Posted: 26 Dec 2010 06:48 PM PST Kebencian atau dendam kesumat - juga mungkin agenda 'jahat' menyebabkan Malaysiakini menukar tajuk rencana Bernama menjadi sebegini "Umno: Hidup segan, mati tak mahu?" Sedangkan, pada tajuk asal ia berbunyi 'Umno Melangkah Ke 2011 Dengan Model Politik Baru'.
Amat jelas agenda Malaysia semakin terbongkar dan 'bangkai gagah tidak boleh ditutup lagi'. Tuduhan bahawa Malaysiakini memperjuangkan agenda pembangkang, khususnya Parti Keadilan Rakyat begitu terserlah.
Apapun, baca rencana mengenai UMNO ini untuk kita sama-sama menilai perjuangannya sama ada benar seperti tajuk yang dipaparkan oleh Malaysiakini.
Umno Melangkah Ke 2011 Dengan Model Politik Baru Oleh Ahmad Shukran Shaharudin KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.
Umno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.
Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.
Langkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka.
Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini.
Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku.
Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu.
Pemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.
Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat.
Perubahan-perubahan yang dilakukan bukan setakat menjadikan anggota Umno sebagai sasaran malah rakyat secara keseluruhannya, selaras dengan kedudukan Umno sebagai parti tunjang pemerintahan negara.
Apapun perubahan atau model yang mahu diterapkan, ia tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno yang asal.
Namun Najib sedar, transformasi manusia bukannya semudah transformasi fizikal kerana ia mencabar, memakan masa selain memerlukan respon dan penghayatan yang secukupnya.
"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.
Selain MBP, Umno juga mencatat detik manis apabila berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada pilihan raya kecil pada 4 Nov lepas. Calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.
Walaupun pelbagai pihak menyatakan bahawa kemenangan itu memberi petanda sokongan sudah kembali kepada Umno/Barisan Nasional, dua tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan.
Rumusannya, kemungkinan strategi yang digunakan oleh Tengku Razaleigh selaku pengarah jentera pilihan raya kecil itu, bersesuaian dengan kehendak di kawasan itu dan keputusan mungkin berbeza sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan di tempat lain.
Apapun, Umno mesti mengambil perhatian bahawa ia tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan itu dan harus sentiasa bekerja keras supaya perpaduan di peringkat akar umbi kekal mantap seperti yang diingatkan berkali-kali oleh presiden parti terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Ada pemerhati politik yang mengatakan Najib akan memberi perhatian kepada kerajaan pada tahun pertama pimpinannya dan hanya memberi perhatian kepada politik parti pada tahun kedua di tampuk pemerintahan dan ini terbukti benar.
Umno juga mengorak langkah memberikan nafas baru dengan membawa masuk 40 ulama muda, termasuk seorang anak bekas mufti negeri menyertainya, dengan objektif menyebarluaskan dakwah Islam dalam parti dan negara.
Terdapat juga perubahan besar yang akan dilakukan terhadap kepimpinan Umno negeri untuk memperkuat dan memantapkan parti.
Apa yang dijangkakan perubahan itu membabitkan pengerusi perhubungan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan selain Terengganu yang kini diketuai sama ada oleh presiden, timbalan presiden dan tiga orang naib presiden.
Semua ini tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pembangkang yang dianggap sebagai 'saudagar mimpi'.
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Najib kepada perwakilan Umno.
Mesej terpentingnya ialah orang Melayu perlu memahami risiko iaitu berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa, gagal.
Dalam perjuangan juga Umno perlu serius dengan isu pengundi, kerana sebagai contoh, jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera Umno di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang.
Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh BN di Johor hanya 14,768 orang sedangkan pembangkang mendaftarkan 18,129 orang.
Malaysia sudah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, jadi masa semakin suntuk dan oleh yang demikian Umno dan BN perlu bersedia dan tidak lagi boleh bertangguh-tangguh lagi dalam memperkuatkan 'barisan'.
Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat.
Apabila perkara ini diutarakan, pemerhati dan penganalisis politik dan juga media tertanya-tanya adakah pilihan raya umum semakin dekat, sedangkan tempoh mandat BN sekarang hanya tamat pada 2013.
Tambahan pula pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan MBP.
Apapun, sama ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat atau tidak, Umno tidak perlu menunggu 2011 untuk memantapkan parti dengan senjata baru diperkenalkan oleh presidennya -- MBP |
|
Posted: 26 Dec 2010 06:41 PM PST PEMIMPIN UMNO MASIH KETINGGALAN DALAM MEDIA SOSIAL Tweet! Tweet!
Saya tidak menafikan bahkan sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Memang kesedaraan pemimpin UMNO khususnya dan BN umumnya masih sangat kurang terhadap peranan media sosial ini. Sama ada blog, facebook dan tweeter, kita meihat ianya dikuasai oleh pihak pemimpin pembangkang. Soalnya apakah pemimpin UMNO / BN tidak menginsafi bahawa kerana peranan media sosial inilah BN kehilangan banyak kuasa dalam pemerintahan.
Apakah pemimpin UMNO tidak faham dan tidak mengakuinya atau mereka ini 'buta IT'? Saya beranggapan, dengan keupayaan yang UMNO ada sudah tentulah setiap bahagian UMNO memiliki blog masing-masing yang akan digunakan sebagai alat siararaya mereka. Mungkin alasannya masih tidak ramai ahli atau pemimpin peringkat cawangan yang 'celik IT', tetapi bahagianlah yang sepatutnya memulakannya dulu. Sudah pasti ada sebahagian golongan muda yang sudah berada dihadapan sedang menanti-nantikan kewujudannya.
Demikian juga dengan facebook dan tweeter. Pemimpin UMNO / BN seakan mengabaikannya selama ini dan sudah tentu ini sangat bercanggah dengan harapan DS Najib yang mengkehendaki pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat menjuarai rakyat melalui menjuarai media sosial. Semoga PM tidak akan dibiarkan bersendirian menjeritkan slogan Satu Malaysia-nya tanpa ada sahutan dan sokongan. |
|
Posted: 26 Dec 2010 06:37 PM PST ROMBAKAN UMNO PETANG ISNIN? ISA SAMAD PENGERUSI FELDA?
3 PETANG, HARI INI. Setiausaha Agung umno Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan rombakan di dalam Umno yang dijanjikan oleh Najib Razak semasa Perhimpunan Agong Umno yang lalu. Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan dijangka akan mendapat ketua perhubungan yang baru. Heboh mengatakan Isa Samad akan dilantik Pengerusi Felda menggantikan Yusof Nor. |
|
TAK KENANG BUDI..... Posted: 26 Dec 2010 06:35 PM PST Pengurusan GLC tak daftar mengundi patut dibuang! Kami menerima e-mel dari seorang pembaca. Baca berikut:
Saya merasa terpanggil untuk memaklum terdapat seorang pengarah urusan berbangsa Melayu yg masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Alangkah sedihnya jika warga emas terpaksa bersusah payah untuk keluar mengundi dan tenaga kerja BN bekerja keras untuk mempastikan BN berjaya, namun hamba Allah ini selesa dibilik aircond dengan gaji yang lumayan tanpa mempedulikan nasib bangsa Melayu.
Maklumat pengarah urusan adalah Dato Mohamad Hassan bin Kamil (KP: 630702075901) Syarikat : Syarikat Takaful Malaysia Bhd. (kumpulan Tabung haji/Bank Islam)
Pohon dapat dipertengahkan isu warga korporat yang liat untuk mendaftar sebagai pengundi. Saya percaya ini bukan wawasan PM kita untuk melantik Pengarah Urusan yg engkar untuk mendaftar sebagai pengundi. Terima kasih pengantar e-mel. Kami dah cek nama, dan KP di sini.
Sah dia tidak ada dalam roll pengundi.
Kita patut dapatkan seseorang untuk pergi kumpul nama-nama Pengarah2 PLC dan GLC dan top management syarikat untuk selidik samada mereka sudah daftar sebagai pengundi.
Dah tentu itu, kita harus cek juga nama2 pegawai2 kerajaan yang top2 ini semua kerana mungkin mereka tidak daftar pun sebagai pengundi.
Hanya memberi ide. Amacam sapa nak buat? BN? Wanita BN? Pemuda BN? Puteri BN? |
|
Posted: 26 Dec 2010 06:19 PM PST | Add caption | Put your stuff here |
|
YA KAH? Posted: 26 Dec 2010 06:12 PM PST |
BETUL KA ? Posted: 26 Dec 2010 06:09 PM PST Lagi seminggu saja cuti sekolah akan berakhir, tapi kerajaan Azizan Razak di Kedah melalui Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA) bertindak zalim apabila memotong bekalan air ke sekolah-sekolah di negeri tersebut.
Sekolah-sekolah yang terbabit ialah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (T) Ladang Perbadanan Kedah, SJK (T) Kalaimagal dan juga SJK (T) Mahajothy.
Sekarang ni siapa lebih zalim? Azizan atau UMNO? Dimana slogan Kedah Sejahtera yang Azizan laung-laungkan hari tu? Sebenarnya, Azizan dan kroninya saja yang sejahtera, manakala rakyat kedah termasuklah budak-budak sekolah semuanya merana.
Dulu Azizan bangga dok canang merata kata Kedah untung berjuta-juta dibawah pentadbiran PAS. La ni apa cerita? Patutlah untung juta-juta kalau pemimpin-pemimpin PAS Kedah asyik nak peras ugut rakyat.
Walaupun depa kata Umno jahat dan bohong rakyat, sekurang-kurangnya tak ada lah sampai nak bebankan murid-murid sekolah yang tak tahu apa-apa pasal politik. PAS kononnya alim sangat, tapi dok tunjuk zalim kat budak sekolah buat apa...? Macam haram betoi lah!
Elok lah rakyat Kedah buka mata luas-luas. Macam ni kah pentadbiran yang mampu memakmurkan negeri? Sekolah pun dizalimi hanya kerana duit ringgit.
Mana pi Mat Sabu dengan Mahfuz? Hangpa dua ekor takmau buat demonstrasi ke pasal isu air di Kedah ni? Kalau kat Selangor bukan main hangpa menyalak kat kerajaan. Memang tak ada telor betul pemimpin PAS. Sama jugak dengan pengikut-pengikut bahalol mereka! |
|
BENARKAH ? Posted: 26 Dec 2010 06:06 PM PST Tiap kali menyebut menyebut Anwar adalah anugerah tuhan ,rasanya nak termuntah.Memikirkan itu sajalah yang ada buat PKR dan Pakatan terasa amat malang apabila tuhan menganugerahkan kepada mereka seorang pemimpin yang kotor moralnya,pembohong dan khianat terhadap bangsa dan agamanya.
Nik Aziz yang terkenal dengan kunci syurganya kerana mana mana pihak yang menyokong PAS dijanjikan syurga turut sama memperakui anugerah tuhan buat pakatan adalah Anwar.Menyedari Anwar boleh dijadikan batu loncatan untuk kepentingan politik maka mereka turut sama menghalalkan segala perbuatan Anwar.
Nik Aziz mempertahankan Anwar dengan janji 100 hari yang bakal mereka mahu laksanakan.Janji sesiapa pun boleh buat,tetapi bab mahu melaksanakan jauh panggang dari apa. Saranan Ds Muhyiddin agar negeri negeri pakatan melaksanakan janji janji didalam buku jingga di negeri mereka terlebih dahulu ternyata membuat kalangan pemimpin pakatan kaget dan tidak mampu membalas.
Kalangan pemimpin pakatan adalah terdiri daripada golongan munafik yang sering kali mungkir kepada janji janji mereka semasa pilihanraya.Sehingga hari ini mereka masih belum menunaikan janji manifesto mereka.
Nik Aziz pertahankan kes liwat Anwar,walau pun beliau menyedari sememangnya berlaku perlakuan liwat itu.Tetapi atas dasar percaturan politik beliau menyokong.Nik Aziz menyedari Anwar berbohong mengenai 16 September,tetapi beliau menghalalkan pembohong Anwar juga kerana percaturan politik.
Nik Aziz memang seorang politik animal yang mengunakan agama sebagai modal politik untuk meraih sokongan dan undi. |
|
Nurul Izzah Pancut Awal Sebelum Bapanya Posted: 26 Dec 2010 06:04 PM PST Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim, kemana tumoahnya kuah jika tidak ke Nasi? Namun ianya berbeda dengan apa yang berlaku kepada Nurul Izzah ini. berbeda sama sekali dengan bapanya Anwar Ibrahim kerana Bapanya bukanlah perdana Menteri malah waktu ini juga hanyalah Ketua Pembangkang yang hanya dapat di capai melalui Ehsan DAP dalam parlimen.
Akhbar Suara Rakyat iaitu suara Pakatan rakyat mengeluarkan tajuk muka depannya dengan isi pati Nurul Izzah bakal Perdana Menteri Malaysia. Satu gimik politik yang sentiasa di mainkan oleh Pemimpin Pakatan rakyat dalam meraih populariti dalam melariskan Akhbar cap Ayam mereka ini.
Aku tidak lah mahu mengulas panjang akan isu ini namun aku agak Hairan bagaimana sebuah Akhbar yang di miliki oleh Pakatan rakyat boleh mengutarakan Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak Anwar Ibrahim? Apakah mereka sudah dapat merasakan yang Pemimpin mereka Anwar Ibrahim akan kempunan menjadi Perdana Menteri?
Bagaimana Nurul Izzah boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan di waktu ini dalam Pakatan rakyat barisan ahli parimen nya di monopoli oleh DAP. Jika benar sebagaimana angan angan PR bahawa mereka akan menang PRU 13 kelak apakah DAP akan kurang kerusi Parlimen berbanding PKR?
Jika DAP menang majoriti kerusi dalam Parlimen berbanding PKR dan PAS dalam Pakatan rakyat apakah DAP yang mana Kit Siang selaku Ketuanya akan merelakan jawatan PM di serahkan kepada PKR secara bulat bulat? Dari sudut mana kita dapat melihat DAP sanggup merelakan kerusi berkenaan kepada Nurul Izzah?
Andai kata PKR pula yang melebihi kerusi Parlimen berbanding DAP dan PAS, apakah Nurul Izzah akan di lantik menjadi PM? Bagaimana dengan Kekasih Gelap bapanya Azzmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR? Azmin Ali akan merelakan Nurul Izzah memegang tampok PM?
Sudah terang lagi bersuluh apa yang di keluarkan oleh Akhbar Pakatan rakyat ini adalah satu gimik kepura puraan bagi mengaburkan mata para penyokong mereka yang sebenarnya DAP telah menguasai segala pentas yang ada.
Ingatlah wahai anak bangsa dalam PKR dan PAS, Kekuatan Pakatan rakyat waktu ini hanyalah terletak pada DAP dan kuasa dalam menentukan siapa yang layak menerajui negara jika Pakatan Rakyat mentabdir adalah terletak di bawah Kekuasaan DAP.
|
|
BUKU JINGGA SATU RETORIK POLITIK PEMBANGKANG Posted: 26 Dec 2010 05:54 PM PST Program 100 Hari hanya retorik pakatan pembangkang HAKIKAT yang kena diperakukan, menjadi sebuah kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Ini kerana pembangkang boleh sekadar membuat janji dan beretorik tetapi tidak perlu menyempurnakan janji yang diukir. Sebaliknya, kerajaan perlu melaksanakan apa yang telah dijanjikan. Justeru itu, pada saya Program 100 Hari yang menyentuh sembilan perkara tidak mampu menjadi realiti sebagaimana Projek 16/9 yang merupakan idea dan formula Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia hanya akan menjadi bahan ketawa, malah menjadikan rakyat semakin menjauhkan diri dari pakatan pembangkang. Hakikatnya, ini bukan masanya untuk berkhayal, berangan-angan dan beretorik, sebaliknya kena lebih banyak buktikan kemampuan daripada hanya menyediakan pelan, dan kerangka yang lebih berbentuk mimpi di siang hari. Bukan sahaja rakyat jelata, tetapi menteri-menteri besar/ketua menteri pakatan pembangkang pastinya boleh nampak dengan jelas bahawa kalau diibaratkan permainan bola sepak, apabila mereka sendiri beraksi di padang, terbukti tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dihadapi tidak semudah sebagaimana menjadi penonton. Sebagai penonton, masing-masing cukup bermodal dan bersebab untuk mengkritik serta mencari kelemahan dan kesilapan. Semuanya dilihat banyak yang tidak kena daripada yang kena. Demikian jugalah bagi pimpinan kerajaan pakatan pembangkang ketika menjadi pembangkang dulu, apa yang kerajaan buat semuanya dilihat tidak kena belaka. Kononnya macam-macam pelan, perancangan, kerangka dan program yang lebih baik, berkesan dan bermanfaat kepada rakyat dapat dilakukan jika pembangkang diberi mandat menjadi kerajaan. Pun begitu menerusi Program 100 Hari, ia pastinya dirangka berdasarkan khayalan, angan-angan dan retorik yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Hanya setelah kira-kira sebulan sahaja menjadi kerajaan di beberapa negeri selepas pilihan raya umum ke-12, bukan sahaja berpuluh, malah beratus masalah melanda. Rakyat sebagai pemberi mandat dapat melihat betapa tokoh dan parti pembangkang yang diberi mandat sebagai kerajaan sebenarnya tidak sehebat seperti apa yang dicakap, dijanji dan dikhayalkan selepas mendapat peluang menerajui kerajaan negeri. Kerajaan pakatan pembangkang yang bertiang serikan DAP di Pulau Pinang umpamanya melaungkan slogan kononnya Ketua Menterinya mahu menjadi seperti Khalifah Umar Ibnu Aziz. Hanya selepas kira-kira 100 hari menerajui kerajaan negeri, DAP berdepan dengan demonstrasi rakyat yang membantah hasrat kerajaan negeri tidak menerima pakai Dasar Ekonomi Baru (DEB), sebelum berdepan dengan isu kampung Buah Pala dan kini berdepan pelbagai isu lain. Kerajaan pakatan pembangkang di Perak yang menteri besarnya adalah tokoh Pas dikira bernasib baik kerana undang-undang tubuh negeri tidak membolehkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar di negeri berkenaan, dengan bilangan besar barisan exco terdiri daripada tokoh DAP bagi membuat keputusan majoriti di peringkat exco, awal-awal lagi bertembung dengan istana, termasuk dalam pemecatan seorang pegawai kanan kerajaan oleh menteri besar yang terpaksa ditarik balik atas arahan istana. Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang bertunjangkan PKR dan pada awal penubuhannya memeranjatkan rakyat apabila mempersetujui projek raksasa ternakan babi dan kegagalan merealisasikan manifesto pilihan raya, termasuk pembekalan air percuma. Malah Selangor adalah negeri yang paling banyak masalah berbanding dengan negeri-negeri lain, pernah kalut dengan isu wang derma yang diminta dari syarikat-syarikat swasta yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri, tetapi dimasukkan ke dalam akaun PKR. Kerajaan pakatan pembangkang di Kedah berpasakkan Pas yang agak bersih dari isu-isu yang merimaskan tetap terpalit dengan masalah. Bermula dengan menteri besarnya, Azizan Abdul Razak yang berdegil untuk meneruskan hasrat menebang balak di kawasan tadahan air walaupun ditentang oleh banyak pihak. Justeru, umum dapat melihat kualiti sebenar kerajaan Pas Kedah. Baru dalam penggal pertama memerintah sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan-kerajaan pakatan pembangkang. Macam mana agaknya kerajaan-kerajaan terbabit yang nampak macam tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain mahu rakyat percaya dengan Program 100 Hari. Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara jika pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu benar-benar berlaku pertukaran kerajaan pusat jika dilihat apa yang berlaku kepada kerajaan pembangkang sekarang di beberapa buah negeri. RAMLI ABDUL HALIM Kota Bharu, Kelantan |
|
KITA NANTIKAN : KELUAR PKR ? Posted: 26 Dec 2010 05:13 PM PST Panas...Kecoh..Gempar....Ahhhh semuanya lah..... Apakah Benar yang Chegubard akan mengumumkan peletakkan jawatan nya di dalam PKR Hari Ini? Apakah benar beliau akan keluar dari PKR? Banyak juga laporan sebelum ini yang kata itu ini terhadap Chegubard ini selepas campur tangan Anwar Ibrahim dalam pertandingan Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan yang mana si Chegubard ini TEWAS kepada Sam Ketot atau nama sebenar Shamsul iskandar. Namun mengikut Laporan terkini ianya seakan sahih.... Apa ceritanya?? |
|
MENGAPA DAP TAKUT BILA SEBUT "MALAYSIA" ? Posted: 26 Dec 2010 05:10 PM PST Takut 1Malaysia, Utusan Malaysia
Oleh Hassan Mohd Noor
PANDANGAN PPUBJ : SEBUTNYA MUDAH SAHAJA KERANA DAPig TU RASIS!
KITA sekarang dalam minggu terakhir tahun 2010. Pastinya banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Ketika detik-detik akhir 2010, tragedi demi tragedi yang mengorbankan banyak jiwa dilaporkan.
Bagi dunia politik, ia semakin menarik perhatian lebih-lebih lagi DAP yang sejak dulu tidak pernah lupa membuat ramalan mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU). Tilikan DAP kali ini ialah PRU akan diadakan tahun depan, mungkin bulan Mac 2011.
Turut menarik perhatian tentulah 'politik budak-budak' atau 'politik keanak-anakan' yang ada ketikanya tidak menggambarkan demokrasi telus dan tulen seperti prinsip perjuangan yang dilaung-laungkan oleh gabungan DAP-Pas-PKR. Pembaca boleh rujuk prinsip perjuangan pakatan itu melalui ucapan YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang semasa konvensyen pakatan itu di Kepala Batas pada 19 Disember lalu.
Apakah maksud kebudak-budakan itu?
Tentulah isu berkaitan tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengharamkan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri itu. Kenapa perlu diharamkan?
Pelik tapi benar. Itulah keputusan kerajaan negeri pimpinan PKR-DAP-Pas Selangor.
Menurut Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.
Tetapi laporan The Star pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan adakah tindakan sebuah kafe menggunakan lambang roket tidak berbaur politik? Untuk makluman, roket adalah simbol DAP.
Budak-budak pun tahu mengenai 1Malaysia, konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ia bukannya lambang dacing. Tidak ada di logo 1Malaysia itu lambang UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP. Harap-harap, selepas ini jangan pula kerana takutkan 1Malaysia, ada usaha untuk mengharamkan kereta yang memasang pelekat 1Malaysia memasuki Selangor. Begitu juga jangan pula mengharamkan t-shirt, topi, kad Touch'nGo atau apa sahaja yang tertera logo 1Malaysia berlegar di Selangor. Kalaulah berlaku juga, maka jangan terkejut ada orang awam yang terpaksa menanggalkan baju berlogokan 1Malaysia atau terpaksa balik menukar baju untuk berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Sekali lagi persoalan kenapa takut dengan logo atau iklan sebegini?
Pembaca boleh selak kembali apabila pada Februari lalu, poster Perdana Menteri, Najib Tun Razak sempena majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan di Pandamaran, Selangor terpaksa diturunkan. Alasannya kerana tidak ada permit. Tetapi selepas BN memohon permit, hanya poster bersaiz kecil diluluskan.
Apa salahnya poster seumpama itu diberi perhatian kerana ia melibatkan acara di peringkat kebangsaan? Adakan papan tanda seperti Hapuskan ISA, Kembalikan Hak Air, Membangun bersama Islam boleh dikategorikan sebagai berunsur politik kerana idea itu datang daripada parti politik? Begitu juga dengan bendera parti yang dipasang seolah-olah akan diadakan pilihan raya kecil atau PRU. Laporan akhbar tempatan baru-baru ini menyebut mengenai bendera besar Pas yang berkibaran di jalan raya di satu kawasan di Kajang dibiarkan tanpa tindakan oleh PBT. Bendera ini umpama 'iklan' berbaur politik. Kita bukan berada pada musim pilihan raya.
Sebenarnya banyak perkara lain yang boleh diberi perhatian oleh PBT. Bukannya takut dan cemas dengan logo 1Malaysia yang sebelum ini cuba dikaitkan dengan One Israel.
Contohnya PBT boleh menumpukan usaha menurunkan papan iklan bahasa rojak, tidak mengutamakan Bahasa Malaysia, restoran/kedai yang menyalahgunakan logo halal, premis menjual arak secara terbuka, membersihkan lalang atau rumput di pinggir jalan yang hidup subur, menanggalkan iklan pinjaman wang tidak berlesen, memastikan kelab malam atau hiburan tidak bebas beroperasi dengan GRO gadis bawah umur dan pendatang asing yang berkeliaran mencari pelanggan. Inilah kerja 'orang dewasa' yang lebih berfaedah daripada takut dan cemas pada logo atau papan tanda yang membawa mesej baik tanpa 'ada udang di sebalik batu'.
Mungkin hasil 1Malaysia, di Stadium Nasional malam tadi bergema Malaysia Boleh bagi menunjukkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum ketika memberi sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF.
Sindrom takut bukan setakat kepada 1Malaysia tetapi juga terhadap Utusan Malaysia.
Sejak selepas PRU lalu, kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-Pas juga takut dengan Utusan Malaysia. Ada kempen boikot mengenainya. Begitu juga di Pulau Pinang. Baru-baru ini, ketakutan itu dibangkitkan lagi dalam konvensyen pakatan itu. Penulis tidak mahu ulas panjang mengenai isu ini.
Cukuplah penulis perturunkan sedutan ucapan Tuan Lim Guan Eng (Tuan di sini bukanlah mengenai tuan dan hamba seperti isu ketuanan Melayu tetapi Tuan yang digunakan pada poster Ketua Menteri).
Ucapan Guan Eng antara lain ialah:
"Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulen dan watan – the real Malaysians.
"Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenal pasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?
"Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion raja).
"Satu lagi golongan yang bukan real Malaysians adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.
"Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.
"Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak lebih cerah dan baik.
"Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masyarakat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara sama rata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan.''
Begitulah sedutan ucapan Guan Eng mengenai Utusan Malaysia dan rakyat Malaysia yang sebenar.
Pembaca boleh buat ulasan sendiri.
Tetapi Selak sekadar ingin meminjam sedikit kata-kata Guan Eng yang turut terkandung dalam ucapan itu.
Kata Guan Eng: Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih.
Selamat tinggal 2010.) |
|
KESAMARATAAN : SATU FANTASI ATAU REALITI ? Posted: 26 Dec 2010 05:04 PM PST PANDANGAN PPUBJ : SEDANGKAN JARI TANGAN PUN ADA PANJANG PENDEK !!!!! INIKAN PULA!!!
Tidak munasabah diperjuang 'kesamarataan'
PERPADUAN tidak mungkin dibina atas tapak-tapak perbezaan. Jika perbezaan kekal menjadi teras perjuangan kaum seperti gerakan politik kerakusan kuasa sekarang, maka selama itulah perpaduan bangsa Malaysia akan sukar dicapai.
Perpaduan perlu dibina di atas tapak-tapak persamaan dan prinsip-prinsip kesatuan. Sebagai sebuah negara bangsa, perpaduan di Malaysia dipupuk melalui kecintaan negara dengan semangat patriotisme dan jiwa bangsa Malaysia yang kukuh. Fahami tonggak-tonggak kenegaraan yang satu.
Kita memiliki satu pemerintahan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, satu sistem politik 'demokrasi berparlimen raja berperlembagaan', satu Ketua Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, satu agama negara, satu bahasa negara, satu lagu negara, satu bendera negara dan banyak lagi lambang-lambang kesatuan kebangsaan yang menjadikan kita satu bangsa Malaysia dan satu negara Malaysia. Itulah juga maknanya gagasan 1Malaysia.
Realiti Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum, etnik, agama, budaya, bahasa dan warisan dianggap begitu menyukarkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Keunikan situasi ini jarang terdapat di negara-negara lain. Sungguhpun begitu kejayaan Malaysia membangunkan kemakmuran ekonomi dan membina bangsa dengan kesejahteraan sosial dan kedamaian hidup dikagumi timur dan barat.
Formula Malaysia selama ini dijayakan dengan tindakan menterjemahkan aspirasi Perlembagaan ke dalam dasar-dasar yang pragmatik di bidang ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya sejak kemerdekaan. Dasar-dasarnya bermatlamatkan perpaduan dan mengimbangi kedudukan kehidupan kaum secara adil seperti membasmi kemiskinan dan peluang pendidikan buat semua. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menjadi bukti bahana politik perkauman dan kehancuran perpaduan. Situasinya diperbetulkan kerajaan antaranya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990.
Perlembagaan sudah menetapkan yang mana hak-hak negara dan dengan jaminan yang mana hak-hak kaum. Di dalam Perlembagaan, ada peruntukan tentang pembahagian kuasa antara Persekutuan dengan negeri, antara perundangan, kehakiman dengan eksekutif, antara istilah rasmi dengan bukan rasmi serta sudah terisi segala peruntukan sesuai dengan amalan konsep negara 'persekutuan' yang kita pegang. Jadi, sebenarnya tidak diperlukan sekali-kali perjuangan hak-hak kaum untuk disamakan tempatnya dengan hak-hak negara atau hak-hak kebangsaan.
Maknanya tidak munasabah diperjuangkan 'kesamarataan', misalnya untuk status rasmi bagi pelbagai bahasa, pelbagai agama rasmi atau menyamaratakan semua perkara termasuk mencari formula baru untuk siapa yang harus menjadi Ketua Negara. Fahaman itu sangat merbahaya dan akan hanya memusnahkan konsep kenegaraan Malaysia atau akan meleburkan aspirasi 1Malaysia itu sendiri dengan prinsip penerimaan, teras Perlembagaan dan pegangan kepada Rukun Negara serta keadilan sosial.
Soalnya, kenapa setahun dua mutakhir ini timbul kekecohan tentang perpaduan dan setelah lebih lima dekad merdeka masih ada yang tidak memahami atau sengaja buat tidak faham tentang aspirasi Perlembagaan serta natijah sebuah kontrak sosial. Ada sahaja isu-isu negara dilaga-lagakan dengan isu-isu kaum dan tuntutan politik perkauman. Sepatutnya seluruh lapisan rakyat dari para pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, pimpinan kerajaan atau pembangkang, institusi dan organisasi memahami, menerima dan meraikan hakikat kepelbagaian kita di Malaysia.
Pada masa yang sama dengan penuh komitmen, kesedaran dan keinsafan tanpa rasa jemu dan penat lelah menegakkan 'kesatuan dalam kepelbagaian' itu. Diibaratkan pada bulatan-bulatan yang bertumpang tindih, lihatlah di mana garisnya bertindih, maka di situlah ada ruang-ruang persamaan yang di kongsi bersama. Analoginya boleh juga disamakan kepada sebuah sungai besar, bagaimana pertemuan (confluence of rivers) segala anak-anak sungainya ke arus aliran besar tadi.
Apakah susah sangat bagi kita membezakan persamaan dengan perbezaan? Kita boleh bersatu dan kita akan lebih berpadu di atas tapak-tapak persamaan bukannya perbezaan, menyepakati satu citra jati diri bangsa dan matlamat negara yang sama. Jangan lupa sejarah dan masing-masing diri kita.
Penekanan pembangunan memang tidak semata-mata ditujukan kepada pembangunan ekonomi. Kita perlukan kesejahteraan hidup, material dan fizikal sebagai aspek luaran kehidupan manusia, tetapi juga pembangunan sosial dan pembinaan budaya. Pembangunan modal insan secara holistik dan multidimensional dari sudut minda dan nilai-nilai budaya menjadi sebahagian daripada transformasi spiritual bangsa.
Kita tidak bersatu hanya melalui kemajuan fizikal seandainya spiritual kita sifar nilai-nilai budaya murni, berjiwa hamba, kosong dengan jati diri kenegaraan, kehakisan patriotisme atau seumpamanya. Itulah ertinya keperluan pembinaan negara (nation building). Di ruang inilah gagasan 1Malaysia patut diperhatikan, ada kemajuan dan transformasi besar negara selain ekonomi dan pentadbiran, adalah juga menerusi strategi sosio-budayanya hatta bagaimana pelbagai bentuk kesenian kebangsaan itu dimanfaatkan mendidik nilai-nilai perpaduan, keperibadian dan kemanusiaan Malaysia. Rakyatnya bangga terhadap negara sendiri dan bukan menjadi alat bagi acuan identiti negara asing.
Keutuhan negara bangsa Malaysia dan perpaduannya hendaklah ditunjangi perkongsian 'ikatan-ikatan persamaan' yang dikongsi secara sedar dan insaf bukannya 'kesamarataan'. Kehidupan berbangsa dan bernegara itu ditunjukkan oleh citra persamaan lambang, institusi nasional, perundangan; keperibadian bangsa dan kejatidirian negara; nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama; kesetiaan politik (political loyalty); rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa; nilai-nilai akhlak, moral, etika yang kukuh; demokratis; liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan; adil dan saksama tidak semesti kesamarataan; progresif dan makmur; serta daya saing, daya tahan, tangkas, dinamis (psikologikal) dan sebagainya.
Ikatan persamaan dalam konteks geopolitik itu seperti mana aspirasi Perlembagaan Negara sudahpun membentuk kita sebagai satu bangsa dan satu negara. Itulah keluhuran sebuah undang-undang tertinggi negara.
Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang diidamkan sejak kemerdekaan akan menjadi nyata melalui perkongsian nilai-nilai hidup bersama. Di situ muncul makna sebuah perpaduan bangsa dan kesatuan negara. Rakyat asal Malaysia yang dominannya Melayu dan suku bangsa serumpunnya seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Bajau, Melanau, Murut dan puluhan yang lain perlu terlebih dahulu menyatukan diri ke dalam keserumpunan umat besarnya.
Perpaduan dan hubungan keharmonian kaum bermula dan terletak di bahu Melayu serumpun itu.
Datuk A Aziz Deraman ialah Bekas Ketua Pengarah DBP/Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan, Ahli JK Gapena dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa) |
|
LONNIE LIU ...... Posted: 26 Dec 2010 04:57 PM PST "Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo'lo' Ghazali ketika mengulas perkara itu berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai" - haprakahdai |
|
Selangor beku larangan guna logo 1Malaysia selepas teguran Kit Siang... Posted: 26 Dec 2010 04:46 PM PST Selangor beku larangan guna logo 1Malaysia selepas teguran Kit Siang... Oleh: ROSLAN BIAN PANDANGAN PPUBJ : KALAU GITU KHA KHA LED NAMPAK MACAM BONEKA ATAU PATUNG SAHAJA, YANG TENTUKAN SEMUANYA ADALAH DAP....BETUL KE? Hairan juga kerana sehari selepas Lim Kit Siang meminta kerajaan pakatan rakyat di Selangor kaji balik larangan guna logo berkenaan di papan iklan di negeri itu, cadangan itu serta merta dipatuhi. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu pada Sabtu sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan larangan itu sehingga diberitahu kelak. Bertambah pelik, Liu mengeluarkan arahan itu tanpa merujuk kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan sedang bercuti. Seperti dilapor Malaysiakini, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat Exco akan datang sebaik Khalid kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini. "Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya. Sebelum ini, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana dianggap melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional (BN). Apapun pasti ada sebab lain mengapa ahli Parlimen Ipoh Barat itu mencadangkan larangan itu dikaji semula. Tambahan pula, Lim menekankan semua rakyat perlu menjadikan Malaysia sebagai keutamaan diikuti dengan bangsa, agama, geografi dan sosioekonomi. Sebenarnya pemimpin DAP terutama Lim sedar bahawa dengan penguatkuasaan larangan guna logo 1Malaysia yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membuktikan kebenaran bahawa DAP adalah parti berasaskan perkauman sahaja. Rakyat Malaysia tahu 1Malaysia mewakili semua kaum dan DAP sudah tentu tidak mahu melihat parti itu hanya mewakili satu kaum sahaja dengan melaksanakan larangan penggunaan logo tersebut. Sungguhpun, Lim sebelum ini pernah mencabar menteri-menteri kerajaan BN di Parlimen supaya mengakui mereka rakyat Malaysia dulu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau adalah Melayu dahulu kemudian baru Malaysia, larangan guna logo itu nampak 'alasan politik bodoh' pakatan rakyat di Selangor. Bertambah malang sebab Liu dari DAP dan bertangungjawab dengan PBT. Justru itu, tidak sampai 24 jam selepas teguran Lim, Exco DAP yang kalah dalam pemilihan pimpinan DAP Selangor tidak perlu tunggu lama minta supaya larangan itu dibekukan dahulu. Sebab lain, pembangkang juga sedar rakyat Malaysia sudah cukup masak retorik politik DAP, PKR dan PAS berdepan isu 1Malaysia. Ini kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini melaungkan kesamarataan hak setiap kaum di negara ini tetapi peliknya bila Najib melaksanakan gagasan 1Malaysia supaya semua kaum menikmati hak masimg-masing, pembangkang pula menolaknya. Kesimpulannya mudah bahawa pembangkang akan jadikan apa saja dilaksanakan kerajaan sebagai modal politik mereka kerana perjuangan mereka bukan untuk rakyat sebaliknya mahu mengambil alih kerajaan semata-mata. Inilah perbezaan pembangkang di Malaysia berbanding negara luar yang sentiasa mengkritik dan menegur kerajaan melaksanakan perubahan sehingga dihormati kerajaan dan rakyat. Malangnya di Malaysia tiada teguran membina sebaliknya hanya kritikan keras selain tindak tanduk yang memalukan negara. Kini perjuangan pembangkang bukan lagi untuk membela rakyat sebaliknya berharap pilihan raya umum diadakan secepat mungkin kerana mereka yakin dapat menawan Putrajaya selain berhempas pulas menyelamatkan Anwar bakal Perdana Menteri. -25/12/2010 |
|
UMNO : TEMPAT ORANG MELAYU BERPAUT... Posted: 26 Dec 2010 04:41 PM PST PANDANGAN PPUBJ : NAK BERGANTUNG PADA PKR AMALANNYA ADALAH SAMARATA, ASYIK BERDEMO AJE DAN NAK TAWAN PUTRAJAYA, NAMA KEPENTINGAN RAKYAT TU MACAM TEMPELAN AJE.....
Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.
Umno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.
Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.
Pinda perlembagaanLangkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka. Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini. Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku. Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu. Pemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja. Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat. Transformasi manusia tidak mudah Perubahan-perubahan yang dilakukan bukan setakat menjadikan anggota Umno sebagai sasaran malah rakyat secara keseluruhannya, selaras dengan kedudukan Umno sebagai parti tunjang pemerintahan negara. Apapun perubahan atau model yang mahu diterapkan, ia tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno yang asal. Namun Najib sedar, transformasi manusia bukannya semudah transformasi fizikal kerana ia mencabar, memakan masa selain memerlukan respon dan penghayatan yang secukupnya. "Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya. Selain MBP, Umno juga mencatat detik manis apabila berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada pilihan raya kecil pada 4 Nov lalu. Calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed. Walaupun pelbagai pihak menyatakan bahawa kemenangan itu memberi petanda sokongan sudah kembali kepada Umno/Barisan Nasional, dua tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan. Tidak boleh selesaRumusannya, kemungkinan strategi yang digunakan oleh Tengku Razaleigh selaku pengarah jentera pilihan raya kecil itu, bersesuaian dengan kehendak di kawasan itu dan keputusan mungkin berbeza sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan di tempat lain. Apapun, Umno mesti mengambil perhatian bahawa ia tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan itu dan harus sentiasa bekerja keras supaya perpaduan di peringkat akar umbi kekal mantap seperti yang diingatkan berkali-kali oleh presiden parti terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Ada pemerhati politik yang mengatakan Najib akan memberi perhatian kepada kerajaan pada tahun pertama pimpinannya dan hanya memberi perhatian kepada politik parti pada tahun kedua di tampuk pemerintahan dan ini terbukti benar. Umno juga mengorak langkah memberikan nafas baru dengan membawa masuk 40 ulama muda, termasuk seorang anak bekas mufti negeri menyertainya, dengan objektif menyebarluaskan dakwah Islam dalam parti dan negara. Terdapat juga perubahan besar yang akan dilakukan terhadap kepimpinan Umno negeri untuk memperkuat dan memantapkan parti. Berkecai tulangApa yang dijangkakan perubahan itu membabitkan pengerusi perhubungan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan selain Terengganu yang kini diketuai sama ada oleh presiden, timbalan presiden dan tiga orang naib presiden. Semua ini tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pembangkang yang dianggap sebagai 'saudagar mimpi'. "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Najib kepada perwakilan Umno. Mesej terpentingnya ialah orang Melayu perlu memahami risiko iaitu berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa, gagal. Dalam perjuangan juga Umno perlu serius dengan isu pengundi, kerana sebagai contoh, jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera Umno di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang. Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh BN di Johor hanya 14,768 orang, sedangkan pembangkang mendaftarkan 18,129 orang. Tarikh pilihan raya Malaysia sudah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, jadi masa semakin suntuk dan oleh yang demikian Umno dan BN perlu bersedia dan tidak lagi boleh bertangguh-tangguh lagi dalam memperkuatkan 'barisan'. Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat. Apabila perkara ini diutarakan, pemerhati dan penganalisis politik dan juga media tertanya-tanya adakah pilihan raya umum semakin dekat, sedangkan tempoh mandat BN sekarang hanya tamat pada 2013. Tambahan pula pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan MBP. Apapun, sama ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat atau tidak, Umno tidak perlu menunggu 2011 untuk memantapkan parti dengan senjata baru diperkenalkan oleh presidennya -- MBP. - Bernama |
|
TUNJUK KUASA. Posted: 26 Dec 2010 04:36 PM PST PANDANGAN PPUBJ : BAGI UMNO TAHU, I ADA POWER DI SELANGOR, DAP SEMAKIN TERTEKAN , KALAU BERANI BUATLAH SATU SLOGAN YANG LEBIH BAIK ATAU PUN SAMA DENGAN SATU MALAYSIA : APA JADI DENGAN "MIDDLE MALAYSIA" SUDAH BERKUBUR KA?
Exco perumahan dan kerajaan tempatan Selangor, Ronnie Liu meredakan kontroversi berhubung logo 1Malaysia yang digunakan dalam bahan pengiklanan, dengan menasihatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan larangan terhadapnya sehingga diberitahu kelak.
Liu (kanan) berkata, larangan itu dibekukan sementara kerana kekeliruan mengenai logo 1Malaysia yang mana satu yang dianggap sebagai propaganda BN dalam bahan iklan.
"Masih ada kesamaran mengenai apa yang dianggap sebagai tindakan politik oleh BN dan sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.Menurut Liu lagi, banyak PBT yang masih belum jelas mengenai bentuk bahan iklan yang tertakluk kepada larangan tersebut.
Tambahnya, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat exco akan datang sebaik sahaja Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini.
"Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya.
Liu bagaimanapun terkejut ketika diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telah menguatkuasakan larangan tersebut sejak Jun tahun ini.
"Setakat yang saya tahu, hanya Majlis Daerah Kuala Langat menurunkan beberapa papan iklan yang memaparkan logo 1Malaysia," katanya.
Liu bertegas bahawa Sabak Bernam tidak menguatkuasakan larangan terhadap logo 1Malaysia.
"(Bagi Sabak Bernam) Saya tidak berfikir ia telah menguatkuasakan (larangan tersebut), saya masih melihat banyak logo 1Malaysia di sana," katanya |
|
TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA Posted: 26 Dec 2010 04:15 PM PST
PENYOKOKONG GEMBIRA DAN TERHIBUR DENGAN PERSEMBAHAN PASUKAN MALAYSIA.
GOL KEDUA TERUS MEMUSNAHKAN SEMANGAT PEMAIN INDONESIA.
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan