Khamis, 24 Jun 2010

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


WEE CHOO KEONG BONGKAR LAGI - ANWAR DUA ALAM?? PULAK!!!

Posted: 24 Jun 2010 05:02 AM PDT

Inilah jadinya bila terlalu asyik hendak mewujudkan persepsi supaya orang benci kerajaan. Adakalanya kita lupa siapa diri kita semalam,kelmarin,tahun lalu atau 10 tahun lalu. Apa lagi ia bukannya satu rahsia tetapi sesuatu yang semua orang tahu. Bijak dan hebatnya ialah cuma cara lakonan supaya orang percaya kononnya diri kita suci.

Makanya Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut terpanggil menghentam apa yang didakwanya sikap berpura-pura Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS menentang lesen judi dan arak. Baginya ini politik 'dua alam'.


Bekas ahli parlimen PKR itu mengingatkan Anwar bahawa tidak siapa yang lupa beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan walaupun ditentang keras Ketua Menteri yang bukan Islam waktu itu.
"Dialah rakan baik Datuk S.Nallakaruppan, pengarah eksekutif Magnum, judi empat nombor ekor. Inilah politik cakap tak serupa bikin. Kini beliau (Anwar) mahu menjadi suci dalam debu...lebih putih dari klorok," kata Wee ketika membahas usul RMK 10 di Dewan Rakyat, Isnin.

Anehnya kata Wee, bagaimana seorang manusia boleh bertukar menjadi raksasa pelbagai wajah, menjadi sesumpah hipokrit dan semuanya atas angan-angan untuk jadi Perdana Menteri 'at all cost'.

Beliau kemudian menyindir ahli-ahli parlimen PAS supaya mereka mengambil pengajaran dan ikhtibar daripada Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah memfatwakan bahawa hasil haram termasuk penjualan arak dan alkohol boleh digunakan untuk pembangunan Kelantan.

"Kalau Mursyidul Am PAS boleh benarkan, mengapa ada beberapa kerat ahli parlimen PAS menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan? Lagipun ianya tidak babitkan orang Islam, mengapa membantah. Mengapa bersikap talam dua muka," persoalnya.

Kenyataan pedas Wee mengundang rasa kurang senang beberapa ahli parlimen PAS terutama Dr Lo Lo Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam) yang bangun membantah pendapat ahli parlimen Bebas itu.

Mereka terus cuba menganggu Wee meneruskan ucapan membahas usul tersebut.

Bagaimanapun, tanpa memperdulikan gangguan itu, Wee terus mempersoal tindak tanduk pemimpin PAS, dengan bertanya, apakah mereka tidak bersetuju dengan fatwa Mursyidul Am PAS?

"Atau apakah mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR sebagai kiblat mereka dan presiden pimpinan mereka?," katanya.

Dewan terus panas apabila Dr Lo Lo bangun menggunakan peraturan membantah kenyataan Wee yang membacakan fatwa Tok Guru antara lain berbunyi " bagi penjualan arak, ia hanya dbenar jua oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja kerana jika ianya haram sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya,".

Menurut Dr Lolo dan kemudian disokong Khalid, Wee tidak faham perbezaan kenyataan Nik Aziz apabila menganggap apa dikatakan Menteri Besar Kelantan itu sebagai fatwa.

Wee yang dibenarkan timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee meneruskan perbahasan menyatakan, Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan.

"Arak itu sendiri diminum bukan Islam, jadi bila diminum mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan ambil duit dari mana," katanya.

Beliau kemudian meminta pemimpin PAS tidak perlu hipokrrit sebaliknya berlaku jujur dan mengikuti nasihat Tok Guru serta beri sokongan kepada usaha kerajaan persekutuan melesenkan pertaruhan sukan.

Katanya, adalah tidak masuk akal untuk kerajaan menghapuskan subsidi tetapi di waktu sama membenarkan sindiket haram judi sukan mengaut keuntungan yang banyak.

Inilah akibatnya apabila bekerja dengan orang seperti Anwar. Akhirnya, menyesal. Wee Choo Keong pun sebenarnya sama juga. Tapi mungkin sudah menyesal juga. Tapi,kami masih menanti pendirian beliau terhadap tuduhan terhadap Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah. Tak nak minta maaf ke??


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


USUL 2010 (MOHON DIPERBINCANGKAN)

Posted: 24 Jun 2010 04:26 AM PDT

YAB. Datuk Sri Najib Tun Razak telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.

Pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.

Bermula dengan 1Malaysia rakyat di dahulukan,pencapaian di utamakan kemudian transfomasi kerajaan dengan KPI dan NKRA kemudian Model Ekonomi Baru (MEB) dan sedikit masa lagi dengan Rancangan Malaysia Ke-10 jelas menunjukan satu perubahan yang ketara untuk memastikan stutus negara maju menjelang 1 Jan 2020 menjadi keyataan dan ini matlamat kerajaan untuk memastikan rakyat malaysia maju bukan sahaja dari segi ekonomi malah salsiah keperibadian dengan memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari semua rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kita tidak mahu orang Melayu hanya jadi penonton dalam permainan dan persembahan angka ini. Meskipun gambarannya amat jelas menarik dan memukau namun hakikatnya kita ibarat melukut di tepi gantang, sekadar menjadi tukang hitung melihat kepunyaan sendiri di lontar satu demi satu ke dalam bakul milik orang lain.

JESTERU..MEB merupakan satu cabaran kepada orang Melayu supaya mengubah sikap dari bekerja sekadar cukup makan kepada berusaha lebih gigih bagi mendapatkan peroleh pendapat yang lebih tinggi agar tidak terlalu bergantung pada mana-mana pihak apabila mahu membiayai keperluan sara hidup sekeluarga.

Sebelum MEB dilancarkan banyak kedengaran suara-suara kebimbang orang Melayu tentang kesediaan orang Melayu untuk bersaing dengan kaum-kaum lain dalam merebut peluang-peluang yang disedia dalam MEB. Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata orang Melayu masih gagal mencapai sasaran. Seperti dalam DEB, Pemuda UMNO Bahagian Jasin percaya MEB akan memberi banyak impak serta peluang kepada orang Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka .

Apa yang penting orang Melayu perlu segera merebut semua peluang-peluang yang ada disediakan oleh kerajaan . Bukan mengambil sikap tunggu atau lihat kejayaan orang lain dahulu baru nak rebut peluang itu. Jika sikap begini masih kita amalkan sudah pasti orang Melayu akan ketinggal jauh kebelakang. Masa untuk berharap sepenuhnya kebergantungan kepada kerajaan sebenarnya telah lama berlalu.

Namun begitu Pemuda UMNO Bahagian Jasin masih berharap kerajaan tidak terlalu mengutama pencapaian matlamat MEB semata-mata tanpa mempedulikan orang Melayu jauh ketinggalan dibelakang. Kerajaan perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu masih perlu disokong (meskipun tidak sepenuhnya) untuk bangun berdiri dengan tegap. Tanpa sokongan kerajaan pasti ramai yang akan tersungkur. Pemimpin perlu menerima hakikat ini. Walaupun ia pahit untuk diterima!

Baru-baru ini penoreh getah diberitakan menjadi antara yang mempunyai hasil yang agak tinggi. Disesetangah tempat pendapatan bulanan mereka mencecah RM5,000 sebulan. Puncanya kerana hasil tindakan-tindakan baik oleh kerajaan disamping permintaan yang meningkat bagi mendapatkan getah daripada luar negara.

Berdasarkan hal di atas jelas bahawa tindakan-tindakan bertanggungjawab kerajaan melalui jabatan dan agensinya membolehkan pendapatan penoreh getah tinggi.

Menjadi harapan Pemuda UMNO Bahagian Jasin seterusnya ingin melihat jabatan dan agengsi memainkan pranan membantu meningkatkan pendapatan rakyat bagi mencapai sasaran dasar MEB ini.

FAMA, bersediakah melakukan kerja-kerja memasarkan hasil keluaran pertanian dengan harga yang tinggi. Kementerian Pertanian seharusnya sudah nampak apa yang perlu dibuat mulai hari ini.

Majlis Bandaraya dan Majlis Bandaran dan MARA seluruh negara, sudahkan anda terfikir nak membuat gerai-gerai tepi jalan raya untuk peniaga Melayu.

Berniaga tepi jalan lebih laku. Dapatlah RM50,000 setahun. Hakikatnya kedai-kedai yang dibina tepi jalan amat mahal harganya. Tidak terdaya untuk Melayu membeli atau menyewanya dan tiadalah tempat untuk Melayu berniaga di tepi jalan-jalan utama.

Samada kita sedia atau tidak dan mahu menerima atau tidak, orang Melayu harus menyediakan diri untuk menghadapi perubahan Model Ekonomi Baru (New Economic Model) dengan sikap berdikari, tekun, dan daya maju. Realiti ekonomi dunia dan politik masakini tidak berupaya menampung polisi dan tuntutan affirmatif seperti yang lepas-lepas.

YAB Datuk Seri Mohd Najib telah menyatakan Model Ekonomi Baru akan mempunyai elemen tindakan afirmatif dari Dasar Ekonomi Baru tetapi ianya akan disesuaikan dengan realiti pasaran dunia yang global. Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain.

Tindakan afirmatif yang ingin dijalankan untuk membantu kaum Bumiputera, khususnya orang Melayu dan rakyat berpendapatan rendah harus selari dengan dunia pasaran bebas dan keperluan negara untuk meningkatkan upaya saing negara melalui pembangunan pekerja-pekerja mahir dan berpendapatan tinggi.

Realitinya tuntutan perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa meletakkan Malaysia dalam keadaan terpaksa untuk membuka banyak sektor-sektor ekonomi. Jika tidak, kita tidak akan dapat meneruskan kegiatan perdagangan dengan negara lain. Sebagai salah satu negara perdagangan utama dunia, Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.

Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor external. Ini juga salah satu cabaran bagi Agensi yang sepatutnya membela orang Melayu untuk menjana ekonomi tempatan dan mengurangkan risiko penggantungan pasaran ekonomi global

Saiz ekonomi negara kini sudah jauh lebih besar dari dahulu. Tuntutan ke atas peranan kerajaan sudah jauh berbeda. Tanggungjawab kerajaan sudah menjadi lebih kompleks. Ianya ditambah dengan beban untuk membetulkan kesilapan yang lepas sangat besar.

Demografi penduduk sudah berubah dengan generasi muda lebih menyerlah. Samada kita menyedari kesediaan dan keupayaan sebenar, anak muda Melayu sudah mula mahu menerima liberalisasi dan persaingan.

Politik orang Melayu sudah berpecah empat dan masing-masing memerlukan rakan parti bukan Melayu. UMNO sedang menghadapi kritikan dan tuntutan dari rakan-rakan parti dalam BN. Akibatnya rakyat bukan Melayu dan Bumiputera menjadi lebih bersuara dan mendesak dalam tuntutan mereka.

Orang Melayu yang pro-pembangkang pun ikut sama menari menyuarakan tuntutan yang sama. Mungkin sekali, motivasi mereka adalah semata-mata kuasa politik. Ada pula disebabkan kekecewaan tertentu. Ada pula kerana naluri semulajadi condong kepada pemikiran liberal. Tidak kurang yang disebabkan ketaksuban kepada pemimpin.

Dengan suara Melayu tidak cukup kuat dan bersatu, politik will atau kesungguhan politik pun tidak menyokong. Namun begitu, model ekonomi yang ada perlu dikemaskini kerana ianya berasaskan keperluan untuk membina integrasi kebangsaan dan menangani masalah kemiskinan dikalangan penduduk, khususnya kaum Bumiputera.

Senario ekonomi sudah jauh berbeza dan berubah. Pembolehubah ekonomi (economic variable) dan hala tuju polisi sudah jauh berbeza dari dahulu. Cabaran kita kini adalah untuk menjadi kompetitif dipersada dunia yang lebih mencabar dan terbuka ini.

Sumber minyak dan gas dalam negeri yang satu masa dahulu adalah pelincir kepada pencapaian DEB kini sudah mula berkurangan. Pendekatan pemberiaan subsidi sudah membebankan dan diluar kemampuan kerajaan.

Ekonomi berasaskan tenaga buruh yang rendah sudah tidak sesuai. Negara tidak boleh meneruskan kegiatan ekonomi tertentu dengan mengharapkan kepada tenaga dari luar. Disamping itu, ia menimbulkan masalah sosial dan keselamatan, termasuk perhubungan antarabangsa.

Rakyat kita sudah tidak mahu melakukan pekerjaan buruh yang bergaji rendah. Taraf kehidupan sudah meningkat dan gaya hidup sudah amat berbeza. Ekonomi kita sudah sampai masa untuk diubah asas kepada model pendapatan tinggi (high income model). Ciri-ciri model ekonomi sedemikian memerlukan suntikan keupayaan innovasi, kreatif dan tambah nilai.

Proses kerja perlu diubah dan penggunaan peralatan perlu dipertingkatkan. Penekanan perlu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sumber manusia melalui latihan kemahiran dan kursus yang berterusan. Ini supaya pendapatan yang tinggi dapat diimbangi dengan pengeluaran dan hasil yang jauh lebih baik.

Ekonomi yang berasaskan pendapatan yang tinggi tidak sesuai untuk menjalankan kegiatan ekonomi ala tenaga buruh rendah. Semua kegiatan ekonomi perlu diubahsuai dan disuntik elemen innovasi, dan kreatif untuk menambah nilai dan pulangan.

Sudah sampai masanya, ekonomi negara ditingkatkan ke arah sektor perkhidmatan. Komponen perkhidmatan dalam ekonomi negara masih rendah dalam lingkungan 50%, YAB.Perdana Menteri sudah menyatakan sektor perkhidmatan perlu dipertingkatkan hingga ke 70% dalam masa terdekat.

Menurut sumber dari Kementerian Industri dan Perdagangan Luar, sektor telah lama dibuka dan ditawarkan kepada Bumiputera tetapi peluangnya tidak diambil. Ini yang memerlukan kerajaan membuka sub-sektor tertentu untuk menarik pelaburan (FDI). Namun begitu, bidang-bidang yang didefinasikan sebagai strategik masih tidak dibuka dan dikekal struktur pegangan saham yang ada.

INSAF..Dimana Melayu dalam MEB ini? Kita boleh terus menuntut supaya keadaan dan kemudahan yang kita kecapi selama ini tidak diubah. Mungkin kita berupaya menggunakan tekanan dan pengaruh, tetapi tidak semua tuntutan dapat dilayani.

Sebagai individu, Melayu terpaksa mengubah sikap dengan secara drastik dan bersedia menerima realiti. Sedikit sebanyak, kita perlu bersedia untuk berdikari dan merancang masa depan ekonomi kita, pelajaran anak-anak dan membimbing kerjaya diri dan masa depan generasi terkehadapan.

Melayu perlu merancang seolah-olah kerajaan tidak dapat membantu lagi. Tindakan afirmatif kerajaan sememangnya tidak sepatut membantu mereka yang sudah berada di peringkat tengah tetapi hanya kepada yang miskin dan peringkat pendapatan rendah.

Peruntukkan kerajaan untuk membantu orang Melayu perlu menjurus kepada ruang yang ada kesan tinggi (high impact) dan tidak lagi untuk pengganti tanggungjawab peribadi. Tidak termampu kerajaan untuk terus membina sekolah asrama penuh atau pelbagai kemudahan asas untuk semua umat Melayu. Peruntukkan perlu disalurkan dengan lebih efisyen dan berkesan.

Sudah sampai masanya, kaum mengengah dan atasan Melayu meringankan beban kerajaan dengan menjalankan tanggungjawab sendiri. Mereka perlu ke hadapan mengambil peranan dan menyumbang kepimpinan untuk membina masyarakat Melayu yang viable dari segi ekonomi.

Memang sudah lama perlu untuk orang Melayu berfikir sebagai satu komuniti yang bersikap berdikari, dan berhala tuju dalam membangunkan masyarakatnya. Kalau tidak bangsa itu merubah nasibnya sendiri, tidak mungkin orang lain pula yang akan datang menolong.

Dengan kepimpinan komuniti yang ikhlas dan efektif serta kebolehan yang kreatif dan berinovasi, lambat laun pasti ia jauh lebih berkesan dari sikap meminta-minta dan mengharap hanya kepada kerajaan. Anggap bantuan dan sokongan kerajaan sebagai satu bonus.

Bangsa kita perlu ditanamkan kesedaran dan sedikit seige mentality supaya perasaan perlu segera timbul dalam benak sanubari hati kita. Jika dapat diwujudkan sikap berdikari, ini boleh meningkatkan semangat kerjasama dan kesetiakawanan sebangsa untuk sentiasa mahu tolong menolong dan maju bangun bersama.

Dengan Bumiputera merupakan 66% penduduk negara, tidak mustahil untuk kita bangun menguasai ekonomi negara tanah tumpah darah. Menurut sejarah orang Melayu pun, kita adalah bangsa pedagang dan pelaut. Usaha dan kesungguhan orang Melayu yang membina sejarah kegemilangan di masa silam. Ia hanya memerlukan kesungguhan, kerjasama dan kebijaksanaan.

Sudah sampai masa kita bercita-cita tinggi untuk mahu menguasai ekonomi dan tidak dibelengu dengan hanya mahukan bahagian 30%.

Pemuda UMNO Bahagian Jasin mahu keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara dibuat mengikut nisbah penduduk berdasarkan kaum sebagai salah satu prasyarat untuk orang Melayu menyokong Model Ekonomi Baru.

Sekiranya keadilan sosial dijadikan landasan kepada pengagihan kekayaan negara, maka kadar pemilikan ekuiti dan aset mesti diagihkan mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di Negara ini.

Sehubungangan itu, kaum bumiputera wajib mendapat 67 peratus kekayaan negara sementara 33 peratus lagi untuk bukan Bumiputera


Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengambil ketetapan seperti itu untuk dinilai dan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada dasar dalam MEB

Kita sudah tidak boleh lagi selamanya terus bernostalgia dengan kegemilangan silam. Terus berretorik dengan keupayaan mendatang. Terus lena di buai mimpi indah dari ceritera lelucon dendangan nenek moyang..Kita harus bangkit menongkah hempasan badai dan gelora..bukan hanya sekadar menjadi pelakon tempelan pada persembahan pentas opera nyata yang di sutradaranya adalah bukan dari kalangan orang kita..

Maka, apapun pendekatan pentadbiran yang ingin dibawakan oleh YAB Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak akan menuju zaman gemilang andai UMNO masih lagi belum berubah. Status quo yang terguna pakai perlu direvolusikan bagi memberi dimensi dan alignment baru kepada Parti UMNO yang kita sayangi ini. Tiada guna kita punya jawatan utama di dalam parti andai kuasa segalanya bukan lagi kepunyaan kita.

Upayakah kita mengarus cabaran bangsa andai nafas dan denyut nadi di peringkat akar umbi dibiarkan berlalu sepi. Dalam era globalisasi dan leberalisasi ini , ketika dunia berada dihujung jari, kita harus sama menari merentasi cabaran glokal. Harus bertindak di luar kotak pemikiran. Harus berani berubah melangkaui sempadan masa dan galaksi. Kita wajib sedar bahawa mimpi kita tidak lagi indah. Di luar sana ada serigala lapar menunggu masa melahap kepunyaan. Ada Singa tua mengintai ruang merebut peluang. Ada si jengking hitam menghitung alpa untuk menyutik dendam. UMNO harus berubah sebelum di ubah. Insaf dan sedarlah bahawa penentu kepada kesegalaan mimbar kuasa adalah di tangan rakyat. Ayuh, kita rapatkan barisan, bersatu membina kekuatan agar apa yang dimiliki tetap kekal dalam genggaman. Insyaallah, Mohon Allah Izinkan.

Sedikit permintaan:

1. Mohon kepada pembaca perbincangkan MEB ini dan dapat memberi sedikit komen2 yang baik dan bernas..

2. Apa benarkah persepsi orang2 Melayu tentang MEB ini.Adakah orang2 Melayu tahu dasar2 ini?

Analisis Undi UMNO dalam Pilihanraya 2008: Kajian Kesetiaan Ahli Parlimen dan Pengundi

Posted: 24 Jun 2010 03:58 AM PDT

Ketika Anwar Ibrahim mulai menghebohkan hasrat hendak menawan Putrajaya, beliau memberi gambaran yang ramai Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai kerajaan baru. Kenyataan beliau sungguh memeranjat serta mengelirukan. Memeranjatkan kerana dikhuatiri kemungkinan beliau betul betul mendapat sokongan ramai MP dari Sabah, kerana perkara seperti ini pernah berlaku di peringkat negeri di sana. Tetapi setelah penafian demi penafian di buat oleh MP dari Sabah timbul pula tandatanya tentang kesahihan dakwaan Anwar itu.

Di Sarawak pula, rakyat di sana terkeliru sebab sudah sekian lama tak dengar orang lompat parti. Yang pernah lompat dua puluh tahun dahulu langsung tenggelam, kalah dalam pilihanraya berikutnya, hingga sekarang tak timbul timbul. Sebab itu MP Sarawak tak payahpun nak menafi dakwaan Anwar, sebab mereka sungguh arif akibat melompat ke parti lawan.

Di Semenanjung pula perkara lompat parti ini agaknya suatu ide atau kaedah penemuan baru Saudara Anwar. Ini pernah berlaku secara kecil kecilan diperingkat negeri dahulu, itu pun dari Parti pembangkang ke parti kerajaan di Kelantan. Yang ini lain pula, dari parti kerajaan ke parti yang ingin nak jadi kerajaan.

Sungguh mengelirukan! terutama bagi orang orang UMNO, yang kini berhadapan dengan bermacam macam masalah dalaman, misalnya dahulu Muhyddin Yassin sokong peralihan kuasa, hari ini lain pula ceritanya. Semalam si Zaid Ibrahim cabar Muhyddin letak Jawatan, hari ini dia sendiri pula yang letak Jawatan. Semalam Tun Mahathir Keluar Parti, hari ini beliau mohon nak masuk balik!

Sungguhpun demikian, ini tidaklah bermakna UMNO dalam kedudukan begitu lemah seperti di gembar gemburkan oleh Anwar. UMNO memiliki pengaruh dengan jaringan akar umbi yang meluas di Semenanjung Malaysia, berbanding PKR yang banyak bergantung dengan kekuatan Anwar semata mata.

Dalam pilihanraya tahun ini UMNO telah mendapat sokongan kira kira 1.73 juta undi Melayu dari 110 Kawasan Parlimen, manakala Barisan Nasional mendapat 2.15 juta undi Melayu di Semenanjung Malaysia.Sebagai perbandingan PKR hanya memperolehi kira kira 700,000 undi Melayu di 68 Kawasan Parlimen yang di tandinginya di Semenanjung.

Jika sesungguhnya ada Ahli Parlimen UMNO yang hendak melompat parti, sebenarnya beliau berhadapan dengan banyak risiko dalam kerjaya politiknya. Untuk menilai risiko yang dimaksudkan, bacalah artikel ini dan fikirlah sejenak.

UMNO bukanlah sebuah parti kerdil yang mudah tenggelam. Sama seperti PAS, masing masing ada landasan perjuangan kukuh. Selagi parti parti ini berada di landasan perjuangan asalnya, Melayu tidak akan sanggup meninggalkannya. Ini bukanlah andaian semata semata, kerana ini terbukti secara analisis data statistik keatas keputusan beberapa pilihanraya yang lepas. Ini telah dibuat untuk Barisan Nasional dahulu (lihat artikel 'Malaysia's General Election 2008 Results : A Comprehensif Analisis' bertarikh 10 Mei).
Kali ini analisis yang serupa dibuat tetapi khas untuk UMNO yang telah memenangi 79 kerusi(66 kerusi di Semenanjung dan 13 di Sabah). Berasas dengan model equation yang dihasilkan dalam para. Kaedah Analisis di hujung artikel ini, saya perturunkan estimates keputusan pilihanraya umum 2008 untuk kawasan P. 160 Johore Bahru sebagai contoh:
Butir butir Kiraan undi mengikut model undi sebenar
Undi Melayu (0.54×31,035) =16,758
U ndi Cina (0.39×26733) =10,426
Undi India (0.05×2876) = 144
Undi Setia UMNO (320×87.5%) =27,968
Undi sumbangan Calon (313×5) = 1,567
Konstant - 19,015
Jumlah undi UMNO 37,847 43,143
Dalam contoh diatas, peratusan undi umno pada pilihanraya sebelumnya, yang mencerminkan undi setia umno, menyumbang sebanyak 27,968 undi dan faktor status calon hanya menyumbang 1,567 undi sahaja.Kelebihan undi sebenar sebanyak 5296 berbanding kiraan model tidak dapat di explain, besar kemungkinan kerana faktor populariti khas calon Datuk Shahrir Samad yang bertanding dalam kawasan P.160 ini
.
Kesimpulan
Dengan hasil kajian diatas, bolehlah disimpulkan seramai 54% dari pengundi Melayu yang turun mengundi pada pilihanraya tahun 2008 telah mengundi UMNO, berbanding sebanyak 39% bagi kaum Cina dan 5% bagi kaum India.

Sebilangan besar pengundi telah mengundi kerana setia dengan parti, manakala sumbangan undi atas sebab populariti khas calon juga agaknya tinggi. Bagaimanapun seseorang calon biasa hanya mampu memperolehi undi individu yang marginal sahaja, tidak melebihi 1,600 undi dan kira kira 83% calon umno adalah dalam categori ini.
Berbanding keputusan pilihanraya tahun 2004, hasil analisis menunjukkan peratusan undi Melayu untuk UMNO hanya menurun kira kira 3.3% sahaja, mengambarkan keadaan lebih baik dari tanggapan umum. Ini lebih baik daripada prestasi Barisan Nasional yang kehilangan 10% undi Melayu, secara tidak lansung menggambarkan kemerosotan sokongan Melayu kepada parti MCA, MIC dan GERAKAN.

Implikasi daripada hasil kajian diatas menunjukkan, sekiranya seseorang Ahli Parlimen UMNO melompat parti ke Pakatan Rakyat, beliau akan kehilangan kerusi dalam pilihanraya umum yang akan datang oleh kerana kedudukan UMNO yang teguh dalam kawasan tersebut dengan regression coeficient undi Melayu 0.54 dan coeficient kesetiaan pengundi 320. Natijah ini relevan untuk calon biasa, merangkumi 83% daripada keseluruhan calon UMNO.

Anda mungkin bertanya, jika begitu, mengapa UMNO boleh kehilangan begitu banyak kerusi kepada Parti Pembangkang dalam pilihanraya tahun ini. Jawapannya ialah kerana larinya sokongan secara mendadak dari kaum India dan Cina, dan bukan kerana kehilangan undi Melayu yang banyak. Sebenarnya, UMNO telah kehilangan separuh undi Cina dan hampir semua undi India dalam pilihanraya tahun ini.
Untuk kegunaan mereka yang mahir dengan kaedah analisis multiple regression saya perturunkan kaedah terperinci di bawah.

KAEDAH ANALISIS
Untuk analisis ini kita telah menggunakan keputusan pilihanraya tahun 2008 pada 110 kawasan pilihanraya Parlimen ditandingi UMNO di Semenanjung Malaysia.
Hipotesis yang digunakan ialah jumlah undi diperolehi UMNO bergantung kepada jumlah pengundi Malayu, Cina dan India, pertusan undi dimenangi dalam pilihanraya sebelumnya dan bilangan penggal calon telah memegang kerusi yang ditandingi.

analisis multiple regression dibuat keatas data pilihanraya 2008 yang dikumpul dengan menguji beberapa model. Model yang best fit kepada keputusan pilihanraya telah dipilih, dan keputusannya seperti berikut:
UMNO = -19015+0.54M+0.39C+0.05 Ind+320UMNO(t-1)+313Cs
T Value 21.44 9.79 0.43 11.81 1.65
R2=0.83
sample size=110
dimana UMNO= undi yang telah diterima UMNO dalam pilihanraya 2008
M=jumlah pengundi Melayu
C= Jumlah pengundi Cina
Ind= Jumlah pengundi India
UMNO(t-1)= faktor kesetiaan pengundi, ie.peratusan undi diperolehi UMNO dalam pilihanraya 2004
Cs=candidate status, sukatan sumbangan individu calon, mengikut bilangan penggal di sandang.
DAH IKHWAN WEB BLOG

ULAMA DAN UMNO.

Posted: 23 Jun 2010 06:50 PM PDT

Ramai ulama dalam UMNO


DR. MAHATHIR Mohamad memberi tepukan kepada pelajar Kolej Tunku Kurshiah yang muncul pemenang kategori menengah pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Projek Pendidikan Kebangsaan 2010 di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 23 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyertaan ulama dalam UMNO bukan suatu yang baru kerana parti itu sentiasa mempunyai ramai golongan agama sejak dahulu lagi.
Justeru bekas Perdana Menteri berkata, desas-desus tentang kemungkinan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin bersama puluhan lagi ulama muda menyertai UMNO dalam masa terdekat bukan satu usaha terbaru parti itu untuk menyaingi parti lain termasuk Pas.
Malah, kata beliau, para pengasas Pas sendiri merupakan tokoh ulama yang asalnya berada dalam UMNO tetapi kemudian keluar parti setelah kalah dalam pemilihan.

''Saya tidak fikir begitu (usaha UMNO tarik penyertaan ulama) kerana UMNO sentiasa mempunyai ulama meskipun mereka tidak mempamerkan diri sebagai ulama.
''Mereka itu (ulama UMNO) mempunyai ilmu mendalam dan mengamalkan ajaran agama serta memberikan pandangan agama tanpa mengira apa yang dilakukan oleh UMNO," katanya.

40 ulama Ph.D sertai UMNO esok - Shahidan

KANGAR 23 Jun - Seramai 40 ulama berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) akan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kumpulan ulama berkenaan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan mereka di ibu negara kelmarin.

"Saya telah mengadakan pertemuan dengan 40 ulama berkelulusan Phd itu. Mereka menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO. Para ulama berkenaan mahu menyerahkan borang menyertai UMNO Jumaat ini kepada Perdana Menteri sendiri di Kuala Lumpur.

"Mereka menyatakan pendirian mahu berada dalam UMNO untuk terus menggerakkan dakwah. Jika UMNO silap mereka akan tegur dan jika yang baik mereka akan memuji," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

                     
Tak Benar Tanggapan Kononnya UMNO Cuba Pikat Ulama Untuk Tandingi PAS : Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapan kononnya UMNO cuba menarik lebih ramai ulama menyertai agar ia setanding dengan Pas adalah tidak berasas.

Ini kerana UMNO membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO.

"UMNO selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur.
 
KOMEN / PANDANGAN PENULIS.

Sejak UMNO ditubuhkan hingga sekarang ramai yang masuk dan keluar parti ini. Ini merupakan perkara biasa dalam sesebuah parti politik. Begitu juga dengan parti-parti politik pembangkang. Cuma akhir-akhir ini sahaja dilihat semakin bertambah bilangannya. Mungkin kepimpinan tertinggi pembangkang yang dapat menjawabnya. Yang pasti salah satu punca adalah perasaan tidak puas hati. 

Berita tentang kemasukan ulamak dalam UMNO, juga perkara biasa tetapi bila bilangannya agak ramai maka sudah tentu akan menimbulkan persepsi baru. Lebih-lebih lagi yang masuk tu golongan cerdik pandai agama. Ini belum lagi dipolitikkan oleh pembangkang. Apa pun kita ucapkan tahniah dan syabas kerana memilih UMNO sebagai wadah perjuangan. Semoga diberkati oleh Illahi.


 
 
                                                                                                         



ANDA MELAYU YANG MANA SATU?

Posted: 23 Jun 2010 06:00 PM PDT

 Pelbagai Tafsiran Melayu.

1. Mengikut UNESCO 1972 - suku bangsa di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

2. Sejarah pada abad ke 17, merujuk kepada keturunan Raja Melayu dari Sumatera.

3.  Antropologi - Syed Husin Ali, berkulit sawo matang, berbadan sederhana, besar, tegap, berlemah lembut serta berbudi bahasa.

4.  Etnolgi - kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwi sisi dan kegerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.

5.  Bahasa - Melayu berasal dari bahasa Sanskrit 'bukit' tanah tinggi.

6.  Perlembagaan Malaysia - berketurunan Melayu dan beragama Islam.

7. Undang-undang perkara 160 (2)
    1. Beragama Islam
    2.  Bertutur bahasa Melayu
    3.  Mengamal adat istiadat Melayu
    4.  Berketurunan Melayu
    5.  Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura atau pada hari merdeka dan bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.


umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali ; jangan dipolitikkan isu lesen judi

Posted: 24 Jun 2010 01:43 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee hari ini menegaskan kerajaan wajar mengeluarkan lesen pertaruhan judi bola sepak tetapi memerlukan penguatkuasaan yang ketat.

Langkah itu katanya akan berupaya membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan mengeluarkan lesen perjudian, mana-mana orang Islam yang terbabit perlu ditangkap dan dikenakan tindakan keras.

"Lesen diluluskan untuk aktiviti perjudian membabitkan masyarakat bukan Islam dan orang Islam sudah sedia maklum bahawa judi adalah haram disisi agama," tegasnya.

Langkah itu katanya bagi mengelak berleluasanya sindikit pertaruhan judi bola sepak haram terutama sempena Piala Dunia yang dikatakan mencecah sehingga RM2 bilion.

Beliau berkata, jika lesen tersebut dikeluarkan bermakna kerajaan mampu mengutip cukai sebanyak RM500 juta dengan taksiran potongan 25 peratus.

"Jumlah tersebut boleh digunakan oleh kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana untuk rakyat terutama bukan Islam," katanya.

Jumlah itu juga katanya membolehkan kerajaan membina atau membaik pulih sekolah-sekolah Cina yang sedia ada.

Katanya, hasil cukai daripada judi, anjing dan arak juga sudah lama digunakan oleh kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur di negeri tersebut.

"Hasil cukai yang digunakan oleh PAS tidak dipolitikkan kerana kita melihat ianya memberi keuntungan kepada rakyat dalam bentuk penyediaan kemudahan asas," katanya.

Oleh sebab itu jelas beliau, jika diberikan lesen perjudian tidak akan menimbulkan masalah gejala sosial sepertimana dakwaan sesetengah pihak.

Syed Ali mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.

Beliau berkata, daripada kerajaan membiarkan wang pertaruhan itu mengalir secara haram, lebih baik cukainya digunakan untuk pembangunan rakyat.

"Kita perlu lebih waras membuat penilaian terhadap isu tersebut, jangan kita politikannya kerana ada agenda tertentu," jelasnya lagi.

Syed Ali berkata, pati-parti politik termasuk komponen Barsian Nasional (BN) perlu melihat perkara ini secara jujur dan tidak dimanupulasikan untuk kepentingan politik.

"Perkara pokoknya kita tidak mahu perjudian haram berleluasa dan kita tiada hak untuk menyekat masyarakat bukan Islam daripada berjudi, itu budaya mereka," katanya.

Beliau menjelaskan, judi tetap haram kepada umat Islam tetapi tidak kepada bangsa lain terutama Cina yang mana perjudian menjadi sebahagian daripada tatacara hidup mereka.

Menurut Syed Ali lagi, jika kerajaan mengharamkan pertaruhan judi bolasepak, kemungkinan mereka (sindikit) akan mengalih perhatian ke negara jiran.

Ini katanya, akan menyebabkan berlakunya pengaliran tunai ke negara asing dan akan merugikan negara.

Sehubungan itu, beliau menyokong cadangan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk memantau kegiatan perjudian di negara ini.

Syed Ali berkata, suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab memastikan aktiviti perjudian berlesen disamping membanteras kegiatan perjudian haram.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2010

Posted: 23 Jun 2010 06:24 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras 2010, pada 19 Jun 2010. Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Perasmian serentak Persidangan Perwakilan Puteri , Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras telah dirasmikan oleh YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM , Ketua Menteri Melaka.

Pada ucapan perasmian Persidangan Serentak Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan Pas dan terbaru DAP meletakkan syarat atau aku janji untuk setiap ahlinya menunjukkan kedua-dua parti itu hanya berselindung di sebalik prinsip demokrasi di negara ini. Tindakan sedemikian dilihat sebagai satu penindasan kerana kedua-dua parti itu tidak memberi kebebasan kepada ahlinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Pemuda UMNO , Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina binti Sharif.

Beliau mengulas tindakan DAP yang mahu menguatkuasakan perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu. Selain DAP, Pas juga telah meletakkan syarat di mana wakil rakyatnya perlu mengikrarkan baiah atau sumpah taat setia yang mana sekiranya keluar parti akan jatuh talak tiga terhadap isteri mereka.

Dato Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan DAP menguatkuasakan syarat ganti rugi RM5 juta itu menunjukkan parti tersebut merupakan sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

"Syarat ini amat menghairankan saya kerana setiap individu telah diberi kebebasan untuk memilih mana-mana parti yang ingin mereka sertai. Jadi, mereka bebas untuk masuk atau keluar," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh keluar DAP membuktikan parti itu merupakan sebuah parti yang autokratik.

"DAP jelas tidak memberi peluang kepada wakil rakyatnya untuk bersuara dan menyatakan kebenaran. Sehubungan itu, ramai ahlinya bertindak keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


UPSR dan PMR Penghalang Kegiatan Ko-Kurikulum?

Posted: 23 Jun 2010 07:51 PM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


40 ULAMA PH.D SERTAI UMNO ESOK

Posted: 23 Jun 2010 06:36 PM PDT

ALHAMDULILLAH..Seramai 40 ulama berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) akan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kumpulan ulama berkenaan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan mereka di ibu negara kelmarin.
"Saya telah mengadakan pertemuan dengan 40 ulama berkelulusan Phd itu. Mereka menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO. Para ulama berkenaan mahu menyerahkan borang menyertai UMNO Jumaat ini kepada Perdana Menteri sendiri di Kuala Lumpur.
"Mereka menyatakan pendirian mahu berada dalam UMNO untuk terus menggerakkan dakwah. Jika UMNO silap mereka akan tegur dan jika yang baik mereka akan memuji," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, daripada 40 ulama itu, dua daripadanya adalah rakyat Perlis dan mereka adalah antara ulama terkenal di negeri ini.
"UMNO Bahagian Arau sedang berusaha untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli UMNO di bahagian ini dan jika itu berlaku, maka mereka akan diberikan jawatan dalam dalam Biro Agama Islam," ujarnya.
Menyentuh mengenai kemungkinan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang disebut-sebut antara ulama terkenal yang akan menyertai UMNO Jumaat ini, Shahidan berkata, beliau memang mengalu-alukan kemasukannya jika perkara itu benar.
"Saya amat alu-alukan kemasukan mereka ke dalam UMNO. Bekas Mufti Perlis itu sama ada masuk atau tidak ke dalam UMNO, beliau adalah rakan saya," ujarnya.
Shahidan percaya, kemasukan begitu ramai ulama ke dalam UMNO amat tidak disenangi oleh sesetengah parti politik yang selama ini mendakwa hanya parti tersebut berjuang untuk menegakkan Islam.
"Apa yang pasti mereka yang akan menyertai UMNO itu nanti adalah ulama berkelulusan tinggi," jelasnya yang juga Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER). -by utusan

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Lesen Pertaruhan Sukan Bolasepak

Posted: 23 Jun 2010 05:00 PM PDT

Sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tawau pagi tadi, saya telah mengumumkan pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bolasepak. Walaupun pendirian ini telahpun disampaikan kepada pucuk pimpinan melalui saluran dalaman sebelum ini, kini saya rasa terpanggil untuk menyatakan pendirian Pemuda UMNO secara terbuka kerana masih ada tekanan dari pihak-pihak tertentu untuk menjayakan permohonan Ascot Sports. Syarikat itu juga telah memberi gambaran kononnya mereka telah menerima kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi dengan menawarkan pertaruhan bagi perlawanan bolasepak.

DunSemarang

DunSemarang


Lawatan Kerja MB Johor Ke Ayer Hitam. Dun Semarang.

Posted: 24 Jun 2010 01:10 AM PDT

Sempena Lawatan Kerja MB Johoir ke Parlimen Ayer Hitam dan Dun Semarang. Pelbagai projek telah dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk. Bersyukurlah kita di atas semuanya ini dengan izin Allah SWT. Haruskah kita terus mencerca UMNO dan Melayu...Bersatulah kita untuk kesejahteraan Umat Melayu dan Islam.BY M69.

Pengikut