Khamis, 23 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Turun papan tanda 1Malaysia; kerajaan Selangor anti-nasional – Syed Ali

Posted: 22 Dec 2010 09:50 PM PST
















TINDAKAN kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan disifatkan sebagai anti-nasional dan takut kepada bayang-bayang sendiri, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Rakyat menerima baik konsep 1Malaysia, cuma yang sakit hati dan rasa takut ialah pembangkang terutama kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," katanya.

Menurutnya, tindakan itu juga bgi menutup rasa malu PR apabila Apco Worldwide menafikan firma tersebut mencipta gagasan 1Malaysia sepertimana didakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apabila pembohongan Anwar terbongkar, kerajaan Selangor mencari helah untuk menutup rasa malu tersebut dengan membuat keputusan mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan," tegasnya.

Malah katanya, tindakan itu juga bagi mengalih isu kes liwat Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari yang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Bila terbukti Anwar berbohong dan kes liwatnya pula masih berjalan, maka mereka (pembangkang) cuba cari isu lain untuk mengalih perhatian rakyat," katanya.

Sebelum ini, Anwar telah menuduh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menggunakan khidmat firma tersebut untuk mencipta gagasan 1Malaysia yang menyamai konsep One Israel.

Beliau menjelaskan, selama ini Anwar bukan sahaja telah berbohong kepada rakyat negara ini malah kepada penyokong-penyokong PR terutama PKR.

"Kini sudah terbukti bahawa cerita Anwar dalam siri ceramah politiknya mengenai Apco dan 1Malaysia adalah karut, fitnah dan hanya bermotifkan dendam politik," ujarnya.

Sebaliknya beliau menyifatkan slogan 'Israel for all' menyamai dengan PAS yang melaungkan ungkapan 'PAS for all'.

"Tetapi kerana PAS juga bersubahat dengan PKR maka slogan PAS yang diciplak daripada slogan Israel itu tidak ditimbulkan. Inilah sebenarnya perbuatan keji pembangkang untuk mengemis sokongan rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu Syed Ali mendakwa Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anti-nasional dan tidak menghormati dasar kerajaan persekutuan yang berusaha mensejahterakan rakyat pelbagai kaum.

Semalam, kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan notis kepada premis perniagaan supaya papan-papan tanda yang mempunyai logo 1Malaysia diturunkan.

Mangsa pertama arahan tersebut ialah sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kuala Langat yang menerima notis daripada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) supaya logo 1Malaysia ditanggalkan di papan tanda kedai berkenaan.

Berikutan itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu (DAP) menjelaskan logo 1Malaysia mempunyai mesej politik memandangkan ianya dilancarkan oleh Barisan Nasional (BN).

Ronnie juga berkata sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

Mengulas mengenai tindakan tersebut, Syed Ali berkata Exco kerajaan pembangkang itu masih tidak memahami antara kepentingan nasional dan agenda politik.

Beliau menjelaskan. Logo 1Malaysia tidak pernah dilancarkan oleh BN tetapi dilakukan oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dengan mengambilkira kepentingan rakyat keseluhurannya tanpa diskriminasi politik.

"Gagasan 1Malaysia tidak ada menyelitkan logo UMNO mahupun BN, ianya bersifat nasional, sepertimana dasar-dasar kerajaan yang dibuat sebelum ini," jelasnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Ronnie itu hanya helah semata-mata bagi menutup segala kepincangan dan kelemahan pentadbiran Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang semakin ditolak oleh rakyat negeri berkenaan.

Tiada ulasan:

Pengikut