UMNO Cawangan Bukit Ampang |
- PERDANA MENTERI PUJI INITIATIF MCA
- PEMILIHAN MCA DITANGGUH
- DULU ORANG KATA DIA TIPU LA NIE HANG PIKIAQ LA SENDIRI.....
- Should Lee Kuan Yew testify in Sodomy II
PERDANA MENTERI PUJI INITIATIF MCA Posted: 13 Dec 2010 07:57 PM PST KUALA LUMPUR 13 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, MCA merupakan parti politik pertama menubuhkan yayasan perubatan bagi memberi bantuan kewangan untuk tujuan perubatan kepada rakyat yang memerlukan. Perdana Menteri yang memuji inisiatif itu berkata, usaha murni MCA itu akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negara ini yang begitu memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan perubatan. "Usaha ini akan meningkatkan hubungan MCA dengan rakyat kerana rakyat akan melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang prihatin terhadap kesihatan penduduk pelbagai kaum di negara ini. "Oleh kerana kos perubatan yang mahal, ramai rakyat tidak mampu untuk membuat rawatan sekiranya tiada bantuan disalurkan. Saya berterima kasih kepada MCA di atas inisiatif yang cukup murni ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Yayasan Perubatan 1MCA di sini malam ini. Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Penubuhan yayasan perubatan itu diumumkan Soi Lek selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden MCA 28 September lalu bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak mampu tetapi perlu menjalani rawatan di hospital swasta kerana tiada kepakaran dengan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka. Dua minggu selepas dilancarkan, yayasan berkenaan berjaya mengumpul dana sebanyak RM4.5 juta dan sehingga hari ini sebanyak RM10 juta telah berjaya dikumpul. Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan MCA itu bukan semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat tetapi lebih bertujuan ke arah membina negara dalam semangat 1Malaysia. "Ia juga bagi membuktikan Malaysia adalah negara yang benar-benar dimiliki oleh seluruh rakyatnya selain menjadi negara yang hebat dan contoh kepada negara lain," katanya. Najib dalam pada itu berkata, kutipan sebanyak RM10 juta yang dikumpul itu adalah satu permulaan baik dan kerajaan akan memberikan pengecualian cukai kepada dermawan yang telah menyumbang kepada yayasan tersebut. |
Posted: 13 Dec 2010 07:53 PM PST KUALA LUMPUR 13 Dis. - Jawatankuasa Pusat (CC) MCA sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya tumpuan dapat diberikan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, dengan keadaan parti yang semakin kukuh maka sepatutnya senario ini dikekalkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada PRU-13. "Ahli CC berpendapat adalah penting bagi MCA terus mengukuhkan perpaduan di dalam parti bagi memastikan kita yakin dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa. "Bagaimanapun penangguhan ini perlu dikaji oleh pasukan khas yang diketuai Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memastikan ia selari dengan perlembagaan termasuk sama ada perlu memindanya bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat CC MCA di sini hari ini. Sementara itu, Soi Lek memberitahu, seramai 17,378 orang telah menyertai MCA pada tahun ini berbanding hanya 783 orang pada 2008. Katanya, 70 peratus daripada 17,378 ahli baru adalah golongan yang berumur 45 tahun ke bawah. "Sehubungan itu, kemasukan ahli baru ini telah menunjukkan golongan muda masih berasa yakin terhadap BN, maka adalah tidak benar mengatakan mereka tidak menyokong BN lagi," katanya. Setakat ini, MCA mempunyai seramai 971,000 ahli di seluruh negara. Dalam perkembangan lain, mengenai Beliawanis MCA, Soi Lek berkata, mulai tahun depan, ahli Beliawanis boleh memilih menyertai sayap Pemuda atau Wanita MCA atau kedua-duanya. Pada masa sama, Soi Lek memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri Majlis Ulang Tahun MCA Ke-62 yang akan diadakan pada 27 Februari depan. |
DULU ORANG KATA DIA TIPU LA NIE HANG PIKIAQ LA SENDIRI..... Posted: 13 Dec 2010 07:41 AM PST |
Should Lee Kuan Yew testify in Sodomy II Posted: 13 Dec 2010 07:34 AM PST |
You are subscribed to email updates from UMNO Cawangan Bukit Ampang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan