Rabu, 7 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Apakah PAS benar-benar Islam?

Posted: 06 Jul 2010 05:10 PM PDT

Saya sering melihat, selalu saja PAS marah dan menuduh UMNO sebagai parti melayu/Islam yang tak mahu melaksanakan ajaran Islam dalam negara. UMNO juga sering dilabelkan dengan dakyah parti sekular serta menolak Islam.

Tapi sebenarnya, apakah PAS lupa bahawa tugas untuk melaksanakan ajaran Islam ini bukan sahaja termaktub kepada parti UMNO sahaja. Tugas melaksanakan ajaran Islam serta berdakwah tentang kemuliaan Islam ialah tugas bagi semua orang Islam di dunia ini.

Saya terfikir, jika PAS mendabik dada dan mendakwa mereka memperjuangkan Islam dan juga lebih Islam dari parti lain, apa hasil yang boleh PAS banggakan dari perjuangan serta ketulenan perlaksanaan Islam mereka? Dimanakah sumbangan serta jasa PAS terhadap pembangunan serta dakwah Islam dalam negara?

PAS sengaja menutup mata dan pura-pura tak menyedari hakikat bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional memang melaksanakan usaha-usaha menerapkan undang-undang serta peradaban Islam dalam negara. Tetapi harus di ingat bahawa usaha UMNO ini tertakluk dibawah dasar-dasar demokrasi.

Bagi saya, walaupun ramai yang beranggapan bahawa sistem demokrasi adalah berdasarkan kehendak dan pilihan rakyat, namun diatas prinsip adil dan sama rata, tak semua keputusan boleh dibuat secara melulu dan membabi buta sahaja. Di samping mengambil kira kepentingan kaum lain yang berlainan agama didalam negara, corak pentadbiran UMNO juga berusaha untuk menerapkan pemahaman rakyat tentang Islam melalui pelbagai kaedah.

Didalam hal ini, apa yang PAS telah lakukan untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang Islam selain dari bermusuh dengan umat Islam lain di negara ini?

PAS sering menjaja tentang UMNO yang tak mahu melaksanakan sistem pentadbiran Islam secara menyeluruh seperti di negara-negara Timur Tengah. Tetapi negara manakah yang PAS maksudkan sebagai model? Adakah PAS melihat kepada negara Iran yang mengamalkan fahaman Syiah melampau? Ataupun PAS mahukan corak Islam berpuak seperti di Mesir dan Arab Saudi?

Pemimpin-pemimpin PAS sering mengembar gemburkan di setiap ceramah mereka di seluruh negara bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang di Parlimen kerana kurang majoriti MP-MP PAS. Sebab itulah mereka hanya mampu bercakap tetapi tak mampu melaksanakan undang-undang Islam.

Tetapi bagaimana pula dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka seperti di Kelantan?

Kalaupun wakil-wakil PAS yang menduduki kerusi pentadbiran negeri tak mampu untuk melaksanakan hukum Hudud, takkan lah mereka juga tak berupaya untuk membendung segala kegiatan sosial serta maksiat yang berleluasa di negeri tersebut.

Satu Malaysia telah sedia maklum tentang indeks maksiat serta gejala sosial dan jenayah Kelantan yang sentiasa berada di kedudukan nombor satu dalam negara.

Pada pandangan saya, jika pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan mengaku bahawa mereka adalah umat Islam terpilih dan lebih mahir didalam cara perlaksanaan Islam, mengapa mereka-mereka ini tak menetapkan satu cara perlaksanaan undang-undang Islam dibawah kuasa kerajaan negeri di Kelantan bagi mengatasi segala kemelut sosial yang melanda umat Islam di negeri itu?

Apakah selama ini mereka hanya mahir untuk menunding jari kepada kelemahan orang lain dan hanya tahu mengkritik tetapi sebenarnya mereka sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya penyelesaian yang perlu diambil?

Apakah PAS berasakan, dengan bersekongkol menjadi hamba kepada rakan-rakan kafir mereka di dalam Pakatan Rakyat itu sebagai satu perlaksanaan Islam? Apakah PAS berasakan, dengan membenarkan kafir secara terbuka mempermainkan imej Islam seperti yang dilakukan oleh Nga Kor Meng dan juga Lim Guan Eng itu baik untuk memahamkan rakyat tentang Islam?

Pas sebenarnya telah menjatuhkan maruah dan martabat Islam itu sendiri apabila menghalalkan agama dipermainkan oleh rakan sekutu kafir mereka didalam Pakatan Rakyat.

Yang menjadi persoalan, mengapa PAS yang kononnya beragama Islam serta berjuang untuk Islam sanggup membiarkan semua ini berlaku?

Jika benar PAS begitu benci kepada kezaliman, rasuah dan juga penyelewengan harta rakyat seperti yang mereka tuduh menjadi amalan UMNO, mengapa PAS sanggup pula bersekongkol dengan kafir DAP yang secara terang-terang zalim, terlibat dalam pertuduhan rasuah seperti di Selangor dan juga terbabit secara aktif menyelewengkan hak rakyat seperti di P.Pinang?

Kenapa PAS masih menutup mata dengan semua kemungkaran yang ada pada DAP serta PKR, yang selama ini juga mereka tuduh dilakukan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional?

Dengan rentetan semua isu yang berlaku, saya tertanya, apakah benar PAS itu faham tentang perjuangan serta matlamat perlaksanaan Islam yang mereka mahukan? Yang paling ketara ialah, apakah PAS itu benar-benar Islam?

(Oleh: che_wan)


Pas Kalau Terdesak, Islam Pun Dijual Kepada DAP

Posted: 05 Jul 2010 10:50 PM PDT




Dari Blog Jenice Lee:

'Al Quran Di Junjung , Islam Di Sanjung'

Kategori:

A)Tilawah Surah Bebas:
1) Remaja (18 tahun ke bawah) 1.1) Lelaki 1.2) Perempuan
2) Dewasa (18 tahun ke atas) 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan

B)Hafazan
1) Sekolah rendah 1.1) Lelaki 1.2)Perempuan
2) Sekolah Menengah 2.1) Lelaki 2.2) Perempuan

Objektif:

a.Memupuk semangat persaudaraan dikalangan para peserta dan pelajar sekolah di dalam DUN Teratai.

b.Mewujudkan suasana cintakan Al Quran dan menerapkan elemen dakwah kepada masyarakat.

c.Membentuk masyarakat berilmu dan sentiasa mengingati Allah Taala dan kasihkan Nabi Muhammad saw.

d.Membentuk mukmin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma dan berdedikasi

e.Menanamkan sifat cinta dan kasihkan Islam kepada setiap peserta.

Hadiah(untuk setiap kategori) :

Johan RM100
N. Johan RM80
Ketiga RM60

Semua peserta akan dapat satu hadiah.

Inilah maruah dan perjuangan Pas. Kos majlis agama tak sampai RM 2k pun terpaksa mengemis kepada wakil rakyat bukan Islam. Syiar Islam kepala hotak Hasan Ali. Agaknya apa pula fatwa Jedi Pas kali ini.

Sungguhpun satu Pakatan, janganlah maruah Islam dihina sedemikian rupa sehinggakan majlis agama Islam terpaksa ditaja oleh orang bukan Islam. Miskin dan papa kedana sangatkah Iskandar Samad sekarang? Tapi nampak makin gemuk dan kaya raya sejak jadi EXCO.


(Sumber: http://selangordaily.blogspot.com/)

Tiada ulasan:

Pengikut