Jumaat, 10 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Ketua pembangkang ; Syed Ali cabar Anwar contohi Khir Toyo

Posted: 09 Dec 2010 08:45 PM PST

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang di Parlimen sepertimana dilakukan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, walaupun kesalahannya berbeza tetapi pada dasarnya mereka telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan yang lakukan.

Katanya, walaupun mahkamah belum memutuskan sama ada Anwar bersalah atau sebaliknya, tetapi dari segi moral politik, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu meletakkan jawatan

Malah beliau turut mencabar Anwar segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Umum PKR kerana jawatan tersebut tidak bertepatan dengan perlembagaan parti itu.

Jawatan tersebut kata Syed Ali, hanya tipu muslihat Anwar untuk terus berkuasa dengan menjadikan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah wan isklamil sebagai 'patung bernyawa'.

"Anwar sedang berdepan dengan kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari, jika dia pemimpin bermoral dan mempunyai harga diri, sepatutnya mengikuti jejak Mohd. Khir yang sanggup meletakkan jawatan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor," tegasnya.

Katanya, walaupun Mohd. Khir belum disabutkan kesalahan, tetapi beliau seorang pemimpin berprinsip dan berani memikul tanggungjawab.

Mohd. Khir kini sedang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Seksyen Shah Alam berhubung kes pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut Syed Ali lagi, Anwar yang selama ini lantang bercakap soal prinsip dan demokrasi sepatutnya melepaskan jawatan ketua pembangkang kerana kredibilti dan maruahnya sudah tercemar.

Bagaimanapun Syed Ali tidak hairan kerana Anwar merupakan pemain politik putar alam dan licik mempengaruhi keadaan supaya kes liwatnya tidak menjadi tumpuan umum.


Wan Azizah patung bernyawa Anwar

Sebaliknya jelas beliau, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh kerajaan hanya bermain sandiwara dalam kes Mohd. Khir dan memanipulasikannya untuk agenda politik mereka.

Katanya, adalah satu dakwaan tidak berasas jika pemimpin PR beranggapan UMNO boleh berlakun sepertimana mereka (pembangkang) sering lakukan untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

"Dulu Anwar pernah muncul sebagai pelakon terkenal gara-gara sakit tulang belakang, Nik Aziz Nik Mat (Datuk) juga kononnya pernah sakit, Karpal Singh juga berlakon sakit hingga beberapa kali kes liwat ditangguhkan, malah ramai lagi pelakon berbakat dalam PKR dan PAS," tegasnya.

"Inilah modus operandi PR terutama PAS dan PKR yang sengaja memutarbelitkan apa jua isu membabitkan pemimpin UMNO walaupun mereka terpaksa berbohong kepada rakyat.

Beliau juga mendedahkan bagaimana berjayanya lakonan Anwar sebagai perancang demontrasi air di Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai helah mereka untuk mengambil alih Syabas.

"Anwar kononnya penasihat ekonomi kerajaan PR Selangor, tetapi ternyata beliau hanya perosak ekonomi yang gagal menyelesaikan banyak perkara membabitkan kepentingan rakyat termasuk dalam isu air Syabas," katanya.

Sambil menyifatkannya sebagai talam dua muka, beliau turut menyelar Anwar yang tergamak menjadi alat kepada rejim Israel hanya ingin memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Sepertimana Anwar kata Syed Ali, kerajaan juga perlu menyiasat sumber kewangan yang diperolehi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi membiayai pelbagai program PKR.

"Banyak orang bercakap Azmin hidup terlalu mewah dan mampu membiayai pelbagai aktiviti parti, sehubungan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia (SPRM) sewajarnya melakukan siasatan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut