Sabtu, 19 Jun 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MESTI BACA : PILIHANRAYA AWAL :PRO DAN KONTRA.

Posted: 19 Jun 2010 01:20 AM PDT

Sepintas Lalu Pilihanraya Umum Yang Lalu.

Maklumat Pilihan Raya Yang Telah Di Adakan.

Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri di Semenanjung telah sebanyak dua belas (12) kali diadakan bermula dari tahun 1959 hingga sekarang (2008). Manakala Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat bagi Negeri Sabah dan Sarawak ialah sebanyak sembilan (10) kali bermula dari tahun 1969 hingga sekarang (2008). Bagi Dewan Undangan Negeri pula bagi negeri Sabah ialah sebanyak sepuluh (11) kali dan Negeri Sarawak pula ialah sebanyak sembilan (9) kali. Jadual ringkas maklumat tersebut adalah seperti berikut :-
DEWAN RAKYAT Semenanjung 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986,1990,1995, 1999, 2004, 2008
Sabah 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008
Sarawak 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008
DEWAN UNDANGAN NEGERI Semenanjung 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008
Sabah 1967, 1971, 1976, 1981, 1985, 1986, 1990, 1994, 1999, 2004, 2008
Sarawak 1969, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001, 2006
Keanggotaan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

Bilangan kerusi Dewan Rakyat adalah ditetapkan oleh Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan manakala bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri pula ditetapkan oleh peruntukan yang berkaitan di dalam Perlembagaan Negeri-negeri berkenaan.
Pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila Dewan Rakyat dibubarkan, Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaranya. Peruntukan yang serupa terkandung juga di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Tarikh pembubaran parlimen serta tarikh pengundian pillihan raya umum semenjak tahun 1959 yakni selepas negara kita merdeka hingga yang terkini ialah seperti berikut :-


Tahun Pembubaran Parlimen Tarikh Pengundian Tempoh Pemerintahan
1959 Julai 1959 19 Ogos 1959 4 Tahun
1964 Mac 1964 25 April 1964 4 Tahun 7 Bulan
1969 Mac 1969 10 Mei 1969 4 Tahun 11 Bulan
1974 Ogos 1974 24 Ogos 1974 5 Tahun 3 Bulan
1978 Jun 1978 8 Julai 1978 3 Tahun 11 Bulan
1982 Mac 1982 22 April 1982 3 Tahun 8 Bulan
1986 19 Julai 1986 3 Ogos 1986 4 Tahun 4 Bulan
1990 5 Oktober 1990 20 & 21 Oktober 1990 4 Tahun 2 Bulan
1995 6 April 1995 24 & 25 April 1995 4 Tahun 6 Bulan
1999 10 November 1999 29 November 1999 4 Tahun 6 Bulan
2004 4 Mac 2004 21 Mac 2004 4 Tahun 4 Bulan
2008 13 Februari 2008 8 Mac 2008 3 Tahun 11 Bulan

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri juga menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, kecuali dibubarkan lebih awal, adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Roket Patah : 800 ahli DAP Malim Nawar keluar parti!

Posted: 19 Jun 2010 11:40 AM PDT

DAP Perak menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila seramai 880 ahli DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar mengikut jejak wakil rakyat kawasan itu, Keshvinder Singh keluar dari parti tersebut.

Jika Keshvinder memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas, ahli-ahli DAP itu memilih untuk menyertai Parti Makkal Sakti Malaysia (PMSM) selepas hilang keyakinan terhadap DAP untuk membela nasib mereka.

Penyertaan mereka secara beramai-ramai ke dalam PMSM diumumkan oleh Pengerusi Pemuda Kebangsaan PMSM, N. Ramu pada satu sidang akhbar khas di sebuah restoran di sini hari ini.

Ramu berkata, mereka terdiri daripada 200 ahli DAP Cawangan Batu Putih, Malim Nawar (300), Kampar Estate (180) serta Mambang Di Awan seramai 200 orang dan keahlian mereka dalam PMSM berkuat kuasa hari ini.

Katanya, kesemuanya berbuat demikian kerana yakin PMSM dapat membantu membela nasib mereka selepas berjaya mendapatkan bekalan air bersih dan hak milik tanah kepada penduduk Kampung Batu Putih di sini baru-baru ini.

''Dengan penyertaan mereka ini, saya yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula kerusi DUN Malim Nawar yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti hanya 1,362 undi pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.

Menurut Ramu, selain di DUN Malim Nawar, beliau turut menerima banyak permohonan daripada ahli-ahli pakatan pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampar dan seluruh Malaysia untuk menyertai PMSM.

''Setakat ini, PMSM mempunyai lebih 16,000 ahli di seluruh Perak dan kini yakin dapat mencapai bilangan keahlian sebanyak 50,000 orang menjelang pilihan raya umum akan datang.

''Kebanyakan ahli terdiri daripada golongan muda dan kami akan berusaha untuk mendaftar mereka sebagai pengundi secepat mungkin," ujar beliau.

Dalam pada itu, Ramu berharap BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dapat membantu PMSM dari segi sumber kewangan.

Katanya, sejak ditubuhkan tahun lepas, parti itu tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada BN walaupun banyak membantu menarik ahli-ahli pakatan pembangkang menyertai BN.

''Sekiranya mendapat pertolongan dari BN, kami yakin boleh menarik lebih ramai ahli dari pakatan pembangkang, khususnya orang India untuk kembali menyokong BN.

''Semua ketua cawangan kami adalah ahli politik sepenuh masa dan jika tanpa bantuan kewangan mereka mampu menarik ramai ahli pembangkang, inikan pula dengan ada pertolongan dari BN," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Puteri UMNO Caw Taman Mawar

Puteri UMNO Caw Taman Mawar


Rahmat Allah ke atas mereka yang mati syahid kerana memperjuangkan Islam

Posted: 18 Jun 2010 09:59 PM PDT


WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG


Makluman G2

Posted: 19 Jun 2010 02:17 AM PDT

Makluman, Kepada Semua AHLI Pergerakkan Pemuda UMNO Kapar yang layak dan berminat menawarkan diri bertanding G2 dijemput mendaftarkan diri di Pejabat UMNO Bahagian KAPAR pada 24-26 JUN 2010. (Waktu Pejabat)

Maksud tersirat ramai yang tak paham?

Posted: 19 Jun 2010 12:42 AM PDT

Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti
dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (
Malaysian Insider, 17 Jun 2010).


1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.

4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.





7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.


Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Anwar & Pakatan Rakyat terlalu busuk!!!

Posted: 19 Jun 2010 02:28 AM PDT

Dalam masa 2 tahun selepas PRU12, persada politik negara digegarkan dengan "tsunami" politik di mana BN telah banyak kehilangan kerusi Parlimen dan DUN kepada pihak pembangkang. Ketika itu, Pakatan Rakyat begitu mendabik dada dan sombong sekali. Kononnya, rakyat kini menyebelahi mereka dan telah bosan dengan BN yang terlalu banyak me"rosak"kan negara. "Eksyen" sungguh Anwar!

PRU12 juga menyaksikan kemenangan calon pilihanraya Pakatan Rakyat. Walaupun calon PR itu calon "kayu" pun sekali, pasti PR akan menang jua. Ini terbukti dengan kemenangan calon "cap kunci" di Bukit Selambau yang kuat disokong PR ketika itu. Ketika itu, Pakatan Rakyat "pakai main cekup" dan "tangkap muat" sahaja. Barisan calon mereka yang menang semuanya merupakan muka baru dalam dunia politik Malaysia. Sebelum ini, tak siapa pun tahu akan kewujudan kelibat calon PR yang bertanding. Siapa-siapa pun boleh jadi calon dan menang di atas tiket PR.

Namun, nampaknya kemegahan Pakatan Rakyat itu kini telah "makan tuan". Sebermulanya dengan lompatan ADUN BN ke dalam PR di Perak, semuanya telah mencetuskan "fenomena keluar parti" atau lebih dikenali sebagai "lompat katak". Ketika itu, YB BN yang "lompat" itu dikutuk hebat oleh penyokong-penyokong BN. Namun, PR menganggap bahawa "lompatan" itu adalah "lompatan demokrasi sebenar"! Tidak secubit pun rasa kesal atau penolakan di atas lompatan YB BN tersebut. Apatah lagi YB terbabit adalah dari UMNO, lagilah PR melompat kegirangan!

Namun, mereka menyangka "hujan hingga ke petang, rupanya berhenti ditengah hari". # orang ADUN di Perak bertindak keluar parti masing-masing. 2 dari PKR dan 1 dari DAP. Kemudian, ADUN BN yang lompat sebelum ini, telah kembali melompat ke pangkuan BN. Ketika itu, hanya Allah saja yang tahu betapa perasaan mereka. Macam-macam dikutuknya! Apa yang tidak dikata mereka kepada ADUN-ADUN tersebut? "Di beli" sudah pasti, malah ada yang diugut bunuh dan sebagainya! Ungkapan "lompatan demokrasi sebenar" entah hilang ke mana ketika itu. Teruk betul ADUN-ADUN tu kena "belasah"!

Selepas peristiwa itu, satu demi satu ADUN-ADUN dan MP-MP Pakatan Rakyat mula "melompat". Hairannya, mereka semua tidak melompat ke BN, malah mereka mengisyhtiharkan bahawa mereka berparti "Bebas". Memandangkan BN tidak rela difitnah dan dikaitkan dengan "lompatan" itu, maka BN menasihati mereka agar menetapkan pendirian masing-masing. Dan walaupun begitu, mereka yang melompat kebanyakkannya menyokong pihak kerajaan dan selebihnya berpendirian "bebas" dan berkecuali.

Mengapa calon-calon "fresh" ini lompat parti, sedangkan mereka baru sahaja menang pilihanraya? Anwar menempelak mereka telah "dibeli" oleh BN. Harganya RM2 juta, kata Anwar baru-baru ini. Bila diminta berikan bukti oleh mereka-mereka yang melompat, mengapa pula Anwar "bisu"? Anwar cacatkah sehingga tidak dapat menjawab tuduhannya sendiri? Nampak sangat Anwar ini penipu besar, pemfitnah tegar dan barhati busuk! Bukan itu saja, Anwar layak dikatakan "bacul, tak bertelur"! Sanggup menipu di Parlimen setelah mengangkat sumpah?

Anwar dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa "tembelang mereka kini sudah dihidu rakyat". Mereka masih lagi "trauma" dengan "lompatan" yang menjejaskan imej mereka. Rakyat sudah dapat menilai mereka seadilnya. Tentunya rakyat yang bijak akan berfikir bahawa mereka yang melompat itu pernah berada di dalam "inner circle" kepimpinan PR dan mereka lebih mengetahui tentang maslahat dalaman PR. Pekung, lendir nanah, kurap dan panau PR ternyata terlalu busuk bagi mereka untuk terus menghidunya, lantas mereka terpaksa mengasingkan diri dari "lembah najis terbusuk" itu.

Mereka yang melompat itu sudah "surrender" dan tidak mampu menahan diri dari terus bergelumang dosa membohongi rakyat, agama dan negara. Mereka rasa bertanggungjawab sekiranya meneruskan agenda PR yang hanya akan menjahanamkan negara. Kerana itulah mereka "lompat"! Saya bersimpati pada ADUN dan MP yang lompat itu kerana mereka baru ter"sedar". Tapi saya lebih kasihan kepada mereka-mereka di dalam PR yang terus menerus tidak sedar diri ditipu bulat-bulat oleh Anwar dan konco-konconya. PKR ditipu Anwar, PAS ditipu Nik Aziz, hanya DAP saja yang bergempita keseronokan memperkudakan PKR dan PAS! Apakah Anwar yakin DAP akan menobatkannya sebagai PM walaupun DAP mempunyai majoriti kerusi dalam Parlimen? Jangan mimpilahhhh!!!

Yang pastinya Pakatan Rakyat semakin kalut. Baru-baru ini seorang lagi ADUN Perak me"lompat", kali ini ADUN DAP Malim Nawar, Keshvinder Singh. Dia kata dia sudah bosan dengan "political game" PR. Tak tahulah sama ada Nik Aziz akan menganjurkan "solat hajat" minta bala diturunkan pada YB Singh tersebut. Setahu saya, Nik Aziz tidak pernah melakukan solat hajat pada Karpal yang sememangnya anti-Islam.

(Oleh: dukeofmontecristo)


Muslimat PAS dah jadi mata duitan..?!!!

Posted: 18 Jun 2010 08:50 PM PDT

Gempar dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Rantau Panjangdari PAS, Siti Zailah Mohd. Yusof akan menghadapi siasatan pihak berkuasa berikutan satu laporan polis telah dilakukan terhadapnya oleh pembantunya iaitu Ahmad Shaukey Abdul Ghani.

Namun begitu, laporan polis yang dilaporkan "pembantu" ahli politik pembangkang ini bukanlah membabitkan salah laku seks luar tabii sebagaimana kes Anwar vs. Saiful Bukhari. Dikhabarkan bahawa laporan polis ini berkaitan dengan wang ringgit atau lebih tepat lagi membabitkan wang "komisyen".

Menurut khabar lagi, Siti Zailah sering meminta wang komisyen dari projek-projek yang dilaksanakan di dalam kawasan parlimennya. Tak tahulah berapa yang diminta, namun akibat sikap YB itu yang meminta-minta "sedekah", maka pembantunya itu merasa tidak puas hati kerana tidak mahu dituduh bersubahat dengan "kemaruk wang" YBnya itu.

Dikhabarkan juga bahawa selepas laporan polis itu dibuat, Ahmad Shaukey dan isterinya ada menerima ugutan dari pihak tertentu. Berkemungkinan juga bahawa Ahmad Shaukey akan melaporkan salah laku YBnya itu kepada pihak atasan PAS.

Dahsyat betul PAS. Selama ini PAS kutuk UMNO/BN yang didakwa bermain politik wang, korupsi dan sebagainya. PAS begitu mnegeji UMNO/BN yang didakwa memeras wang projek di sana sini. Setelah UMNO/BN membanteras gejala negatif itu di dalam parti, perubahan demi perubahan dilakukan oleh UMNO/BN, PAS pula yang menjuarai kes "songlap wang" rakyat ini? Siap ugut-ugut lagi pelapornya?

Ternyata PAS sudah semakin "berubah" selepas ber"kawan" dengan "syaitan". Tak kira lelaki perempuan, ADUN dan MP PAS begitu rakus dan gelojoh mencari kekayaan hasil dari laba politik mereka. Tak cukup dengan elaun yang diterima, habis keuntungan jerit payah kontraktor ditagihnya. Demi perjuangan parti atau demi "kocek sendiri"?

Tidak hairanlah jika kita lihat perubahan gaya hidup pemimpin-pemimpin PAS di zaman sekarang. Jika dahulu di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, pemimpin PAS hanya memandu kereta lama dan uzur, kini mereka sudah mampu bergaya dengan mercedes class terbaru. Mereka mampu menunjukkan hasil kekayaan mereka dengan membina mahligai mewah berbanding pemimpin PAS dahulu yang tinggal di "rumah kampung" sahaja.

PAS sudah "gila wang ringgit"! Lihat saja kemelut KOHILAL yang baru-baru ini di"highlight"kan oleh PERKASA. Lihat saja jawapan Nik Amar yang "tidak munasabah". Lihat saja peranan "menantu" Tok Guru yang dikaitkan dengan pelbagai salah guna kuasa yang melibatkan wang. Bagaimana pula dengan YB-YB PAS yang lain? Kes Siti Zailah dan pembantunya ini mungkin adalah yang mampu dikesan. Bayangkan pula YB-YB PAS yang lain, mungkinkah mereka mengamalkan sikap yang sama atau mungkin lebih dari Zailah sendiri? Mungkinkah sebab itu mereka mendiamkan diri?

Hakikatnya, PAS hanya pandai mengata, mengutuk, membangkang dan mengeji sahaja. PAS tidak bijak mengurus kerajaan. Jika diberi peluang menguruskan kerajaan, maka kerajaan itu akan semakin miskin hingga tidak mampu membayar gaji penjawat awam negerinya. Atau negeri itu akan senasib seperti di Kedah apabila Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak tahu nak buat apa-apa di Kedah. Tak reti memerintah, katanya!

(Oleh: dukeofmontecristo)


ADUN DAP lari meninggalkan parti

Posted: 18 Jun 2010 04:33 PM PDT

Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar parti. Harapkan 30 ahli parlimen BN keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat, nampaknya jauh tersasar dan ramai pula ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lari meninggalkan PR itu.

Jika sebelum ini, berduyun-duyun pemimpin PKR yang lari keluar parti dan menjadi bebas, sehinggakan Anwar Ibrahim menjadi pening kepala dan terpaksa menuduh tanpa bukti bahawa BN membayar mereka RM2 juta seorang, kali ini K.Keshvinder Singh yang menjadi ADUN Malim Mawar dari DAP pula yang lari meninggalkan DAP.

Apakah Keshvinder Singh ini dibayar RM10 juta pula oleh BN? Tapi dari mana pula PKR mendapat dana untuk menggerakkan parti? Apakah mereka menerima bantuan dari syaitan di luar negeri?

Nampaknya penyakit lari keluar dari parti sudah menular dan menjangkiti DAP pula. Inilah padahnya bercakap besar dan menwar-warkan 16 September yang masih belum direalisasikan oleh Anwar Ibrahim sehingga kini.

Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP pula menuduh K. Keshvinder Singh sebagai seorang yang lupa daratan apabila keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Oh! Begitu rupanya. Kalau ahli dewan undangan negeri mereka lari meninggalkan parti dan menjadi bebas, mereka itu lupa daratan. Tapi jika ahli dewan undangan negeri BN lari meninggalkan parti dan menyertai Pakatan Rakyat, itu menunjukkan mereka itu bijak pandai.

''Tindakan Keshvinder dilihat sebagai tidak menghormati mandat pengundi di kawasan tersebut.

''Biarlah dia meninggalkan DAP kerana itu adalah haknya untuk berbuat demikian," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Keshvinder meninggalkan DAP kerana mendakwa beliau kecewa dengan kepimpinan parti pembangkang di negeri Perak yang banyak bermain politik sehingga melupakan tugas sebagai wakil rakyat.

Itulah sebenarnya sikap wakil rakyat Pakatan Rakyat. Jangan pula wakil rakyat Barisan Nasional mengikut jejak-langkah mereka kerana kita mahu menang dalam pilihan raya umum ke 13.

(Oleh: Mohd_Aimel)



DunSemarang

DunSemarang


KOMUNIS dalam Ingatan...

Posted: 18 Jun 2010 08:02 PM PDT

BAPA KU di seksa dan dibunuh komunis Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'
- "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur
antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi
seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."



Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang
dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian
dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat,Rengit,Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih
lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai
penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan
komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia
yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada
hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan
rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga
menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi
mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung
mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah
mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian
itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi
bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan
haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi
penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar
dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung
kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi
sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah
berkenaan mati," katanya.

Dahulu dihujung hutan inilah tempat markas komunis dan sekarang telah bertukar menjadi Kawasan ladang Nanas.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih
awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan
dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura
pada masa itu.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


WEB UMNO CAWANGAN BUKIT AMPANG TELAH BERPINDAH

Posted: 18 Jun 2010 05:59 AM PDT

Kami ingin memaklumkan bahawa Website UMNO Cawangan Bukit Ampang telah berpindah dari www.umnobktampg.net kepada domain yang baru iaitu www.umnobukitampang.com. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan.

-Moderator UMNO CAWANGAN BUKIT AMPANG

Pengikut