Sabtu, 10 Julai 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Antara tohmahan rasuah dan rizab berbillion negeri Sabah

Posted: 10 Jul 2010 10:51 AM PDT

Saya teringat sewaktu saya menjadi Setiausaha Politik kepada YAB Datuk Seri Musa Aman pada Mac 2003. Keadaan ekonomi negeri Sabah pada waktu itu begitu mencabar sekali. Kewangan kerajaan berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan. Pertumbuhan ekonomi agak lembab dan kerajaan berdepan dengan seribu satu kekangan dalam menjana ekonomi negeri. Antara lain isu yang paling hangat diperkatakan pada waktu itu ialah isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor. Jika kita ke pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan pada waktu itu, pejabat itu sesak setiap hari dengan kehadiran puluhan kontraktor yang menunggu pembayaran dari kerajaan. Kadang-kadang kesabaran pengunjung dan pegawai-pegawai pejabat Setiausaha Tetap diuji apabila penantian itu menjadi satu penyiksaan!

Pada bukan Oktober 2003, negara kita menyaksikan pertukaran kepimpinan Perdana Menteri. Tun Mahathir Mohammad mengundurkan diri dan tempatnya diganti oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Antara perkara awal yang Tun Abdullah putuskan semasa mengambil alih tampuk pentadbiran negara ialah mengumumkan pembayaran bonus kepada kakitangan kerajaan persekutuan. Apatah lagi ramai yang meramal pada waktu itu bahawa pilihanraya akan diadakan pada awal 2004.

Seperti biasa, kerajaan negeri Sabah akan memutuskan untuk mengikut tindakan kerajaan persekutuan dan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan negeri. Dan seperti yang dikatakan awal tadi, yang menjadi masalah ialah pada waktu itu kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Maka terpaksalah Ketua Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Musa Aman memerah otak untuk mencari jalan meningkatkan dana negeri bagi tujuan menyelesaikan pembayaran bonus tersebut. Bayangkan jumlah sebulan bonus adalah bersamaan dengan lebih kurang RM42 juta! Bukan sedikit jumlahnya.

Tetapi berkat kebijaksanaan, pengalaman dan keupayaan Kementerian Kewangan, dibawah kawalan Datuk Seri Musa Aman, mengendalikan ekonomi negeri Sabah, bonus kerajaan negeri dapat dibayar. Malah kebanyakan hutang kerajaan negeri telah dilangsaikan termasuk hutang kepada kontraktor-kontraktor. Ekonomi negeri Sabah semakin rancak dan pendapatan kerajaan bertambah dari tahun ke tahun. Saya difahamkan tahap rizab kerajaan yang agak mengecewakan semasa Datuk Seri Musa mengambil tampuk pemerintahan pada Mac 2003 kini telah menunjukkan tahap yang amat membanggakan. Sekarang, rizab kerajaan negeri ialah RM3.2 bilion sementara rizab Yayasan Sabah ialah RM1.7 bilion. Ini tidak termasuk ratusan juta rizab tunai beberapa agensi kerajaan negeri seperti Warisan Harta, Suria Capital, Sabah Credit Corporation dan lain-lain lagi.

Masa hadapan kewangan kerajaan negeri Sabah juga akan menjadi lebih cerah berikutan unjuran pendapatan yang lebih dari royalti minyak dengan penemuan telaga-telaga minyak baru di Sabah. Sektor perlancongan dan perkhidmatan juga terus diramal menjadi tulang belakang kepada ekonomi negeri termasuk perladangan dan perhutanan. Ini dapat dibuat tanpa mengorbankan keunikan dan kehebatan flora dan fauna negeri Sabah.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang saya sebutkan ini, saya terkial-kial mencari rasional tohmahan nakal di dalam blog-blog bahawa kepimpinan kerajaan negeri Sabah adalah korup dan rasuah. Kalau benarlah tohmahan tersebut, saya pasti kerajaan tidak akan ada wang rizab berjumlah berbillion-billion. Jumlah yang besar itu tentunya akan menjadi sasaran utama dan paling senang oleh orang yang korup dan rasuah. Saya rasa tidak akan sampai tiga bulan, wang itu boleh habis dibelanjakan dan menjadi habuan kepada kroni dan proksi. Hakikatnya wang rizab itu masih ada dan tidak dibelanjakan. Jadi kesimpulan saya ialah tohmahan itu hanyalah satu tohmahan sahaja. Nakal dan bermotif. Tidak lebih dari itu. Dan sesiapa yang mempercayainya tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Salam,

DARD

Sahabat AIM Kota Belud Terbaik Di Malaysia.

Posted: 09 Jul 2010 11:37 AM PDT

Saya amat berbangga dengan kejayaan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kota Belud yang telah diikhtiraf sebagai antara cawangan yang terbaik di Malaysia berdasarkan kadar pembayaran balik pinjaman 100% oleh peminjam-peminjam dari Kota Belud. Tahniah kerana mengharumkan Kota Belud.

Berikut gambar-gambar yang diambil semasa pelancaran Sambutan Ulangtahun ke-13 AIM Kota Belud yang dirasmikan oleh YB Datuk Masidi Manjun yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Kehadiran lebih dari 3,000 orang.















Salam,
DARD

Promosikan Pesta Kaamatan Di Negeri-Negeri Lain Dalam Malaysia.

Posted: 09 Jul 2010 11:35 AM PDT

Semasa merasmikan pesta kaamatan di Kampung Melangkap Tomis saya mencadangkan sambutan pesta kaamatan seharusnya diadakan bukan sahaja setakat di peringkat kampung, negeri dan kebangsaan sebaliknya pesta ini juga perlu dianjurkan di negeri-negeri lain di negara ini.

Menganjurkan pesta tersebut sekali dalam setahun di negeri-negeri yang terpilih, ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya masyarakat Sabah dengan lebih dekat kepada masyarakat di negeri lain.

Sambutan pesta kaamatan saban tahun turut diadakan di Kuala Lumpur ini bermakna kerajaan mengiktiraf perayaan yang kita sambut sejak zaman berzaman di negeri ini.

Namun tidak semua masyarakat di Semenanjung dapat melihat sendiri perayaan tersebut ini kerana penduduk negeri lain tidak berkesempatan ke ibu negara.


Oleh itu perlu difikirkan cadangan supaya sambutan yang dianjurkan setiap tahun di Kuala Lumpur berpindah rendah dari satu negeri ke satu negeri, tidak hanya tertumpu di satu-satu tempat sahaja setiap tahun.

Pendekatan seumpamanya secara tidak langsung dapat mempromosikan budaya yang di negeri ini kepada masyarakat lain dengan lebih dekat lagi.

Pada majlis itu saya meluluskan peruntukan membina jambatan, dua buah mesin rumput dan peralatan sukan untuk belia di kampung itu.


Generasi muda perlu menghayati erti sebenar sambutan pesta kaamatan yang diadakan di seluruh negeri Sabah setiap tahun.

Kaamatan mengajar kita berkorban, setia dan berusaha bersungguh-sungguh kepada tanah untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

Tanpa sikap sedemikian sudah pasti apa yang kita usahakan tidak menghasilkan pulangan yang memuaskan dan untuk mendapat hasil yang lumayan maka petani perlu sanggup berkorban, setia kepada tanah disamping berusaha tanpa merasa jemu.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Awadnir Matanggal, Pengerusi JKKK Kampung Melangkap Tomis, Maine Sani, Ketua Kampung, Kampung Melangkap Tomis, Bakait Garong, Kapitan Masyarakat Cina Kota Belud, Lim Bun Poo serta para pemimpin setempat yang lain.

Salam
DARD

Pemuda UMNO Permatang Pauh

Pemuda UMNO Permatang Pauh


Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh

Posted: 10 Jul 2010 12:57 AM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh mengadakan mesyuarat agung tahunan pada hari ini. 10 Julai 2010 jam 2.00 petang. Ia dirasmikan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Mesyuarat kali ini bertempat di Dewan Giat Mara Permatang Pauh di kawasan Permatang Pasir.

Selamat datang kepada para perwakilan dan selamat bermesyuarat. 

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


ISU FELDA - TAK SELESAI LAGI KA?? AYO...

Posted: 10 Jul 2010 05:02 AM PDT

Drama kecil berlaku dalam sidang media di lobi Parlimen pagi Khamis apabila dua orang yang sebutan nama mereka hampir sama tetapi berbeza ejaan, berdebat mengenai pendirian masing-masing berhubung isu Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mentei, Datuk Ahmad Maslan menganggap sesi dialog sudah mencukupi untuk mencari penyelesaian bagi isu itu, tetapi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkeras mencabarnya berdebat. Ahmad Maslan berpendapat, menerusi berdialog mereka mempunyai masa lebih lama untuk mendengar dan menyelesaikan masalah. Dia juga menafikan takut untuk berdebat.

"Saya bukan takut nak berdebat. Dengan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat pun saya sudah berdepan. Tak jadi masalah sebenarnya. Tapi kalau debat hanya sejam atau dua jam, susah nak selesaikan masalah. Dialog pula seharian pun boleh. Kalau tak puas hati dengan sesuatu perkara, kita boleh bawa pegawai jelaskan. Tak cukup satu hari boleh jadikan dua hari. Tapi debat, tak kan pula nak buat dua hari," kata Ahmad Maslan.

Mazlan pula berkata dia bukan mengejar publisiti tetapi mempunyai sebab tersendiri untuk berdebat. "Isu di tanah rancangan Felda ini sudah begitu lama dibiarkan. Saya sendiri sudah turun padang. Daripada 317 tanah rancangan Felda, saya sudah pergi 90 peratus. Saya telah terima maklum balas yang telalu banyak.

"Sebahagian masalah ini berlaku sebelum Datuk Ahmad Maslan berada dalam kabinet. Kita dah cuba bermacam cara, tetapi tidak mendapat respon positif dari Felda. Maka ruang terbaik ialah debat dan biarlah rakyat menjadi hakim, terutama masyakart Felda yang selama ini dikatakan tak tahu bersyukur, tak tahu berterima kasih dan sebagainya.

"Bagi saya, debat adalah satu platform untuk mengetengahkan isu Felda dan sebagai medan kepada rakyat mendengar sendiri perkara sebenar dan mengetahui siapa petualang sebenarnya," kata Mazlan pula.

Perkara mencuit hati berlaku pada sidang akhbar itu apabila kedua-duanya saling mendabik dada dengan memberi gambaran mereka lebih memahami masyarakat peneroka Felda.

"Saya adalah anak peneroka. Sejak berusia dua tahun saya dibawa masuk oleh ibubapa ke tanah rancangan Felda. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman itulah saya akan kongsi dengan rakyat Malaysia mengenai masalah Felda," kata Mazlan.

"Saya adalah anak penoreh getah. Kita dah tebang pokok getah dan kita tanam kelapa sawit. Kami berdua dari Johor. Dia (Mazlan) dari Bukit Ramon dan saya dari Benut. Umur kami sama, 44 tahun.

"Saya sudah terlibat dalam keputusan-keputusan besar Felda sejak 2005 apabila menjadi Pengarah Seranta Felda di JPM. Kemudian apabila menjadi Timbalan Menteri, PM minta saya terus jaga Felda. Saya memahami perkara-perkara mengenai Felda. Sebab itu saya ajak berdialog kerana berdebat tak akan selesaikan masalah kerana ia lebih kepada publisiti," kata Ahmad Maslan pula.

Kedua-duanya bagaimanapun bersetuju supaya debat atau dialog itu diadakan sebelum bulan puasa. Mereka juga ditanya sama ada tindakan untuk mengadakan dialog atau debat ini bertujuan mencari publisiti atau menyelesaikan masalah.

"Saya nak selesaikan masalah, Sebenarnya soal publisiti tak timbul. Saya bukan mahu mahu mencari publisiti. Saya serius mahu berdebat dan biarlah sasarannya adalah rakyat Malaysia. Biar mereka jadi hakim. Ini bukan soal saya dengan Datuk Ahmad Maslan. Dah berpuluh tahun kita berdialog dengan Felda dan hasilnya tak ke mana. Bagi saya, dia memang takut nak berdebat," kata Mazlan.


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


ZIONISME - SIRI 4

Posted: 09 Jul 2010 06:20 PM PDT



Mengenali Musuh Sebenar (I)

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan didalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk 'Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi'.

ZIONISME - SIRI 3

Posted: 09 Jul 2010 06:11 PM PDT

 
3. Hebrew

Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya'qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.

4. Zionisme

Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.


Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut.

Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil

ZIONISME - SIRI 2

Posted: 09 Jul 2010 05:52 PM PDT

2. Yahudi

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya'qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma'idah ayat 78:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

ZIONISME - SIRI 2

Posted: 09 Jul 2010 05:50 PM PDT

2. Yahudi

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya'qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma'idah ayat 78:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

ZIONISME - SIRI 1.

Posted: 09 Jul 2010 05:43 PM PDT

 
 
 
 
 
 
Mengenali Musuh : Yahudi, Bani Israel Atau Zionisme (I)

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memastikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel

Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya'qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya'qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.

Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud 'kamu mengalahkan Tuhan', dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya'qub mengalahkan Tuhan bernama Yahweh didalam satu sengketa.

 

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pelik tapi benar : Nik Aziz anggap Anwar layak jadi Mursyidul Am!

Posted: 10 Jul 2010 06:32 AM PDT

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan menolak jika ada tawaran untuk berada pada jawatan tertinggi dalam teraju pakatan pembangkang. Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak untuk berada di jawatan tersebut kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dan 'lulus ujian'."Kalau saya diberi peluang, saya nak beri jawatan saya (Mursyidul Am) kepada Anwar kerana Anwar ini jenis orang yang lalui segala tahap peperiksaan.

"Allahyarham Fadzil Noor telah cadang Anwar masa dia masih hidup lagi, ketika zaman Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Anwar telah lalui pelbagai dugaan fizikal dan moral.''Beliau lepas segala cubaan ini, orang ini paling layak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11 di sebuah hotel di sini . Turut hadir, Presiden persatuan tersebut, Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff.

Simposium yang bertemakan keseimbangan biologi ke arah kelestarian hayat itu diadakan selama tiga hari bermula semalam dan disertai seramai 250 ahli akademik serta mahasiswa dari seluruh institut pengajian tinggi. Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 yang berakhir baru-baru ini, perwakilan dari Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim mencadangkan Nik Abdul Aziz dilantik sebagai 'Mursyidul Am' bagi pakatan pembangkang kerana kewibawaan dan kejayaannya mentadbir Kelantan selama 20 tahun.

Di dalam hierarki Pas, Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan atau keputusan yang diambil oleh parti itu. Menteri Besar Kelantan itu dikatakan wajar diberi kedudukan yang lebih tinggi kerana kepimpinannya diterima pelbagai pihak dalam komponen pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut menegaskan cadangan itu tidak pernah dibincangkan malah mempertikaikan laporan media kerana tersalah tafsir kenyataan Wan Kharizal.!

Pelik..pelik..macamanalah Anwar yang menolak untuk menegakkan negara Islam di Malaysia boleh dijadikan rujukan oleh Nik Aziz untuk menjadi " Mursyidul Am " Pakatan Haram..!!!

Warna-warni politik
Torashah

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Mungkinkah 3A titik-tolak kehancuran PKR?

Posted: 09 Jul 2010 03:49 PM PDT

Nallakaruppan yang pernah menjadi bekas rakan tenis Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana tindakan Anwar Ibrahim yang melantik Azmin Ali, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim sebagai bukti kedudukan istimewa Azmin kepada Penasihat parti itu.

''Daripada Pengerusi PKR Sabah jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan sekarang Pengerusi PKR Selangor. Langkah seterusnya pasti Anwar akan jadikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

''Hari ini mangsanya Abdul Khalid, lepas ini kita tunggu siapa pula. Jadi moralnya, siapa yang pasang angan-angan nak ganti Anwar sebagai peneraju PKR elok lupakan saja,'' katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini.

''Pusing sana pusing sini, semua hanya pelakon sahaja, yang jadi pengarah tetap 3A (Anwar, Azmin dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail).

''Khalid mangsa terbaru 3A. Sebelum ini ramai yang sudah kena. Selepas ini tak tahu siapa pula.

''Yang pastinya, jalan untuk Azmin ke puncak menggantikan Anwar semakin terbuka luas. Dia (Anwar) sudah tanda (Azmin) dalam peta. Ternyata tiada siapa boleh gugat 3A,'' jelasnya.

''Siapa-siapa boleh cakap apa pun, tapi hakikatnya ia sesuatu yang pedih nak diterima. Macam mana Menteri Besar tak ada kuasa politik.

''Tapi apa boleh buat. Kita boleh kasihan sahajalah. Ramai pun yang sengsara sebelum ini kerana 3A ini terutama Azmin.

''Jadi kita tunggulah apa Abdul Khalid nak buat, mungkin ikut jejak mereka (tinggalkan PKR) yang sudah jadi mangsa 3A sebelum ini,'' ujar Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sinis.

Mungkin inilah yang menjadi tanda cinta sejati Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali yang selama ini sudah setia disampingnya sehinggakan sanggup juga berkongsi isteri dengan Anwar Ibrahim sehinggakan melahirkan Afifa yang sehingga kini kita meraguinya sebagai anak Azmin kerana bukti DNA sewaktu Anwar Ibrahim masih menjadi Timbalan Perdana Menteri mungkin boleh dimanipulasikan olehnya.

(Oleh: Mohd_Aimel)



Pengikut