tanya pada penyokong-penyokong PAS,

Apa kata penyokong PAS bila sekutu utama mereka dalam mempromosikan penggunaan Kalimah Allah di kalangan orang kafir, iaitu Haris Ibrahim, mengaku emaknya hidup dan mati seorang Kristian dan tak pernah bila-bila masa pun memeluk Islam.

Ini pengakuan Haris Ibrahim yang berpegangan Islam liberal ini yang suka memperlekehkan pengamalan Islam di Malaysia, termasuk lah amalan penyokong-penyokong PAS sendiri. Kata haris ibrahim dalam blognya di sini,

http://harismibrahim.wordpress.com/2009/03/08/go-in-peace-ma/


"Mum was born Christian, lived a Christian and died a Christian.

Sure, she partook of all all the Muslim festivities that were celebrated at home as we grew up.

That's because she loved my father.

And not once did she ever try to draw me into her faith.

Probably, because she believed in her heart that God availed Himself to all.

Did not matter what you wore on your sleeve. What was in the heart and how what was in the heart manifested itself was what mattered.

Suspect I got that from Mum.

And from all that I've come to know of the Christian faith, trying as I have to discern the Gospel of Jesus from the Bible, I know that Jesus would be well-pleased with Mum.

My brothers, my sisters, and I, together with relatives and friends, laid Mum to rest as we believed she would have wanted.

As she was in life, a Christian, modestly, and with love in abundance."

Terjemahan:

Emak dilahirkan Kristian, hidup sebagai seorang Kristian dan mati seorang Kristian.

Sudah tentu, dia mengambil bahagian dalam semua perayaan Islam yang diraikan di rumah ketika kami membesar.

Itu kerana dia menyintai bapa saya.

Dan tidak sekalipun dia cuba mengajak saya mempercayainya anutannya.

Mungkin kerana dia percaya di dalam hatinya yang Tuhan menyerahkan diriNya kepada semua.

Tidak kira apa yang kita pertontonkan pada umum. Apa yang penting ialah apa yang di dalam hati dan bagaimana ia diterjemahkan.

Mungkin pegangan ini saya dapat dari Emak.

Dan dari apa yang saya tahu mengenai agama Kristian, daripada apa yang saya baca dari Bible, ialah Jesus akan gembira dengan Emak.

Adik-beradik kami, sanak-saudara dan rakan-rakan mengebumikan Emak dengan cara yang kami rasa beliau mahu.

Iaitu seperti hidupnya sebagai seorang Kristian, secara sederhana, dan penuh kasih sayang.

---------------

Dalam acara menghina Islam bulan Mei 2010 yang lalu iaitu sesi perbincangan Kalimah Allah semasa BUM 2010, si Haris ini bersama-sama berjuang dengan pembahas hebat serba tahu PAS si Khalid Samad juga Zaid Ibrahim mempermain-mainkan isu Kalimah Allah, seolah-olah ia satu isu politik.

Teman nak tahu benar kenapa PAS sampai begitu sekali sanggup bersekongkol dengan orang macam Haris ni yang dengan bangganya mengaku emaknya Kristian (apa status beliau kalau macam tu?) menikam umat Islam di Malaysia.

Apa punya manusia Haris Ibrahim ini?

Apa pendekatan PAS sebenarnya dengan makhluk sebegini? Maksud saya, apa hukumnya orang sebegini dari segi agama? Bukan politik, agama.

Bukankah orang sebegini musuh Islam yang nyata? Kenapa diberi toleransi dan dijadikan sahabat menyerang Kalimah Allah pula. Kenapa PAS ni? Takut pada Allah atau takut pada pengundi?

Apa kata PAS?

MESTI BACA :Rahsia kenapa PAS dan ahlinya gelabah isu Jemaah Islamiyyah (JI )

Posted: 03 Aug 2010 01:08 AM PDT

June 30, 2010 · 

Jika benar penglibatan PAS dengan Jemaah Islamiah (JI) hanyalah gimik kerajaan, kenapakah Harakah beria-ia menepis angin?

Reaksi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah menggelupur dalam usaha mengikis imej pengganas dari dirinya, membuatkan kita semakin syak.

Tidak mungkin pokok bergoyang jika tak ada angin. Apatah lagi, di Malaysia ini, segala khabar angin politik seringkali terbukti benar. Bukan sesuatu yang pelik pun untuk sesiapa mengaitkan atau mengesyaki PAS dengan JI mahupun pengganas jika benar-benar mengikuti sejarah PAS sejak dahulu.

Peristiwa Memali, Sauk, sembahyang dua imam, fatwa kafir dan sebagainya yang berkait secara langsung dengan PAS sememangnya merujuk ke arah perpecahan ummah, pertelingkahan kaum serta keganasan.
Dalam kenyataan 'bela-diri', PAS menggambarkan seolah-olah isu JI-PAS hanyalah sebagai usaha kalih pandangan UMNO.

Alasan PAS bahawa Hadi Awang tidak mungkin seorang pengganas adalah kerana dia seorang Presiden Parti, Ahli Parlimen dan mempunyai ramai penyokong dan popularitinya adalah melebihi dari populariti Perdana Menteri sendiri bukan sahaja dangkal tetapi agak lucu juga.

Menurut Harakah, Hadi Awang dikenali dunia Islam antarabangsa serta ucapannya disukai setiap lapisan masyarakat, maka tidak mungkin sama sekali dia seorang pengganas.

PAS bukannya tidak faham, tetapi pura-pura tidak faham bahawa isu di sini bukanlah tentang samada Hadi Awang itu pengganas.

Walaupun kita tahu yang Hadi Awang, seperti juga rakan-rakan 'pemimpin' PAS lain seperti Mahfudz dan Mat Sabu adalah manusia-manusia yang tidak berapa bijak, tetapi tahap ketidak-bijaknya mereka tidaklah sampai mengebom dan membunuh orang secara langsung.

Dan kalaupun mereka benar-benar tidak bijak langsung, mereka tidak mungkin punya keberanian untuk melakukan keganasan tersebut sendiri. Segala seruan jihad dan mengangkat senjata ke atas pengganas Zionis yang dilaungkan Hadi, tetap menjadi sekadar seruan selama berpuluh tahun berlalu.

Kaitan PAS/Hadi-JI dan Wahabbi adalah lebih kepada pemikiran dan matlamat perjuangan dan bukannya tindakan langsung.

Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin bertentangan sekali dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Fahaman Wahabi adalah sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan fahaman Musyabihah. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat.

Walaupun dari segi fekah, kaum Wahabi di Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok ilmu ketauhidan amat berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan dengan akidah Ahlul Sunnah.

Pada prinsipnya fahaman Wahabbi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan Hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabbi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabbi.

Kenyataannya dalam Harakah 28 Jun – 1 Julai, Hadi Awang sendiri mengakui bahawa dia mendapat pendidikan di Universiti Wahabi dan mendapat tajaan biasiswa Wahabi.

Dia bagaimanapun kemudiannya menegaskan yang pendidikan dan tajaan yang diterimanya tidak menghalangnya dari mempunyai pandangan sendiri berkenaan hal ehwal agama. Jelas Hadi Awang ingin menepis bayangan wahabbi dari dirinya demi memastikan sokongan bukan Islam terhadap PAS.

Namun, bagaimana Hadi Awang dapat menepis hakikat bahawa nyawa-nyawa yang melayang dalam tragedi-tragedi yang disebut di atas adalah berpunca dari PAS yang membawa pengaruh fahaman Wahabbi melalui didikan yang diterima oleh pemimpinnya, termasuk dirinya.

Apapun, yang pasti kesungguhan PAS menepis syak wasangka ini menyebabkan kita semakin syak bahawa ada sesuatu yang mungkin terlantun ke atas batang hidung mereka.

MESTI BACA : PESANAN PENTING UNTUK MELAYU ....

Posted: 03 Aug 2010 01:01 AM PDT

August 2, 2010

Tolak Perpaduan Islam Boleh Jatuh Fasiq, Kafir -Tuan Guru Haji Abdullah (Pondok Geting)


TUMPAT 2 Ogos – Tokoh agama Kelantan, 'Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting' menyeru agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.
Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat 'lembu dicucuk hidung.'

Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.

Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah 'dolalah' serta boleh menjadi kafir.
"Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.
"Tetapi Pas adalah sebaliknya dengan menolak perkara itu dan mengadakan perpaduan bersama Dap yang secara terang-terangan menentang Islam. Kalau menang mereka (Pakatan pembangkang), bukan sahaja UMNO hancur, malah Pas pun akan hancur.
"Perpaduan macammana jika hasilnya sedemikian rupa. Apa untungnya kita. Bak kata pepatah, rugi sekarung tetapi untung hanya seguni bahkan tidak ada untung langsung," katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau yang sebelum ini bergiat aktif di dalam Pas seterusnya menambah, Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud tidak boleh berpecah belah khususnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan sebagainya.
"Maknanya Allah S.W.T suruh kita mempertahankan kedaulatan dan keistimewaan orang Islam. Malah manfaatnya perpaduan Pas dengan UMNO ini cukup besar. Apabila Pas dengan berpadu dengan persetujuan yang baik ianya akan memberi kekuatan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia dan kita boleh membantu kekuatan orang Islam lain di dunia luar yang lain seperti di Palestin, Bosnia dan sebagainya.
"Sekiranya kita tidak bersatu, ekonomi pun tidak akan bersatu. Perkataan sendiri pun (cakap saja) tidak akan jadi perpaduan serta kelakuan pun tidak menjurus ke arah perpaduan. Tetapi apabila kita bersatu padu, ekonomi pun akan menjadi kuat dan mantap.
"Sebenarnya hasil daripada perpaduan itu, orang-orang bukan Islam pun akan terkena tempias dengan manfaat yang sangat baik. Tidak akan wujud perkauman malah kaum lain akan mendapat nikmat yang baik termasuklah memberi satu rahmat kepada pembangunan bangsa dan negara Malaysia secara menyeluruh. Kesimpulannya selamat di dunia dan selamat di akhirat," katanya.
Beliau seterusnya mengajak umat Melayu di negara ini melihat kedaulatan Melayu dan kedaulatan di negara jiran terdekat Singapura.
"Inilah yang kita perlu khuatirkan. Dan saya setuju jika mengatakan Dap adalah penasihat kepada Nik Aziz. Malah lebih daripada itu. Menjadi tuan kepada Pas dan Pas menjadi lembu yang dicucuk hidung," katanya.
Beliau seterusnya menambah, orang UMNO dan orang Pas semuanya umat Nabi Muhammad S.A.W.
"Allah menyeru perpaduan untuk mempertahankan keistimewaan Islam, mempertahankan ahli sunnah wal jamaah, kita kena taat perpaduan berkenaan. Orang yang berpecah belah azab yang amat besar menanti mereka dia akhirat.
"Hadis Nabi ada menyebut siapa yang bercerai akan dia jamaah perhimpunan perpaduan, tinggal perpaduan sesama Islam dengan imam al-Azam (Datuk Seri Najib) dan mahukan perpaduan dengan mereka yang secara terang-terangan menentang Islam, Dap umpamanya maka sesungguhnya telah mencabutlah ia akan simpulan Islam daripada batang tengkuknya," katanya. – MediaUMNO (sumber klik sini)
najib_nikaziz.jpg
Komen Panglima :
Perintah Allah jelas agar :
1. Perpaduan wajib diwujudkan sesama Islam dan perpecahan dilarang keras oleh Allah.
Firman Allah:
tali Allah (agama Islam) danjanganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allahmenyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). DemikianlahAllah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #103)
Najib+ziarah+Nik+Aziz.jpg
2. Melanggar perintah Allah boleh menjadikan seseorang fasiq atau kafir. Atau zalim. Kerana perintah Allah wajib ditaati tanpa sebarang khilaf.
nik-aziz-lim-kit-siang-dapas.jpg
3. Putar belit PAS dalam hal ini boleh membahayakan kedudukan umat Islam yang semakin diancam oleh Cauvanis Cina yang mahukan kekuasaan selepas mereka mendapat kekayaan melalui dasar berlandaskan keadilan yang dibuat oleh Kerajaan. Jika mereka berada di negara lain tentu peluang sebegini mustahil diperolehi.
najib-lawat-nik-aziz.jpg
4. Sifat dan sikap Rasulullah s.a.w adalah sangat kasih sesama saudara seagama dan keras terhadap musuh Islam yang menentang Islam yang dibawa oleh baginda. Maka itu, DAP tidak harus dijadikan 'teman sebantal' oleh PAS dan harus dijauhi sejauh-jauhnya walau apa jua pujukan dan tawaran duniawi mereka mahu berikan.
Firman Allah :
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).
Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat dalam wajah mereka dari kesan sujud (dari cahaya ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab taurat dan sifat mereka di dalam Kitab injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu.
(Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #29)
najib+kelantan.jpg
5. Perkataan Tuan Guru Hj Abdullah sangat tepat di mana PAS boleh ditipu dalam situasi pakatan mereka hari ini. PKR dan DAP sangat licik untuk mengelirukan Pak Lebai Pak Lebai dalam PAS yang sedikit kurang pengalaman dalam politik dan tidak kisah dicucuk hidungnya demi sedikit kekayaan dan kekuasaan dunia.
Picture1.jpg
6. Umat Islam perlu bangkit menyahut seruan alim ulama termasuk sebelum ini oleh Mufti Mufti yang sedar ancaman musuh Islam menerusi perjuangan politik yang menggunakan umat Islam yang munafiq dan fasiq serta rakus merebut kekuasaan hingga membelakangkan hukum Tuhan.
pijak02.jpg
7. Jangan kita 'dikencing kubur' oleh anak cucu kemudian hari jika kita gagal bangkit mengusahakan perpaduan antara Islam khasnya Umno dan Pas sedangkan masa depan kita makin kelam dari hari ke hari ekoran pergeseran antara pemimpin kita khasnya dari pihak pembangkang.
Nik+Aziz-Najib+Wil+Ekonomi.jpg
Mari kita doakan dan anjur solat hajat beramai ramai di mana sahaja untuk memohon kepada Allah agar penyatuan ini dapat membenteng Agama, Bangsa dan Negara kita dari tangan tangan yang jahat dan ingin merosakkan akidah dan kemakmuran negara agar makin mundur dan tidak dapat maju dan setanding negara lain di dunia.
Mohon disebarkan jika masih ada cinta kepada Agama Bangsa dan Negara jiwa dan dada anda !!!

kerajaan+perpaduan.png

SUMBER :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/08/tolak-perpaduan-islam-boleh-jatuh-fasiq.html

MESTI BACA: SEBAB SEBENAR MENGAPA PAS TIDAK LAYAK............

Posted: 03 Aug 2010 12:52 AM PDT

1. Selama lebih 20 tahun PAS perintah Kelantan, Islam di sana tidak lebih daripada ceramah politik dan tazkirah semata-mata. Tak lebih daripada itu. Kes jenayah, penzinaan dan gejala sosial di Kelantan tidak pernah menampakkan penurunan bahkah semakin meningkat.

2. PAS suda ada kuasa di Selangor, tetapi judi, sarang maksiat dan kedai arak masih tetap wujud di Selangor. Mana perginya slogan membangun bersama Islam?

3. Terlalu ramai ulama muda dan tua di dalam PAS, tetapi kesedaran Islam dalam kalangan orang bukan Islam tidak banyak berubah. Malah, tak kedengaran pun orang bukan Islam beduyun-duyun masuk Islam kerana terpesona dengan akhlak para pemimpin PAS.

4. Sekiranya, Dewan Ulama PAS pun tidak upaya mengawal lidah para pemimpinnya daripada mengumpat, menghina, mengaib, mengadu-domba, memfitnah dan berburuk sangka terhadap pemimpin UMNO, mana mungkin PAS boleh mengawal dan mentadbir negara ini dengan lebih baik? Tanggungjawab asas pun sukar untuk dikawal oleh PAS, apatah lagi tanggungjawab untuk mentadbir sebuah negara.

5. Sejak PAS ditubuhkan lebih daripada 40 tahun yang lalu, tidak ada satu program PAS pun yang berjaya melahirkan manusia sehebat Umar Abdul Aziz, Abdul Rahman A'uf, Hassan al-Banna, Ibn Sinar, Abu Dzar, Salehuddin al-Ayubi atau sekurang-kurang sehebat Abu a'la al-Maududi.

6. Sebenarnya, ayat yang lebih tepat untuk Husam Musa ialah, "Berikan peluang kepada PAS untuk menjahanamkan negara ini pula..." Terbukti suara PAS langsung tidak berguna dan berpengaruh di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. PAS tidak upaya memastikan agar DAP dan PKR menuruti kehendak Islam mereka, sebaliknya yang terjadi PAS terpaksa mengikut dasar DAP dan PKR.

7. PAS bercakap soal dasar UMNO yang tidak Islamik dan berbeza dengan PAS yang kononnya menjunjung al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi malang, al-Quran dan as-Sunnah hanya sekadar menjadi hiasan di dalam buku perlembagaan PAS - sebaliknya tiada satu ayat pun yang tertera di dalam perlembagaan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan hukum Hudud. Hal ini telah dijelaskan oleh pemimpin PAS sendiri melalui lidah Ir Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan Datuk Mustafar Ali sewaktu wawancara dengan BBC pada tahun 2003. Malah Nik Aziz juga pernah mendakwa bahawa perlembagaan PAS tiada bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam.

8. PAS membohongi rakyat yang cintakan Islam, kononnya perjuangan PAS adalah untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam - tetapi malang, sejak bergabung dan tidur sebantal dengan DAP - cita-cita tersebut sudah menjadi mimpi dan hanya retorik politik semata-mata. Bertahun-tahun PAS berkempen untuk laksanakan Hudud dan negara Islam, tetapi, sekarang PAS terpaksa mengikut telunjuk DAP yang tidak mahukan Islam, negara Islam dan hukum Hudud - soalnya, inikah yang dinamakan sebagai parti Allah?

9. PAS mendakwa dasar UMNO sekular - maka PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO. Soalnya apakah dasar DAP dan PKR pula? Dasar Islamkah parti tersebut?

10. PAS mendakwa bahawa selama 50 tahun pemerintahan UMNO/BN, segala maksiat berleluasa, penyelewengan bermarajalalela, dan rasuah menjadi-jadi - soalnya penyelewengan Tabung Memali dan penyelewengan balak di Kelantan dan Terengganu, kemuflisan KOHILAL, kezaliman PAS sewaktu berkuasa di Terengganu, dan banyak lagi baca di sini di sini, di sini, di sini dan di sini...

11. PAS tidak berupaya mendisiplinkan para bloggers mereka sendiri dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mufti Perak Harussani. Pelbagai gelaran jijik dilemparkan ke atas ulama tersebut. Soalnya - bagaimana PAS mampu mentadbir negara, jika hal sekecil ini pun tida mengikut ajaran Islam?

12. Sejahat-jahat UMNO, UMNO tidak menghalalkan yang haram atas nama Islam, sebaliknya PAS melalui lidah Nik Aziz sering kali menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Contohnya isu perpaduan UMNO-PAS - ia menjadi seolah-olah perbuatan yang berdosa besar, sebaliknya mencarut, memaki dan memfitnah sesama Islam dibolehkan, dengan syarat seseorang itu ahli PAS dan yang dikutuk itu ialah ahli UMNO. Ahli DAP persenda Islam tidak mengapa, tetapi ahli UMNO inginkan perpaduan dikira berdosa. Justeru itu - PAS tidak boleh dibenarkan memerintah negara ini dengan apa-apa cara sekali pun. Jika kekerasan diperlukan, maka kerjaan harus bertindak. Mengizinkan PAS memerintah Malaysi, bermakna mengizinkan kehancuran yang lebih parah! Wallahaualam.
SUMBER: AZLI SHUKRI TODAY

WAJIB BACA :SEBAB SEBENAR PAS DI SINGKIR DARI BN.

Posted: 03 Aug 2010 12:39 AM PDT

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Rakyat perlu penjelasan Konsep 1Malaysia

Posted: 02 Aug 2010 10:12 PM PDT





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan. 

Langkah itu amat penting bagi memastikan konsep tersebut tidak disalah tafsir dan digunakan untuk kepentingan pihak tertentu sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni di dalam negara. Sehingga kini semua kaum mempunyai tafsiran sendiri berkenaan konsep itu sehingga menimbulkan banyak pandangan dan pendapat berbeza terutama berkenaan maksud sebenar konsep itu seperti yang diilhamkan penciptanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya khuatir, jika kekeliruan ini tidak ada penjelasan, akhirnya rakyat minta bukan-bukan, minta kesamarataan, minta peruntukan sama banyak untuk bina masjid, kuil atau tokong. Inilah yang saya bimbang," katanya.
 
ULASAN.

Pandangan dari bekas PM mengenai 1 Malaysia sewajarnya diberikan perhatian. Soalnya siapakah yang patut mewar-warkannya kepada rakyat. Jika zaman Tun dulu kita lihat Allahyarham Tok Mat sering mengambil peranan sesuai dengan kementeriannya waktu itu. Kini siapa? Sering kita lihat bahawa PM Datuk Seri Najib mempunyai pandangan yang bagus tapi kerana kekurangan penghebahannya maka ianya kurang diikuti oleh rakyat. Pendedahan yang dibuat oleh media elektronik ada batasannya sebab itu penghebahan secara menyeluruh tidak dapat dilakukan. Dasar yang baik akan tinggal kenangan sahaja jika rakyat tidak jelas dan faham akan makna tersurat dan tersirat daripada dasar tersebut.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali sangkal tuduhan PAS bahawa UMNO guna masjid untuk berpolitik

Posted: 03 Aug 2010 01:06 AM PDT

SETIAUSAHA Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan PAS bahawa UMNO telah menggunakan masjid untuk kegiatan politik.

"Ini tuduhan tidak berasas kerana selama ini PAS yang tergamak menjadikan surau dan masjid sebagai markas politik mereka untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan," tegasnya.

Katanya, PAS selama ini telah menggunakan surau dan masjid untuk menghemburkan maki-hamun dan fitnah kepada pemimpin UMNO walaupun perbuatan tersebut amat di tegah oleh ajaran Islam.

Malah kata beliau, tuduhan PAS kononnya lambang UMNO telah dipasang di masjid yang terbabit dalam aktiviti gotong royong dan kerja amal adalah semata-mata fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Beliau menjelaskan, pihak pengurusan masjid hanya mengadakan aktiviti kemasyarakatan dengan membabitkan kerjasama UMNO dan bukannya bertujuan untuk kepentingan politik.

"Beberapa masjid di Kuala Lumpur telah menganjurkan kegiatan amal terutama menjelang bulan Ramadhan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan UMNO di bahagian-bahagian tertentu," tegasnya.

Katanya, UMNO menggunakan majlis amal tersebut untuk mengagih-agihkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada masjid dan surau bagi menggerakan aktiviti keagamaan di sepanjang bulan puasa.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menjawab tuduhan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz yang mendakwa UMNO Bahagian Titiwangsa dan Bahagian Cheras menggunakan masjid bagi menjalankan aktiviti secara terbuka.

Suhaimi turut mempersoalkan tindakan UMNO Bahagian Cheras dan UMNO Bahagian Titiwangsa kerana mengadakan program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom (gambar bawah) di Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak malam tadi.

Menurut Syed Ali lagi, PAS tidak sepatutnya mempolitikkan kehadiran menteri berkenaan kerana masjid dan surau berada di bawah kelolaan JAWI yang terletak di dalam pentadbiran kementerian tersebut.

Katanya, kehadiran Jamil Khir adalah sebagai tugas beliau selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas peranan dan pentadbiran surau dan masjid-masjid terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Ketua Dewan Pemuda PAS berkenaan masih jahil mengenai fungsi dan tanggungjawab menteri atau sesebuah kementerian dalam konteks kerajaan yang memerintah.
Katanya, dakwaan itu juga dibuat secara membuta-tuli kerana Ahli Parlimen PAS kawasan Parlimen Titiwangsa, Dr. Lolo' Mohd. Ghazali turut hadir di majlis tersebut.
Tambah beliau, pemimpin UMNO daripada Cheras dan Titiwangsa termasuk Jamil Khir dan Dr. Lolo' boleh berada dalam satu majlis yang di adakan di masjid demi melaksanakan tanggungjawab untuk umat Islam.
"Ini menunjukkan bahawa UMNO tidak ada masalah untuk duduk bersama PAS (Dr. Lolo'), kecuali pemimpin PAS yang dangkal dan taksub kepada perjuangan sempit, seperti Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa," ujarnya.

"Semalam kita telah agihkan peruntukan kepada surau dan masjid di dalam kawasan parlimen terbabit dan amalan tersebut merupakan tanggungjawab sosial yang telah lama dilakukan terutama apabila menjelangnya bulan Ramadhan," jelasnya.

Katanya, UMNO hanya melakukan kerja-kerja amal dan aktiviti kemasyarakatan kerana memahami fungsi sebenar surau dan masjid tanpa mencampur adukkan dengan agenda politik.

Tetapi sebaliknya kata beliau, PAS telah dengan sengaja menyalahgunakan fungsi surau dan masjid dengan menyampaikan ceramah politik termasuk mengeluarkan kata-kata kesat bertujuan memaki-hamun sesama pemimpin Islam.

"UMNO berusaha mendapatkan sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan manakala PAS pula menggunakan surau dan masjid untuk mengutip derma bagi memenuhi kantung mereka untuk kepentingan politik," tegasnya.

Pengikut