Isnin, 20 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Sejarah kelahiran DAP untuk hapuskan kepentingan Melayu – Syed Ali

Posted: 19 Dec 2010 08:31 PM PST

SEJARAH kelahiran parti DAP pada asasnya untuk mengekalkan kuasa satu kaum sahaja dengan menghapuskan kepentingan orang Melayu, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, DAP merupakan kesinambungan perjuangan parti PAP pimpinan Lim Kuan Yew yang melahirkan Republik Singapura.

Menurutnya, Singapura yang dahulunya sebahagian daripada Tanah Melayu kini dikuasai sepenuhnya oleh kaum Cina dan orang Melayu menjadi kaum minoriti yang terus dipinggirkan," katanya.

"Inilah misi DAP untuk melenyapkan ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu dan seterusnya agama Islam, sepertimana mereka sedang lakukan di Pulau Pinang," tegasnya.

Beliau berkata, pemimpin DAP sengaja memainkan sentimen kaum supaya tercetus suasana tidak tenteram antara Melayu dengan bukan Melayu.

Katanya, DAP adalah alat kepada kuasa asing untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dengan melenyapkan instusi beraja sepertimana Singapura.

"Bagi mencapai proses tersebut, DAP menggunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sebagai kuda tunggangan untuk mendapat sokongan sebahagian daripada pengkhianat Melayu," tegasnya.

Beliau binmbang jika cita-cita DAP ini berjaya orang melayu akan hilang segala-galanya dan merempat di tanahairnya sendiri.

Justeru katanya, sejarah kelahiran DAP perlu didedahkan secara meluas kepada seluruh rakyat bagi memastikan perpaduan antara kaum di negara ini berkekalan.

Serantak dengan itu Syed Ali mendesak kerajaan supaya segera mengharamkan pendaftaran parti DAP kerana jelas perjuangannya bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan dan mengetepikan prinsip demokrasi.

Oleh sebab itu katanya, apabila DAP sengaja mempersoalkan ketuanan Melayu, kedudukan agama Islam serta institusi beraja di negara ini, bermakna mereka telah menolak perlembagaan negara.

"Saya amat berharap kerajaan perlu mengharamkan pendaftaran mana-mana parti politik terutama DAP yang sengaja mencabuli perlembagaan negara dan memainkan sentimen kaum untuk agenda politik," katanya.

Katanya, DAP sengaja memainkan sentimen politk perkauman dengan mengapi-apikan isu anti Melayu termasuk kedudukan raja-raja Melayu untuk mendapat sokongan bukan Melayu khususnya masyarakat Cina.

Beliau khuatir jika kerajaan masih teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ianya boleh melebarkan lagi persengketaan antara etnik dan agama di negara ini.

Sehubungan itu tegasnya, tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu sebagai perovokasi parti itu untuk mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

"Guan Eng sepatutnya terlebih dahulu menjelaskan sejauhmana taatnya pemimpin DAP kepada raja-raja Melayu dan konsep perlembagaan negara jika benar mereka warganegara yang bertanggungjawab," ujarnya.

"Guan Eng mula memainkan isu kerakyatan untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu, ini taktik keji DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau mengingatkan orang Melayu supaya berhati-hati dengan niat jahat DAP dalam usaha mereka untuk melenyapkan ketuanan Melayu.

Tiada ulasan:

Pengikut