Oleh
SYED ALI ALHABSHEEWALAUPUN dunia tahu betapa jijiknya aktiviti liwat didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyokong mereka tetap menyifatkan beliau manusia bermoral.
Bagi penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar seolah-olah dewa suci yang tidak terpalit sebarang dosa.
Oleh sebab itu PKR berhempas pulas menyangkal pendedahan laman web WikiLeaks berhubung aktiviti liwat Anwar.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution tanpa sedikitpun rasa malu menjelaskan pendedahan itu sekadar catatan peribadi individu untuk burukan imej negara.
Sebenarnya beliau sengaja memperbodohkan rakyat supaya menilai catatan sesawang itu boleh diterima pakai atau pun tidak.
Saifuddin sebenarnya cuba 'melindungi' Anwar, yang bukan sahaja dikaitkan dengan kes liwat tetapi merupakan pengkhianat kepada bangsanya sendiri.
Berpegang kepada falsafah menghalalkan cara, Anwar bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan orang Melayu bagi memenuhi mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri.
Angkara perlakuan politik songsang Anwar juga, bukan Melayu semakin biadap sehingga ada yang berani mencerca ketuanan Melayu dan raja-raja Melayu.
Oleh sebab itu pada hemat saya, Saifuddin cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai daun dalam usaha mereka (PKR) mengetepikan pendedahan tersebut.
Walhal pendedahan WikiLeaks dipercayai berdasarkan maklumat agen perisikan Singapura, tidak ada kaitan langsung dengan negara ini.
Imej negara sesekali tidak akan tercemar akibat pendedahan WikiLeaks mengenai aktiviti seks Anwar kerana ia merupakan isu 'tabiat' peribadi beliau.
Kalau tidak masakan Anwar cuba kaitkan PDRM dengan pembocoran maklumat tersebut.
Oleh sebab itu saya bersetuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjelaskan beliau yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tahu mengenai aktiviti liwat Anwar.
Saifuddin burung kakak tua Anwar
Inilah yang cuba diputarbelitkan oleh Saifuuddin, sesuai dengan posisinya selaku burang kakak tua kepada Anwar.
Dalam pada itu, saya juga kasihan melihat penyokong Melayu PKR yang berterusan disogokkan dengan penafian Anwar bersabit kes liwatnya.
Dan untuk sekian lamanya mereka masih beranggapan Anwar sengaja diperangkap menerusi konspirasi untuk membunuh kerjaya politkiknya.
Ini juga persepsi karut yang ditanam oleh Anwar kepada pengikutnya dengan menunding jari kepada UMNO kononnya sengaja menjatuhkan beliau.
Persoalannya, sampai bila penyokong PKR akan diperbodohkan oleh pemimpinnya sendiri dan apa yang pasti, Saifuddin adalah tukang karutnya.
Apakah mereka tidak berfikir jika seluruh dunia sudah tahu mengenai aktiviti liwat Anwar dan didedahkan pula oleh WikiLeaks, bermakna pembohongan Anwar sudah tidak boleh ditutup lagi.
Apapun, kemunculan semula Ummi Hafilda bakal menayangkan episod baru dalam 'cerita' liwat Anwar manakala Mohd. Saiful Bukhari masih menyimpan seribu rahsia yang bakal terdedah tidak lama lagi. Tunggulah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan