Rabu, 8 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali cadang penderhaka Melayu dilucutkan taraf kerakyatan

Posted: 07 Dec 2010 08:27 PM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshe berkata, penderhaka kepada raja-raja Melayu perlu dilucutkan taraf kerakyatan dan dihalau keluar daripada negara ini.

"Penderhaka Melayu harus dihalau keluar daripada negara ini kerana mereka adalah petualang dan pengkhianat kepada bangsa sendiri," tegasnya.

Beliau khuatir jika golongan penderhaka dibiarkan, ia akan meruntuhkan bangsa Melayu, kemuliaan syiar Islam dan memporak-perandakan keharmoniam kaum di negara ini.

Sehubungan itu katanya, Majlis Raja-Raja dan pihak kerajaan perlu memikirkan kemungkinan satu-undang digubal bagi menangani isu tersebut.

Menurut beliau, kerajaan harus memandang serius kerana perbuatan mereka jelas merupakan hasutan yang boleh menjejaskan masa depan umat Melayu.

Jika sebarang tindakan tidak diambil katanya, kumpulan ini akan berterusan menghasut rakyat sambil mendkwa kerajaan Barisan Nasional (BN) takut untuk bertindak.

"Penderhaka Melayu ini daripada parti pembangkang yang gila kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi matlamat mereka," tegasnya.

Beliau mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.

Bertitah di majlis sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Negeri Perak di Kuala Kangsar semalam, baginda menegaskan raja-raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisinya bahkan turut bertanggungjawab kepada agama dan bangsa.

Cabuli perlembagaan untuk jatuhkan raja-raja Melayu

Menurut Syed Ali lagi, masa depan orang Melayu dan institusi raja-raja Melayu perlu dipertahankan supaya tidak menjadi bahan sejarah generasi akan datang.

"Kita amat bimbang, golongan yang jahil sejarah perjuangan orang Melayu akan terus mencabuli Perlembagaan Negara untuk menjatuhklan kedudukan raja-raja Melayu," katanya.

Katanya, raja-raja Melayu dan kedudukan Yang Dipertuan Agong merupakan simbol penyatuan seluruh umat Melayu di negara ini berteraskan undang-undang sedia ada.

Syed Ali kesal kerana penderhaka Melayu sanggup bersubahat dengan bukan Melayu untuk menjatuhkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Bahaya kepada umat Islam dan orang Melayu sekarang berpunca daripada sekumpulan orang Melayu yang jadi pengkhianat kepada tanahairnya sendiri kerana agenda politik," tegasnya.

Kumpulan tersebut jelas beliau, perlu dihalau keluar daripada negara ini kerana banyak menimbulkan kegelisahan kepada rakyat, orang Melayu dan menggugat keamanan negara.

MB Khalid takut dengan sultankah?

Posted: 07 Dec 2010 07:04 PM PST

Oleh Zaini Hassan

SYABAS saya ucapkan kepada MB Selangor, Khalid Ibrahim. Beliau juara air Selangor. Ahad lalu ratusan ribu rakyat menjerit dan bengang kerana KL sesak teruk gara-gara Khalid dan geng-gengnya berarak ke Istana Negara.

Ia dilakukan bagi membolehkan mereka menyerahkan lebih 100,000 tanda tangan kononnya daripada rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Begitulah dramatiknya perkembangan isu air di Selangor. Sehinggakan Yang di-Pertuan Agong pun turut dibabitkan dalam isu itu.
Yang bermain di fikiran saya ialah mengapakah MB Selangor ingin menghantar memorandum kepada Agong dan bukannya kepada sultannya sendiri, Sultan Selangor?
Apakah beliau telah mengetepikan adat budaya Melayu yang menghormati ketua di dalam negeri sebelum berbuat demikian di luar negeri (luar Selangor)? Ataupun beliau ketaq perut (takut) dengan sultannya sendiri?
Saya juga terfikir adakah MB Selangor berasa tidak yakin akan mendapat pembelaan sewajarnya atas isu air ini jika memo itu diserah kepada Sultan Selangor, sedangkan boleh dikatakan majoriti penandatangan memo adalah rakyat Selangor?
Jika benar majoriti pengguna yang bersetuju itu adalah warga Selangor, maka sepatutnya dan selayaknya memo itu dipersembahkan terus kepada Sultan Sharafudin Idris Shah. Setelah mendapat perkenan Baginda barulah memo tersebut dibawa kepada Istana Negara.
Adalah tidak tepat membawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong kerana walaupun warga KL dan Putrajaya juga menggunakan air Syabas tetapi mereka bukan rakyat Selangor yang dipimpin Khalid.
Pandangan saya berikutnya ialah kutipan 100,000 tanda tangan itu dibuat tanpa perancangan teliti.
Seratus ribu tandatangan itu bukanlah mewakli 1.5 juta akaun pengguna air sedia ada, hatta jauh sekali dapat mewakili lebih enam juta pengguna air di Lembah Kelang atau juga tiga juta penduduk Selangor.

ambilalih syarikat bekalan air Selangor, Syabas

Saya bersetuju dengan pandangan banyak pihak bahawa isu utamanya bukan berkisar kepada topik kenaikan tarif air (Kedah dan Pulau Pinang telah pun menaikkan tarif air mereka sebelum ini) ataupun isu air percuma, tetapi sebenarnya adalah berkisar di atas satu premis utama iaitu: Untuk mengambil alih syarikat bekalan air Selangor iaitu, Syabas!
Khalid tak peduli dengan tindakannya itu walaupun semua pihak menentangnya termasuk kerajaan pusat, operator/pembekal air, persatuan pengguna, pakar air dan lain-lain.
Alasan krisis bekalan air hanya akan berlaku di sekitar 2019, pembinaan loji air Langat 2 tidak perlu disegerakan, kualiti bekalan air sedia ada terlalu teruk dan sebagainya 'yang dicipta' dari semasa ke semasa untuk memaksa Syabas menyerah diri akhirnya menyemai perasaan simpati.
Difahamkan, operator air (Syabas atau Puncak Niaga) juga mempunyai senarai testimoni yang panjang yang diluahkan para pengguna yang berpuas hati dengan kerja-kerja seharian mereka yang cekap, cepat dan memuaskan.

Pusat khidmat Pelanggan 24 jam (PUSPEL) juga mempunyai rekod yang baik walaupun sejak mutakhir ini tiada peruntukan mencukupi yang diterima Syabas daripada kerajaan (kerana tertangguhnya isu penstrukturan semula industri air) untuk menyegerakan pembaikan paip bocor dan lain-lain.
Saya mencadangkan kepada pihak Syabas agar mereka juga mendapatkan kutipan tandatangan daripada lebih ratusan ribu pengguna yang 'valid' yang menyokong kewujudan mereka meneruskan tugas-tugas perbekalan air yang memuaskan selama ini.
Lepas itu, serahkan kepada Tuanku Sultan Selangor dan disalinkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Jika itu berlaku barulah boleh dikatakan 'buku bertemu dengan ruas!'
Saya tidak pasti apakah Khalid terlalu takut untuk bertemu dengan sultannya sendiri untuk menyerahkan memorandum seperti itu?
Harapan saya, akhirnya perbalahan isu air itu tidak terus dipolitikkan demi kepentingan para pengguna yang kian cemas dan runsing 'bala' krisis air yang diramalkan oleh pakar-pakar air akan berlaku, semakin hampir menjengah di muka pintu.
Jika itu berlaku kita pun akan ikut serta rakyat Singapura minum air yang diproses dari loji Indah Water!
Corat-coret David Teo

DALAM banyak orang seni, saya kena betul-betul tabik kepada pengeluar filem David Teo. Sekitar 10 tahun lalu dia langsung tak tahu pasal buat filem.

Baru sebentar tadi, dia menghantar mesej kepada seseorang, filem terbarunya Ngangkung (nama pun pelik) hendak mencecah rekod box-office RM10 juta! - baru lebih seminggu ditayang.
Sebelum ini tiada filem Melayu mencecah RM10 juta. Semua filem dia antara RM6 dan RM7 juta. Maknanya dia buat filem saja, dia dapat juta-juta, fantastik!
Yang paling menakjubkan pasal David ini, dalam satu interbiu dengan The Star tidak berapa lama dulu, dia buat kenyataan yang amat berani - yang sampai hari ini tiada siapa yang (sanggup) menafikannya.
Dia kata cabaran paling besar bagi penerbit filem seperti dia ialah "godaan" daripada artis-artis (sudah tentu wanitalah) yang muda dan seksi-seksi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan slot menjadi pelakon utama.
Dia kata, hanya 10 peratus saja penerbit yang dapat mengelak daripada godaan itu dan katanya: that's 10 percent is me.
Sebab itulah bisnes dia maju dan berkat. Salam Maal Hijrah 1432.
(Petikan kolumnis Cuit Utusan Malaysia 8 Disember 2010)

Tiada ulasan:

Pengikut