Sabtu, 24 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Malott: PERKASA & Ibrahim Ali PENGGANAS!

Posted: 24 Jul 2010 06:57 AM PDT

John R. Malott, seorang bekas Duta Amerika ke Malaysia pada tahun 1995 sehingga 1998, dilaporkan "menyerang" Ibrahim Ali dan PERKASA di dalam artikelnya yabg bertajuk "What Anwar's Trial Means For Malaysia" di Wall Street Journal. Malott menuduh PERKASA adalah sebuah kumpulan militan dan Ibrahim Ali sebagai ketua PERKASA dianggap sebagai "ketua" militan! Tak dapat saya bayangkan reaksi Ibrahim Ali ketika membaca artikel tersebut. Ada dua kemungkinan, sama ada beliau akan berkerut dahi membacanya atau beliau akan ketawa berdekah-dekah!

Entah mengapa "sahabat karib" Anwar ini menganggap PERKASA ini sebagai sebuah kumpulan militan. Perkataan "militan" mambawa maksud sebuah kumpulan pengganas dan membawa senjata untuk berjuang. Contohnya ialah seperti kumpulan militan Tamil Elam. Apakah PERKASA mempunyai ciri-ciri dan bersifat seperti Tamil Elam???

Setahu saya, Ibrahim Ali tidak pernah mengangkat senjata untuk berjuang pun. Jangan dikatakan M16 atau AK47, "pistol air" pun tak pernah saya lihat Tok Him pegang. Tak tahulah jika Ibrahim pernah main "pistol air" masa kecil-kecil dahulu! Lagi satu, saya tidak pernah pula dengar atau lihat kawan-kawan saya yang menyertai PERKASA pergi menjalani latihan ketenteraan di mana-mana kem. Pun begitu, majoriti ahli PERKASA dan ketuanya juga tidak pernah menjalani latihan di PLKN. Nak menembak pun rasanya tak reti! Habis tu, bagaimana pula nak tuduh PERKASA itu militan?

Ganas? Sejak PERKASA ditubuhkan, saya tidak pernah mendengar berita yang melaporkan bahawa PERKASA bertindak "ganas". PERKASA hanya aktif dengan demonstrasi secara aman dan tertib. Paling kemuncak pun, PERKASA akan menyerahkan memorandum. Lagipun, PERKASA rasanya tak pernah kena tembak dengan "gas pemedih mata" ataupun "water cannon"! Lainlah pihak pembangkang. Pembangkang memang mengganas setiap kali berdemo. Polis pun cedera dibuatnya! Bayangkan pula apa yang pembangkang mampu buat pada orang awam? Pembangkang tu barulah betul-betul ganas. Kenapa pula Malott tuduh PERKASA pula?

Setahu saya, Ibrahim Ali tidak memerlukan M16, AK47, mortar mahupun bazooka untuk "mengganas". Bekalkanlah Ibrahim Ali dengan mikrophone dan pembesar suara! Pasti "pedas telinga" dan "panas seluruh badan" mendengar beliau berpidato! Pidato adalah senjata utama Ibrahim Ali. Sejak dari zaman sekolahnya, Ibrahim gemar "menembak" orang dengan kata-kata! Apakah pidato dikategorikan Malott sebagai "ganas"???

Entah mengapa "bekas" Duta Amerika ke Malaysia ini tiba-tiba menulis tentang Malaysia. Dia hanya tinggal di sini untuk hanya 3 tahun. Itupun ketika Anwar sedang menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Dan ketika itu jugalah Anwar dilihat begitu "akrab" dengan Amerika dan Bush! Ketika itulah Anwar dihampar permaidani merah oleh US. Setelah Anwar "kantoi" dan dipenjara, mungkin Malott sudah tidak punya "kawan" lagi. Dan dia mungkin terpaksa dipanggil balik ke Amerika dan digantikan dengan orang lain yang lebih bijak darinya. Dengan hanya tinggal 3 tahun di sini, apakah itu membolehkan Malott mengetahui senario politik Malaysia dan reaksi masyarakat Malaysia terhadap kes Liwat II Anwar?

Hairan juga mengapa "bekas" Duta US ini cuba mencabar Malaysia tentang kes "Anwar". Apa kena mengena Malott dengan Malaysia? Siapa Malott untuk campur tangan hal ehwal dalaman Malaysia? Siapa Mallot untuk memberi komen tentang isu hal rumah tangga Malaysia? Syoooohhh!!! Pergi la jaga US tu! Malaysia does not welcome somebody like you, Malott!

Saya tidak pasti apa sebenarnya reaksi Ibrahim Ali dan rakan-rakan PERKASA mengenai tuduhan Malott ini terhadap mereka. Selalunya mereka ini "cool". Tapi, sifat Melayu ini ialah kadang-kadang mereka pantang di"usik". Tambahan pula yang "mengusik" itu orang luar, malah tak ada kena mengena atau bau-bau bacang pun dengan Malaysia, lagilah mereka "hangin satu badan". Risau juga jika mereka "mengamuk", habis mikophone dan pembesar suara di"borong" mereka nanti!

(Oleh: dukeofmontecristo)


KENAPA PAS TAK SURUH DAP & PKR TUKAR DASAR UNTUK BERSATU DENGAN PAS???

Posted: 24 Jul 2010 05:05 AM PDT

Tak habis-habis PAS suruh UMNO tukar dasar perjuangan! Siap letakkan syarat itu untuk duduk semeja untuk berbincang demi penyatuan ummah. "Kalau nak bersatu dengan PAS, maka UMNO kena tukar dasar perjuangan kebangsaan mereka dahulu", lebih kurang begitulah syarat yang dikenakan PAS untuk bersatu dengan mereka.

Hebat sungguh PAS ini! Syarat mereka itu bagaikan berbunyi "kalau nak bersatu dengan kami, UMNO mestilah ubah diri jadi macam kami yang tersangat Islam, warak, berakhlak mulia dan sangat tinggi imannya"! Begitu bongkak dan takbur sekali PAS untuk harga sebuah "penyatuan umat Islam" di Malaysia?

PAS meletakkan syarat kepada UMNO untuk mengubah dasar perjuangannya dan mengikut dasar Islam. Saya ingin sangat nak bertanya kepada Nik Aziz, pada Hadi Awang, pada Husam, pada Nasarudin, pada Nasrudin Tantawi, pada Lo' Lo', pada semua Dewa Ulama' PAS dan kepimpinan PAS yang tertinggi...

APAKAH DAP DAN PKR ITU MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM?

KENAPAKAH PAS SANGGUP BERSATU DENGAN DAP DAN PKR YANG TERANG-TERANG TIDAK MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM?

MENGAPAKAH UMNO YANG MELETAKKAN DASAR DAN KEMULIAAN ISLAM DIPERINGKAT TERTINGI DALAM PERJUANGANNYA DIANGGAP MUSUH OLEH PAS?

Dimanakah PAS meletakkan akal fikirannya? Dimanakah PAS meletakkan penilaian akal fikiran yang waras sebagai sebuah parti yang mengaku Islam? Apakh PAS berfikir ketika meletakkan syarat sebegitu kepada UMNO untuk membayar harga sebuah perpaduan umat Islam di Malaysia?

PAS sungguh "buta"! PAS sungguh angkuh! PAS sungguh biadap! Yang paling tepatnya, PAS sememangnya tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya mengenai Islam. Pasa PAS, Islam itu hanyalah "topeng". PAS bijak berlakon dihadapan penyokongnya. PAS bijak untuk menagih simpati. Kononnya "jihad", padahal mereka telah bermain perang phsykologi untuk memanipulasi Islam sebagai "umpan" politik mereka!

Tidakkah PAS sedar bahawa "syarat" mereka itu telah "makan tuan"? Laporan terkini mendedahkan bahawa PKR dan DAP berdekah-dekah mentertawakan "kesetiaan" PAS yang "buta" terhadap mereka. PKR dan DAP kembang kempis hidung mereka mentertawakan PAS yang senang diperdayakan. PKR dan DAP begitu "lega" dengan "kebendulan" PAS yang ternyata begitu mudah di"perkuda"kan!

Pastinya PAS takkan percaya dan tidak akan mendengar apa yang kita sampaikan kepada mereka tentang apa pandangan "tersirat" DAP dan PKR tentang diri mereka. PAS kata kita berdusta! PAS kata kita "jealous"! Pada saya, mereka hanya menipu diri mereka sendiri. Cubalah katakan bahawa dakwaan ini datangnya dari satu badan bebas yang begitu PAS sanjungi, pastinya PAS akan percaya. Namun, PAS percaya atau tidak, saya sekali lagi ingin mengatakan bahawa PAS memang bodoh untuk terus setia dan percaya pada PKR dan DAP!

Perbezaan dasar perjuangan PAS dengan PKR adalah sangat ketara. Perbezaan di antara PAS dan DAP pula sangat kontra! Namun, PAS tidak pernah memaksa DAP dan PKR untuk mengubah dasar perjuangan mereka untuk bersatu! PAS begitu rela sekali bersatu dengan PKR dan DAP walaupun dasar perjuangan mereka sangat berbeza dan bertentangan sama sekali! Namun, dengan UMNO yang perjuangannya ada mirip-mirip PAS dibuat musuh pula??? Memang celaka...!!!

"Sudahlah UMNO, jangan dilayan lagi PAS". Itu adalah sebahagian dari keluhan penyokong UMNO tentang penyatuan umat Melayu Islam yang sudah berputus asa. Namun, saya puji sikap, akhlak dan kesabaran Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang masih begitu sabar dan komited tentang penyatuan yang menjadi impian seluruh umat Islam di Malaysia ini. Mereka berdua sanggup bersabar, malah sanggup untuk tidak meletakkan apa-apa pra-syarat untuk duduk semeja berbincang mengenai perpaduan ummah ini.

Itu sikap Presiden UMNO dan Timbalannya. UMNO tidak punya "mursyidul am". Tapi apa pula kata "mursyidul am" parti yang mengaku "sangat Islam" ini? Alaahhh..tak payahlah saya ulang disini, menyakitkan hati saja untuk diulang! Begitukah sifat akhlak seorang "mursyidul am" parti yang "sangat Islam"? Saya pinta dan pohon kepada Allah sahaja supaya diberikan sedikit cahaya "hidayah"Nya kepada insan yang "konon"nya menjadi "penunjuk umum" PAS ini. Bukan apa, hatinya sangat "hitam" gelemat..!!!

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut