Sabtu, 19 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Anwar & Pakatan Rakyat terlalu busuk!!!

Posted: 19 Jun 2010 02:28 AM PDT

Dalam masa 2 tahun selepas PRU12, persada politik negara digegarkan dengan "tsunami" politik di mana BN telah banyak kehilangan kerusi Parlimen dan DUN kepada pihak pembangkang. Ketika itu, Pakatan Rakyat begitu mendabik dada dan sombong sekali. Kononnya, rakyat kini menyebelahi mereka dan telah bosan dengan BN yang terlalu banyak me"rosak"kan negara. "Eksyen" sungguh Anwar!

PRU12 juga menyaksikan kemenangan calon pilihanraya Pakatan Rakyat. Walaupun calon PR itu calon "kayu" pun sekali, pasti PR akan menang jua. Ini terbukti dengan kemenangan calon "cap kunci" di Bukit Selambau yang kuat disokong PR ketika itu. Ketika itu, Pakatan Rakyat "pakai main cekup" dan "tangkap muat" sahaja. Barisan calon mereka yang menang semuanya merupakan muka baru dalam dunia politik Malaysia. Sebelum ini, tak siapa pun tahu akan kewujudan kelibat calon PR yang bertanding. Siapa-siapa pun boleh jadi calon dan menang di atas tiket PR.

Namun, nampaknya kemegahan Pakatan Rakyat itu kini telah "makan tuan". Sebermulanya dengan lompatan ADUN BN ke dalam PR di Perak, semuanya telah mencetuskan "fenomena keluar parti" atau lebih dikenali sebagai "lompat katak". Ketika itu, YB BN yang "lompat" itu dikutuk hebat oleh penyokong-penyokong BN. Namun, PR menganggap bahawa "lompatan" itu adalah "lompatan demokrasi sebenar"! Tidak secubit pun rasa kesal atau penolakan di atas lompatan YB BN tersebut. Apatah lagi YB terbabit adalah dari UMNO, lagilah PR melompat kegirangan!

Namun, mereka menyangka "hujan hingga ke petang, rupanya berhenti ditengah hari". # orang ADUN di Perak bertindak keluar parti masing-masing. 2 dari PKR dan 1 dari DAP. Kemudian, ADUN BN yang lompat sebelum ini, telah kembali melompat ke pangkuan BN. Ketika itu, hanya Allah saja yang tahu betapa perasaan mereka. Macam-macam dikutuknya! Apa yang tidak dikata mereka kepada ADUN-ADUN tersebut? "Di beli" sudah pasti, malah ada yang diugut bunuh dan sebagainya! Ungkapan "lompatan demokrasi sebenar" entah hilang ke mana ketika itu. Teruk betul ADUN-ADUN tu kena "belasah"!

Selepas peristiwa itu, satu demi satu ADUN-ADUN dan MP-MP Pakatan Rakyat mula "melompat". Hairannya, mereka semua tidak melompat ke BN, malah mereka mengisyhtiharkan bahawa mereka berparti "Bebas". Memandangkan BN tidak rela difitnah dan dikaitkan dengan "lompatan" itu, maka BN menasihati mereka agar menetapkan pendirian masing-masing. Dan walaupun begitu, mereka yang melompat kebanyakkannya menyokong pihak kerajaan dan selebihnya berpendirian "bebas" dan berkecuali.

Mengapa calon-calon "fresh" ini lompat parti, sedangkan mereka baru sahaja menang pilihanraya? Anwar menempelak mereka telah "dibeli" oleh BN. Harganya RM2 juta, kata Anwar baru-baru ini. Bila diminta berikan bukti oleh mereka-mereka yang melompat, mengapa pula Anwar "bisu"? Anwar cacatkah sehingga tidak dapat menjawab tuduhannya sendiri? Nampak sangat Anwar ini penipu besar, pemfitnah tegar dan barhati busuk! Bukan itu saja, Anwar layak dikatakan "bacul, tak bertelur"! Sanggup menipu di Parlimen setelah mengangkat sumpah?

Anwar dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa "tembelang mereka kini sudah dihidu rakyat". Mereka masih lagi "trauma" dengan "lompatan" yang menjejaskan imej mereka. Rakyat sudah dapat menilai mereka seadilnya. Tentunya rakyat yang bijak akan berfikir bahawa mereka yang melompat itu pernah berada di dalam "inner circle" kepimpinan PR dan mereka lebih mengetahui tentang maslahat dalaman PR. Pekung, lendir nanah, kurap dan panau PR ternyata terlalu busuk bagi mereka untuk terus menghidunya, lantas mereka terpaksa mengasingkan diri dari "lembah najis terbusuk" itu.

Mereka yang melompat itu sudah "surrender" dan tidak mampu menahan diri dari terus bergelumang dosa membohongi rakyat, agama dan negara. Mereka rasa bertanggungjawab sekiranya meneruskan agenda PR yang hanya akan menjahanamkan negara. Kerana itulah mereka "lompat"! Saya bersimpati pada ADUN dan MP yang lompat itu kerana mereka baru ter"sedar". Tapi saya lebih kasihan kepada mereka-mereka di dalam PR yang terus menerus tidak sedar diri ditipu bulat-bulat oleh Anwar dan konco-konconya. PKR ditipu Anwar, PAS ditipu Nik Aziz, hanya DAP saja yang bergempita keseronokan memperkudakan PKR dan PAS! Apakah Anwar yakin DAP akan menobatkannya sebagai PM walaupun DAP mempunyai majoriti kerusi dalam Parlimen? Jangan mimpilahhhh!!!

Yang pastinya Pakatan Rakyat semakin kalut. Baru-baru ini seorang lagi ADUN Perak me"lompat", kali ini ADUN DAP Malim Nawar, Keshvinder Singh. Dia kata dia sudah bosan dengan "political game" PR. Tak tahulah sama ada Nik Aziz akan menganjurkan "solat hajat" minta bala diturunkan pada YB Singh tersebut. Setahu saya, Nik Aziz tidak pernah melakukan solat hajat pada Karpal yang sememangnya anti-Islam.

(Oleh: dukeofmontecristo)


Muslimat PAS dah jadi mata duitan..?!!!

Posted: 18 Jun 2010 08:50 PM PDT

Gempar dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Rantau Panjangdari PAS, Siti Zailah Mohd. Yusof akan menghadapi siasatan pihak berkuasa berikutan satu laporan polis telah dilakukan terhadapnya oleh pembantunya iaitu Ahmad Shaukey Abdul Ghani.

Namun begitu, laporan polis yang dilaporkan "pembantu" ahli politik pembangkang ini bukanlah membabitkan salah laku seks luar tabii sebagaimana kes Anwar vs. Saiful Bukhari. Dikhabarkan bahawa laporan polis ini berkaitan dengan wang ringgit atau lebih tepat lagi membabitkan wang "komisyen".

Menurut khabar lagi, Siti Zailah sering meminta wang komisyen dari projek-projek yang dilaksanakan di dalam kawasan parlimennya. Tak tahulah berapa yang diminta, namun akibat sikap YB itu yang meminta-minta "sedekah", maka pembantunya itu merasa tidak puas hati kerana tidak mahu dituduh bersubahat dengan "kemaruk wang" YBnya itu.

Dikhabarkan juga bahawa selepas laporan polis itu dibuat, Ahmad Shaukey dan isterinya ada menerima ugutan dari pihak tertentu. Berkemungkinan juga bahawa Ahmad Shaukey akan melaporkan salah laku YBnya itu kepada pihak atasan PAS.

Dahsyat betul PAS. Selama ini PAS kutuk UMNO/BN yang didakwa bermain politik wang, korupsi dan sebagainya. PAS begitu mnegeji UMNO/BN yang didakwa memeras wang projek di sana sini. Setelah UMNO/BN membanteras gejala negatif itu di dalam parti, perubahan demi perubahan dilakukan oleh UMNO/BN, PAS pula yang menjuarai kes "songlap wang" rakyat ini? Siap ugut-ugut lagi pelapornya?

Ternyata PAS sudah semakin "berubah" selepas ber"kawan" dengan "syaitan". Tak kira lelaki perempuan, ADUN dan MP PAS begitu rakus dan gelojoh mencari kekayaan hasil dari laba politik mereka. Tak cukup dengan elaun yang diterima, habis keuntungan jerit payah kontraktor ditagihnya. Demi perjuangan parti atau demi "kocek sendiri"?

Tidak hairanlah jika kita lihat perubahan gaya hidup pemimpin-pemimpin PAS di zaman sekarang. Jika dahulu di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, pemimpin PAS hanya memandu kereta lama dan uzur, kini mereka sudah mampu bergaya dengan mercedes class terbaru. Mereka mampu menunjukkan hasil kekayaan mereka dengan membina mahligai mewah berbanding pemimpin PAS dahulu yang tinggal di "rumah kampung" sahaja.

PAS sudah "gila wang ringgit"! Lihat saja kemelut KOHILAL yang baru-baru ini di"highlight"kan oleh PERKASA. Lihat saja jawapan Nik Amar yang "tidak munasabah". Lihat saja peranan "menantu" Tok Guru yang dikaitkan dengan pelbagai salah guna kuasa yang melibatkan wang. Bagaimana pula dengan YB-YB PAS yang lain? Kes Siti Zailah dan pembantunya ini mungkin adalah yang mampu dikesan. Bayangkan pula YB-YB PAS yang lain, mungkinkah mereka mengamalkan sikap yang sama atau mungkin lebih dari Zailah sendiri? Mungkinkah sebab itu mereka mendiamkan diri?

Hakikatnya, PAS hanya pandai mengata, mengutuk, membangkang dan mengeji sahaja. PAS tidak bijak mengurus kerajaan. Jika diberi peluang menguruskan kerajaan, maka kerajaan itu akan semakin miskin hingga tidak mampu membayar gaji penjawat awam negerinya. Atau negeri itu akan senasib seperti di Kedah apabila Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak tahu nak buat apa-apa di Kedah. Tak reti memerintah, katanya!

(Oleh: dukeofmontecristo)


ADUN DAP lari meninggalkan parti

Posted: 18 Jun 2010 04:33 PM PDT

Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar parti. Harapkan 30 ahli parlimen BN keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat, nampaknya jauh tersasar dan ramai pula ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lari meninggalkan PR itu.

Jika sebelum ini, berduyun-duyun pemimpin PKR yang lari keluar parti dan menjadi bebas, sehinggakan Anwar Ibrahim menjadi pening kepala dan terpaksa menuduh tanpa bukti bahawa BN membayar mereka RM2 juta seorang, kali ini K.Keshvinder Singh yang menjadi ADUN Malim Mawar dari DAP pula yang lari meninggalkan DAP.

Apakah Keshvinder Singh ini dibayar RM10 juta pula oleh BN? Tapi dari mana pula PKR mendapat dana untuk menggerakkan parti? Apakah mereka menerima bantuan dari syaitan di luar negeri?

Nampaknya penyakit lari keluar dari parti sudah menular dan menjangkiti DAP pula. Inilah padahnya bercakap besar dan menwar-warkan 16 September yang masih belum direalisasikan oleh Anwar Ibrahim sehingga kini.

Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP pula menuduh K. Keshvinder Singh sebagai seorang yang lupa daratan apabila keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Oh! Begitu rupanya. Kalau ahli dewan undangan negeri mereka lari meninggalkan parti dan menjadi bebas, mereka itu lupa daratan. Tapi jika ahli dewan undangan negeri BN lari meninggalkan parti dan menyertai Pakatan Rakyat, itu menunjukkan mereka itu bijak pandai.

''Tindakan Keshvinder dilihat sebagai tidak menghormati mandat pengundi di kawasan tersebut.

''Biarlah dia meninggalkan DAP kerana itu adalah haknya untuk berbuat demikian," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Keshvinder meninggalkan DAP kerana mendakwa beliau kecewa dengan kepimpinan parti pembangkang di negeri Perak yang banyak bermain politik sehingga melupakan tugas sebagai wakil rakyat.

Itulah sebenarnya sikap wakil rakyat Pakatan Rakyat. Jangan pula wakil rakyat Barisan Nasional mengikut jejak-langkah mereka kerana kita mahu menang dalam pilihan raya umum ke 13.

(Oleh: Mohd_Aimel)



Tiada ulasan:

Pengikut