Pengikut

Nuffnang

Selasa, 28 Disember 2010

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PERUBAHAN KEPIMPINAN UMNO NEGERI

Posted: 27 Dec 2010 10:41 PM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Spekulasi mengenai perubahan kepimpinan baru UMNO negeri-negeri terjawab apabila tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang yang sebelum ini diterajui oleh Naib Presiden dikembalikan kepada pemimpin-pemimpin di peringkat negeri.

Ketiga-tiga negeri terbabit menerima perubahan di peringkat pengerusi dan timbalan pengerusi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkannya berkata, perkara itu telah diputuskan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Kedah beliau berkata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dipilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dengan mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

''Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula telah dilantik sebagai timbalan beliau. Di Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan mengetuai semula UMNO negeri yang sebelum ini dipegang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan semula Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini yang berkuat kuasa 1 Januari ini.

Tengku Adnan berkata, bagi jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dipegang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib.

Di Pulau Pinang beliau berkata, jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang sebelum ini dipegang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertukar tangan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Zainal Abidin itu diisi oleh Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Di Perlis pula ujarnya, jawatan pengerusi masih dipegang oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu tetapi di peringkat timbalan pengerusi jawatan itu diserahkan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sembilan lagi negeri tidak mengalami perubahan termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan.

''Ini bermakna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing masih mengekalkan jawatan sebagai pengerusi di Selangor dan Wilayah Persekutuan,

''Begitu dengan timbalan bagi kedua-dua negeri juga tidak mengalami sebarang perubahan,'' katanya lagi.

Bagi negeri-negeri lain katanya adalah seperti berikut - (Negeri Sembilan) pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan dan timbalan pengerusi, Datuk Shaziman Abu Mansor ; (Pahang) Pengerusi, Datuk Seri Adnan Yaakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin .

Lain-lain negeri katanya, (Melaka) pengerusi, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop; (Johor) pengerusi, Datuk Abdul Ghani Othman dan timbalan pengerusi, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

''(Sabah) pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman dan timbalan pengerusi, Datuk Seri Datuk Mohamad Salleh Tun Said, Perak pula akan diterajui Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir manakala timbalannya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,'' katanya.

-utusan

Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak kerana sudi bersama-sama kami di Selangor. Kami akan terus menyokong perjuangan Presiden demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Hidup UMNO!!

-UCBA

artikel berkaitan :

SAYA MENYERU PRESIDEN UMNO UNTUK BERSAMA DI SELANGOR SEHINGGA PRU13.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian