Selasa, 3 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali sangkal tuduhan PAS bahawa UMNO guna masjid untuk berpolitik

Posted: 03 Aug 2010 01:06 AM PDT

SETIAUSAHA Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan PAS bahawa UMNO telah menggunakan masjid untuk kegiatan politik.

"Ini tuduhan tidak berasas kerana selama ini PAS yang tergamak menjadikan surau dan masjid sebagai markas politik mereka untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan," tegasnya.

Katanya, PAS selama ini telah menggunakan surau dan masjid untuk menghemburkan maki-hamun dan fitnah kepada pemimpin UMNO walaupun perbuatan tersebut amat di tegah oleh ajaran Islam.

Malah kata beliau, tuduhan PAS kononnya lambang UMNO telah dipasang di masjid yang terbabit dalam aktiviti gotong royong dan kerja amal adalah semata-mata fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Beliau menjelaskan, pihak pengurusan masjid hanya mengadakan aktiviti kemasyarakatan dengan membabitkan kerjasama UMNO dan bukannya bertujuan untuk kepentingan politik.

"Beberapa masjid di Kuala Lumpur telah menganjurkan kegiatan amal terutama menjelang bulan Ramadhan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan UMNO di bahagian-bahagian tertentu," tegasnya.

Katanya, UMNO menggunakan majlis amal tersebut untuk mengagih-agihkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada masjid dan surau bagi menggerakan aktiviti keagamaan di sepanjang bulan puasa.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menjawab tuduhan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz yang mendakwa UMNO Bahagian Titiwangsa dan Bahagian Cheras menggunakan masjid bagi menjalankan aktiviti secara terbuka.

Suhaimi turut mempersoalkan tindakan UMNO Bahagian Cheras dan UMNO Bahagian Titiwangsa kerana mengadakan program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom (gambar bawah) di Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak malam tadi.

Menurut Syed Ali lagi, PAS tidak sepatutnya mempolitikkan kehadiran menteri berkenaan kerana masjid dan surau berada di bawah kelolaan JAWI yang terletak di dalam pentadbiran kementerian tersebut.

Katanya, kehadiran Jamil Khir adalah sebagai tugas beliau selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas peranan dan pentadbiran surau dan masjid-masjid terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Ketua Dewan Pemuda PAS berkenaan masih jahil mengenai fungsi dan tanggungjawab menteri atau sesebuah kementerian dalam konteks kerajaan yang memerintah.
Katanya, dakwaan itu juga dibuat secara membuta-tuli kerana Ahli Parlimen PAS kawasan Parlimen Titiwangsa, Dr. Lolo' Mohd. Ghazali turut hadir di majlis tersebut.
Tambah beliau, pemimpin UMNO daripada Cheras dan Titiwangsa termasuk Jamil Khir dan Dr. Lolo' boleh berada dalam satu majlis yang di adakan di masjid demi melaksanakan tanggungjawab untuk umat Islam.
"Ini menunjukkan bahawa UMNO tidak ada masalah untuk duduk bersama PAS (Dr. Lolo'), kecuali pemimpin PAS yang dangkal dan taksub kepada perjuangan sempit, seperti Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa," ujarnya.

"Semalam kita telah agihkan peruntukan kepada surau dan masjid di dalam kawasan parlimen terbabit dan amalan tersebut merupakan tanggungjawab sosial yang telah lama dilakukan terutama apabila menjelangnya bulan Ramadhan," jelasnya.

Katanya, UMNO hanya melakukan kerja-kerja amal dan aktiviti kemasyarakatan kerana memahami fungsi sebenar surau dan masjid tanpa mencampur adukkan dengan agenda politik.

Tetapi sebaliknya kata beliau, PAS telah dengan sengaja menyalahgunakan fungsi surau dan masjid dengan menyampaikan ceramah politik termasuk mengeluarkan kata-kata kesat bertujuan memaki-hamun sesama pemimpin Islam.

"UMNO berusaha mendapatkan sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan manakala PAS pula menggunakan surau dan masjid untuk mengutip derma bagi memenuhi kantung mereka untuk kepentingan politik," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut