Khamis, 30 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Apa pendirian PAS Selangor bila Nie Ching bersenamrobik di perkarangan masjid ?

Posted: 29 Dec 2010 11:26 PM PST

PAS Selangor tidak mempunyai pendirian untuk memuliakan masjid sebagai rumah Allah sebaliknya sekadar membisu apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dilaporkan bersenamrobik dengan berpakaian menjolok mata di perkarangan masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Nie Ching yang dilaporkan berseluar ketat dan memakai baju T bersenamrombik bersama kaum lelaki amat memalukan.

"Saya tidak faham apa sebenarnya fatwa yang dipakai oleh PAS Selangor sehingga boleh membenarkan lelaki dan perempuan bercampur dalam aktiviti riadah di perkarangan masjid sempena sambutan Maal Hijrah," ujarnya.

Beliau kesal kerana PAS Selangor tergamak memperlekehkan kemuliaan sambutan Maal Hijrah dengan aktiviti menjolok mata dan tidak kena pada tempatnya.

Beliau menjelaskan, Islam menggalakkan umatnya beriadah tetapi tidak sampai bukan Islam berpakaian menjolok mata dan bercampur gaul dengan lelaki di perkarangan masjid.

Dalam reaksinya terhadap pendedahan yang dibuat oleh laman web ruangbicarafaisal. blogspot.com seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini, Syed Ali mencabar PAS menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kejadian tersebut.

"Nampaknya, fatwa PAS Selangor boleh menghalalkan cara asalkan memberi keuntungan politik kepada mereka walaupun mencemarkan kemuliaan masjid," tegasnya.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan boleh 'pejam mata' dan membiarkan penyertaan Nie Ching dalam acara senamrobik dengan berpakaian tidak sopan.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak Majlis Agama Islam Selangor menyiasat perkara itu kerana ia membabitkan maruah dan kemuliaan agama Islam.

"Ini bukan agenda politik mana-mana pihak, tetapi kesucian masjid atau pun surau dianggap tercemar apabila wanita memasukinya tanpa menutup aurat (kepala), apatah lagi dilakukan pula oleh bukan Islam seperti Nie Ching," ujarnya.

Beliau bimbang tindakan wakil rakyat tersebut sebagai langkah permulaan pihak bukan Islam untuk menjadikan surau atau masjid sebagai tempat memancing sokongan orang Islam untuk kepentingan peribadi mereka.

Nie Ching sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila beliau dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah surau di Kajang, Selangor pada bulan Ramadhan lalu.

Tiada ulasan:

Pengikut