Sabtu, 24 Julai 2010

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Puteri UMNO Bahagian Pandan


IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

Posted: 24 Jul 2010 06:59 PM PDT

IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?

IKYS sepatutnya untung dalam tempoh 2 tahun? Mana punya punahsihat ekonomi yang bagi cadangan bingai macam aku? Atau hanya ingin menjual aset Yayasan Selangor bernilai lebih RM20 juta tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan aset masa depan negeri?Sebagai salah seorang bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS, aku merasa terkilan dengan keputusan kerajaan Selangor.Untuk pengetahuan anda semua, Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor. Selepas itu IKYS berpindah di kampus sementara di Kuala Selangor (kampus tersebut diambil-alih oleh Kolej Antarabangsa INPENS) sebelum berpindah ke kampus tetap di Bagan Terap, Sg. Besar, Sabak Bernam pada tahun 2009.Tahukah anda bahawa kelayakan minima untuk memasuki IKYS ialah seperti berikut:

Tamat Tingkatan Lima
Tahu membaca
Tahu menulis dan
Tahu mengira

Berbanding dengan INPENS yang memerlukan kelayakan minima SPM/SPVM, IKYS menerima anak anda walaupun mereka TIDAK PERNAH BERSEKOLAH sebelum ini. (Maaf! Silap Tafsiran 20/07/2010) hanya tamat Tingkatan Lima.Anih? Inilah kehebatan IKYS yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tercicir bukan sahaja untuk anak Selangor tetapi dibuka kepada pelajar-pelajar negeri lain (walaupun rakyat Selangor diberikan keutamaan) tanpa mengira fahaman politik.Selain daripada menawarkan pinjaman pembelajaran, IKYS juga menawarkan kursus pendawaian elektrik tahap kompeten yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (sila rujuk laman sesawang STM di sini) bermakna pelajar-pelajar tersebut berpeluang memperolehi Sijil PW2, PW4 dan Sijil Chargeman yang diiktirafkan yang membolehkan mereka meneruskan pengajian ketahap diploma dan ijazah.Bayangkan seorang yang tidak pernah bersekolah masih berpeluang menjadi seorang Jurutera Elektrik!Keujudan IKYS juga mampu mengurangkan kadar jenayah remaja. Tanggungjawab tenaga pengajar IKYS terlalu berat. Bayangkan sendiri jenis remaja yang belajar di sana sekiranya mereka diambil dari golongan yang berhenti sekolah, lari sekolah, dibuang sekolah dan sebagainya. Pendidikan moral yang khusus diberikan tekanan supaya apabila mereka tamat belajar akan menjadi rakyat yang berguna.Bukankah ini satu aset kepada kerajaan negeri khususnya dan negara amnya?Apakah kita ingin menambah peruntukan membina lebih banyak sekolah pemulihan budak-budak nakal seperti Henry Gurney's Boys School di Melaka? Sedangkan sekolah-sekolah tersebut langsung tidak memberikan keuntungan kewangan malah lebih banyak memerlukan peruntukan kerajaan?Menyerapkan operasi IKYS ke dalam INPENS juga bermakna mengecilkan peluang pendidikan. Kampus yang dibina sebenarnya untuk menambah peluang pendidikan supaya IKYS akan terus berkembang bukannya terus menguncup.Apabila kita membicarakan tentang untung-rugi di dalam sesuatu operasi, kita perlu melihat secara menyeluruh operasi tersebut. Walaupun IKYS ditubuhkan sejak tahun 2000 tetapi penempatan pelajar di kampus tetap baru bermula dari tahun 2009 yakni baru berusia 2 tahun. Pelaburan RM20 juta bukan dibuat berdasarkan pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh itu tetapi untuk jangka panjang. Ianya juga merupakan tanggungjawab sosial yang digerakan oleh kerajaan sebelum ini untuk membantu rakyat mencapai kemajuan dan menikmati kemakmuran negeri secara rakyat yang bermaruah bukannya sebagai peminta sedekah dengan elaun bulanan atau subsidi.Ambil contoh KTMB yang beroperasi di Kelantan. Walaupun KTMB mengalami kerugian di sana namun KTMB masih terus beroperasi untuk kemudahaan rakyat.
Pelajar-pelajar masih boleh berulang-alik ke sekolah kerana mereka merupakan aset masa depan negara.

Guru-guru masih boleh menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa
Penduduk-penduduk masih boleh membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan
Pekerja-pekerja masih boleh berulang-alik memberikan sumbangan tenaga
Penceramah-penceramah dan pendengar ceramah juga masih boleh menggunakannya untuk meluaskan minda masyarakatSekiranya keuntungan diambilkira, KTMB sepatutnya telah lama menamatkan perkhidmatan di kawasan-kawasan pendalaman.Apa yang aku nampak di sini bukannya masaalah kerugian yang dihadapi oleh IKYS tetapi kurang pelajar kerana masih belum terkenal. Walaupun kebanyakan pelajar datang dari golongan miskin tetapi mereka bukannya belajar di sana secara percuma tetapi dibantu dengan pinjaman bersyarat. Anak saudara aku sendiri memerlukan lebih RM13,000.00 dalam bentuk pinjaman untuk dua tahun di sana.Apakah mungkin dengan menyingkirkan pelajar-pelajar tersebut memberi peluang untuk kerajaan negeri meraih keuntungan melalui penjualan aset IKYS yang bernilai lebih daripada RM20 juta tersebut? Sekiranya ini adalah tujuan sebenar kerajaan negeri, maka aku menganggap ianya adalah satu jenayah terancang dan dihalalkan. Prasarana IKYS walaupun terpencil tetapi lebih merupakan seperti satu taman perumahan kos rendah dengan kemudahan seperti berikut:

Dewan
Taman Selera
Surau
Blog Kedai
Blog Bengkel/industri kecil
Rumah berkembar tiga bilik (kos rendah)
Taman permainan
Kolam ikan
Kawasan berpagar dengan Menara Tangki Air sendiri

Bayangkanlah nilainya kalau dijual dipasaran terbuka (atau kepada mereka-mereka yang tertentu sahaja?)Sepatutnya kerajaan negeri membantu membina lebih banyak lagi cawangan IKYS di seluruh negeri Selangor terutama di kawasan-kawasan terpencil untuk kemudahan rakyat jelata. Sekiranya kerajaan negeri yang ada sekarang berusaha untuk memajukan IKYS maka kredibiliti pentadbiran kerajaan sedia ada akan lebih terserlah dalam membangunkan modal insan di Negeri Selangor.Oleh itu, aku mengharapkan semua rakyat khususnya di negeri Selangor dan Malaysia amnya menyokong perjuangan pelajar-pelajar IKYS kerana perjuangan tersebut bukan sahaja untuk masa depan meraka tetapi untuk generasi akan datang. Anak saudara aku telah menamatkan latihan praktikalnya dan akan meninggalkan IKYS tidak lama lagi tetapi beliau telah berjanj akan membantu memberikan gambar-gambar prasarana IKYS tidak lama lagi. InsyaAllah, aku akan muatnaik gambar-gambar tersebut apabila aku memperolehinya secepat mungkin.Kepada bloggers, dapatlah kiranya terus memperjuangkan IKYS di blog-blog anda terutama yang pandai menyediakan grafik untuk diletakkan diblog-blog.

Petikan daripada blog: http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MESTI BACA: Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN....

Posted: 23 Jul 2010 07:23 PM PDT




Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. 

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982. 
 
FAKTA TAMBAHAN 11.
 
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Datuk Haji Yussof Haji Mahal

Datuk Haji Yussof Haji Mahal


Rombakan Kecil Jawatankuasa BN Labuan - Mantapkan Perpaduan Parti Komponen Barisan Nasional Labuan

Posted: 24 Jul 2010 07:50 AM PDT


LABUAN - Satu rombakan kecil jawatankuasa Barisan Nasional (BN) akan dilaksanakan tidak lama lagi, sebagai usaha memantapkan lagi jentera BN dan UMNO Labuan.

Pengerusi BN Labuan yang juga Ahl Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata rombakan ini yang dianggap sebagai rombakan perpaduan adalah demi perpaduan parti komponen BN.

"Rombakan ini bukanlah bermaksud untuk mengetepikan pemimpin-peimpin tertentu. Kesemua pemimpin membarisi jawatnakuasa mempunyai kualiti kepimpinana masing-masing," katanya ketika ditanya keadaan senario politik BN Labuan selepas menghadiri program penyerahan elaun sara hidup di Kg Bebuloh Laut pada Selasa.

Katanya rombakan ini adalah persetujuan dalam perbincangan antara beliau dan timbalan ketua perhubungan BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini.

Menurutnya lagi jentera BN dan Umno harus diperkuatkan bagi menghadapi pelihanraya akan datang, selain berhadapan dengan pelbagai propaganda parti pembangkan yang dikatakan semakin menghimpit warga Labuan.

"Kita tidak melihat sebarang ancaman dari parti pembangkang, ini kerana, rakyat Labuan telah merasai corak pentadbiran kerajaan BN, walaubagaimanapun, kita tidak harus mudah berpuas hati dan segala isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang harus ditangani segera bagi mengelak kekeliruan rakyat," katanya.

Oleh yang demikian, rombakan ini tidak harus dilihat sebagai satu usaha penyingkiran atau mengenetepikan seseorang pemimpin, sebaliknya demi perpaduan dalam BN itu sendiri.

"Banyak perkara yang masih belum dapat diselesaikan, isu rakyat yang harus menjadi keutamaan. Kita ingin melihat Labuan setanding dengan negeri-negeri lain, dengan itu, kita harus mengekalkan perpaduan," katanya.

Antara yang membarisi jawatankuasa BN Labuan adalah pemimpin MCA, MIC, UPKO, PBS, dan UMNO.

Pemimpin-pemimpin dalam jawatakuasa ini melihat muka-muka lama dan muka-muka baru dalam arena politik, yang masing-masing mempunyai corak kepimpinan tersendiri.
LABUAN, 21 Julai - Satu rombakan kecil jawatankuasa Barisan Nasional (BN) akan dilaksanakan tidak lama lagi, sebagai usaha memantapkan lagi jentera BN dan UMNO Labuan.

Pengerusi BN Labuan yang juga Ahl Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata rombakan ini yang dianggap sebagai rombakan perpaduan adalah demi perpaduan parti komponen BN.

"Rombakan ini bukanlah bermaksud untuk mengetepikan pemimpin-peimpin tertentu. Kesemua pemimpin membarisi jawatnakuasa mempunyai kualiti kepimpinana masing-masing," katanya ketika ditanya keadaan senario politik BN Labuan selepas menghadiri program penyerahan elaun sara hidup di Kg Bebuloh Laut pada Selasa.

Katanya rombakan ini adalah persetujuan dalam perbincangan antara beliau dan timbalan ketua perhubungan BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini.

Menurutnya lagi jentera BN dan Umno harus diperkuatkan bagi menghadapi pelihanraya akan datang, selain berhadapan dengan pelbagai propaganda parti pembangkan yang dikatakan semakin menghimpit warga Labuan.

"Kita tidak melihat sebarang ancaman dari parti pembangkang, ini kerana, rakyat Labuan telah merasai corak pentadbiran kerajaan BN, walaubagaimanapun, kita tidak harus mudah berpuas hati dan segala isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang harus ditangani segera bagi mengelak kekeliruan rakyat," katanya.

Oleh yang demikian, rombakan ini tidak harus dilihat sebagai satu usaha penyingkiran atau mengenetepikan seseorang pemimpin, sebaliknya demi perpaduan dalam BN itu sendiri.

"Banyak perkara yang masih belum dapat diselesaikan, isu rakyat yang harus menjadi keutamaan. Kita ingin melihat Labuan setanding dengan negeri-negeri lain, dengan itu, kita harus mengekalkan perpaduan," katanya.

Antara yang membarisi jawatankuasa BN Labuan adalah pemimpin MCA, MIC, UPKO, PBS, dan UMNO.

Pemimpin-pemimpin dalam jawatakuasa ini melihat muka-muka lama dan muka-muka baru dalam arena politik, yang masing-masing mempunyai corak kepimpinan tersendiri.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Malott: PERKASA & Ibrahim Ali PENGGANAS!

Posted: 24 Jul 2010 06:57 AM PDT

John R. Malott, seorang bekas Duta Amerika ke Malaysia pada tahun 1995 sehingga 1998, dilaporkan "menyerang" Ibrahim Ali dan PERKASA di dalam artikelnya yabg bertajuk "What Anwar's Trial Means For Malaysia" di Wall Street Journal. Malott menuduh PERKASA adalah sebuah kumpulan militan dan Ibrahim Ali sebagai ketua PERKASA dianggap sebagai "ketua" militan! Tak dapat saya bayangkan reaksi Ibrahim Ali ketika membaca artikel tersebut. Ada dua kemungkinan, sama ada beliau akan berkerut dahi membacanya atau beliau akan ketawa berdekah-dekah!

Entah mengapa "sahabat karib" Anwar ini menganggap PERKASA ini sebagai sebuah kumpulan militan. Perkataan "militan" mambawa maksud sebuah kumpulan pengganas dan membawa senjata untuk berjuang. Contohnya ialah seperti kumpulan militan Tamil Elam. Apakah PERKASA mempunyai ciri-ciri dan bersifat seperti Tamil Elam???

Setahu saya, Ibrahim Ali tidak pernah mengangkat senjata untuk berjuang pun. Jangan dikatakan M16 atau AK47, "pistol air" pun tak pernah saya lihat Tok Him pegang. Tak tahulah jika Ibrahim pernah main "pistol air" masa kecil-kecil dahulu! Lagi satu, saya tidak pernah pula dengar atau lihat kawan-kawan saya yang menyertai PERKASA pergi menjalani latihan ketenteraan di mana-mana kem. Pun begitu, majoriti ahli PERKASA dan ketuanya juga tidak pernah menjalani latihan di PLKN. Nak menembak pun rasanya tak reti! Habis tu, bagaimana pula nak tuduh PERKASA itu militan?

Ganas? Sejak PERKASA ditubuhkan, saya tidak pernah mendengar berita yang melaporkan bahawa PERKASA bertindak "ganas". PERKASA hanya aktif dengan demonstrasi secara aman dan tertib. Paling kemuncak pun, PERKASA akan menyerahkan memorandum. Lagipun, PERKASA rasanya tak pernah kena tembak dengan "gas pemedih mata" ataupun "water cannon"! Lainlah pihak pembangkang. Pembangkang memang mengganas setiap kali berdemo. Polis pun cedera dibuatnya! Bayangkan pula apa yang pembangkang mampu buat pada orang awam? Pembangkang tu barulah betul-betul ganas. Kenapa pula Malott tuduh PERKASA pula?

Setahu saya, Ibrahim Ali tidak memerlukan M16, AK47, mortar mahupun bazooka untuk "mengganas". Bekalkanlah Ibrahim Ali dengan mikrophone dan pembesar suara! Pasti "pedas telinga" dan "panas seluruh badan" mendengar beliau berpidato! Pidato adalah senjata utama Ibrahim Ali. Sejak dari zaman sekolahnya, Ibrahim gemar "menembak" orang dengan kata-kata! Apakah pidato dikategorikan Malott sebagai "ganas"???

Entah mengapa "bekas" Duta Amerika ke Malaysia ini tiba-tiba menulis tentang Malaysia. Dia hanya tinggal di sini untuk hanya 3 tahun. Itupun ketika Anwar sedang menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Dan ketika itu jugalah Anwar dilihat begitu "akrab" dengan Amerika dan Bush! Ketika itulah Anwar dihampar permaidani merah oleh US. Setelah Anwar "kantoi" dan dipenjara, mungkin Malott sudah tidak punya "kawan" lagi. Dan dia mungkin terpaksa dipanggil balik ke Amerika dan digantikan dengan orang lain yang lebih bijak darinya. Dengan hanya tinggal 3 tahun di sini, apakah itu membolehkan Malott mengetahui senario politik Malaysia dan reaksi masyarakat Malaysia terhadap kes Liwat II Anwar?

Hairan juga mengapa "bekas" Duta US ini cuba mencabar Malaysia tentang kes "Anwar". Apa kena mengena Malott dengan Malaysia? Siapa Malott untuk campur tangan hal ehwal dalaman Malaysia? Siapa Mallot untuk memberi komen tentang isu hal rumah tangga Malaysia? Syoooohhh!!! Pergi la jaga US tu! Malaysia does not welcome somebody like you, Malott!

Saya tidak pasti apa sebenarnya reaksi Ibrahim Ali dan rakan-rakan PERKASA mengenai tuduhan Malott ini terhadap mereka. Selalunya mereka ini "cool". Tapi, sifat Melayu ini ialah kadang-kadang mereka pantang di"usik". Tambahan pula yang "mengusik" itu orang luar, malah tak ada kena mengena atau bau-bau bacang pun dengan Malaysia, lagilah mereka "hangin satu badan". Risau juga jika mereka "mengamuk", habis mikophone dan pembesar suara di"borong" mereka nanti!

(Oleh: dukeofmontecristo)


KENAPA PAS TAK SURUH DAP & PKR TUKAR DASAR UNTUK BERSATU DENGAN PAS???

Posted: 24 Jul 2010 05:05 AM PDT

Tak habis-habis PAS suruh UMNO tukar dasar perjuangan! Siap letakkan syarat itu untuk duduk semeja untuk berbincang demi penyatuan ummah. "Kalau nak bersatu dengan PAS, maka UMNO kena tukar dasar perjuangan kebangsaan mereka dahulu", lebih kurang begitulah syarat yang dikenakan PAS untuk bersatu dengan mereka.

Hebat sungguh PAS ini! Syarat mereka itu bagaikan berbunyi "kalau nak bersatu dengan kami, UMNO mestilah ubah diri jadi macam kami yang tersangat Islam, warak, berakhlak mulia dan sangat tinggi imannya"! Begitu bongkak dan takbur sekali PAS untuk harga sebuah "penyatuan umat Islam" di Malaysia?

PAS meletakkan syarat kepada UMNO untuk mengubah dasar perjuangannya dan mengikut dasar Islam. Saya ingin sangat nak bertanya kepada Nik Aziz, pada Hadi Awang, pada Husam, pada Nasarudin, pada Nasrudin Tantawi, pada Lo' Lo', pada semua Dewa Ulama' PAS dan kepimpinan PAS yang tertinggi...

APAKAH DAP DAN PKR ITU MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM?

KENAPAKAH PAS SANGGUP BERSATU DENGAN DAP DAN PKR YANG TERANG-TERANG TIDAK MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM?

MENGAPAKAH UMNO YANG MELETAKKAN DASAR DAN KEMULIAAN ISLAM DIPERINGKAT TERTINGI DALAM PERJUANGANNYA DIANGGAP MUSUH OLEH PAS?

Dimanakah PAS meletakkan akal fikirannya? Dimanakah PAS meletakkan penilaian akal fikiran yang waras sebagai sebuah parti yang mengaku Islam? Apakh PAS berfikir ketika meletakkan syarat sebegitu kepada UMNO untuk membayar harga sebuah perpaduan umat Islam di Malaysia?

PAS sungguh "buta"! PAS sungguh angkuh! PAS sungguh biadap! Yang paling tepatnya, PAS sememangnya tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya mengenai Islam. Pasa PAS, Islam itu hanyalah "topeng". PAS bijak berlakon dihadapan penyokongnya. PAS bijak untuk menagih simpati. Kononnya "jihad", padahal mereka telah bermain perang phsykologi untuk memanipulasi Islam sebagai "umpan" politik mereka!

Tidakkah PAS sedar bahawa "syarat" mereka itu telah "makan tuan"? Laporan terkini mendedahkan bahawa PKR dan DAP berdekah-dekah mentertawakan "kesetiaan" PAS yang "buta" terhadap mereka. PKR dan DAP kembang kempis hidung mereka mentertawakan PAS yang senang diperdayakan. PKR dan DAP begitu "lega" dengan "kebendulan" PAS yang ternyata begitu mudah di"perkuda"kan!

Pastinya PAS takkan percaya dan tidak akan mendengar apa yang kita sampaikan kepada mereka tentang apa pandangan "tersirat" DAP dan PKR tentang diri mereka. PAS kata kita berdusta! PAS kata kita "jealous"! Pada saya, mereka hanya menipu diri mereka sendiri. Cubalah katakan bahawa dakwaan ini datangnya dari satu badan bebas yang begitu PAS sanjungi, pastinya PAS akan percaya. Namun, PAS percaya atau tidak, saya sekali lagi ingin mengatakan bahawa PAS memang bodoh untuk terus setia dan percaya pada PKR dan DAP!

Perbezaan dasar perjuangan PAS dengan PKR adalah sangat ketara. Perbezaan di antara PAS dan DAP pula sangat kontra! Namun, PAS tidak pernah memaksa DAP dan PKR untuk mengubah dasar perjuangan mereka untuk bersatu! PAS begitu rela sekali bersatu dengan PKR dan DAP walaupun dasar perjuangan mereka sangat berbeza dan bertentangan sama sekali! Namun, dengan UMNO yang perjuangannya ada mirip-mirip PAS dibuat musuh pula??? Memang celaka...!!!

"Sudahlah UMNO, jangan dilayan lagi PAS". Itu adalah sebahagian dari keluhan penyokong UMNO tentang penyatuan umat Melayu Islam yang sudah berputus asa. Namun, saya puji sikap, akhlak dan kesabaran Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang masih begitu sabar dan komited tentang penyatuan yang menjadi impian seluruh umat Islam di Malaysia ini. Mereka berdua sanggup bersabar, malah sanggup untuk tidak meletakkan apa-apa pra-syarat untuk duduk semeja berbincang mengenai perpaduan ummah ini.

Itu sikap Presiden UMNO dan Timbalannya. UMNO tidak punya "mursyidul am". Tapi apa pula kata "mursyidul am" parti yang mengaku "sangat Islam" ini? Alaahhh..tak payahlah saya ulang disini, menyakitkan hati saja untuk diulang! Begitukah sifat akhlak seorang "mursyidul am" parti yang "sangat Islam"? Saya pinta dan pohon kepada Allah sahaja supaya diberikan sedikit cahaya "hidayah"Nya kepada insan yang "konon"nya menjadi "penunjuk umum" PAS ini. Bukan apa, hatinya sangat "hitam" gelemat..!!!

(Oleh: dukeofmontecristo)


Pengikut