Jumaat, 25 Jun 2010

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PKR SELANGOR MAKIN CELARU - AZMIN KATA LAWAN TETAP LAWAN??

Posted: 24 Jun 2010 09:54 PM PDT

Pekung kegagalan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor semakin terdedah dengan pertukaran Setiausaha Politiknya Nik Nazmi Nik Ahmad serta peletakan jawatan Naib Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sebelum inipun, sudah macam-macam cerita pasal perang antara Khalid dan Azmin.

Malah pada Konvensyen PKR di Kelantan baru-baru ini, timbul juga cerita kononnya keretakkan hubungan kedua-dua mereka amat serius hingga ada perwakilan mendakwa mereka tidak boleh bertentang mata.

Mungkin ramai tidak tahu, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dilihat lebih sesuai sebagai Menteri Besar tetapi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin merancang menawan Putrajaya berpendapat Azmin lebih diperlukan dalam kabinetnya.

Bagaimanapun, selepas pembohongan Ketua Pembangkang itu terbongkar dan pelan 16 September tinggal mimpi kosong, timbul semula cerita Azmin perlu menerajui kerajaan Selangor tambahan pula Khalid dianggap gagal mentadbir negeri itu.

Isu pengagihan lembu korban ke Parlimen Bandar Tun Razak dan penyelenggaraan kereta Lexus milik peribadi menggunakan peruntukkan kerajaan negeri dan anak syarikatnya antara yang mencalarkan imej Khalid. Barangkali sedar kedudukannya tergugat, Anwar kemudian dilantik penasihat ekonomi Selangor sekaligus Khalid berasa selamat di bawah dagu Ketua Umum PKR itu.

Terkini, dengan tindakan Khalid melantik Setpol baru, Faekah Husin yang juga Setpol kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail, ada kalangan pemimpin dan ahli PKR menganggap tindakan itu memberi kesan mendalam kepada Azmin.

Ini kerana Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia dikatakan amat rapat dengan Azmin malah Nik Nazmi pernah bertugas sebagai pegawai khas Anwar sebelum bertanding pada PRU 12.

Justru itu, pasti satu percaturan menarik ekoran pelantikan Faekah yang masih Setpol Wan Azizah kerana di kalangan pemimpin yang rapat dengan keluarga Anwar, mereka tahu pergeseran bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan Azmin dipercayai ada kaitan dengan Shamsidar Taharin.

Sekaligus, apabila Nik Nazmi keluar daripada pejabat Menteri Besar Selangor, Azmin mungkin putus maklumat mengenai tindak tanduk serta perancangan Khalid. Sebab itu, Azmin barangkali meletak jawatan daripada PKNS sebagai tanda protes terhadap pimpinan Khalid.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak ketika ditanya Agendadaily, punca melepaskan jawatan itu menafikan ianya ada kaitan dengan Nik Nazmi ataupun pemilihan pucuk pimpinan PKR tidak lama lagi.

Apapun, keputusan Azmin menghantar surat memaklumkan meletak jawatan itu dibuat empat hari menjelang parti itu dijadual mengadakan sesi pemukiman serta Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini.

Dalam pada itu, ada juga pihak melihat tindakan Azmin ini antara strategi awal beliau merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang Syed Hussin Ali.

Pelantikan Nik Nazmi sebagai Pengarah Komunikasi PKR sudah pasti akan banyak membantu kempen Azmin jika beliau memutuskan bertanding menentang Syed Hussin kelak.

Namun disebaliknya semua percaturan politik itu, jelaslah rumah tangga PKR khususnya di Selangor sedang bergolak dan Azmin tidak menolak kemungkinan berlaku rombakan dalam struktur parti yang akan diumumkan selepas MPP Ahad ini.

Lagipun jika benar ada kumpulan 15 Ahli Parlimen yang turut mempertikai kepimpinan Khalid, dan menyokong Azmin bermakna Ahli Parlimen Gombak itu bukan lagi harimau yang menyembunyikan kukunya.


PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Juara Rakyat

Posted: 25 Jun 2010 01:21 AM PDT

Karnival Juara Rakyat Anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai bersama-sama Pengerusi Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan , Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjong Piai dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Pontian yang akan diadakan pada 27 Hb. Jun 2010 bertempat di IM Futsal Centre Pontian.

Majlis akan dirasmikan oleh Y.B Datuk Mohd Osman Hj. Yusof, ADUN Kawasan Kukup merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai.

Diminta semua penduduk yang tinggal berdekatan dapat sama-sama memeriahkan majlis pemimpin bersama rakyat ini..

1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan..

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


UMNO tidak sisih golongan ulamak – Nasir Ghani

Posted: 25 Jun 2010 12:55 AM PDT

UMNO tidak pernah mengetepikan sumbangan dan peranan golongan ulamak dalam usaha memantapkan pembangunan negara, kata Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Haji Md. Nasir Ghani.

Beliau menjelaskan, sejak pra-merdeka sehingga kini UMNO sentiasa menghargai malah memperakui peranan yang dimainkan oleh golongan tersebut.

Oleh sebab itu katanya, pada awal penubuhan UMNO ianya menerima sokongan padu guru-guru agama dan sekolah pondok termasuk mereka yang mendapat pendidikan agama daripada luar negeri terutamanya Mesir.

"Golongan agama dari UMNO jugalah yang telah menubuhkan parti PAS apabila mereka tidak sehaluan dengan kepimpinan parti pada ketika itu," tegasnya.

"Ini bermakna UMNO telah menyumbangkan jasa yang besar dalam melahir dan meningkatkan peranan guru agama di negara ini,".

Malah jelas beliau, UMNO sehingga kini sentiasa merujuk kepada golongan ulamak termasuk guru-guru agama dalam sesuatu permasalahan yang berbangkit.

"Jadi tidak timbul tuduhan pihak tertentu terutama pembangkang yang mendakwa UMNO menyisihkan peranan ulamak di negara ini," tegasnya.

Bagaimanapun katanya, anggapan sedemikian mungkin kerana ulamak di dalam UMNO kurang menonjol dan tidak mengejar publisiti.

Md. Nasir menjelaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO sentiasa berusaha meningkatkan peranan dan sumbangan mereka dalam usaha memperluaskan perkembangan syiar Islam.

"Inilah berbeza dengan parti pembangkang yang sejak akhir-akhir ini dilihat seperti memperalatkan guru-guru agama untuk kepentingan politik," tegasnya.
Beliau menyebut contoh bagaimana PAS sanggup mempergunakan guru-guru agama pada setiap kali pilihan raya dalam usaha meraih sokongan pengundi Melayu.

Md. Nasir menjelaskan, ilmu agama yang dimiliki oleh para ulamak harus dihormati dan tidak wajar diperlekehkan apatah lagi diguna untuk kepentingan politik.

Mengulas mengenai ada usaha pihak tertentu untuk membawa bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdin menyertai UMNO, beliau menjelaskan jika ianya baik kepada parti wajar disokong.

Bagaimanapun beliau mengingatkan, hubungan baik Dr. Asri dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu diambil kira dalam situasi politik masa kini.

"Kita menghormati ilmu agama beliau tetapi kemasukannya ke dalam UMNO dalam keadaan sekarang perlu dilihat daripada banyak aspek," katanya.

Dalam hubungan ini tegas beliau, kemasukan Dr. Asri ke dalam UMNO harus melalui proses biasa dan tidak perlu dilayan sebagai tokoh istimewa.

DunSemarang

DunSemarang


Ahli Parlimen Ayer Hitam.?....Tempat aku mengundi...BN dan UMNO.

Posted: 24 Jun 2010 07:24 AM PDT

Sikap Wee yang dengan biadap memanggil Ibrahim sebagai 'utter rubbish' seolah-olah mengikut perangai DAP yang ada agenda sendiri dan tidak menghirmati perjanjian.

KUALA LUMPUR 22 Jun - "Orang biadab tidak layak berada dalam Kabinet."
Itu kenyataan keras Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang dianggapnya tidak memahami Perlembagaan negara.

Ibrahim juga mendakwa Ka Siong mempunyai sentimen perkauman tebal apabila mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.......
***********
"Ingatlah Ka Siong, janganlah anda mencabar hak orang Melayu yang telah banyak berkorban kepada kaum lain. Sikap biadab anda pasti tersemat dalam hati orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
(Adakah selepas ini ...Datuk Ibrahim Ali akan dipaksa meminta maaf kerana mengucup "KERIS"..sebagaimana Datuk Hisamuddin...?)
*****Aku sebagai Melayu dan UMNO mempunyai perasaan dan maruah sudah PASTI merasa terguris, luka, dan tercalar. Kalau Datuk Ibrahin Ali..boleh di cemuh, tidak dihormati pandangannya, apatah lagi aku sebagai manusia Melayu, ahli UMNO yang kerdil tanpa nama, bila-bila masa boleh ditendang bagai bola..Kita lihatlah....secara bergilir-gilir rakan-rakan UMNO dalam BN menghina dan mempersendakan Melayu. MIC...Gerakan...PPP.. MCA..secara bergilir nampaknya mencari isu untuk menpersenda dan memprovok Melayu. Janganlah kita hanya sekadar MANIS di BIBIR sahaja..tapi hati, kami di Parlimen Ayer Hitam sahaja yang tahu. Itulah luahan yang aku sering terima dari ahli UMNO dan Melayu di Parlimen Ayer Hitam. Kalau kurang jelas cuba risik lah pada orang Melayu di sekitar Parlimen Ayer Hitam....
Tanyalah...dan selidiki stastistik..peruntukan antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan....di kawasan majoriti Melayu. Siapakah majoriti mengundi BN dan MCA....ingatlah "Cubit peha Kanan, peha kiri lagi terasa SAKIT". (Pendapat dari luahan rakan-rakan dan jangan usik penulis blog.. byM69.)

Pengikut