Rabu, 7 Julai 2010

Razlan's

Razlan's


Kursus Kahwin Percuma - Seputeh

Posted: 07 Jul 2010 02:40 AM PDT














YB Khairy Jamaluddin bergambar bersama peserta kursus kahwin.


19 dan 20 Jun 2010 - Sempena Program Juara Rakyat "Bulan Belia Dan Sukan" Pergarakkan
Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seputeh telah menganjurkan Kursus Pra
Perkahwinan Percuma kepada pemuda dan puteri yang duduk di sekitar
Parlimen Seputeh.

Program ini bertujuan untuk mengalakkan generasi muda berkahwin
apabila cukup masanya kerana ianya dapat mengelakkan gejala sosial
yang meluas di sekitar Kuala Lumpur.

Menyedari peristiwa buang anak dan pelbagai masalah sosial, Pemuda dan
Puteri Seputeh telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan
kursus ini secara percuma. Seramai 150 peserta perempuan dan lelaki
telah mengikuti kursus yang diadakan selama dua hari.

"Program ini telah mendapat sambutan yang luas dan hampir 250 orang
telah berminat untuk menghadiri kursus ini, akan tetap disebabkan
JAKIM telah menghadkan hanya 150 orang boleh menyertai kursus
perkahwinan pada satu-satu masa, maka kami terpaksalah menolak
beberapa permohonan, tetapi, Insyallah kami akan menganjurkan program
ini dalam masa terdekat untuk kali ke-dua" - Kata Mohd Razlan, Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

"Pemimpin muda hari ini mesti memikirkan cara yang berlainan untuk
kita mendekati hati genarasi muda, dengan program seperti ini,
golongan belia akan dapat merasi pembelaan dari pemimpin Muda, kita
juga harus membela mereka dengan mengadakan skim pinjaman perumahan
100% kepada generasi muda, ini beberapa cadangan kami kepada pihak
kerajaan" - Khariry Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)

"Generasi Muda Melayu mesti menjadi orang yang bertanggunjawab,
tanggunjawab kepada Agama, bangsa dan Negara dengan ini, akan membantu
kita menjadi orang yang bertanggunjawab kepada Keluarga kita, oleh
itu, perkahwinan ini mestilah dijaga dengan baik agar maruah keluarga
dan agama serta bangsa kita dijaga" - Datuk Mustapa Kamal (Ketua UMNO
Bahagian Seputeh)

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 07 Jul 2010 08:29 AM PDT

Tindakan bawa PKR ke mahkamah buktikan Felda kukuh

Posted: 07 Jul 2010 08:28 AM PDT

Tuduhan tidak berasas menghina peneroka Felda

Posted: 07 Jul 2010 08:24 AM PDT

Puteri Ipoh Timor

Puteri Ipoh Timor


PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI UMNO IPOH TIMOR 2010

Posted: 07 Jul 2010 07:32 PM PDT


Ucapan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ipoh Timor


Para Perwakilan Puteri UMNO Cawangan-cawangan


Penyampaian Sijil Penghargaan kepada peserta 1Puteri Sang Saka Bangsa


Barisan Pegawai dan Ahli J/Kuasa Pergerakan Puteri UMNO Ipoh Timor

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


GELOMBANG RAKYAT- NIK AZIZ DESAK ANWAR BERSUMPAH???

Posted: 07 Jul 2010 07:19 AM PDT


NIK AZIZ DESAK ANWAR BERSUMPAH???

ADAKAH NIK AZIZ JUGA RAGU-RAGU DENGAN ANWAR IBRAHIM BERKENAAN KES LIWAT BELIAU???

ANWAR YANG DIGELAR NIK AZIZ SEBAGAI PEJUANG RAKYAT SEOLAH-OLAH TELAH DITIPU BELIAU??

APA CERITA???

PANASSSS...


MAKLUMAT LANJUT??? INILAH GELOMBANG RAKYAT...

KLIK SINI.


Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Bola Sepak, Politik dan Primadona

Posted: 06 Jul 2010 10:05 PM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Apakah PAS benar-benar Islam?

Posted: 06 Jul 2010 05:10 PM PDT

Saya sering melihat, selalu saja PAS marah dan menuduh UMNO sebagai parti melayu/Islam yang tak mahu melaksanakan ajaran Islam dalam negara. UMNO juga sering dilabelkan dengan dakyah parti sekular serta menolak Islam.

Tapi sebenarnya, apakah PAS lupa bahawa tugas untuk melaksanakan ajaran Islam ini bukan sahaja termaktub kepada parti UMNO sahaja. Tugas melaksanakan ajaran Islam serta berdakwah tentang kemuliaan Islam ialah tugas bagi semua orang Islam di dunia ini.

Saya terfikir, jika PAS mendabik dada dan mendakwa mereka memperjuangkan Islam dan juga lebih Islam dari parti lain, apa hasil yang boleh PAS banggakan dari perjuangan serta ketulenan perlaksanaan Islam mereka? Dimanakah sumbangan serta jasa PAS terhadap pembangunan serta dakwah Islam dalam negara?

PAS sengaja menutup mata dan pura-pura tak menyedari hakikat bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional memang melaksanakan usaha-usaha menerapkan undang-undang serta peradaban Islam dalam negara. Tetapi harus di ingat bahawa usaha UMNO ini tertakluk dibawah dasar-dasar demokrasi.

Bagi saya, walaupun ramai yang beranggapan bahawa sistem demokrasi adalah berdasarkan kehendak dan pilihan rakyat, namun diatas prinsip adil dan sama rata, tak semua keputusan boleh dibuat secara melulu dan membabi buta sahaja. Di samping mengambil kira kepentingan kaum lain yang berlainan agama didalam negara, corak pentadbiran UMNO juga berusaha untuk menerapkan pemahaman rakyat tentang Islam melalui pelbagai kaedah.

Didalam hal ini, apa yang PAS telah lakukan untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang Islam selain dari bermusuh dengan umat Islam lain di negara ini?

PAS sering menjaja tentang UMNO yang tak mahu melaksanakan sistem pentadbiran Islam secara menyeluruh seperti di negara-negara Timur Tengah. Tetapi negara manakah yang PAS maksudkan sebagai model? Adakah PAS melihat kepada negara Iran yang mengamalkan fahaman Syiah melampau? Ataupun PAS mahukan corak Islam berpuak seperti di Mesir dan Arab Saudi?

Pemimpin-pemimpin PAS sering mengembar gemburkan di setiap ceramah mereka di seluruh negara bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang di Parlimen kerana kurang majoriti MP-MP PAS. Sebab itulah mereka hanya mampu bercakap tetapi tak mampu melaksanakan undang-undang Islam.

Tetapi bagaimana pula dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka seperti di Kelantan?

Kalaupun wakil-wakil PAS yang menduduki kerusi pentadbiran negeri tak mampu untuk melaksanakan hukum Hudud, takkan lah mereka juga tak berupaya untuk membendung segala kegiatan sosial serta maksiat yang berleluasa di negeri tersebut.

Satu Malaysia telah sedia maklum tentang indeks maksiat serta gejala sosial dan jenayah Kelantan yang sentiasa berada di kedudukan nombor satu dalam negara.

Pada pandangan saya, jika pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan mengaku bahawa mereka adalah umat Islam terpilih dan lebih mahir didalam cara perlaksanaan Islam, mengapa mereka-mereka ini tak menetapkan satu cara perlaksanaan undang-undang Islam dibawah kuasa kerajaan negeri di Kelantan bagi mengatasi segala kemelut sosial yang melanda umat Islam di negeri itu?

Apakah selama ini mereka hanya mahir untuk menunding jari kepada kelemahan orang lain dan hanya tahu mengkritik tetapi sebenarnya mereka sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya penyelesaian yang perlu diambil?

Apakah PAS berasakan, dengan bersekongkol menjadi hamba kepada rakan-rakan kafir mereka di dalam Pakatan Rakyat itu sebagai satu perlaksanaan Islam? Apakah PAS berasakan, dengan membenarkan kafir secara terbuka mempermainkan imej Islam seperti yang dilakukan oleh Nga Kor Meng dan juga Lim Guan Eng itu baik untuk memahamkan rakyat tentang Islam?

Pas sebenarnya telah menjatuhkan maruah dan martabat Islam itu sendiri apabila menghalalkan agama dipermainkan oleh rakan sekutu kafir mereka didalam Pakatan Rakyat.

Yang menjadi persoalan, mengapa PAS yang kononnya beragama Islam serta berjuang untuk Islam sanggup membiarkan semua ini berlaku?

Jika benar PAS begitu benci kepada kezaliman, rasuah dan juga penyelewengan harta rakyat seperti yang mereka tuduh menjadi amalan UMNO, mengapa PAS sanggup pula bersekongkol dengan kafir DAP yang secara terang-terang zalim, terlibat dalam pertuduhan rasuah seperti di Selangor dan juga terbabit secara aktif menyelewengkan hak rakyat seperti di P.Pinang?

Kenapa PAS masih menutup mata dengan semua kemungkaran yang ada pada DAP serta PKR, yang selama ini juga mereka tuduh dilakukan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional?

Dengan rentetan semua isu yang berlaku, saya tertanya, apakah benar PAS itu faham tentang perjuangan serta matlamat perlaksanaan Islam yang mereka mahukan? Yang paling ketara ialah, apakah PAS itu benar-benar Islam?

(Oleh: che_wan)


Pas Kalau Terdesak, Islam Pun Dijual Kepada DAP

Posted: 05 Jul 2010 10:50 PM PDT




Dari Blog Jenice Lee:

'Al Quran Di Junjung , Islam Di Sanjung'

Kategori:

A)Tilawah Surah Bebas:
1) Remaja (18 tahun ke bawah) 1.1) Lelaki 1.2) Perempuan
2) Dewasa (18 tahun ke atas) 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan

B)Hafazan
1) Sekolah rendah 1.1) Lelaki 1.2)Perempuan
2) Sekolah Menengah 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan

Objektif:

a.Memupuk semangat persaudaraan dikalangan para peserta dan pelajar sekolah di dalam DUN Teratai.

b.Mewujudkan suasana cintakan Al Quran dan menerapkan elemen dakwah kepada masyarakat.

c.Membentuk masyarakat berilmu dan sentiasa mengingati Allah Taala dan kasihkan Nabi Muhammad saw.

d.Membentuk mukmin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma dan berdedikasi

e.Menanamkan sifat cinta dan kasihkan Islam kepada setiap peserta.

Hadiah(untuk setiap kategori) :

Johan RM100
N. Johan RM80
Ketiga RM60

Semua peserta akan dapat satu hadiah.

Inilah maruah dan perjuangan Pas. Kos majlis agama tak sampai RM 2k pun terpaksa mengemis kepada wakil rakyat bukan Islam. Syiar Islam kepala hotak Hasan Ali. Agaknya apa pula fatwa Jedi Pas kali ini.

Sungguhpun satu Pakatan, janganlah maruah Islam dihina sedemikian rupa sehinggakan majlis agama Islam terpaksa ditaja oleh orang bukan Islam. Miskin dan papa kedana sangatkah Iskandar Samad sekarang? Tapi nampak makin gemuk dan kaya raya sejak jadi EXCO.


(Sumber: http://selangordaily.blogspot.com/)

DunSemarang

DunSemarang


CELEK-Celek kan Mata...Lupa sejarah dan Tawarikh...hidup di Tanah Melayu.

Posted: 06 Jul 2010 07:34 AM PDT

MUNGKIN..Ramai yang bukan KOMUNIS akan mengaku menjadi PENGGANAS Komunis dan Ahli Komunis, apabila dasar Pentadbiran Penjajah selepas Merdeka pada waktu tersebut memberi Habuan dan Hadiah lumayan kepada penyerahan mereka untuk menyerah diri dan meletakkan senjata. Dasar ini amat menguntungkan Pengganas Komunis kerana jasanya menjadi komunis dan membunuh penduduk Tanah Melayu mendapat pengiktirafan dan Ganjaran yang amat lumayan. Bagaimana pula Tentera yang berjuang menentangnya dan mengekalkan ke amanan Tanah Melayu, adakah setimpal ganjaran yang mereka terima.
Rujuk artikel ini:
"......Muslihat ini telah membawa kejayaan yang besar terutama sekali di bahagian selatan, HOR LUNG, telah menyerah kalah dalam bulan April 1958.Beliau telah membawa keluar bersama-samanya 160 orang Pengganas Komunis yang lain dan ini telah membawakan beliau hadiah berjumlah$247.000.00..."
".....Seorang lagi Komunis KIM CHENG, yang memerintah kawasan YONG PENG johor, telah menerima hadiah sebanyak $50.0000.00 .Wang itu beliau gunakan untuk membeli sebuah Ladang Getah dan sekarang hidup dengan mewah..."
".....Kebanyakan daripada pengganas komunis yang telah menyerah diri, sekarang ini hidup ....."
Wahai SaudaraKu sekalian artikel ini saya rujuk dari Buku"Asia dalam Perubahan oleh Gilbert Khoo dan Dorothy Lo" ms237 Pembinaan semula Malaysia selepas perang.
Liahatlah..betapa mewahnya Pengganas Komunis, itu hanya ganjaran wang, belum hadiah Kg Baru, Tanah dan Ladang beratus hektar. Kita apakah yang Penjajah Beri. Apakah ganjran yang sewajarnya Tentera Melayu dapat adakah setimpal. MUNGKIN ramai yang mengaku Pengganas Komunis untuk mendapatkan Tanah dan Ganjran Lumayan. Cuba kita fikir..sepanjang jalan antara Yong Peng ke Segamat, kawasan Hitam Tegar Komunis, di Kiri dan Kanan jalan...MILIK Siapakah kebun Getah, Kelapa sawit, ladang sayur beratus hektar tersebut,,,bagaimana boleh menjadi milik
mereka..hairankan...Ajaibkan..Dan Kita tidak pernah mengungkit hak mereka..namun mereka sering mempertikaikan hak MELAYU, Islam dan Bumiputera..
Dan kita sehingga kini terus di hina, di caci, di maki dan di pandang rendah ooleh mereka atas kebaikan dan keluhuran hati budi kita. http://huanghaichen.blogspot.com/Tidak hairanlah jika ada suara sumbang ingin membawa kembali cHIN pEng ke Tanah Melayu ini. Kisah tersebut hanya di persekitaran YONG PENG, bagaimana pula di GO PENG. TAI PENG..dan banyak PENG lagi...Ingatlah Wahai anak BangsaKu..bersatulah kita, sayangi Bangsa, Agama dan Tanah Ayer.byM69/Rujukan dan Nasihat Khir Johari Majid Pakar Sejarah Tanah Ayer.

Tahniah Blog Pemuda UBAH/UMNO bhg Ayer Hitam

Posted: 06 Jul 2010 07:07 AM PDT


Tahniah kepada Blogger Pemuda UMNO Bhg Ayer Hitam, di atas kejayaan dan pelancaran Blog Pemuda Ayer Hitam JOHor. Semuga segala artikal, sumbangan idea, penyiaran aktiviti dapat terus menyumbang kepada kesejahteraan umat Melayu dan UMNO.Teruskan berkarya, teruskan perjuangan untuk menangkis segala thomahan dan fitnah, jangan undur hadapi segala rintangan dengan bersatu di bawah payung UMNO. ByM69.

Pengikut