Isnin, 5 Julai 2010

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH


KAMPUNG DUDAR TIDAK KETINGGALAN DARI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA

Posted: 05 Jul 2010 08:22 AM PDT

Hari ini saya berada di kampung Dudar Laut, di majlis penyerahan bibit getah klon latex balak dan merasmikan Tanaman Getah secara berkelompok di dua buah kampung ia itu Kg. Dudar Ulu dan Kg. Dudar Laut.

Berdasarkan statistik semasa, tanaman getah boleh menghasilkan pendapatan Rm 500.00 sebulan setiap seekar, ini bererti kalau kita ada tiga ekar kawasan tanah kita boleh meraih pendapatan Rm 1,500.00 setiap bulan dan ini boleh mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan.

Sebanyak 5,000 pokok getah saya agihkan kepada penduduk kampung melelui peruntukan saya, manakal LIGS di bawah kementerian saya membangunkan 300 ekar kawasan tanah ditanam dengan getah secara berkelompok didua buah kampung ia itu Dudar Ulu dan Dudar Laut. Sasaran kita untuk daerah Kota Belud ialah seluas 20,000 ekar yang melibatkan ketiga-tiga kawasan DUN ia itu Tempasuk, Kedamaian dan Usukan.

Saya juga telah berbincang dengan Pegawai Daerah Kota Belud, untuk membawah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) berasaskan tanaman getah ke kawasan ini, memandangkan di sini terdapat ramai rakyat miskin tegar dan miskin. Program ini amat sesuai dilaksanakan di kawasan ini bagi membantu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Dalam kesempatan ini, saya meninjau beberapa buah rumah yang amat daif. Saya menaiki rumah Pak Cik Pilang yang hanya mampu berkata " Tolong saya Datuk" hati mana yang tidak terasa hiba, apabila mendengar rintihan seorang tua yang tidak berupayah tinggal disebuah rumah yang cukup usang. Saya telah berjanji kepada Pak Cik Pilang untuk berusaha mendapatkannya sebuah rumah yang lebih baik, semoga tohan melindungi kamu.




Jalan Raya yang sedang dinaik taraf menuju ke kampung Dudar


Di majlis Penyerahan Bibit Getah klon latex balak


Meninjau kawasan tempat tanaman getah secara berkelompok oleh LIGS



Meninjau kawasan perkampungan.


Beginilah keadaan rumah Pak Cik Pilang yang sempat saya lihat sendiri

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


USUL PEMUDA UMNO JOHOR BAHRU MENJUNJUNG TITAH SULTAN JOHOR – MEMBINA JAMBATAN BAGI MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR

Posted: 05 Jul 2010 10:07 AM PDT

USUL MENJUNJUNG TITAH D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM – MEMBINA JAMBATAN BAGI MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR

MEMAHAMI

1. Titah D.Y.M.M Sultan Johor yang begitu prihatin dan memahami jiwa dan kemahuan rakyat Johor agar kerajaan mengkaji semula pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana ia amat penting kepada rakyat dan Negeri Johor.

2. Bahawa pembinaan sebuah jambatan bagi menggantikan Tambak Johor yang telah berusia 86 tahun adalah perlu dalam meningkatkan nilai komersial, sosial dan ekonomi khususnya Negeri Johor dan kepada rakyat Johor di sebelah selatan tanahair.

3. Hubungan Malaysia – Singapura telah lama terjalin dalam pelbagai hala dan unik. Bukan sekadar hubungan perdagangan tetapi hubungan kekeluargaan antara rakyat kedua-dua pihak telah berlangsung dan terjalin lebih dari 100 tahun. Hubungan rakyat kedua-dua negara juga terjalin atas hubungan perkahwinan, persaudaraan, kebudayaan, keagamaan dan faktor ekonomi.

4. Kedua-dua negara berkongsi banyak kepentingan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat secara bersama-sama seperti Perjanjian Air, Ruang Udara, Tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM), Caruman Pekerja (CPF), Pembekalan Pasir dan sebagainya.

MENYEDARI

1. Sokongan yang diberi oleh Kesultanan Johor sehingga tanah milik Istana berhampiran Kampong Bakar Batu seluas 10.8 hektar dijadikan penempatan semula penduduk dari Flat Bukit Chagar dan Tanjung Puteri yang terlibat dalam pembinaan Kompleks Kastam dan Imigresen yang baru bagi menggantikan yang lama di Tanjung Puteri ( sekarang dikenali sebagai Bangunan Sultan Iskandar) maka kerajaan perlu mengkaji semula pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Johor.

2. Pembinaan Bangunan Sultan Iskandar sahaja tanpa pembinaan jambatan menjadikan perkhidmatan Jabatan Imigresen dan Kastam menjadi tidak efektif disebabkan matlamat asal terutamanya untuk melancarkan kenderaan yang memasuki Negeri Johor menggunakan Bangunan Sultan Iskandar tidak tercapai. Saiz Tambak Johor yang tidak lagi sesuai menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat terutama pada waktu puncak, hujung minggu dan cuti-cuti umum memburukkan lagi keadaan.

3. Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuk mengkaji struktur laluan dan membina laluan tambahan atau 'short term access' dari Tambak Johor ke Bangunan Sultan Iskandar tetapi hingga saat ini masalah kesesakan lalulintas masih diatasi disebabkan bentuk Tambak Johor sendiri yang sempit dan saiznya yang kecil.

4. Selain masalah trafik, laluan air juga di dapati tersekat di Tambak Johor, walaupun skruktur asal tambak terdapat relung yang menghubungkan sebelah timur dan barat Tambak Johor tetapi ianya telah lama tersumbat atau tertutup oleh sampah sarap dan tiada penyelenggaraan yan sempurna. Ini memberi kesan ekologi kepada struktur ekosistem hidupan laut di pesisiran Pantai Lido sehingga banyak hidupan laut mati dan pupus. Jika jambatan dapat dibina dan tambak dipecahkan, aliran air akan bersambung semula antara timur dan barat Selat Tebrau, yang mana lama kelamaan membina semula ekosistem hidupan laut yang semakin pupus.

5. Disamping itu aliran air yang kembali terjalin pasti mencetus semula kerancakan ekonomi khususnya di pesisir Pantai Lido yang terhad disebabkan kualiti air yang teruk pada masa ini. Aktiviti nelayan juga terutama di Sungai Melayu, Gelang Patah dan penternakan berasakan sangkar seperti kupang dan ikan akan kembali menguntungkan. Aktiviti perdagangan melalui saiz kapal-kapal tertentu yang boleh melalui Selat Johor dan pelbagai industri berasaskan pelancongan menjadi satu lagi alternatif perniagaan berbentuk komersial yang boleh digerakkan.

MENGINSAFI

1. D.Y.M.M Sultan Johor telah bertitah meminta kerajaan mengkaji semula pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana ia amat penting kepada negeri dan rakyat Negeri Johor.

2. Keseluruhan rakyat Negeri Johor tanpa mengira Agama dan Bangsa menjunjung titah D.Y.M.M Sultan Johor, agar kerajaan mengkaji semula pembinaan jambatan menghubungkan Johor dan Singapura.

3. Tambak Johor adalah lambang kesan penjajahan Kolonial British dan lambang Dasar Pecah Belah dan Perintah yang diamalkan mereka di Persekutuan Tanah Melayu (ketika itu) termasuk di Negeri Johor sehingga menimbulkan kesan ekonomi dan sentiment kaum.

MAKA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan:

1. Agar kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, mengkaji dengan serius pembinaan semula jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

2. Segala rundingan dan keputusan berhubung pembinaan jambatan hendaklah mengambil kira kepentingan dan sensitiviti rakyat Negeri Johor.

3. Singapura perlu diajak terlibat sama dalam pembinaan jambatan tetapi tanpa mengikat Malaysia dengan syarat-syarat tertentu kerana mereka juga boleh mendapat faedah dan manafaat dari pembinaan jambatan tersebut.

Share/Save/Bookmark

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


ANWAR MELUTUT MINTA MAAF PADA YAHUDI?? - KEMARUK NAK JADI PM LA KATAKAN.

Posted: 05 Jul 2010 09:21 AM PDT

Sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecut terhadap Yahudi bila di Amerika dan berlagak bukan main menghentam mereka waktu di Malaysia terus mengundang reaksi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu membangkitkan bagaimana Anwar menuduhnya kononnya melutut dengan kuasa besar semasa pergi ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk bertemu dengan Presiden negara itu, Barack Obama bagi membincangkan kepentingan negara.

Katanya disebalik itu Anwar yang sanggup ke Amerika Syarikat bagi memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di sana atas kelantangannya mengkritik Zionis sebelum ini. Menurut Najib ini lebih dilihat kepada satu usahanya untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini dengan sokongan tokoh-tokoh berkenaan.

Berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian Jerantut, Perdana Menteri berkata Penasihat PKR itu kini tidak ubah seperti "sesumpah politik" yang sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan cita-cita peribadinya.

Najib secara sinis berkata cita-cita besar Anwar yang "terlalu ingin sangat" hendak menjadi Perdana Menteri kini hanya mengundang pelbagai masalah dan penyakit kepadanya.

"Kita tak terlalu ingin sangat akan sesuatu.., bila nak sangat-sangat, apa pun kalau nak sangat-sangat, boleh jadi penyakit," katanya.

"Apabila saya pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu dengan Presiden negara itu, Barack Obama, bagi membincangkan kepentingan negara, saya dituduh oleh Anwar kononnya saya melutut dengan kuasa besar itu.

"Saya berunding atas kepentingan negara Malaysia kerana kita ingin melihat rakyat Malaysia mampu mencapai kejayaan di persada antarabangsa. Saya tidak pernah keluar perkataan "minta maaf" tetapi dia sendiri yang pergi ke AS untuk meminta maaf atas kepentingan negara itu kerana dia takut dengan kawan-kawannya itu marah," katanya.

Najib berkata Anwar terpaksa berbuat demikian ekoran tindakannya sebelum ini yang telah mengkritik Yahudi dalam isu `pencerobohan Zionis' dan membangkitkan isu Apco Worldwide (Apco).

Perdana Menteri berkata penasihat PKR itu terpaksa mengadap tokoh-tokoh Yahudi di negara itu yang marah dengan tindakannya yang begitu keras mengkritik Zionis sebelum ini. Mengikut laporan akhbar, sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan kapitalis dan konservatif, Rachel Motte menganggap, Anwar adalah seorang pemimpin yang tidak mengenang budi.

Motte dilaporkan berkata, Anwar adalah pemimpin yang memperjuangkan imej pro Barat ketika di luar Malaysia tetapi untuk mendapat sokongan Melayu beliau mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Sementara itu menyentuh tentang laporan akhbar lidah rasmi PKR ,Suara Keadilan yang mendakwa kononnya Felda bangkrap ,Perdana Menteri anggapnya satu satu penghinaan kepada golongan peneroka .

Kata Najib ia merupakan pendustaan besar yang dilakukan pembangkang kepada masyarakat peneroka dan luar bandar kerana institusi itu banyak membangunkan masyarakat Melayu.

Beliau menilai tindakan PKR itu merupakan salah satu agenda untuk menghancurkan Felda yang berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu sejak 50 tahun lalu.

Selama ini, menurut beliau, Felda merangka pelbagai program untuk membangunkan golongan peneroka dan anak-anak mereka dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kemahiran.

Perdana Menteri memberi jaminan sentiasa meneliti pengurusan aset Felda secara sistematik supaya matlamat membangunkan peneroka tidak pernah tersasar.

Puteri UMNO Kota Marudu

Puteri UMNO Kota Marudu


Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO KM

Posted: 04 Jul 2010 10:50 PM PDT






MENGHADIRI MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN KOTA MARUDU
PADA: JULAI 03, 2010
TEMPAT: DEWAN TIONGHWA, KOTA MARUDU
DIRASMIKAN OLEH:
YBHG. TUAN WETROM @ MOHD. FIKRI BAHANDA
KETUA BAHAGIAN, UMNO KOTA MARUDU


SELAMAT BERSIDANG!

Program Juara Rakyat: Belia & Sukan

Posted: 04 Jul 2010 10:33 PM PDT







MENGHADIRI PROGRAM JUARA RAKYAT
"BULAN BELIA DAN SUKAN"
ANJURAN UMNO BAHAGIAN KOTA MARUDU
PADA : JUN 26 & 27, 2010
TEMPAT : SK. LANGKON, KOTA MARUDU
DIRASMIKAN OLEH :
YBHG. TUAN HJ. NIZAM BIN DATUK SRI ABU BAKAR TITINGAN
KETUA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA KETUA MENTERI SABAH



SYABAS DAN TAHNIAH ATAS PENGANJURAN PROGRAM INI!

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Suara pemimpin Melayu akan lenyap kerana ghairah jaga hati bukan Melayu

Posted: 04 Jul 2010 08:17 PM PDT

PEMIMPIN Melayu harus berani bersuara jika kepentingan dan hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini masih lagi dipertikaikan oleh bukan Melayu, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Untuk itu katanya, kuasa yang ada pada pemimpin Melayu tidak wajar sewenang-wenangnya dipergunakan bagi tujuan mengambil tindakan terhadap mereka yang lantang bersuara memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

"Jika setiap kali pemimpin yang berani bersuara menegakkan hak orang Melayu diberikan amaran akan diambil tindakan, lama-kelamaan suara itu akan lenyap dan dipandang sepi oleh bukan Melayu," tegasnya lagi.

Akibatnya jelas beliau, masa depan orang Melayu menjadi bertambah teruk apabila turut dieksploitasikan oleh parti-parti politik perkauman yang ghairah untuk berkuasa.

Beliau kesal apabila ada pemimpin Melayu lantang mengkritik kebiadaban bukan Melayu, maka pemimpin Melayu tersebut yang akan diberikan teguran dan dituduh sebagai rasis.

Pendirian songsang ini katanya, menjadi salah satu punca sesetengah orang Melayu termasuk golongan profesional kurang berminat membabitkan diri dengan pertubuhan politik termasuk UMNO.

Beliau bimbang sikap buruk sangka terhadap kelantangan sesetengah pemimpin Melayu akan memberi kesan negatif kepada masa depan negara ini.

"Apabila setiap kali hak orang Melayu dicabar dan dipertikaikan oleh bukan Melayu seperti dalam isu agama, ekonomi, pelajaran, bahasa dan budaya, kita diminta supaya bersabar kerana ingin menjaga hati rakan kita," tegasnya.
Tambah menyedihkan jelas beliau, ada segelintir pemimpin politik Melayu sanggup bersubahat dengan bukan Melayu untuk berkongsi kuasa menghancurkan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

"Kita disarankan supaya diam kerana khuatir akan melukai hati rakan bukan Melayu, akibatnya generasi muda Melayu turut mempertawakan sikap baik hati kita itu,".

Tetapi soal Syed Ali, sampai bilakah orang Melayu diminta bersabar dan menjaga hati kaum lain sedangkan perasaan orang Melayu tidak pernah mereka perdulikan.

"Kita diminta bersabar kononnya nak jaga hati rakan bukan Melayu, tetapi apakah mereka juga pernah nasihatkan kaum mereka supaya jangan ungkit perkara sensitif kerana mengambil hati orang Melayu,? soal beliau.

Katanya, kalau bukan Melayu tahu menghormati dan menjaga hati orang Melayu, mereka tidak akan berani mengungkit pelbagai perkara yang sudah dipersetujui bersama termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hubungan ini tegasnya, sudah sampai masanya pemimpin UMNO harus berani bangkit, berterus-terang dan jujur kepada perjuangan bangsanya sendiri.

Oleh sebab itu jelasnya, ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pemimpin UMNO (Melayu) harus menjadi pemimpin yang disanjung rakyat perlu dijadikan kenyataan.

"Kalau Presiden UMNO sendiri menegaskan beliau inginkan yang terbaik untuk parti, maka kita diperingkat bawah perlu sahut kata-kata beliau dengan memulakan langkah seterusnya, iaitu berani dan berterus-terang kepada bangsa kita sendiri," tegasnya.

Mengulas lanjut kenyataan Najib semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, Pahang semalam yang mahukan sesama pemimpin UMNO menasihati di antara satu sama lain, Syed Ali menjelaskan ;

" Banyak yang tersirat disebalik kenyataan Najib itu, tetapi yang pasti kita perlu bangkit sebagai sebuah pasukan untuk memastikan UMNO menempa kejayaan lebih cemerlang,"

Apa yang penting katanya, pemimpin UMNO harus berani bersuara memperjuangkan kepentingan umat Melayu kerana rakyat mahu melihat UMNO kekal menjiwai perjuangan mereka.
"Kalau kita bersikap retorik, tidak berani bersuara memperjuangkan kepentingan Melayu, jangan salahkan orang Melayu apabila mereka menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, sesama pemimpin UMNO harus menerima nasihat jika peringatan itu tidak menjadikan UMNO lesu dipersendakan pihak lawan termasuk bukan Melayu yang amalkan politik perkauman.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Melayu Tanjong jangan dijadikan jeruk ‘pala dan asam’!

Posted: 05 Jul 2010 01:02 AM PDT

KALAU ke Pulau Pinang, nasi kandar sudah menjadi satu kemestian. Dari Kuala Lumpur, ada yang sanggup mencari nasi kandar Line Clear di Jalan Penang. Tetapi sebagai buah tangan untuk dibawa pulang, jeruk buah menjadi pilihan utama.

Di Pasar Chowrasta, Jalan Penang atau sebelum melangkah masuk ke feri di Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim, pelbagai jenis jeruk dijual. Tak kiralah siapa yang proses dan jual jeruk itu, tetapi biasanya orang akan bawa pulang sebagai oleh-oleh. Padahal, jeruk ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Di daerah Balik Pulau, banyak buah pala ditanam dan di situ ada pengusaha jeruk.

Jeruk terutama buah pala memang popular di Pulau Pinang. Ada juga 'asam' lain. Di Pulau Pinang, macam-macam asam ada termasuk asam gelugur (dijadikan asam keping untuk kuah laksa dan asam pedas), asam jawa, asam ko, malahan belimbing pun disebut sebagai asam sama ada belimbing besi atau belimbing buluh.

Tetapi asam yang ingin disentuh pada minggu ini bukan asam yang dibuat jeruk atau 'ikan di laut asam di darat, bertemu juga dalam belanga' tetapi Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong. Sebelum ini 'pala' dah jadi jeruk apabila Kampung Buah Pala, sebuah perkampungan orang India yang menternak lembu terpaksa 'dirobohkan' demi pembangunan.

Bagaimanapun nasib mereka agak baik. Walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman yang dikatakan sudah diteroka sejak 200 tahun itu tetapi pampasan yang diterima lebih melegakan. Khabarnya mereka mendapat rumah teres dua tingkat yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Sebaliknya di Kampung Jalan Pokok Asam, yang kebanyakannya nelayan dan 'orang lama', pampasan yang dikatakan bakal diterima hanyalah RM75,000. Dengan suasana selesa di sebuah perkampungan yang dinikmati selama ini, tiba-tiba kehidupan penduduk Kampung Jalan Pokok Asam yang berusia hampir 100 tahun itu akan berubah.

Belum pasti di mana mereka akan tinggal dengan pampasan RM75,000 itu. Tiada lagi suasana anak-anak bermain di kampung. Episod indah itu akan berakhir. Mungkin mereka akan menjadi penghuni di rumah pangsa kos rendah. Terkepung! Tiada lagi kebebasan sebagai orang kampung. Apakah ia sesuai untuk penduduk di situ menjalani kehidupan baru? Sukar untuk meramalkan kehidupan mereka pada masa depan.

Pada masa yang sama apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri dalam menghadapi masalah ini? Kebajikan rakyat seperti ini harus dijaga. Kerajaan perlu berhemah dan bijaksana dalam menyelesaikan masalah penduduk itu.

Tentunya kerajaan negeri tidak mahu dilihat sebagai 'menekan' orang Melayu. Sebelum ini satu persatu isu mengenai masalah Melayu ditonjolkan. Selepas gerai ikan bakar, gerai buah-buahan dan gerai atas pokok dirobohkan, timbul pula isu Kampung Jalan Pokok Asam, yang juga melibatkan orang Melayu.

Sebelum ini ketika berhadapan dengan kritikan berhubung banyak gerai Melayu dirobohkan, kerajaan negeri menafikan. Kerajaan pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan serta risalah yang menyatakan lebih banyak tindakan dikenakan ke atas peniaga bukan Melayu.

Maka sesetengah orang Melayu menerima bulat-bulat kenyataan itu. Mereka mudah lupa seperti kata Dr. Mahathir Mohamad. Lupakah orang Melayu bahawa di Pulau Pinang, jumlah peniaga yang teramai adalah bukan Melayu? Berapa kerat sangat orang Melayu yang berniaga di pulau itu?

Paling ramai ketika bazar Ramadan...itu pun kecoh satu pulau. Kalau masuk pusat beli-belah, memang ramai orang Melayu tetapi sebagai jurujual bukannya peniaga. Jadi fahamilah kira-kira mudah, jangan terlalu asyik dibuai angka itu. Ini bukan soal rasis atau perkauman tetapi kenyataan.

Berbalik kepada kampung Melayu, berapa lama lagi kampung-kampung di sekitar Georgetown (sebelah pulau) seperti di Sungai Pinang, Jalan Perak, Gelugor dan Tanjung Tokong mampu bertahan?

Hakikatnya, lambat laun perkampungan Melayu akan terhakis. Nasib baik ada Koperasi Melayu Pulau Pinang yang membina rumah pangsa untuk orang Melayu. Maka dapatlah mereka bertahan di tengah-tengah pembangunan yang semakin pesat itu. Jika tidak, mereka terpaksa 'lari' ke Telok Bahang atau Balik Pulau atau ke Kulim dan Sungai Petani di Kedah.

Mungkin Melayu Pulau Pinang juga bernasib baik kerana masih tinggal di tanah wakaf. Tetapi apakah mereka juga akan mengalami nasib yang sama seperti penduduk di Jalan Pokok Asam? Mungkin yang tinggal hanya tanah kubur dan masjid.

Kampung-kampung Melayu mungkin akhirnya akan menjadi `jeruk' seperti `pala dan asam'. Apakah Kampung Makam juga akan dimakamkan satu hari nanti? Jika ini berlaku, ia adalah satu episod yang amat menyedihkan bagi orang Melayu.

Semoga tanah-tanah wakaf akan dilindungi dan menjadi tempat orang Melayu terus berteduh di situ. Tetapi pemimpin Melayu yang ada `sedikit kuasa' termasuk dalam parti politik perlulah melakukan sesuatu untuk mempertahankannya. Ingatlah bahawa pembangunan tidak dapat dielakkan tetapi janganlah sampai kehidupan yang dinikmati selama ini musnah.

Kepada siapa Melayu Pulau Pinang yang merupakan minoriti mahu mengadu nasib? Dengan minoriti yang berpecah kepada Melayu UMNO, Melayu Gerakan, Melayu Pas, Melayu PKR dan Melayu DAP, apakah terbela nasib mereka?

Pemimpin Melayu pula tidak seharusnya bercakaran sesama sendiri. Mereka harus bangkit - walaupun teramat sukar - dengan satu semangat baru. Contohi semangat berpasukan seperti dalam pasukan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung. Lihatlah kebangkitan beberapa pasukan yang menghampiri kemuncak kejohanan.

Paling penting untuk dijadikan contoh bagaimana kesebelasan pemain seperti pasukan Jerman adalah muka baru yang mampu memberi nafas baru kepada pasukan itu.

Renungi kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengenai semangat berpasukan. Kemudian gabungkan pula dengan semangat kesebelasan muka baru pasukan Jerman. Mungkin gabungan semangat dan muka baru ini, Melayu tidak lagi sekadar menjadi tukang sorak di luar padang sambil makan kuaci atau kacang goreng. Jika tidak, mereka hanya sekadar menang sorak kampung tergadai. Ingat juga kata-kata orang Pulau Pinang...Balik Pulau Bayan Lepas, di sana terpelau di sini terlepas!

Hassan Mohd. Noor
Warna-warni politik
Torashah

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


NILAI PERHIMPUNAN KITA

Posted: 05 Jul 2010 02:33 AM PDT

Assalamualaikum dan salam bloger,..

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian kini sedang berlangsung di seluruh negara. Ia adalah satu kewajipan ke atas parti UMNO dan setiap ahli parti. Namun, mungkin ada beberapa hal yang menarik untuk saya lontarkan agar kita sama-sama dapat berfikir mengenainya.

Kepada ahli UMNO, apakah ertinya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian ini yang diadakan setiap tahun. Apakah ia hanya sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan?. Atau, adakah ia sekadar kita hadir untuk memilih G7 yang akan mewakili Bahagian ke Kuala Lumpur?. Atau, adakah hanya sekadar melontarkan ucapan penangguhan yang berapi-api dan jauh daripada itu, mungkinkah hanya untuk membuat kritikan-kritikan pedas.

Mari kita berfikir, sejauh manakah dalam setiap sanubari kita, kita berfikir untuk menjadikan Mesyuarat Perwakilan UMNO ini sebagai pentas atau tempat untuk kita semua bermuhasabah diri, berfikir dengan sedalam-dalamnya mengenai masa depan serta ancaman yang sedang dihadapi parti UMNO pada masa kini.

Apakah wujud di fikiran kita kemahuan yang sebenar-benarnya untuk melihat UMNO kembali kuat dan bertaut di hati rakyat selepas ia berhadapan dengan sesuatu yang pahit pada PRU-12 yang lalu. Saya tidak mahu memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut kerana biarlah kita sendiri yang menjawabnya.

Apa pun, saya berpendapat, mesyuarat perwakilan UMNO kali ini harus berbeza dengan sejarah mesyuarat perwakilan yang telah berlalu. Banyak sebabnya. Pertama, senario atau iklim politik UMNO sendiri sudah berubah. Malah, landskap politik juga telah dicorakkan dengan begitu berbeda oleh masyarakat kita walaupun kadangkala kelihatan seperti telah keterbelakang. UMNO perlu berada pada landasan yang berteraskan perubahan zaman dan mengambil kira iklim politik semasa.

Oleh kerana itu, saya berpendapat, ahli-ahli UMNO harus menjadikan mesyuarat perwakilan kali ini untuk melakukan lebih banyak perubahan untuk parti, atau sekurang-kurangnya, kita berikan pandangan yang bernas dan terbaik untuk parti kita. Itu yang menjadi harapan saya sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita berfikir mengenai hal tersebut dan meletakkan kepentingan parti keramat kita, UMNO ini di tempat yang paling atas dalam senarai kepentingan-kepentingan yang sedia ada. Mudah-mudahan UMNO akan terus kekal dan kembali kuat, sekaligus kekal sebagai peneraju dan tunjang kepada pemerintahan Negara ini, insya'Allah.

Pengikut