Ahad, 1 Ogos 2010

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Dikatakan Pembunuhan Ahli Majlis Manjung Berkait Dengan Politik ?

Posted: 01 Aug 2010 07:47 AM PDT


Sungguh menakut dan mengerikan.

Sebuah blog melaporkan kejadian seorang Ahli Majlis di Perak yang juga seorang pemimpin MCA mati dibunuh akibat politik. Samada ianya benar atau tidak kita sama-sama menunggu siasatan polis . Klik di sini
Jika benar apa yang dilaporkan blog tersebut maka kita semua kena fikir bersama, siapa dalang disebaliknya ?

Peristiwa sebelum itu : Dihumban dalam perigi!

Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang juga Ketua MCA cawangan Changkat Keruing, Lim Ting Peng, 49, ditemui mati dibunuh dalam perigi di ladang ternakan ayam miliknya di Kampung Baru Changkat Keruing, Manjung hari ini.

Mayat mangsa ditemui anak lelakinya, Tommy Lim, 18, yang turut serta dalam operasi mencari bapanya yang hilang sejak malam tadi. Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai ahli MPM tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis semalam.

Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, ahli keluarganya mencari mangsa sehinggalah mayatnya ditemui dalam perigi sedalam 5 meter di ladang ternakan ayam itu. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8 pagi.

"Polis yang dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian. "Siasatan awal mendapati, terdapat kesan-kesan darah pada pondok berhampiran perigi di dalam kawasan ladang ternakan ayam tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd. Jamil, sebuah kenderaan pacuan empat roda milik mangsa dan dua pekerja warga Myanmar yang ditugaskan menjaga ladang ternakan ayam itu sehingga kini gagal dikesan. Sementara itu, isteri mangsa, Ling Mooi Kooi, 48, berkata, suaminya keluar rumah kira-kira pukul 5 petang semalam untuk bertemu dua pekerjanya yang mahu meminjam duit daripadanya.

"Salah seorang pekerja telah telefon suami saya ajak keluar sebab beritahu hendak pinjam duit sebanyak RM1,000," katanya. Setelah pukul 10 malam, katanya, Ting Peng tidak pulang-pulang menyebabkan dia cuba menghubungi suaminya menerusi telefon bimbit namun tidak berjawab.

Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, dia mengajak anak lelakinya, Tommy ke ladang ternakan bersama penduduk sebelum menemui mayat suaminya dalam sebuah perigi di situ.

Warna-warni politik
Torashah

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


KPTM tawar tempat khas kepada pelajar IKYS

Posted: 31 Jul 2010 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Julai – Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) membuat tawaran khas kepada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang berkelayakan untuk menyambung pengajian mereka di institusi tersebut.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tawaran itu bertujuan untuk membantu golongan pelajar tersebut yang menjadi mangsa ekoran tindakan Kerajaan Negeri Selangor menutup IKYS atas alasan tidak menguntungkan.

Sambil menyifatkan para pelajar tersebut menjadi mangsa kerakusan dan sikap tidak peka Kerajaan Negeri Selangor, beliau memberitahu, KPTM sedia memberi peluang serta kelonggaran kepada ibu bapa sewaktu pendaftaran.

"Pelajar boleh datang terus ke kolej kami yang terletak di Cheras untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai kursus yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penutupan itu, Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus dipertanggungjawabkan kerana mengkhianati rakyat Selangor dengan menutup peluang pelajaran khususnya bagi anak- anak Melayu yang berada di luar bandar.

''Kalau pun kerajaan negeri hendak berpolitik dan mahu terus 'bergaduh' dengan Yayasan Selangor, janganlah ia melibatkan masa depan pelajar-pelajar IKYS. Bagi kita, ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak professional," katanya

Beliau berkata, Abdul Khalid sepatutnya perlu lebih kreatif mengurus dan menjana pendapatan IKYS bagi menampung kos pentadbiran, bukannya mengambil jalan mudah dengan menutup institusi tersebut walaupun organisasi berkenaan mengalami kerugian.

"Sebagai pengerusi KPTM, saya berasa terharu dan bersimpati terhadap nasib pelajar-pelajar IKYS di atas tindakan drastik kerajaan negeri kerana sepatutnya ia menjadi tanggungjawab sosial yang harus dipikul.

"Abdul Khalid tidak sepatutnya melihat kepada soal kerugian semata-mata kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang untuk anak-anak Melayu," jelasnya.

Tegas beliau, kerajaan Selangor sepatutnya perlu lebih peka dan prihatin untuk menubuhkan pusat pendidikan di luar bandar dan bukan membunuh peluang serta semangat anak Melayu untuk terus maju.

Sehubungan itu, Sohaimi meminta kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di KPTM boleh melayari laman web kolej itu di www.kptm.edu.my.

SELANGOR PIMPINAN PKR MENGABAIKAN KEBAJIKAN PELAJAR

Posted: 31 Jul 2010 07:31 AM PDT

SABAK BERNAM 18 Julai – Lebih 300 orang termasuk pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) berhimpun secara aman di pekarangan IKYS di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan negeri menutup institut itu secara mendadak Jumaat lalu.

Pelajar terlibat mendakwa, mereka hanya mengetahui tentang penutupan institut tersebut dan arahan berpindah ke Kolej Antarabangsa Inpens (Inpens) di Kuala Selangor minggu lalu selepas menghabiskan cuti semester baru-baru ini.

Selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, waris keluarga pelajar terlibat turut menyertai perhimpunan hampir dua jam yang bermula pukul 10.30 pagi itu di pekarangan IKYS Bagan Terap..

Penutupan IKYS yang kebanyakan pelajarnya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, disifatkan mereka sebagai tindakan zalim kerajaan negeri.

Malah kata mereka, ia juga menunjukkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap nasib dan masa depan pelajar miskin yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran.

Menurut Ketua Pelajar IKYS, Mohd. Farhan Kamaluddin, 19, dia yang mewakili kira-kira 250 pelajar institut itu terkejut dengan keputusan kerajaan negeri yang dipercayai dibuat ketika mereka sedang bercuti dan tanpa sebab munasabah.

Dia yang kini menjalani latihan praktikal, berkata, langkah itu merupakan satu tindakan kejam apatah lagi memaksa pelajar terlibat bertukar ke Kolej Antarabangsa Inpens.

''Jumaat lalu kami datang tetapi tidak dibenarkan masuk dan hari ini kami diminta ambil semua barang dan esok daftar ke Inpens.

''Kami tak mahu kerana kami suka belajar di IKYS. Di sini kemudahan belajar lengkap dan sistem belajarnya juga bagus serta sesuai dengan kami yang berminat dalam bidang elektrikal.

''Lagi pun apabila berpindah ke Inpens, ia melibatkan kos. Yuran di sini sudah dibayar jadi rugilah kerana kami bukan orang senang," katanya yang berasal dari Meru, Klang.

Mohd. Farhan yang mengikuti kursus pendawaian elektrik di IKYS sejak Julai tahun lalu berharap kerajaan negeri menarik balik keputusan itu demi kebaikan pelajar.

Rakannya, Norazizi Subari, 21, yang berasal dari sini berkata, perpindahan ke Inpens akan menyusahkannya dan rakan-rakan yang menetap di sekitar Sabak Bernam.

Katanya, ia juga menyukarkan pelajar yang hampir tamat kursus sepertinya.

''Lagi beberapa bulan sahaja nak habis belajar. Macam mana dengan sijil saya dan kawan-kawan nanti. Sijil daripada IKYS atau Inpens ?

''Kami nak sijil IKYS kerana lebih mudah dapat kerja, Inpens kami tak tahulah," katanya.

Seorang lagi pelajar, Azwar Ahmad, 18, yang baru mendaftar minggu lalu dan sedang menjalani minggu orientasi berkata, dia berasa tertipu kerana selepas mendaftar baru diberitahu akan ditukar ke Inpens.

''Kenapa tak beritahu awal-awal, tak payahlah saya datang belajar di sini. Saya datang kerana mahu menuntut di IKYS bukan Inpens," katanya.

Bapa kepada seorang pelajar IKYS, Salim Ali, 42, pula berkata, tindakan kerajaan negeri itu menyusah dan membebankan ibu bapa kerana selepas ini mereka terpaksa menguruskan anak-anak ke Inpens pula.

''Dah elok-elok belajar di IKYS, kerajaan negeri tutup pula padahal di sini semuanya lengkap. Kenapa kerajaan negeri buat sesuka hati tanpa memikirkan nasib pelajar dan keluarga mereka yang kurang berkemampuan," katanya kesal.

IKYS dibina dengan kos RM25 juta di kampus tetapnya di Bagan Terap, Sabak Bernam selepas berpindah dari kampus sementaranya di Kuala Selangor. Dulu namanya adalah Institut Kemahiran Selangor sebelum ditukar kepada IKYS pada 2005.

Ketika ini, IKYS menawarkan pelbagai kursus kemahiran antaranya pendawaian satu fasa secara sepenuh masa, teknologi penyejukan dan penyaman udara domestik secara sepenuh masa.

Turut ditawarkan adalah kursus pendawaian tiga fasa secara separuh masa, program kawalan motor secara separuh masa dan program intensif peperiksaan yang mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).

SELANGOR TAK HIRAU NASIB PELAJAR MISKIN

Posted: 31 Jul 2010 07:19 AM PDT

Untuk pengetahuan anda semua, Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor. Selepas itu IKYS berpindah di kampus sementara di Kuala Selangor (kampus tersebut diambil-alih oleh Kolej Antarabangsa INPENS) sebelum berpindah ke kampus tetap di Bagan Terap, Sg. Besar, Sabak Bernam pada tahun 2009.

Kehebatan IKYS yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tercicir bukan sahaja untuk anak Selangor tetapi dibuka kepada pelajar-pelajar negeri lain (walaupun rakyat Selangor diberikan keutamaan) tanpa mengira fahaman politik.

Selain daripada menawarkan pinjaman pembelajaran, IKYS juga menawarkan kursus pendawaian elektrik tahap kompeten yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (sila rujuk laman sesawang STM di sini) bermakna pelajar-pelajar tersebut berpeluang memperolehi Sijil PW2, PW4 dan Sijil Chargeman yang diiktirafkan yang membolehkan mereka meneruskan pengajian ketahap diploma dan ijazah.


AKHIRNYA

SABAK BERNAM 18 Julai - Keputusan kerajaan negeri menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, di sini disifatkan sebagai tindakan mementingkan diri dan tidak munasabah.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, keputusan itu dipercayai dilakukan ekoran institut itu tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri.

Sedangkan menurut beliau, tindakan itu sebenarnya hanya akan menyusahkan pelajar dan keluarga mereka yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

''Mereka langsung tidak memikirkan nasib dan masa depan pelajar di institut ini yang tujuan penubuhannya untuk membantu anak golongan berpendapatan rendah yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi bagi mendapatkan latihan kemahiran.

''Saya juga tertanya-tanya kenapa soal rugi ditimbulkan sedangkan wang IKYS ada RM60 juta berdasarkan rekod pada tahun 2009. Lagi pun ia dibina bukan bermatlamat mencari keuntungan tetapi membantu rakyat kurang berkemampuan," katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di pekarangan IKYS di Bagan Terap di sini hari ini.


-Pelajar kecewa

DunSemarang

DunSemarang


TRANSFORMASI Sawah Sagil Dun Semarang...... Ayer Hitam.

Posted: 31 Jul 2010 09:45 PM PDT

Dun Semarang Datuk Samsolbari..semasa wawacara awal sempena kunjungan yang akan dilakukan oleh D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM ke Sawah Sagil pada 8.08.2010, menyatakan rasa bersyukur dan terima kasih di atas kesudian D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM. Semuga ianya akan menjadi satu penggerak Transformasi kepada servival Sawah Sagil dan dapat dikekalkan sebagai warisan budaya Parlimen Ayer Hitanm dan Dun Semarang.Dun Semarang dan Kerajaan Negeri akan sedia membantu agar para peneroka Sawah Sagil mendapat hak milik tanah tersebut. Semuga keberangkatan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM, akan membawa sinar yang gemilang untuk Sawah Sagil dan penduduk Dun Semarang serta Parlimen Ayer Hitam. ByM69

Menjujung Kasih D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

Posted: 31 Jul 2010 09:41 PM PDT

Menjunjung kasih di atas lawatan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM, ke Sawah Sagil, Ayer Hitam.Pada 8 Ogos 2010.
Semua penduduk di Dun Semarang di jemput sama meraikan dan beramah mesra bersama DYMM sultan.
Semuga dengan kehadiran D.Y.M.M SULTAN akan menjadi pemangkin Transformasi Sawah Sagil kearah lebih maju dan berdaya-saing.

Datuk Samsolbari Adun Semarang Taja 1933 pelajar menabung di Tabung Haji.

Posted: 31 Jul 2010 09:21 PM PDT

Ayer Hitam. Datuk Samsolbari Bin Jamali telah menaja seramai 1933 pelajar Islam Sekolah Menengah di kawasan Parlimen Ayer Hitam, bagi membuka akaun Tabung Haji dengan nilai RM2.00 setiap seorang, sebagai galakan supaya menabung di Tabung Haji pada usia muda. Pelajar yang terlibat dari SMK Datuk Menteri 986, SMK Yong peng 480 dan SMK Datuk Seth seramai 467 orang pelajar.
Datuk Samsol menyatakan bahawa program ini adalah satu program amal jariah dan khidmat masyarakat jangka panjang, khusus untuk generasi muda dan pelajar sekolah.
"Walaupun mungkin bagi sesetengah pihak jumlah RM2.00 setiap pelajar itu adalah kecil, tetapi ini adalah langkah awal mendidik mereka berjimat,berusaha gigih untuk mencapai cita-cita"katanya ketika melancarkan Majlis Penyerahan Tajaan Buku Akaun Simpanan TH di SMK Datuk Menteri, (Sumber BH 29.07.10 dan M69).

Pengikut