Rabu, 8 Disember 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS KHATAN PERDANA 2010 ANJURAN PUTERI UMNO

Posted: 07 Dec 2010 11:31 PM PST

Seramai 60 kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun yang kurang berkemampuan menyertai Majlis Berkhatan Perdana anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa dengan kerjasama Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abd. Ghani berkata, program itu diadakan bukan sahaja bagi membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan tetapi juga untuk menggembirakan mereka.

"Tidak kira apa pun fahaman politik seseorang, asalkan dia kurang berkemampuan, kami akan membantu. Ikatan tali persaudaraan juga dapat dieratkan lagi dengan program yang melibatkan masyarakat setempat.

"Parti komponen Barisan Nasional lain diminta untuk bersama-sama UMNO untuk melaksanakan program-program seperti itu bagi membantu kepada rakyat yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Berkhatan Perdana bertempat di perkarangan Flat Kampung Padang di sini hari ini.

Turut bersama menjayakan program Khatan Perdana adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif dan Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz.

Tambah Datuk Johari, program seperti itu bukan kali pertama dibuat oleh pihaknya dan pada minggu depan, akan diadakan lagi program yang membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif berkata, seramai 60 kanak-kanak itu diraikan pada hari ini sebelum dikhatan di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Pada hari ini juga, 50 kanak-kanak sekitar bahagian Titiwangsa menerima kelengkapan sekolah dalam program Kembali ke Sekolah oleh Yayasan Pendidikan Titiwangsa," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut